Showing posts with label lamannurani. Show all posts
Showing posts with label lamannurani. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

dunia


بسم الله الرحمن الرحيم


Moga antum dalam keadaan yang sihat hendaknya.

Alhamdulillah lagi,

Kerna Allah masih memberi kita hati yang masih ingin hidup dan bernaung di bawah lembayung rahmat Allah.

Hari-hari yang berlalu terasa begitu pantas sekali. Dikira-kira entah apa yang telah aku lakukan semalam, bisakah menebus kesalahan yang aku lakukan hari ini, dan bisakah hari ini diperbaiki agar lebih baik dari sebelumnya. Moga Allah memudahkan urusan kita, insyaAllah.

Pagi tadi, ketika dalam kelas, aku mencuri dengar perbualan sahabat ku di sebelah. Kehidupan dunia selama 40 tahun ini adalah ibarat 1 jam kehidupan kita di akhirat. Sumbernya aku tak pasti dari mana, tapi yang pasti, membuat aku terfikir sejenak, segala perasaan campur baur yang aku hadapi dengan penuh susah dan payah.

Tidak kisahlah berapa duration masa yang dinisbahkan, yang pasti ia mengingatkan aku kembali yang kehidupan di dunia ini, sekejap sangat. Tak sempat pun untuk bermain-main dan duduk sambil lewa memikirkan perkara yang tidak patut kita fikirkan.

Satu masa mungkin kita pernah menerima ujian yang berat dari Allah, yang tika saatnya terasa tidak terganggung, dan mungkin tika itu, fikiran kita kurang waras, merasa sukarnya untuk menghadapi saat-saat getir dalam hidup kerana ujian dunia ini.

Namun, andai kita yakin dengan kehidupan di akhirat yang kekal dan penuh nikmat dengan syurga terbentang luas antara langit dan bumi, dan kita benar-benar yakin kehidupan dunia ini sangattt lah singkat! kita tak akan merasa cepat putus asa, sentiasa berfikiran positif, redha dengan segala ketentuan Allah.

Aku teringat kisah ummu sulaim. Aku yakin antum juga amat mengenalinya. Ceritanya acapkali kita diceritakan, di majlis-majlis ilmu dan usrah kita. Hebatnya serikandi ini, dilatarbelakangkan dengan kisah-kisah yang hebat juga. Bukti Allah amat menyayangi, orang yang hebat, ujiannya sangat hebat juga. [refleks diri sendiri, setakat manalah sangat ujian yang kita terima?]

Betapa kuat dan teguhnya jiwa seorang yang bernama ummu sulaim, tatkala anak kecilnya yang meninggal dunia kerana ditimpa sakit. Namun, dia masih lagi berhias dan melayan suaminya, Abu Talhah pada malam hari kepulangannya, dan mengkhabarkan bahawa anak kesayangan mereka sudah semakin pulih. Keesokan harinya, barulah dia memberitahu Abu Talhah tentang kematian anak kecil mereka.

Abu Talhah bertemu Rasulullah, mungkin agak marah kerana tidak diberitahu peri pentingnya kematian itu. Namun, Rasulullah menenangkan, benarlah apa yang Ummu Sulaim lakukan. Malam sebelumnya adalah ibarat malam pengantin kedua buat mereka, dan lahirnya Abdullah bin Abu Talhah, yang Rasulullah sendiri memberi nama.

Tabahnya hati seorang ibu! Kehilangan anak yang amat disayangi, namun masih bisa sahaja melayan suami dengan begitu baik sekali. Abdullah pula dididik dengan penuh kasih sayang, sehingga Abdullah telah melahirkan 7 orang anak yang hafiz semuanya. Subhanallah!

Berkat. Allah Maha Adil. Diambilnya Abu Umayr dan diganti dengan Abdullah. Ummu Sulaim sangat yakin dengan Allah, hatinya pasti sangat terikat dengan Allah, dan pasti dia amat merasakan Allah lebih dekat dari urat lehernya.

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya" {Qaf:16}

Walau ujian datang bertimpa-timpa, Ummu Sulaim tetap berpegang teguh pada tali Allah.

Nah!

Sudah terbukti. Untuk menjadi orang yang hebat, maka ujiannya hebat juga. Kita berdoa untuk menjadi hamba yang sangat disayangi Allah, yang dipilih oleh Allah, yang dibukakan lorong2 amalan yang melayakkan kita masuk syurga firdausNya, dan rindu ingin bertemu Nabi di akhirat kelak.

Sudah pasti ujian yang bakal kita terima pasti berat juga. Dan Allah ingin melihat sejauh mana kita bersabar dan redha dengan ketentuanNya. Patut merasa terharu dan bersyukur andai kitalah yang telah Allah pilih untuk menerima sesuatu yang mungkin Allah tidak beri pada orang lain.

Ujian Allah datang dalam berbagai cara dan bentuk. Bergantung pada kita untuk menilai. Dari neraca apakah kita bertindak. Neraca keimanan? nafsu?

Mungkin mudah untuk kita lafazkan, yang hidup ini singkat, maka bersabarlah.

Namun, bila terkena batang hidung sendiri, amat sukar untuk dipraktikkan.

Yang jelas, tiada masa untuk memikirkan hal-hal yang remeh.

Yang berlalu pasti akan berlalu, masa pasti meninggalkan.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita fikirkan.

Tiada masa berpangku tangan.

wallahualam.
















Tuesday, September 8, 2009

cerita dari sahabat

Bismillahirrahmanirrahim


Cerita Dari Sahabat....
Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….

ASRI
Assalammualaikum! Man, anta kat mane?

AKU
Kat syurga... hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)

ASRI
Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)

AKU
Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat!
(masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)


ASRI
Dah! Dah! Jadi tak jumpe?

AKU
Jadi. Kenape?

ASRI
Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani.
Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…


AKU
Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?

ASRI
O.k! Insya'ALLAH

Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.

AKU
Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni

ASRI
Album mane ni?

AKU
Kan kita ade dua album yang belum release lagi.
Satu, yang amalan orang-orang melayu.
Satu lagi yang Ratib Hadad tu


ASRI
Abis anta kuar mane dulu?

AKU
kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?

ASRI
mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu.
Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.


AKU
Anta tahu title album ni

ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.

AKU
Amalan Perisai Ghaib!

ASRI
Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.

AKU
mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..

ASRI
Amin!!!!

Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.

ASRI
Man, anta nak tengok ana ghaib tak?

AKU
Cubalah…….hehehe

ASRI
Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….

Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…

AKU
Hah!? Nak pi mana pulak tu???


ASRI
Tandas lah! Ni ghaiblah ni.
Ghaib dari mata anta…(tersengih)


AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali.
Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.

ASRI
Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?


AKU
cantikkkk! Apa dia?


ASRI
Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?


AKU
Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe


Tawa kami berderai lagi…..
Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.

ASRI
Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta.
Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat.
Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…


AKU
Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.

Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.

ASRI
man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan.
Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta.
Meh! Sini kita tangkap gambar jap…


AKU
hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah.
Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni


ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya!

Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat.

“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya.
Ya ALLAH benar kah semua ini?
Mimpikanlah ini semua!!!!!”


sumber : sini



'tersirat hikmah..penuh makna...'

Thursday, August 13, 2009

lafaz yang tersimpan




Lafaz Yang Tersimpan


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

by:UNIC

Saya suka lirik ni..walaupun dah lama pun sebenarnya..dah lapuk agaknya.:P
Mula-mula dengar dulu, ingatkan lagu untuk kekasih..
Rupanya specific untuk mak dan ayah..

Teringat kisah kawan saya yang sebelum ni tak pernah lafaz 'sayang' atau ' i miss u' pada parents dia, tapi selepas dengar lagu ni, dia berusaha sedaya upaya nak lafazkan..berapa kali jugak cuba melafazkan di telefon, mula-mula tu mungkin rasa malu sebab tak biasa.. tapi dah lama-lama nanti, okey lah kan? ^_^

"alang-alang dah dok jauh ni, ambil peluang ni belajar lafazkan, nanti dah kat rumah, takut malu pulak.."

Alhamdulillah, respond mak dan ayah dia sangat positif! Dia cerita, suara mak dia tampak lebih gembira. Dan, mak dia pun balas balik " mak sayang kamu juga". Dia malu sangat masa tu, tapi takpelah, mak dia tak nampak pun wajah dia masa tu..
Kan bahagia tu....^_^

Untuk sahabat-sahabat kita pun, apa kurangnya kan?
Bagi saya, lagu ni applicable untuk semua.

Kadang-kadang,
Kawan kita tu tahu kita sayang dia,
cuma dia teringin sangat nak kita lafazkan..
tertunggu-tunggu...

Tak rugi ape-ape pun kita lafazkan..
Malah, dia akan rasa lebih dihargai..

p/s: al the best utk sahabat2 dan adik2 saya yang bakal exam final esok. Tak lupa pada batch saya..good luck! bak kata najwa, kita 'goreng' paper esok eh^_^ Gambatte neh!~~


"Hidup ini untuk memberi dan menghargai'







Wednesday, August 12, 2009

pelangi,muncullah kembali!

Bismillah walhamdulillah

Allah Maha Terbaik caturanNya. Tidak pernah membiarkan hamba-hambaNya.
Doa yang dipohon tidak pernah diabaikan. Malah, Dia memberi jalan keluar atas setiap kesulitan dan keresahan hati seorang insan. Ya Allah..kerdilnya aku di sisiMu..

Artikel dari ust muntalaq, cukup membuatkan hati ini tersenyum kembali.
Aku sedar hakikat jalan yang telah dipilih..bukan senang, malah memerlukan 200% kecekalan hati dan semangat juang yang tinggi bagi menolak semua perkara-perkara kecil yang bisa saja menggoyahkan iman dan emosi.

Aku tahu..

Bukan aku sahaja pernah merasai susah ini, mesti ramai lagi daie dan daieyah yang telah lebih lama 'terjebak' dalam dakwah ini pernah merasai nya sebelum aku..Malah, lebih susah lagi.

Tak wajar andainya aku cepat benar mengeluh! sangat tak wajar andainya aku buat-buat 'sakit' sedangkan aku sepatutnya harus berusaha untuk terus 'sihat' demi Islam ini.



Salam,

Ketika setiap dari kita mula melangkah ke jalan ini, masing-masing akan menyangka ianya adalah jalan yang nyaman, tenteram, harmoni. Semua akan menyangka manusia lain akan menyanyangi mereka kerana mereka adalah orang-orang yang baik dan inginkan kebaikan. Peserta-pesertanya pula tentunya ramah, bersopan santun, murni dan begitu ukhuwwah… Hati-hati akan tentunya tenteram damai kerana ia adalah jalan yang diredhai Allah….

Tetapi….
Tiba-tiba pesertanya dikejutkan dgn kejutan yang tidak disangka-sangka. Angin bertiup kencang. Ombak mula berubah. Penumpangnya mula berubah. Ada yang mula mementingkan dirinya.. ada yang marah-marah dan ada yang bergaduh sesama sendiri.
Adakah kita akan lari? adakah kita akan terjun dan berpatah balik ke belakang berenang ke darat semula?
Tidak…
Suatu yang silap untuk berpatah balik kerana balik ke belakang ertinya membiarkan umat terus disambar jerung dan helang. Perjalanan perlu diteruskan.

Mungkin para si penyeru pada awal-awalnya terlalu indah menceritakan perjalanan ini. Mungkin si penyeru takut untuk menceritakan pada kita pada awal-awal dulu tentang tabiat perjalanan ini. Mereka hanya menceritakan kepada kita cerita-cerita indah dan menarik.

Kita mesti ingat, kita bekerja dgn manusia. Manusia yang tidak akan lepas dari silap dan salahnya. Manusia yang tidak akan dapat membunuh nafsu dan syahwatnya. Manusia yang tidak pernah syaitan merasai putus asa untuk mengganggunya.

Jika kita kenangi ini semua, kita tidak akan putus asa. Gugur dan futurnya kawan-kawan, beratnya tohmahan dan fitnah, bergejolaknya dalaman harakah islamiyyah, ber’politik’nya sesama pimpinan dakwah, panjang dan sengitnya pertarungan, semua ini tidak mengubah hati kita walaupun seurat rambut.

Jika fitnah ‘poliking’ atasan melemahkan semangat kita, tentunya sahabat di zaman Khalifah Ali dan Muawiyyah lebih layak untuk lari dari jihad dan dakwah.

Jika tekanan dan siksaan menakutkan kita, tidak pernahkah kita mendengar cerita Sumayyah dan SQ yang mati kerana mempertahankan aqidah mereka?

Jika panjangnya perjalanan usaha ini, tidak sabarkah kita sesabar Nabi Nuh as.?
Jalan kita akan menyaksikan itu semua. Kerana kita memerlukan organisasi dan keketuaan, maka kita harus membayar harga sakit penat dan remeh temeh organisasi demi untuk mencapai yang lebih besar…

Jika anda telah merasai bosan dan bengang dgn masalah-masalah ini semua, saya tentunya orang yang lebih dahulu untuk merasainya….
Wassalam.

jzkk ust.


Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah[jalan] untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah [berjuanglah] dijalanNya, agar kamu beruntung
(al-maidah:5)

Saturday, June 20, 2009

doaku


DOAKU


Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah

Yaa Robbi sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbi dengarlah doaku ya Robbi
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

by:hadad alwi


~benarlah..
hidup ini hanyalah sementara..
hanya amal yang akan menjadi bekalnya..
andai hidup dan matlamat tiada cita-cita..
terumbang ambinglah hidup kita..
dengan itu, bagi beramal dengan cita-cita..
perjuanganlah jawapannya..
berjuang akan ku terus berjuang~

Sunday, June 7, 2009

jalan dakwah

Bismillahirrahmanirrahim

Musim hujan telah kembali membasahi Bumi Manipal ini. Jalan mula lecak, baju susah hendak kering, kulat-kulat semakin aktif untuk bersemayam di tempat yang tidak dikawal rapi, pakcik-pakcik auto kelihatan lebih gembira kerana khidmat mereka lebih diperlukan tika rainy season ini. Tidak kurang juga yang cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan harga musim begini.

Musim hujan ini jugalah sangat menuntut diri untuk 'tough' dan resistant sedikit dek sejuk yang mencengkam dan sangat kondusif untuk berhibernasi. Moga diberi kekuatan buat sahabat dan adik2 yang sedang mengambil peperiksaan tika ini.[tak lupa pada batch saya sendiri yang ada end posting exam isnin & selasa ni]

Walau apa jua keadaan pun, musim panas atau hujan [memandangkan di manipal ni, dua musim ni sahaja yang ada], usrah harus dan MESTI berjalan. Musim panas mungkin tiada masalah, tapi di musim hujan ini, banyak atau sikit, kadangkala terselit rasa ingin bermastautin sahaja di rumah. Terharu saya atas semangat adik-adik usrah yang sanggup meredah hujan lebat dari asrama ke 'tempat meeting kita'. Masing-masing dengan baju hujan lengkap[colourful pulak tu, macam power rangers pun ade^_^], siap dengan payung lagi, Sport shoe..sampai2 nampak semuanya menggigil kesejukan. Jazakillah buat semua :)

Pabila sebut tentang usrah, certain people akan kata usrah ini mem'boring'kan, hanya duduk dan mendengar, mengantuk dan macam2 lagi. Sebenarnya usrah lebih besar dari itu. Sudah namanya keluargakan? Maka ia berfungsi sebagai sebuah keluarga yang diikat atas ikatan ukhwah dan iman. Usrah lah tempat kita menimba ilmu, berkongsi cerita, meluah perasaan, dan saling menguatkan antara satu sama lain. Malahan, rapatnya kita dengan ahli usrah melebihi rapatnya hubungan kita dengan orang lain. Ia dibina atas dasar keimanan dan ketaqwaan.

Usrah juga medan untuk mentarbiyah, dan ditarbiyah. Kita perolehi input, maka sebarkan lah output pada orang lain. Usrah bukan terletak pada pertemuan seminggu sekali, mendapat kesedaran selama sejam setengah, kemudian pulang tanpa dapat apa-apa. Tapi, usrah seharusnya berfungsi untuk membina jati diri seseorang, membentuk ruh baru yang bersemangat untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan serta terkedapan untuk dakwah dan islam.Di sinilah pentingnya untuk jelas pada thumuhat kita.

Bukan calang-calang fungsi usrah ini. Sebab itulah, naqib atau naqibah harus memainkan peranan yang penting dalam mentarbiyah anak-anak usrah untuk terus istiqamah. Bagi anak-anak usrah pula, hindarkan lah diri dari 'skip' usrah jika tiada keadaan yang mendesak. Hindarkan dari 'mengikut mood' untuk usrah. Upgrade iman kita dengan hadiri usrah. Percayalah, usrah yang berfungsi dengan baik,seminggu sekali usrah itupun sudah cukup membuahkan rasa rindu antara naqib atau naqibah dengan adik-usrahnya. ^_^

Saya titipkan lagu jalan dakwah, buat antum..
especially untuk anak-anak usrah saya yang sedang 'berjuang' di musim hujan ini^_^ jgn malas2 okey? :)
semoga kita terus tsabat di jalanNya.

jalan dakwah-alarm me-


Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

untuk sahabat dan adik-adik tersayang:
Tarbiyah Allah amat mahal
tak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian
adakala ketegasan mampu mendidik kita lebih dari kelembutan
Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk didunia
justeru mengadulah padaNya
setiap titisan airmata yang mengalir
amat bernilai dan berharga disisi Allah


Thursday, June 4, 2009

update dan upgrade


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Pagi ini, kelas surgery dibatalkan kerana Dr Santosh Pai 'outstation'. Keluar dari manipal sahaja, sebab berjumpa dengan isteri tercinta di Mangalore. Makanya, kami hanya ada kelas teori petang. Sedih juga takde bed site teaching pagi ni. Habis kelas seawal 9 pagi, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Dr Santosh bagi homework, kene study Thyroid Disease pulak..

On the way pulang ke rumah, sempat call bonda di msia. Birthday bonda hari ni. 50 dah! tak sangka  umur bonda dah menjangkau 50, nampak macam belum..hehe..[selamat hari ulang tahun yang ke 50 bonda^_^] 
Telefon beralih tangan pada ayahanda..Banyak khabaran  yang saya terima hari ni, salah satunya,politik malaysia, tambah-tambah apa yang berlaku di perak khususnya..[bilalah nak habis ye]

Then, berita tergempar yang agak mengejutkan saya, PM nak datang felda 7 julai ni! 
sempena hari peneroka semalaysia. Seriusly? tak sangka pula sebab felda saya tu taklah se'famous' felda lain di malaysia cam felda taib andak ke[rumah mawi ni] jengka ke.. malah ia terletak agak ceruk di hujung daerah segamat. Wonder2 pets jugalah.^_^ Masuk tv lah ye felda saya tak lama lagi :p. Nampaknya penduduk felda saya kena tanam sayur dalam beg plastik hitam di setiap rumah, sebab nak bagi nampak pertanian tu aktif la di felda kami ni. Selain tu, banyak juga aktiviti gotong-royong, tanam pokok itu dan ini di merata tempat. Bak kata bonda, "dah nak buang air besar, baru nak buat tandas" huhu..bagus juga bonda, berseri sikitlah felda kita tu ^_~

Another story of the day.... 
Kematian.

Lembu saya T_T 
unknown cause. Tengok2 dah terdampar tidak bernyawa. Haih, dah 2 ekor yang mati semasa saya menuntut di sini. Tinggallah anak dia yang baru berumur 2 bulan terpinga-pinga. 4 ekor lagi hilang entah ke mana. Tinggallah berapa kerat kat kebun tuh. lembu lembu...

erm, merepek je nampaknya nih. mood tak sampai lagi. eh, boleh plak cakap macam tu.. 
emosi oh emosi..
jangan control saya lah, cepuk karang.
biar saya control kamu, kamu dok diam-diam ye..nanti humban dalam air laut baru tahu.

Emosi kena cerdas. Bahasa orang arab kita panggil dzaka syu'ury. Bahasa orang melayu kita panggil kecerdasan emosi. kalau ikut kan, emosi ni sangat mempengaruhi kehidupan kita sehari-hari. Ibarat macam belangkas. Kita pula suka sangat ikut cakap emosi. Emosi yang baik takpe lah, tapi emosi yang tak baik? 
Sepatutnya, kita kena pandai kawal dan kendalikan emosi ni supaya tetap teguh walau apa jua mehnah yang datang. Jangan kerana emosi, dakwah kita terbantut dan semangat jihad kita luntur macam baju yang direndam dalam clorox.

Rasulullah saw bersabda,
" Orang cerdas adalah orang yang mampu kendalikan diri dan berbuat untuk hari esok" [HR Muslim]

Kita nak Islam ini naik. Islam ini terbilang dan dikenali dan dihormati oleh masyarakat dunia. Bahasa mudah, bercita-cita untuk mewujudkan ustaziatul alam. Bersungguh-sungguh nya kita bekerja untuk majukan islam ni dengan memberi kesedaran dan menaikkan semangat jihad kepada sahabat2 kita. Bagusnya semangat jihad itu terus mekar dalam jiwa. 

Sebab itu,walau apa pun dugaan atau fitnah yang datang dalam berdakwah ni, hati mau kuat!
ketepikan emosi anda seketika, kerana orang yang mempunyai Dzaka Syu'ury ni tak terkesan dengan  emosi mereka. Bukanlah maksudnya tak beremosi terus dan blur blur, tapi mereka ni sangat pandai meng'control' emosi supaya tidak menjejaskan proses dakwah dan tarbiyah.
kita ni kader [tentera] kan? mesti punya semangat kental, setakat mehnah seciput, tak kan itu sudah menggoyah keimanan..

Allah dah tetapkan fitrah yang lurus buat hamba-hambaNya. Andainya anda bawa kereta, mesti suka kalau jalan tu lurus kan. tak payah nak susah susah pusing stereng. Kan Allah dah bagi jalan mudah untuk pergi kepada Dia. Tapi, manusia ni suka sangat cari jalan yang bengkang bengkok. Baru adventure eh? sebab tulah banyak sangat kemalangan sekarang ni, dah masuk jalan bengkang bengkok, pastu takde protection pula. Tambah pula, jalan licin..Adeh..accident lah semuanya. 

Dalam Surah Tin pun Allah ada sebut,

"Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebaikan." [tin: 4-6]

Iklan tv:

pakailah topi keledar, sayangi anda dan keluarga anda.

moral of the story,
pastikan sentiasa mengupgrade iman kita, tingkat ilmu dan amal, dan menyebarkan kesedaran kepada orang lain.. jadilah kader atau prajurit yang  muntij[produktif], mufakkir[orang yang berfikir] dan muharrik[orang yang bergerak].. 

pakailah topi keledar, sayangi diri dan agama anda ^_^

berlari dan berlari, jatuh dan bangun lagi. fokus!!

salam perjuangan buat semua!
go go chaiyok!~~

riang ria hari khamis,

nurani, 
manipal, india.












Friday, May 22, 2009

mencari kekuatan


Bismillahirrahmanirrahim

Tak kuat

"ingatlah ketika kamu memohon pertolongan  kepada Allah, lalu diperkenanNya bagimu..."
[al-anfal:9]

Merasa keseorangan

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata,"Tuhan kami adalah Allah", kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,maka malaikat akan turun kepada mereka dengan berkata,"Jangan kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan kepadamu." [Fussilat: 30]

Mampukah?

"Dan barangsiapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan" [Luqman:22]

Tak boleh memberi alasan lagi kan?

".....Sungguh, janji Allah itu pasti benar, maka jangan  sekali-kali kami terpedaya dengan kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam mentaati Allah." [Luqman:32]

Dengan itu, kena bersabar

" Katakanlah[Muhammad],'wahai hamba2Ku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhanmu.' Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan Bumi Allah itu luas. HANYA ORANG-ORANG YANG BERSABARLAH YANG DISEMPURNAKAN PAHALANYA TANPA BATAS." [az-zumar: 10]

Teruskan melangkah

"Katakanlah, "Hanya Allah yang aku sembah dengan penuh ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agamaku." [az-zumar: 14]

Berjihad di jalan Allah

"[iaitu] kamu beriman kepada Allah & RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui" [as-saff:11]

Yakinlah!Janji Allah itukan pasti

"Wahai manusia!Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNYa" [Al-Insyiqaq:84]


"kembalilah wahai pendukung Al-Quran"

Sunday, May 17, 2009

iman, jangan pergi jauh


Bismillahirrahmanirrahim


Cinta Allah
melihat video youtube di atas, hati terdetik.
Adakah jiwa ini benar-benar tulen beriman kepada Allah, atau beriman hanya pada nama?Bagaimana harus ku tahu, jika nilai keimanan ini tidak teruji? atau apakah ianya tidak pernah diuji?Maka, kita tidak tahu sejauh mana ketulenan keimanan kita kepada Dia yang Maha Satu.

Mengenang kembali kisah sahabat-sahabat nabi, sumayyah, bilal bin rabah, Suhaib dan ramai lagi. Sirah jelas mengajar bagaimana Allah telah menguji keimanan mereka. Keutuhan ketaqwaan kepada Ya Rabb dibayar dengan kesakitan, keperitan, kematian, dan kehilangan harta benda. Sumayyah, wanita yang cukup kuat imannya kepada Allah sanggup mati demi menegakkan akidahnya. Bilal bin Rabah, sungguh tegar walaupun diseksa penuh kejam oleh tuannya. Suhaib, sanggup membiarkan hartanya yang cukup banyak diberikan kepada kafir Quraisy sebagai bayaran untuk penghijrahannya ke Madinah untuk bersama-sama dengan Rasullulah.
Andai diri ini ditempat mereka, cukup kuatkah imanku? takut untuk membayangkan..


Futur
Allah telah memberikan 1  dari 100 rahmat kepada seluruh makhluknya di dunia ini . Lihat, betapa banyak kasih dan sayang yang kita punya di dalam hati ini. Bagi kita, kasih sayang ini penuh satu jiwa, dan mampu untuk diberikan kepada sesiapa sahaja. Melimpah-limpah dan mencurah-curah. Namun, rasa cinta yang mendalam ini sudah cukup mutlakkah kita serahkan hanya untuk Allah? Cinta  pada yang Satu dan sedalam-dalamnya. 

Andai menyayangi dan mencintai Allah itu memenuhi seluruh rongga hati yang satu ini, jalan manakah yang telah kita pilih? jalan dakwah yang panjang penuh dengan duri dan kaca, ataupun jalan dunia yang penuh keasyikan. Ataukah dulunya kita seorang yang kuat semangat di jalanNya, tapi kini futur di pertengahan? Kala Allah mahu menguji hambaNya, disitulah baru kita sedar keimanan yang kita miliki selama ini benar-benar 100% kepadaNya atau tidak. 

Futurnya diri kerana kurangnya tarbiyah. Amat rugi jika dibiarkan rohani kelam bersama ujian dunia yang orang biasa juga mengalaminya. Takkanlah Allah baru jentik sedikit, kita sudah mengalah? Mencari pedoman yang salah lantas jalan lurus yang kita lalui memesong ke jalan bengkak bengkok yang kita rasakan indah. Dan terus menerus membiarkan diri ditipu. 

Nukleus hati
Alangkah kasihannya pada nukleus dalam hati kita yang sebenarnya amat merindui jalan lurus yang pernah dilalui dahulu, mencari-cari cahaya yang bilakah akan mencerah. Tapi kita sering membiarkan nukleus dalam hati itu, tidak mengendahkannya sehinggalah ianya deactivate dengan sendiri. Makanya, nukleus itu terbenam terus didasarnya, merajuk dan tidak lagi mahu dipujuk. Akhirnya, ia menjadi fosil yang tidak bermanfaat pada tuannya.

Bukankah Allah telah memberikan hidayah? Malah, telah berulang kali Allah menimbulkan rasa kesedaran di hati itu, namun kita tetap biarkan perasaan itu berlalu. Ibarat seperti angin yang datang lalu berlalu pergi. Tidak berganjak untuk terus memperbaiki diri, dan mendekatkan diri dengan Allah. Datang usrah untuk melembutkan hati tika pertemuan itu sahaja, kemudian menjadi manusia normal yang 'biasa'. 

Bangkitlah
Jika usrah tidak membentuk peribadi jiwa, dan tidak membangkit semangat dakwah. Usah menuding jari pada orang lain, kita sendiri yang degil dan malas. Entah bila lagi Allah akan menghadiahkan hidayah buat kita,dengan itu once hidayah itu hadir, grab it! InsyaAllah, Dia akan terus membimbing kita.Percayalah. He is always be with us through thick and thin!
Tidak mahu kah untuk merasai nikmatnya hidup sebagai syahid di jalan Allah?

Semua yang kita lalui dalam hidup ini telah ditetapkan olehNya. Sesungguhnya, aturan Allah itu lah yang TERBAIK buat hamba-hambaNya. Be with Allah always, dari bangun pagi, sematkan dalam fikiran,dakwahku bermula hari ini,moga Allah memudahkan tiap langkah yang bakal kutempuh sepanjang hari..hinggalah tidur semula di malamnya, telah tertunaikah tanggungjawabku pada agama pada hari ini dan moga hari esok masih ada untuk terus berbakti. 

Katakan pada diri sendiri,
dakwah, dakwah, dakwah..
akulah pejuang Allah..
ulanglah berkali-kali, insyaAllah, ianya akan terus 'set' dalam mind, dan secara tak langsung ingatan kita hanya kerana Allah dan dakwah. Once ditimpa musibah atau ujian, kita tidak akan mudah goyah lantaran niat yang sudah di 'set' dalam unconscious mind kita tadi. 

orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan  harta dan jiwa mereka,adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Merekalah orang-orang yang memperoleh kemenangan."  [at-taubah:20]

Berdoalah moga jauh dari futur dan terus thabat.InsyaAllah