Monday, December 20, 2010

strong








simply said. picture talks more than word



" tidak ada suatu musibah yang menimpa seseorang, kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.
Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu " ( at-tagabun:11)

Sunday, December 12, 2010

hidup kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim

O Allah, will i be that strong ?



Hidup ini satu putaran. Kejap kita di atas, kejap kita di bawah.

Allah akan bagi kita rasa bila masanya untuk berada di bawah, dan satu-satu masa berada di atas.

Bila kita kata, kita hidup demi akhirat, demi mendapatkan syurga Allah itu, maka Allah akan uji apa yang kita canangkan dalam hati kita itu.

Sejauh mana kita betul-betul nak kan syurga Allah, nak melihat Allah, nak duduk bersama-sama dengan Rasulullah di akhirat kelak.

Sebab,

Syurga itukan terlalu mahal maharnya?


Dan atas sebab itu jugalah hanya orang-orang yang terpilih sahaja boleh memasukinya.

Tapisan Allah itu pelbagai cara dan jenisnya.

Bilamana Allah menggerakkan hati kita untuk menjadi insan yang terpilih, di situlah bermulanya tapisan-tapisan Allah itu.

Allah akan menguji kita dari sudut harta,

sudut jiwa dan perasaan kita yang boleh saya katakan paling susah sekali untuk kita hadapi.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin , baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga buat mereka..." (at-taubah:11)

Allah meminjamkan kita apa yang kita ada di dunia ini, semuanya...

Dan Allah beli pula apa yang dipinjamkannya itu, untuk memberi kita syurgaNya.

Luasnya kasih sayang Allah itu pada kita!

Jiwa dan diri kita ini jua milik Allah, bila mana kita berdoa supaya Allah tsabatkan kita di jalan dakwah ini, maka Allah akan memulakan proses tapisannya.

Sama ada layakkah kita untuk mendapatkan syurga yang amat mahal itu.


Sejauh mana kita benar-benar menjual diri kita pada Allah?

Ianya bukan hanya untuk di canang-canangkan, tapi ia perlukan apa kita amalkan dan tafsirkan melalui kesediaan hati kita demi islam ini.

Agar dakwah ini menjadi darah daging kita.

Agar Allah itulah BETUL-BETUL matlamat kita dalam setiap hal yang kita lakukan.

Agar kita benar-benar yakin yang akhirat itulah destinasi akhir kita

Rasulullah lah contoh kita paling agung dalam sejarah peradaban manusia.


Terkadang,

Bila tiba satu masa,

Kita kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidup kita,

Dan kita tak dapat bayangkan bagaimana keadaan kita sekiranya sesuatu yang berharga itu tiada

Dan masa itulah Allah mengajar kita bahawa apa yang Allah pinjamkan itu milikNya,

Dan kita mencintai sesuatu itu kerana Dia,

Bukan kerana apa-apa yang kita rasakan demi dunia ini.

Sekiranya kerana Allah lah kita lakukan semua itu,

Maka hati kita akan lapang, sebab kita tahu, kita akan dapat bertemu lagi di syurgaNya.

Dan kita sendiri yang kata , hidup ini semata-mata untuk Allah kan?

Nah! Allah ingin melihat sejauh mana kita hidup keranaNya.

Di setiap nafas, dan sisa terakhir nadi kita pun, Allah tetap matlamat kita.


Di situ,

Dakwah ini menuntut kita lebih lagi.

Dengannya kita hidup dan bernafas, dalam naungan dan penglihatan Allah.

Walaupun kita rasa kita seorang, tapi realitinya Allah memberi kita rasa yang kita sangat dekat dengan Dia.

Kita mula merasai Allah melihat kita dalam setiap tingkah laku kita, setiap niat kita,

maka, wujudlah ikhlas dan ihsan.

Walaupun pada hakikatnya ikhlas itu sendiri rahsia dalam rahsia Allah, kita akan cuba juga untuk mendapatkannya.

Dari situ, taqwa menjengah, dan kita berusaha ke arahnya. insyaAllah.


Jangan risau, aturan Allah itulah yang Maha Terbaik.

Sekalipun kita rasa dah tak larat, rasa amat berat, namun yakinilah

Allah sedang memberi pelajaran yang amat berharga buat kita.




Doakan saya,

alfateh melaka





Thursday, December 9, 2010

memaknai hidup ini


Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah.

Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Mungkin baru sekarang aku benar-benar memahami makna itu.

Baru sekarang aku merasai dengan penuh ampuhnya kalimah itu dalam jiwaku.

Merasai getarnya jiwaku di saat namaMu kusebut penuh syahdu.

Setelah bertahun-tahun keberadaanku dalam tarbiyah ini, mungkin inilah masanya untuk aku menghadamkan segala yang telah aku lalui dan pelajari sepanjang perjalanan sebagai hamba Allah ini.

Sejak akhir-akhir ini, aku merasai kekosongan sesuatu.

tanpa ujian, dan semangatku tidak seperti dulu.

Aku mula merasakan ada kurangnya disitu, sunyi tanpa ujian dan dugaan Allah, maksudku dugaan di jalan yang telah aku pilih ini.

Aku merindukan perasaan halawatul iman itu,

seperti yang pernah dirasai dahulu.

Dan aku tahu, bukan mudah untuk memiliki rasa itu, perlu mujahadah dan susah payah yang tidak terkira.


Dalam tidak sedarku,Ya Allah! aku terlupa sesuatu.

Rupanya perasaan yang aku rasa itu pun suatu ujian dari Allah. Rasa rindu pada ujian2 Allah yang mendekatkan diri kita kepada Dia, Maha Pencipta.

Aku tercari-cari Allah, meraba-raba sendiri, mencari makna dalam kehidupan ini walaupun sebelum ini pernah aku rasai.

Dia ajarkan aku sesuatu di perjalanan kehidupan ini.

Sesuatu yang amat berharga buat diriku, dan aku pasti ia bakal menjadi bekal di kemudian hari.

Merasai Allah di setiap nafas dan langkah ku, tidak kisahlah ketika berada di ward dengan pesakit, walaupun hari itu aku harus berhadapan dengan pakar yang garang-garang.

Atau pun ketika aku merasa bahagia dengan kehidupan duniaku, dengan orang sekelilingku, sahabat baikku, dan orang-orang yang aku tahu mereka akan sentiasa bersamaku.

Dan aku harus sedar, bilamana hidup kita ini hanya untuk Allah, dan semata-mata HANYA kerana Allah, tidak dapat tidak, segala yang aku lakukan pastilah hanya untuk Dia.

Mungkin dulu, aku bisa saja ungkapkan. Namun, Allah itu Maha Penyayang.

Dia melatihku dengan pelbagai cara dan teknik sampailah sedikit demi sedikit aku dapat menghadamkan apa yang aku katakan selama ini.

Ujian itu tidak akan pernah putus pada orang yang sentiasa amalnya.

Dan aku khuatir sekiranya satu masa Allah membiarkan aku tanpa ujian dan aku tidak menyedarinya.

Lebih selesa berada dalam zon hijau (kalau dalam emergency department, zon ni yang paling tak urgent).

Biarlah dalam zon merah (zon ini paling kritikal) , supaya aku sentiasa berjaga-jaga.

Berjaga-jaga dalam tahap paling optimum, merasai perit dan sukarnya ujian Allah, adalah satu kemanisan yang sukar diungkapkan sekiranya kita menjadi orang yang paling bersabar.

Macam yang kakakku selalu sebut, sabar itu pada pukulan yang pertama.

Bagaimana kita menyingkap para sahabat yang sanggup menggadaikan segala-segalanya hanya untuk Allah dan Rasulnya?

Seperti Saidina Abu Bakar, yang bilamana sahabat bertanya kepadanya setelah semua hartanya habis digunakan untuk Islam dan keluargnya ditinggalkan tanpa harta sekalipun.

Dan beliau menjawab, "aku tinggalkan mereka pada Allah dan RasulNya"


Sudah cukupkah apa yang aku lakukan ini?

Adakah aku sudah sungguh-sungguh menggadaikan segalanya demi dakwah dan tarbiyah ini?

Bukan sahaja pada harta, malah pada jiwa dan perasaan.

"....Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas atas orang-orang yang duduk..." (an-nisa':95)

Pada harta mungkin lebih mudah untuk kita infakkan pada jalan dakwah ini,

Acapkali aku juga terfikir sudahkah langsai jiwa ini dikorbankan demi agama Allah ini.

Tepuk dada, tanya iman sendiri.



Dan hakikatnya, tidak akan terbukti selagi mana kita tidak diuji.

Bersedia hadapi risiko, barulah akan teruji.



Moga terus tsabat,

Dalam redha Allah.


Sunday, October 10, 2010

Allah sentiasa ada


Bismillahirrahmanirrahim







Itulah aturanNya.

Kadang kita naik, kadang kita turun.

Kadang kita gembira macam nak ape, kadang kita menangis sampai dah tak tahu nak buat apa.

Kadang kita rasa semangat, rasa macam semua benda nak buat, kadangkala juga rasa malas dan tak mampu nak teruskan.

Lumrahnya diri kita. Akan rasa macam tu. Sebab kita ini manusia.


Dalam setiap apa yang kita lakukan,

Terkadang kita lupa yang Allah sentiasa ada dekat sangat dengan kita.

Kita mengharapkan orang lain untuk faham apa yang kita rasa,

Walaupun pada hakikatnya kita pun sendiri tak berapa faham apa sebenarnya yang bergelojak dalam jiwa kita ini.

Tatkala itu, kita akan mudah menyalahkan orang lain,

Kita akan rasa yang kita sorang-sorang,dan mula buat perkara-perkara yang bodoh.

Sama ada kita akan tetap bersabar atau terus menerus fikir kenapa takde orang yang faham diri kita.


Kita silap.

Tiada siapa yang faham kita, hatta diri kita sendiri.

Sebab hati kita ini milik Allah, dan Dia lebih tahu apa yang berlaku di setiap titik hati kita.

Kadangkala,ada benda yang boleh kita explain dan cerita pada orang,

Dan perkara terbaik yang boleh orang tu buat, dia akan bagi nasihat dan buat kita rasa lega.

At least, kita ada seseorang untuk kita bercerita.


Namun, ada masanya ada perkara yang kita tak boleh cerita, sukar nak cerita pada orang.

Undefined.

Dan masa ini kita tak boleh nak anggap orang akan faham kita.

Hatta ujian yang kita terima itu sangat berat dan amat menyesakkan dada.

Sampai kadang-kadang rasa dah tak larat nak tanggung dah.

Kita lupa yang kita ada Allah.

Yang Dia sebenarnya sangat dekat dengan kita.



Allah nak kita rasa bergantung pada Dia.

Allah nak latih jiwa kita ini untuk jadi lebih kuat lebih dari biasa.

Dia sangat faham betapa sakitnya hati kita.

Dan bila kita benar-benar merasai yang Allah itu sangat sayang dan betapa luasnya kasihNya pada kita,
ketenangan pasti menyelinap kesegenap ruang jiwa kita.

yakinlah.

Kita hanya perlu berusaha.

Kalau rasa susahnya nak dapat feeling dekat dengan Allah tu, cuba dan cuba lagi, dekatkan diri kita dengan Dia.

Tak cukup hanya sekadar solat wajib, tambah lagi dengan amalan sunat.

Berusaha sedayanya doa sungguh-sungguh dan penuh yakin.

Titiskan sebanyak mana pun air mata yang kita ada.

Tunduklah semahunya, buang segala ego yang ada dalam hati kita.

Gapailah redha Allah dalam setiap perkara dan niat kita.



Don't worry ye,

Andai tidak ada sesiapa yang faham hati kita,

Allah kan sentiasa ada.=)

Malah sayangNya pada kita Maha Luas dan Maha Kaya!








Thursday, October 7, 2010

insyaAllah



salam,

alhamdulillah. Allah masih memberi peluang untuk terus menulis.

baru sahaja habis end posting exam, rasa sangat lega.

moga Allah mudahkan lah untuk saya dan especially senior yang baru habis P2S1.


Kadang, kita nak sangat orang yang kita sayang memahami apa yang kita inginkan dari mereka.

Kita tak kan cakap direct, sebab kita takut mereka belum bersedia.

Tapi, jauh di sudut hati, kita nak sangat sangat mereka pun rasa apa yang kita rasa.

orang yang kita sayang ni bukanlah dari sama pertalian darahnya, tapi kita sedar, terkadang kita terlebihkan mereka dari adik beradik kita sendiri.

Tanpa kita sedari pun. Kita akan lebih rindu pada mereka, lebih bersungguh-sungguh membawa mereka ke jalan yang kita pegang ini.

[mungkin juga sebab tu adik beradik sendiri kita suruh orang lain yang merapati mereka.sebab lebih dekat dan pada masa yang sama kita tak boleh abaikan mereka juga]


Satu saat, kita rasa mereka dah bersedia. Untuk menerima taklifan ini. Bergerak bersama dalam caravan ini.

tapi rupanya, banyak lagi yang kita perlu perbaiki dan santuni. Tak kesahlah berapa lama pun kita perlu bersama mereka.

Mungkin air mata ini belum cukup mendoakan mereka.

Mungkin juga diri ini banyak sangat buat dosa dengan Allah.

Mungkin juga mutabaah diri sendiri yang tak terjaga.

Hafazan pun tak consistent. Mudah sangat lupa.


Dan sebab itu, kita kena banyak sangat dekatkan diri dengan Allah.

Mohon dengan sangat agar kita dan mereka dikurniakan halawatul iman itu.

Mudahnya untuk diungkapkan di bibir, tapi bukan semua yang benar-benar merasainya.

Tapi, mesti berusaha.

Kerna Allah pasti tak kecewakan kita.

Mereka kadang berundur kerana kurang yakin yang mereka boleh bergerak.

Rasa banyak lagi yang perlu ditopup.

Dan kita tak boleh paksa.

Kita sayang sangat pada mereka. Dan seharusnya terus membimbing mereka sampai mereka bersedia.


Kita nak mereka mendarah dagingkan dakwah ini dalam diri mereka.

Dan itu bukan kerja mudah.

Tapi, insyaAllah, hari itu pasti tiba.

kita haruslah berdoa, semoga kita semua tetap menjadi insan-insan yang

terpilih oleh Allah di jalan ini.


Ya, insan-insan yang terpilih.

Sepertimana Al-Quran juga memilih orang yang layak menjunjung kalamNya.

Bukan calang-calang,

Perlu mujahadah yang sangat sangat kuat!


Apapun yang kita terima di jalan ini,

Tanda Allah peduli dan sayang pada kita.

Semakin berat ujian yang kita terima, semakin kuatlah hati kita, Dia nak melatih jiwa kita.

Kuncinya, bergantunglah pada Allah dalam tiap perkara.

Merasai benar-benar Allah itu lebih dekat dari urat leher kita {Qaf:16}


Impian kita, melangkah ke syurgaNya bersama-sama.

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.

Ana sayang antum fillah!




Friday, August 13, 2010

Sunday, August 1, 2010

real vacation

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah banyak kali dengar ISK. Setiap kali terima ISK, banyak dan different things yang boleh kita dapat. Intipatinya sama, namun penceritaan dan pembawaan dan kefahaman yang kita dapat juga berbeza.

Sama macam kita dengar tazkirah. Tazkirah adalah peringatan. Maksudnya kita diingatkan dengan perkara yang kita sudah pun tahu. Tapi, kita sangat-sangat perlukan tazkirah, walaupun kita dah selalu dengar benda tu kan? Sebab apa?

Sebab kita ini manusia. Selalu lupa. Kene recharge selalu, setiap masa. Bukannya iman kita ini on high level je sentiasa. Selalu naik turun macam ECG tu. Dan kadang-kadang, walaupun kita dengar tazkirah yang sama, kita akan faham lebih akan sesuatu perkara tu. Mungkin 1st time kita dengar, kita faham 1 perkara, bila dengar kali kedua, faham 2 atau 3 perkara. Dengar lagi, lagi faham 4, 5, 7 perkara. Subhanalllah!

ECG

See how care and sayangnya Allah pada kita. Dia bagi kita dengar benda yang sama banyak kali, dan Dia bagi kita faham lebih benda tu. Dan bila kita faham lebih, kita akan lebih dekat dengan Dia, lebih ingat Dia. Baiknyaa Allah.

Antara perkara yang saya amat terkesan dalam ISK kali ni, bila ada sahabat Nabi minta pada Rasulullah untuk pergi bercuti. Bayangkan, dalam keadaan umat islam yang parah, Nabi sendiri tiada masa lain kecuali untuk keluar berjihad, boleh pulak sahabat tu tanya Nabi untuk pergi bercuti. And what do you think Our Prophet will answer?

Rasulullah tak marah pun sahabat tanya macam tu. And he said, 'our vacation is jihad fisabilillah'.
Maksudnya, kalaulah kita devote ourself to this dakwah and sebarkan dan faham kan islam pada orang lain,menuntut ilmu, we are actually on vacation! kan seronok?? Vacation tiap2 hari, 24 seven lah orang kate. siapa tak seronok?

Dan vacation yang kita lalui tu andainya ikhlas kerana Allah, Allah beri pulak balasan yang setimpal di akhirat.

"Dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dimasukkan kedalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal didalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam itu ialah salam."
[Ibrahim, 14: 23]

Kiranya kalau pergi ward atau kelas pun kenelah ikhlas kan diri kan, menuntut ilmu kerana Allah, untuk jadi contoh demi dakwah dan tarbiyah, barulah apa yang kita belajar berkat. Bukan sebab nak attendance atau takut dengan lecturer.[refleks kat diri sendiri jugak nih]

Formula dari seorang ust, kalau hati kita rasa mudah dan ringan buat sesuatu kerja tu, maknanya ikhlas la tu. Kalau rasa berat je, hatta sedikit pun, tak ikhlas lah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah pada Allah taatlah pada Rasul, dan janganlah kamu merosakkan segala amalmu"
[Muhammad,47:33]

Bukan mudah nak ikhlas. Ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Tapi, kita kenalah selalu doa supaya hati kita ni sentiasa ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan. Kalau tak, sia-sia sahaja.

Bayangkan kat akhirat nanti, Allah tanya balik kat kita apa yang kita dah lakukan di dunia ini waktu usia mudamu? dan kita pun mentionlah one by one. Saya buat ini, saya buat itu. Tup tup, Allah kata, selama sekian sekian masa, apa yang kau buat, tak ikhlas keranaKU! takutkan? ya Allah, sangat-sangat takut bila segala kerja dakwah yang kita buat selama ni sia-sia je sebenarnya.

Sebab tu penting sangat-sangat untuk ikhlas!

Dan tiadalah jalan mudah untuk ke syurga melainkan menyerahkan segala jiwa dan harta kita hanya untuk Allah swt. Syurga itu mahal maharnya.