Sunday, June 29, 2008

pabila nucleus aktif...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh


"nurani, 'dia' datang lagi"...mesej yang muncul di paparan skrin ym...
saya membalas,"kalau dia datang, buang dia jauh-jauh, banyakkan berdoa pada Allah, syaitan tu yang menghasut perasaan kita supaya ingat dia.. berjihad sahabat!!"
moga Allah memberi kekuatan buatmu sahabat tersayang..


bukan mudah untuk kita melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati,namun bermujahadahlah kita melawan nafsu dan hasutan syaitan...'dia' ,adalah perasaan yang muncul sama ada pada ingatan, atau kenangan yang lahir terhadap lain jantina..saya rasa semua orang faham siapa yang saya maksudkan..fitrah manusia..lumrah.. untuk merasai perasaan itu..ianya di ibaratkan seperti nucleus dalam hati kita..yang membezakan sama ada kita aktifkan atau tidak je nucleus tu..kalau kita biarkan nucleus tu terus aktif,dan melayan segala kehendak hati tentulah dia sahaja yang kita fikirkan..kalau kita biarkan dia diam dan senyap, atau pun dengan cara yang lebih berkesan kita 'gali 'nucleus tu dan buang ia jauh-jauh, itu lebih baik..tak pun, kita kambus nucleus tu dengan selalu mengingati Allah, supaya ia menjadi tidak aktif sebelum tiba masanya...mungkin satu hari nucleus itu akan meletup, tapi biarlah sehingga tepat pada masanya..

sejenak, saya teringat contengan atas meja-meja library..i think "tempe-tempe" ni suka sangat menulis luahan perasaan kat atas meja library..
"he loves me, he love s me not..do u think he loves me?"
" yeah..i think he loves u"
"no..what the **** are u doing??
"girls are ****!! "
"no matter what happens, i ll always love u..love u..love u.."
"love is pain."
"love is hate"..
and banyak lagi ayat-ayat cinta yang saya tak ingat isi kandungannya..
sampai berbalas-balas mesej yang ditulis ..entah dari mana gerangan si penulis..macam-macam ayat yang ditulis..huh..vandalisme! kita dapat lihat betapa panahan cinta menganggu aktiviti study kita, mengganggu fikiran kita..buku di depan mata, tapi fikiran melayang mengingati perkara yang tidak sepatutnya..nauzubillah..moga kita dilindungi dari hasutan syaitan yang x putus-putus merosakkan hati manusia..janganlah kita biarkan mereka bertepuk tangan dan melonjak kegirangan melihat manusia yang sentiasa berfikir tentang dunia dan kurang semangat jihadnya untuk Islam..

wahai sahabat yang dikasihi Allah,usah cemburu pada yang palsu dan yang menipu..andalah pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan..yakinlah..jangan risau jika belum berpunya, kerana Allah mungkin ingin memberi anda ketenangan dulu buat anda..untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi.. bersiap sedialah..

"Pemuda yang memiliki isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya..sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa penuh berliku dan penuh cabaran..telah tercatat seungkap nama pasangan di Luh Mahfuz untukmu..cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu...Allah Maha Bijak mengatur yang sepadan[kufu']..jika kau tekun membaiki peribadi dikalangan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.."

'apa yang memberi faedah kepada orang yang beriman selepas takwa kepada Allah, kebaikan buatnya adalah isteri yang solehah'
[HR Thobrani]

Friday, June 27, 2008

::pasrah segalanya::

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

Pasrah Segalanya-Dehearty


Pernah hati ini terguris

Dengan fitnah dan tomahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biar pun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namunku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala pada-Mu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta

Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku dihati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telahku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabah ku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Namunku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Serasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang pernah ku mulai

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah Engkau lindunggilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabah ku menghadapi dugaan
Agar tidak ku terhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malam ku berkalut benci


By DeHearty

lagu ni ditujukan khas buat diri dan sahabat2..
ingatlah bahawa segala dugaan dan fitnah yang berlaku pada kita adalah tanda rahmat dan kasih sayang Allah.. kita dipilih sebagai salah seorang daripada penerima dugaan Allah..maksudnya kita termasuk dlm golongan2 yang dikasihiNya..bukanlah calang-calang untuk Allah memilih kita menerima sesuatu dugaan itu..wlupun ianya berbeza mengikut kemampuan individu...
yang penting, kita haruslah sentiasa bersangka baik pada Allah yang menciptakan segala ujian...berdoalah kepadaNya moga ditenangkan hati dan dileraikan dari segala kekusutan yang melanda..
Risaulah jika kita sentiasa rasa bahagia tanpa sebarang ujian dan dugaan, takut-takut kita bukan dalam golongan yang sentiasa diingati olehNya..
sedangkan saidina Ali akan menangis jika dia tidak dikurniakan ujian, kerna takut2 Allah melupainya..takut dirinya cepat lalai dan leka dengan dunia...

renungilah diri kita..berapa banyak kali air mata ini dititiskan untuk Yang Maha Esa..dan berapa banyak kali air mata dititiskan untuk perkara-perkara duniawi..sama-sama kita muhasabah...

buat penuntut ilmu, hadapilah segala imtihan yang sebenar,
yang meletakkan keadilan pada bahu si penuntut ilmu,
kalau kita bersedia lebih dari sekadar imtihan, maka tersenyum syukurlah kita,
kalau kita insan lemah yang meletakkan syarat dalam menuntut ilmu
[setakat untuk lulus bab-bab tertentu] maka tersenyum redhalah kita..
nampaknya kalau imtihan di dunia tadi menguji ilmu perubatan,
maka imtihan akhirat mengajar ilmu redha dan kesyukuran.

Monday, June 23, 2008

cinta tak kenal usia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

semalam saya sempat chat dengan seorang sahabat lama..dah hampir setahun rasanya kami tidak berhubung...alhamdulillah dia masih seperti dahulu..sahabat sekampung yang sudah lama tak ketemu...apa yang mengejutkan saya adalah dia akan berkahwin hujung tahun ini...umurnya tua setahun dari saya[22 tahun]..dan dia adalah seorang lelaki...

perancangannya untuk menikah tidaklah begitu mengejutkan..namun cerita disebalik pernikahan itu membuatkan saya amat terharu...calon yang dimaksudkan adalah bekas ibu angkat dia sendiri..berumur 35 tahun dan sudah mempunyai 6 orang cahaya mata dengan bekas suaminya.. saya tertanya-tanya apakah yang menyebabkan dia begitu tekad untuk menikahi wanita itu..ceritanya lebih kurang begini...

sahabat saya itu sy kenalkan dia sebagai fahmi[bukan nama sebenar], fahmi selalu terlibat dengan kem pelajar-pelajar bermasalah terutama yang selalu diadakan di bandar kami tinggal..dia selalu menjadi fasilitator jika ada kem-kem diadakan..suatu ketika, dia menyertai kem di bawah pertubuhan [saya tak ingat namanya=)] dan semasa menyertai kem tersebut, ada seorang pelajar yang perangainya yang kurang berakhlak, pakaiannya, senang cerita seksi dan tidak sopan.. selepas kem itu tamat,tidak terdapat kesan2 yang pelajar itu akan berubah..maka, fahmi cuba mendekati pelajar itu dan berjumpa dengan keluarga pelajar perempuan tersebut.. setelah berkenalan dan mendalami keluarga tersebut,barulah fahmi mengerti..keluarga pelajr tersebut bukanlah seperti keluarga kita yang penuh dengan kasih sayang seorang ayah.. keluarga tersebut agak porak peranda..dan ibunya sering menjadi tempat melunaskan nafsu ayahnya..ibunya juga sering dipukul oleh si suami...fahmi memperkenalkan ibu dan pelajar tersebut kepada ibunya..dari situ ,barulah ibu pelajar itu mengerti bahawa selama ini dia tidak mendapat hak2nya sebagai seorang isteri...selama ini,jika dia[ibu pelajar perempuan ] ingin pergi belajar agama, si suami akan memarahi dan menghalaunya untuk tidur sahaja di surau..dia tidak berpeluang untuk melakukan apa-apa..hidupnya sudah cukup terseksa..nasib anak-anak juga tidak terbela...


dari situ, hubungan fahmi dengan kelurga pelajar tersebut semakin rapat.Ibu pelajar perempuan itu sudah dianggap sebagai ibu angkat nya dan..ibu fahmi mengerti perkara ini..
entah macam mana..perasaan simpati fahmi semakin menebal..dari hari sehari, perasaan itu bertukar menjadi menjadi kasih dan sayang..tidak lama selepas itu, ibu pelajar itu bercerai dengan suaminya..fahmi mula berfikir panjang.. dia mahu membantu keluarga itu..dia mahu membimbing wanita itu dalam agama..dia pun sudah rapat dengan anak-anak wanita itu..Allah Maha Berkuasa..Dialah yang mampu membalikkan hati kita..rupanya,cinta berputik antara mereka berdua[fahmi dan ibu angkatnya]..cinta itu fitrah..fahmi juga x sedar sejak bilakah perasaan itu bertukar ..kalau dulu sebagai seorang anak angkat, dia memanggil ibu angkatnya dengan kata panggilan ibu...namun selpas itu, bahasa yang digunakan telah bertukar kepada "saya dan awak"...fahmi berdoa moga Allah membantunya dlam membuat keputusan..




lalu dia mengambil keputusan untuk menikah..bukan dengan anak wanita itu..tapi dengan ibu angkatnya sendiri...yang kini berusia 35 tahun...
niatnya hanya satu..untuk membimbing wanita itu dan keluarganya ke arah yg diredhai Allah swt..supaya mendapat didikan agama yang cukup.. buknlah salah wanita itu hidup dia merana..kerana selama ini dia tidak mendapat haknya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya..didikan agama apatah lagi...nak dipendekkan cerita, kedua-duanya bersetuju untuk menikah... fahmi pernah berkata pada saya... jika wanita itu sanggup untuk hidup susah senang dgnnya dan sudi dibimbing olehnya sebagai seorang suami kelak.itu sudah mencukupi...fahmi benar2 ingin membela nasib wanita itu dan keluarganya..dan dia bersedia untuk menjadi ayah kepada keenan-enam anak wanita itu...fahmi sudahpun menamatkan pengajiannya di salah sebuah universiti di utara malaysia dan sekarang sudah pun bekerja..



fahmi sedar dia perlu berdepan dengan masyarakat sekarang yang memandang pelik fenomena ini..jika perempuan muda berkahwin dengan lelaki tua, itu mgkn sudah biasa kita dengar, tapi jika lelaki muda berkahwin dengan perempuan yang jauh lebih tua darinya, tambahan pula seorang janda..ia adalah rare fenomena..katanya, apa yang org nmpk dan apa yang dia rasai berbeza..redha Allah dan mak ayah sudah mencukupi..

sekian sahaja cerita mengenai sahabat saya..saat saya mengetahui perkara ini ,saya amat terkejut...berbagai soalan diajukan untuk mendapatkan kepastian..namun setelah dia terangkan segalanya, baru saya faham... hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik tiap kejadian.. dan saya gembira di atas keputusan yang dia putuskan...moga Allah membantu dan melancarkan perancangnnya untuk menikah...tak sabar rasanya untuk pulang ke malaysia bertemu dengan mereka...

kisah sahabat saya ini mengingatkan saya tentang perkahwinan Nabi Muhammad dengan Saidatina Khadijah..jarak antara mereka pon 15 tahun..manakala sahabat saya ini jaraknya 13 tahun..cinta tak mengenal usia kan? sama-samalah kita doakan moga Allah memudahkan urusannya...ameen...


p/s:gambar budak kecil yang comel di atas adalah anak sepupu khairil anwar ramli..ia hanyalah gambar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan cerita di atas..terima kasih ye jiran=)

Thursday, June 19, 2008

kerana mulut

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..


selalu kah kita menyakiti hati sahabat2 kita?sama ada kita sedar atau tidak..kadangkala sesuatu yang dianggap sebagai gurauan pun boleh membawa kepada putusnya persahabatan..kita mungkin menganggap ianya sebagai perkara biasa..namun hati manusia... mudah terusik namun tidak mampu melontarkan kata-kata..

"kerana mulut,santan binasa, kerana mulut,jangan sampai bawa kita ke neraka"
ragam mulut..suka bercakap..kadangkala kita tidak menyedari apa yang dilontarkan itu adalah kata-kata mengumpat dan mengata...banyak sekali paradigma songsang tentang mulut...
antara jawapan yang kita selalu dengar,

:apa nak buat,Allah dah jadikan saya banyak mulut:

:semua orang ada masalah mulut,biasalah:

:kita cakap perkara yang betul, bukannya mengumpat:

:mana ada dlm dunia ni orang yang tak pernah bohong?:

dimanakah kita letak hak sebenar mulut dan lidah kita? sesuka hati bercakap tanpa memikirkan natijahnya..bak kata dr fadzillah kamsah..syaitan bernama musawit adalah syaitan yang khusus untuk merangsang kita mudah bergosip,mengata dan mengumpat.. seharusnya kita berperang dengan syaitan2 ini...buatlah apa yang Allah suka, walaupun semua orang tak suka... dan janganlah buat apa yg semua org suka,tapi Allah benci...

perubahan ke arah kebaikan...scr slow2... biarlah apa org nk kata mcm....
" alaa kamu ni ali, nak tunjuk baik konon! macam lah aku tak tahu kau tu macammane...bla bla bla.."
yang penting ,kita dapat membersihkan hati....mulut laser dan mengumpat ini amat berkait dengan hati... pathogenesisnya lebih kurang macamni:

hati kotor---> hati yang kotor mengawal minda yang bersih----> minda yang bersih get infected-----> neurons dan saraf dari infected minda menghantar impulse ke effector iaitu mulut-----> mulut act dengan mengatakan perkara2 yang tidak baik seperti mengumpat,menyindir,mengeluarkan bahasa kesat dsb..

antara kesalahan yang mulut selalu lakukan:
mulut murai,mengumpat,mulut laser,berbohong,batu api,memfitnah, dan pecah rahsia...
semua ini adalah dtgnya dari tuan punya mulut...dan janganlah kita jadi mcm orang yang tak serupa bikin..pandai bercakap sahaja,tapi kita sendiri tak laksanakan..
dalam firman Allah ada menyebut,

" wahai orang2 yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
[as-saff:2-3]

justeru...kita haruslah melazimkan kalimah toyyibah di mulut kita..bersihkan hati, positivekan minda dan sentiasa lah bersangka baik pada semua orang..kawallah mulut kita dengan banyakkan berdoa, bercampur dengan orang2 yang menjaga mulut, dan kalahkanlah syaitan dengan menjaga mulut... sesungguhnya setiap apa yang kita katakan oleh mulut akan menjadi saksi di akhirat kelak...





Tuesday, June 17, 2008

nikmat MASA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

"dan Dia yang telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak dapat menghitungnya.Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari[nikmat Allah]" -surah Ibrahim: 34-

mari kita renung ayat di atas, banyak sangat kurniaan yang Allah bagi pada kita, salah satu yang kita selalu abaikan ialah nikmat MASA...

Apa yang kita dah lakukan dengan masa? kita penuhi dengan study? menonton movie? solat tahajud? makan...minum...tidur..dan banyak lagi..sejauh mana kita betul-betul gunakan masa dengan sebaiknya... kadangkala, bila imtihan menjelma, barulah masa tu dipenuhi dengan berpuasa,solat sunat, solat tahajud,buat amal kebajikan... tidaklah salah malah digalakkan..namun cuba kita muhasabah diri.. adakah di ambang imtihan menjelma baru kita nak menghargai masa? setelah imtihan berlalu..masa kita buang jauh-jauh..kita tidak gunakan dengan sebaiknya.. banyak buat perkara-perkara yang langsung tiada dalam sylibus seorang muslim sejati...


renungkan lagi firman Allah di bawah,
"dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,duduk atau berdiri,tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya,dia kembali ke jalan sesat,seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk [menghilangkan] bahaya yang telah menimpanya.. " -surah yunus:12-

aplikasi dalam kehidupan ,golongan manakah kita...yang sentiasa istiqomah di jalanNya atau macam chipsmore? adakah kita menyedari kadangkala tika imtihan menjelma,banyak sangat nak study dan kita merasakan masa tidak cukup..singkat sangat masa... dimana keberkatan masa? di akhir zaman, Allah menarik nikmat keberkatan masa..cuba lihat zaman para sahabat dan ulama' terdahulu, mereka boleh menghabiskan 30 juz dalam masa satu malam..betapa panjnagnya hari-hari yang dilalui mereka...
bila kita dapat keberkatan masa...kita rasa masa itu sangat panjang dan dapat menyelesaikan pelbagai perkara dalam satu masa... tapi ,bagaimana nak dapatkan keberkatan masa?
erm...berfikir sejenak.......

caranya mudah sahaja...pastikan setiap benda yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah semata-mata. biarlah everything that we do as ibadah..ikhlas kerana Allah dan menepati syariatNya..study..makan...tidur...dan apa-apa sahaja yang kita lakukan sepanjang hari.

maka,apa tunggu lagi? mari kita berusaha dari sekarang.......Allah tidak akan mensia-siakan usaha hamba-hambaNya yang mencari keredhaanNya..

"dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan oleh Allah kepada sebahagian kamu dan sebahagian yang lain..(kerana) bg lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan perempuan pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya.. -surah an-nisa':32-

Sebagaimana kita berusaha untuk mendapat result yang cemerlang dan terbaik di dunia...begitu jugalah kita mesti berusaha untuk cemerlang di akhirat kerana kita akan menghadapi exam yang lagi besar iaitu SPM[soalan padang mahsyar]...janganlah memandang exam di dunia segala-galanya..jika kita jatuh dan gagal..kita putus asa..

maka,perbaikilah kesilapan.masih belum terlambat untuk kita meningkatkan usaha=D hargailah masa sepenuhnya..moga cemerlang dunia akhirat dan setiap usaha yang kita lakukan mendapat keberkatan dariNya.

Monday, June 9, 2008

mempertahankan ketajaman daya ingatan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

10 Langkah Mempertahankan Ketajaman Daya Ingat Seiring Dengan Usia

Agar daya ingat anda tetap tajam pada berapapun usia anda, ikuti 10 langkah yang dicadangkan Paul Takahashi, M.D, specialist geriatrics (ahli penyakit yang berhubungan dengan penuaan) di Mayo Clinic, Rochester.

Langkah 1:

Latihlah fikiran anda. Seperti halnya aktiviti fizikal agar kuat dan sehat, aktiviti mental diperlukan untuk menjaga ketajaman daya ingat. Jika anda tetap terus belajar dan berfikir secara kritis, otak anda akan tetap berkembang. Tanpa memperhatikan usia, otak yang aktif akan menghasilkan sel saraf baru, yang saling terkait dan saling berkomunikasi satu sama lain. Hal ini membantu otak untuk menyimpan dan memulihkan kembali informasi secara lebih mudah, berapapun usia anda.

Bagaimana menciptakan kreativiti bagi otak anda? Cobalah:
Belajar memainkan alat musik
• Mengisi teka teki silang pada waktu luang
• Berinteraksi dengan orang lain
• Memilih pekerjaan baru atau mulai sesuatu yang baru
• Mencoba hobi baru, seperti menulis, melukis, bersepeda atau memelihara burung
• Mengikuti berita di media massa, perkembangan dalam dan luar negeri
• Membaca


Langkah 2:

Berolahraga. Aktiviti olahraga secara teratur setiap hari dapat membantu kualiti aliran darah. Sebagian orang lebih mudah termotivasi saat berolahraga dengan teman atau keluarga untuk menemani. Anda dapat memilih untuk menggerakkan badan secara aktif, diantaranya dengan aerobik seperti jalan cepat, bersepeda atau berenang, berdampak positif bagi jantung, paru-paru dan pembuluh darah untuk mengalirkan oksigen ke otot-otot tubuh selama badan beraktiviti.

Dengan rajin bersenam aerobik, akan meningkatkan stamina dan ketahanan tubuh. Juga akan mengurangi tekanan darah tinggi, yang akan mengurangi risiko stroke, penyakit jantung, ginjal dan perkara terkait lainnya. “Dengan rajin berolahraga,”ujar Dr Takahashi, “Otak anda akan selalu berpikir positif, lebih tangkap dan lebih cermat dan akan mengalami kualiti tidur yang lebih baik.”


Langkah 3:

Makan, minum dan hidup sehat. Makan banyak buah-buahan dan sayuran, karena mengandung bahan antioksidan yang melindungi dan memberikan nutrisi yang diperlukan bagi sel-sel otak. Dan sebagai ‘bonus’, dengan makan buah-buahan dan sayuran akan mengurangi risiko terkena cancer, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, diabetes dan osteoporosis (pengeroposan tulang). Dan seperti yang anda telah dengar sebelumnya yaitu banyak minum air suam, karena ini merupakan faktor yang sangat penting bagi tubuh.

Sebenarnya, tubuh manusia 70% terdiri dari air dari keseluruhan berat badan. Kekurangan air/cairan tubuh akan mengarah pada dehidrasi, yang dapat mengakibatkan merasa kelemahan dan susah menumpukan perhatian.


Langkah 4:

Kembangkan sistem pengingat untuk diri sendiri. Informasi datang dari segala arah pada setiap saat. Usaha lebih untuk mengingatkan diri anda sendiri hal apa saja yang penting.

Anda dapat menggunakan pemicu daya ingat dengan :
Menuliskan yang penting. Simpan dalam buku harian, gunakan tanggal dan buatlah daftar
• Buat hal-hal yang rutin. Simpanlah barang-barang yang mudah hilang / terlupakan pada tempat yang sama setiap selesai menggunakan.
• Mudah terlihat. Sebagai contoh, letakkan kunci di dekat setrika, hal ini akan mempermudah anda untuk mencabut colokan setrika listrik sebelum meninggalkan rumah.
• Melatih pengulangan. “Untuk membantu mengingat nama seseorang, saya akan menyebut namanya beberapa kali dalam percakapan setelah berkenalan untuk mengingat nama seseorang,” ujar Dr Takahashi.

“Pengulangan akan membantu anda untuk melekatkan informasi pada otak. Ini merupakan contoh yang baik untuk membuat otak mengingat sesuatu.


Langkah 5:

Luangkan waktu untuk mengingat sesuatu. Penuaan pada manusia akan mengubah komposisi otak, secara normal akan mengurangi kemampuan pikiran untuk mengolah informasi baru. Tapi Dr Takahashi berpendapat bahwa kebijaksanaan dari orang yang sudah berumur dapat mengkompensasi perubahan fizikal yang terjadi. “Adalah benar kita akan mengalami pengurangan kapasiti daya ingat untuk informasi baru,” jelas Dr Takahashi. Bagaimanapun, pengalaman akan mengkompensasi kurangnya kemampuan daya ingat. “Orang yang sudah berumur tetap dapat mempunyai daya ingat yang baik walaupun mengalami perubahan fisiologi.” Mudah lupa mungkin indikasi tak lebih dari terlalu banyak yang tersimpan di pikiran. Sebaiknya jadilah lebih rileks tapi tetap konsentrasi pada suatu beban yang dialami.


Langkah 6:

Belajar teknik untuk relaks. Stress dan perasaan khawatir berlebihan dapat mengganggu konsentrasi, jadi penting maknanya meluangkan waktu untuk lebih rileks.

Salah satu teknik untuk ‘istirahat’ dari hiruk pikuk dunia:
Berbaring atau duduk dengan santai dengan mata tertutup
• Pahami pikiran anda. Apakah dipenuhi dengan masalah yang mengganggu pikiran? Bayangkan bahwa penyebab ketidaknyamanan pikiran pergi melayang jauh.
• Alirkan rasa rileks ke seluruh tubuh. Mulai dari jari kaki dan biarkan mengalir ke seluruh tubuh. Kencangkan kelompok otot saat ‘aliran rileks’ mengalir, untuk beberapa detik sebelum anda rilekskan. Teruskan ke atas, mulai jari kaki ke atas kaki, tumit ke lutut, paha ke pinggul, punggung ke bahu, lengan ke jari tangan, leher ke kepala dan akhirnya semua otot pada muka.
• Bernafas secara perlahan, teratur dan dalam
• Sekali anda melakukan rileksasi tersebut diatas, bayangkan bahwa anda berada di tempat favorite anda atau di tempat yang sepi.
• Setelah 5 atau 10 minit, beranjaklah secara perlahan-lahan.


Langkah 7:

Selalu berpikir positif. “Kebahagiaan memainkan peranan utama dalam perspektif kehidupan,” kata Dr Takahashi. “Kebahagiaan membuat anda lebih stabil, pikiran anda akan lebih terbuka untuk menerima informasi.” Dan ada penelitian yang mendukung pernyataan itu. Penelitian menunjukkan bahwa rasa optimis cenderung memang mempengaruhi kesihatan secara keseluruhan.

Menurut penelitian yang dipublikasikan oleh Mayo Clinic Proceedings, orang yang memiliki optimisme tinggi memiliki angka 50 % lebih rendah risiko kematian mendadak daripada orang yang pesimis.


Langkah 8:

Konsultasi dengan doktor. Banyak faktor yang tidak terkait langsung dengan penuaan atau genetik ikut menyumbang masalah daya ingat. Hal ini termasuk kesan sampingan penggunaan ubat-ubatan, berkurangnya daya lihat dan pendengaran, kekurangan vitamin, kelelahan, depresi dan stress. Depresi dapat menjadi penyebab masalah daya ingat dan kurangnya daya tumpuan dan seringkali penyebab penyakit Alzheimer pada orang yang telah berumur.

Depresi atau tekanan dapat diatasi, sehingga akan memulihkan daya ingat dan konsentrasi. Jika anda atau anggota keluarga khuatir mengenai daya ingat, segera pergi membuat pemeriksaan.


Langkah 9:

Periksa tekanan darah. Kawallah tekanan darah, kolesterol dan level kadar gula darah. Ujian ini relatif, mudah dilakukan dan sebagai indikasi efektif apa yang terjadi di dalam tubuh. Orang dewasa yang selalu menjaga tekanan darah dan tidak merokok akan mengurangkan risiko terkena stroke.


Langkah 10:

Jagalah perspektif anda. Anda bukan satu-satunya orang yang lupa dimana kunci rumah yang baru saja anda letakkan. Atau ragu, apakah setrika listrik dirumah sudah anda cabut atau belum. Sebenarnya hal itu bukan hal yang perlu dikhuatirkan, apabila kekerapannya tidak tinggi. “Kita semua akan mengalami berkurangnya daya ingat seiring dengan masa,” jelas Dr Takahashi. ”Tapi dengan pengalaman selama bertahun-tahun membuat anda lebih bijak dalam menyikapi suatu informasi.”

Semua orang seringkali mengalami kesulitan untuk mengingat sesuatu pada masa2 tertentu. Jadi jangan kehilangan semangat untuk cuba ingat. Kebijaksanaan terbangun seirama dengan bertambahnya usia daya ingat.

http://addsht.blogspot.com/

Saturday, June 7, 2008

~iKaN DaLam AiR~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ikan dalam air...mcm2 jenis ikan ada dlm air..ikan emas, ikan kembung,ikan keli, ikan duyung dan mcm2 jenis ikan lagi lah...knp kita nak jadi mcm ikan dalam air?

ikan dalam air...duduk dalam air je..x lihat dunia luar..errmm.ada sesetengah menganalogikan nya begitu..tapi dalam konteks ni dia lain sket...

air...x kesahlah air laut,air sungai,air kolam,air akuarium atau air tasik...air kita boleh klasifikan sebagai tempat yang sejuk,bila kene air,kita rasa sejuk,tmbh2 bila kene air hujan..hehehe...dalam kehidupan sehari2,banyak aktivity yang kita lakukan..kita rasa penat,rasa letih,tension, kadang rasa nak pecah otak dek banyak sgt bnde nk kene difikirkan dan diuruskan...namun dalam kesibukan dan beban kerja yang amatlah banyak itu,kita mesti mengimpikan satu suasana yang tenang, bila kita berada di satu tempat tu,kita lupa segala kesibukan dan hiruk pikuk kerja yang memeningkan brain kita tadi..secara tak langsung, we feel relieve.....dari bad mood jadi good mood...dari muka masam jadi senyummmmmmm......perasaan marah bertukarjadi sayang...dan mcm2 perkara positif yang lain...

dan....tempat yang dimaksudkan adalah ibarat rumah kita...ibarat org2 dlm rumah kita...bak kata org..rumah sakinah..=) samalah macam ikan dalam air...biarlah kita jadi mcm ikan dalam air...air tu ibarat rumah...ikan tu diri kita...bila balik rumah...kita rasa tenang..bahagia...tapi,mcmmane nk jadi ikan dalam air? ada yang kata, rumah ibarat neraka..bla balik rumah bukan rasa makin selesa..tapi makin memburukkan keadaan...

nak kan rumah yang bahagia..means ketenangan yang boleh dicari tiada di tempat lain melainkan tempat tinggal kita sendiri, hiasilah rumah dengan bacaan suci ayat Quran, ..mak selalu ckp..kalau kita baca Quran dalam rumah, malaikat akan nmpk rumah kita bercahaya... cuba kalau kita jadikan amaln bc Quran tu setiap hari...lepas solat..bak kata lain,istiqomah...tak ke sakinah rumah itu..bukan warga rumah tu sahaja yang dpat tempias rahmat sakinah,malah org2 lain yg dtg pun dpt merasainya...

selain dari tu, jauhkan dari berbuat maksiat di dalam rumah..x kesahlah maksiat tangan ke,kaki ke,mata ke,hatike...hiasilah rumah dgn solat jemaah, dan berdoalah supaya rumah dan seisi warganya mendapat perlindungan dari Allah dari syaitan durjana...

kita sebagai ikan....biarlah kita jadi penenang kepada sahabat2..time sahabat2 kita stress...tension...bila mereka tengok kita..rasa sejuk je hati...dengan kata lain,tunjuklah contoh teladan yang baik...dengan akhlak yang baik ,kita dapat bawa sahabat2 kita ke arah jalan yang lurus..insyaAllah...bila semua dah dapat jadi ikan...bahagia semua orang...=)

Ya Allah,tautkanlah hati-hati kami tetap di jalanMu...eratkanlah ukhuwah di antara kami.moga sentiasa di payungi rahmat dan kasih sygMu..amin.............


jom jadi ikan dlm air...[cop! nak jadi ikan bangda!,<---ikan kat sarojini mess heheh]


Thursday, June 5, 2008

TiPs BaNguN sOlat MalaM

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..


PERTAMA: jangan banyak makan dan banyak minum

Salah seorang ahli ibadah mengatakan,”wahai para hamba,janganlah kalian banyak makan,kerana kalian akan banyak minum,lalu kalian akan tidur,sehingga terhalang dari mendapat banyak kebaikan,dan kalian akan mendapat kerugian yang besar,seterusnya kalian akan banyak menyesal menjelang kematian!”

Inilah pesanan yang begitu bernilai. Ya!,jangan kita banyak makan agar tidak menghalang kita dari solat malam. Let s do it! dan tunjukkan tanggungjawab sepenuhnya.jgn kita fikir ini urusan yang ringan!=)


KEDUA: jangan terlalu memerah tenaga di waktu siang.

Antara perkara yang membantu anda untuk mengerjakan solat malam adalah jangan berlebihan menggunakan tenaga di waktu siang semasa bekerja. Anda mungkin mengatakan,”mustahil! kami banyak kerja yang harus dibuat..” Ya,anda boleh katakan begitu wahais saudaraku..namun cubalah luangkan sedkit masa untuk tidur sekejap di siang hari serta jangan lupakan niat dan matlamat.


KETIGA: hindari maksiat

Ini merupakan faktor penolong yang paling penting. Salah seorang Tani’in mengatakan,”janganlah kalian berbuat maksiat kepada Allah di waktu pagi,nescaya kalian akan mampu melaksanakan solat malam.”

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah juga mengatakan, “Saya terhalang melakukan solat malam selama 5 bulan akibat sebuah dosa yang saya lakukan.” Beliau pun ditanya,”dosa apakah itu?” Beliau menjawab,”saya melihat seseorang sedang menangis,kemudian saya katakan ini adalah orang yang riya’!”

SESEUNGGUH NYA DOSA UMPAMA TALI YANG MENGIKAT MANUSIA.Marilah kita melepaskan tali ini dengan penyesalan,istigfar dan taubat.


KEEMPAT: lakukan dengan bertahap

Ini juga merupakan faktor yang tak kurang pentingnya. Janganlah anda kerap menghidupkan semangat yang sekejap dengan mengatakan,”saya akan mengerjakan solat sepanjang malam setiap hari!”. Tetapi jadikanlah semangat dan motivasi anda ini sebagai semangat yang seimbang dan teratur. Berwaspadalah pada pintu penipuan syaitan.Semangat yang teratur merupakan gerbang menuju pelaksanaan ibadah ini dengan jayanya. Mulailah dengan dua rakaat ringan sebelum tidur dan terus tekunlah mengerjakannya selama sebulan. Sehingga tidak ada hari yang dilalui tanpa mengerjakannya.Lalu tambahlah sedikit,dan seterusnya tambahlah setahap demi setahap lagi..


“Hayatilah saudaraku, “AGAMA ITU MUDAH.SELAMILAH IA DENGAN LEMBUT.” [HR. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra)

jom sahabat-sahabat,kita amalkan tips2 diatas..moga sama-sama dapat manfaat=)insyaAllah

ikhlas kah kita?

IKHLAS…

maksudnya :


a)memurnikan tujuan kita bertaqarrub pd Allah or


b)menjadikan Allah sebagai satu-satunya tujuan dlm bentuk ketaatan or


c)mengabaikan pandangan makhluk dgn cara selalu bertemu dgn Allah..


ikhlas adalah syarat amal soleh kita diterima sesuai dgn sunnah Rasulullah SAW..seperti dlm firman Allah: ” Dan mereka tidak disuruh beribadah kpd Allah dgn memuliakan agama kpdNya,lagi bersikap lurus” [al-bayyinah:5]


seorang hamba hanya akan selamat dari godaan syaitan dgn keikhlasan. Allah berfirman:

“kecuali hamba-hambaMu yg selalu ikhlas”

[ shad:83]


Apabila suatu amal telah dicampuri oleh harapan2 duniawi,yg disenangi dlm dri, tak kiralah sedkit atau byk,maka kejernihan amalan itu telah dicemari. Seseorang yg dipenuhi dgn rasa cinta pd Allah dan akhirat,pasti aktiviti hariannya merupakan cermin bg dirinya..itulah contoh tauladan yg baik..

ada satu kisah…seorg hamba Allah ni selalu solat di saf pertama..satu hari,dia terlamabt ke masjid dan dia solat di saf kedua..namun,dia rasa malu dan ada sesuatu yg tidak menyenangkan hatinya.. dia malu kerana selama ni org melihatnya sentiasa di saf pertama,di sini dpt kita lihat ketenangn hatinya selama ini adalah kerana dia sentiasa di saf pertama..dia lebih mementingkn pandangan manusia dr pndgn Allah..

ini baru conth kecil,betapa sedkit yg menyedarinya,kecuali org2 yg mendapat taufik dr Allah SWT.


“katakanlah: maukah kalian kami khabarkan tentang org2 yg rugi amaln mereka? iaitu org2 yg telah sia2 usaha mereka di dunia,sedangkn mereka menyangka telah mengerjakannya sebaik2nya” [al-kahfi:103]

Fudhail berkata, ” meninggikan suatu amal kerana org lain adalah riya’,.sdangkan beramal kerana org lain adalah syirik. ikhlas adalah ketika Allah menyelamatkan kamu dr keduanya”

angin sepoi-sepoi bahasa


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..



pernah nampak tak gambar kat atas tuh? rasanya mesti sahabat2 pernah tgk kat mana2 laman web yg bercirikan islam khususnya.. saya tertarik dengan kata2 dalam that pic..


“nafsu kamu sekiranya tidak disibukkan dgn Allah maka ia akan menyibukkan kamu dgn perkara yg batil”


nampak mcm ayat biasa tapi mendalam maksudnya.. sejauh manakah kita pimpin nafsu kita supaya ia tidak drag kita pada bnde2 yg x baik..nafsu..ada byk..nafsu makan,nafsu tidur,nafsu shopping, dan macam2 lagi lah.. nafsu, tak boleh dipaksa, juga tak boleh diikut,tapi nafsu harus dididik..supaya ia selari dgn Islam..


contohnya..puasa, x kesahlah puasa wajib atau puasa sunat, kita melatih diri supaya tidak melakukan perkara boleh mengurangkan pahala puasa..kurang makan[dapat melatih so kita x mkn byk,membersihkan perut dan sistem penghadaman],kurang tengok benda2 x elok[melatih jaga pandangan mata,sekaligus dpt bersihkn hati],mengurangkan syahwat dan mcm2 lagi..bila kita dpt didik nafsu..jgn sesekali nafsu atasi kita..teruskan usaha mendidik supaya kita x tersalah langkah lagi..


nafsu..bila nafsu tu kita x polish dgn bende2 baik,maka die tend to deviate ke bnde2 yg x sepatutnya.. andai kita didik dia dgn selalu bc Quran,selalu ingat Allah, jauhi maksiat, buat perkara2 kebaikan..insyaAllah lama kelamaan bila kita wat salah..kita akan cepat rasa apa yg kita buat tu salah dan cepat2 bertaubat..


tapi,apabila kita x sibukkan nafsu kita dgn bnde2 baik..kita banyak buat bende lagha, contohnya berborak2 perkara yg sia2,berchatting smpi larut malam x ingt dunia[dlm hal yg tidak ada kepentingan atasnya], kita sibuk dengan perkara2 batil..lama kelamaan hati tu dah terbiasa dan merasakan itu ada lah perkara biasa..dan tidak ada salah mengenainya..


manusia memang pelupa..manusia sering melakukan kesalahan..dlm membentuk jati diri mukmin mukminah sejati, tak mungkin kita lari dari melakukan kesilapan..pintu2 taubat sentiasa terbuka.online 24 jam.. dlm pada tu..jgnlah kita asif leka dan sentiasa mengikut hawa nafsu kerana kita fikir masih ada waktu unt bertaubat selepas itu..sedangkan mati menyambut tak kira masa..tak ke membazir hidup di dunia yg sementara ni dgn melakukan perkara2 yg tiada faedah buat diri ,sahabt2 ,keluarga atau masyarakat umumnya..dahla masa kita hidup pun x tau smpi bila….


renungkan2 lah..hidup ni x lama..bila2 Allah boleh cabut nyawa..semua yg kita buat akan ditanya diakhirat kelak..kalau kita asif melakukan perkara sia2,nk jawab apa di hadapan Allah nanti??


sesungguhnya firman Allah ada menyebut:

“sesiapa yg beramal soleh dari lelaki mahupun perempuan sedang dia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dgn kehidupan yg baik,dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dgn memberikan pahala yg lebih dari apa yg mereka kerjakan” [an-nahl:97]


ahlan wasahlan wamarhaban bikum