Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Wednesday, December 9, 2009

di atas nama cinta

Bismillah walhamdulillah

Maaf pada pembaca kerna meninggalkan blog ini berhabuk tidak berupdate. Kadangkala, di kala idea mencurah-curah, time tu lah dikala kita di tahap maksimum sibuknya. Bila dah tiba lapang sket, idea pun hilang entah kemana.

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi diri ini untuk terus bernaung di bawah limpahan rahmat dan cahayaNYa. Berkumpul dari serata dunia, di 'taman-taman syurga' yang indah. Walaupun saya amat tahu, saya amat jauh untuk menggapai mereka, melihat wajah mereka face to face, apatah lagi memeluk mereka semahunya, saya tetap bersyukur pada Dia yang menemukan kami di jalan yang penuh cinta ini.

Tiada lagi perasaan yang dapat diungkap pabila semangat mereka seakan terasa turut membasahi hati ini, seakan akan mereka berada dekat sangatttt dengan saya tika itu. Walaupun jauhnya kami beribu2 batu.

Indahnya perasaan itu pabila kita tahu, yang kita tidak keseorangan dalam mencari gerak kerja susah payah di jalan ini. Pabila kita tahu yang mereka juga turut sama2 merasai apa yg kita rasa, walaupun tak pernah diungkap terus terang.

Semangat menyinga kembali. Merasai bahawa banyak lagi yang belum ku lakukan demi agama Allah ini. Merasai banyak lagi lompong2 diri yang harus dibaiki, mengambil segala iktibar dari apa yang telah dilalui.

Bila kita betul2 faham, yang kitalah yang harus terus bergerak dan bekerja untuk agama Allah ni, kita harus bersedia apa sahaja dengan segala mehnah yang akan kita tempuhi. Kita kena sedar, dalam fikiran bahawa kitalah Qaedah Sulbah yang harus sedaya upaya menggerakkan dakwah di tempat sendiri. [kan kak sumayyah?]

Ujian akan bertandang, masalah pembinaan diri sendiri, pembinaan mad'-mad'u, masalah hati, kewangan,kekangan masa dan macam2 lagi. Semuanya akan dirasai. Itulah gula dan garam, pelengkap dalam jalan yang kita ambil ni.

Sebab itulah,

Kejayaan yang sangat berharga diperoleh melalui usaha yang keras, mengeluarkan keringat, air mata dan darah. Kejayaan yang diperoleh dengan susah payah dan pengorbanan, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Thayyib,

"seandainya tidak ada halangan, maka semua manusia boleh menjadi pemimpin. Orang dermawan boleh jadi fakir, orang yang berani boleh jadi pembunuh"

Kejayaan yang paling indah, ialah kejayaan sesudah melalui pelbagai rintangan dan pengorbanan untuk merealisasikanya.

Dunai ini adalah medan pertarungan. Dan hidup ini adalah seperti pertarungan. Jangan pernah berhenti, kerna malaikat sentiasa mencatat setiap amalan kita. Umur makin berkurang, kematian pasti akan datang.

Apa lagi yang lebih berharga dari dicintai Allah dan rasulNya?
Apa lagi yang lebih indah dari mencintai dakwah dan bekerja keras untuknya?
Apa lagi yang lebih manis,dari merasai nikmatnya bercinta hanya kerana Allah SWT.. merasai indahnya ukhwah fillah abadan abada.

Rasa besssttt sgt bila ada org yang dalam dirinya hanya untuk dakwah.

Dan dakwahlah yang menjadi nadi hidup kita.Berdenyut selagi mana dakwah ini masih kita pegang sampai akhir hayat hidup kita.

Bak kata adik yang seorang ni, Tarbiyah itu nyawa, dakwah itu jiwa. Matilah manusia tanpa kedua-duanya.^_^

Bersegeralah..bersegeralah..
Sebelum habis umurmu, dan selesai penulisan amal! Tidak tersisa lagi malam mahupun siang.

Sunday, November 1, 2009

tarbiyah itu petrol

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt.


Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan.

Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene,

ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV.

Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api.

Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98.

Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan

enjin seterusnya menggerakkan kereta.

Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98

Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin,

petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu.

Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting.

Maka, untuk setiap perjalanan,tangki petrol perlu sentiasa diisi.


Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak selagi mana petrol cukup.

Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan

kerja lantas membantutkan perjalanan.

Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati.

Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki.

Ia tidak semudah memulas punat kunci.

Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke dalam enjin.

Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.

Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan.

Lebih jauh dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan.

Bekalan perlu sentiasa cukup.

Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki.

Bekalan yang baru akan menampung perjalanan seterusnya.


Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat.

Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosak lah kereta.

Perjalanan terus terhenti.

Kena singgah bengkel untuk baiki enjin.

Kereta Kancil tersadai 2-3 hari.

Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.

Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah

Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang.

Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini.

Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi.

Demikian kaitannya dengan petrol RON 98.

Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah.

Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya.

Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi.

Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong.

Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.


Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang

bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol.

Ia akan terhenti.

Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol

ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.


Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat.

Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya.

Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa

proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama.

Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.


Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin

dakwah ini.

Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.


Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?

Wallaahua’lam.

sumber: sini

Saturday, October 17, 2009

kerna mr.D telah lebih dahulu melamar...

Bismillah walhamdulillah

Jalan ini memang sukar, semakin kita nak ke hadapan, semakin rancak lah halangan dan dugaan yang ditimpakan.

Mainan perasaan yang bisa sahaja menggoyah keimanan, dugaan luar yang menggetarkan prinsip dan pegangan.

Saya belajar sesuatu,

Bila kita terlalu sayangkan seseorang, sudah tentu kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri dia. Terutama dalam dakwah ini, kita tidak akan sesekali meninggalkan dia..kita akan cuba jugak buat sampai dia faham deen ini sepenuhnya.Kerna kita mahu dia pun bersama-sama dengan kita.

Kita tak akan pernah meminta balasan, kerna niat kita hanya satu, untuk membawa dia melayari bahtera dakwah ini dengan redha dan rahmat Allah sentiasa.

Walaupun kadang-kadang dia sukar memahami niat kita sebenarnya, namun, kita tetap tak putus-putus memberikan komitmen pada dia, memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, mentarbiyah selagi mampu..semuanya kerna kita sayang sangat pada dia.

Kita nak dia dengan kita, sebab tu kita 'pegang' tangan dia kuat-kuat.

Kita mahukan dia juga rasa betapa bahagianya hidup sebagai daie yang sebenarnya. Betapa nikmatnya hidup ini sebagai hambaNya yang benar2 faham istilah 'muslim' di hatinya.

Kadangkala, dia tersasar dan berbuat salah, hati kita rasa sedih sangat. Kita cuba tarik dia kembali ke jalan yang benar. Kita nasihatkan dia dengan penuh kasih sayang, seperti seorang ibu yang menasihati anaknya.

Kita tahu mungkin kadangkala dia rasa berat nak laksanakan apa yang kita cakap, tapi kita tahu, kita kene bantu dia hadapi semua dugaan bersama.

Kadangkala, dalam pada sibuk dengan dia, kita juga punya masalah kita sendiri, berdepan dengan pelbagai masalah orang lain lagi, itu dan ini..

Tapi, kita telah lama sedar, itulah hakikatnya bila sudah ada di jalan ini, kudrat kita untuk kesenangan orang lain dan seringkali terpaksa korbankan hak diri sendiri.

Saban malam, tak dapat lelapkan mata kerna memikirkan masalah dia,
kadang, sampai nak makan pun terlupa..

Kita cepat pick symptoms bila dia ada masalah. Yang bestnya, Allah bantu kita bila Dia selalu bagi hint kat kita yang dia ada masalah. Sebab apa? Sebab kita dah sayang sangat kat dia. [ada connection heart to heart].Dalam doa pun, kita akan sebut nama dia. Mohon yang terbaik untuk diri dia.

Kita tak kisah walaupun dia tak mengerti apa yang kita rasa. Jatuh bangun, perit rasa di jiwa, walaupun dugaan tu datang bagai jatuh ditimpa tangga, kita tetap tersenyum bila dengan dia. Sebab kita tak nak dia tahu kita punya masalah, dan nak senangkan hati dia.

Kita tak kisah walaupun dia tak tahu yang saban hari kita risau dan susah hati tentang dia. Kita tak kisah pun andainya kita harus berkorban harta,poket selalu kosong,malahan nyawa pun sanggup kita korbankan,asalkan dia bahagia di jalan yang diredhai oleh Allah.

senang cerita, kita menyayangi dia melebihi diri kita sendiri.


14 Feb 08 'Pouring my heart out' by safari.photogirl.

terlalu sayang sampaikan air mata ini seringkali tumpah kerana dia di hadapanNYA.

kerna kita cuma nak kan yang terbaik untuk diri dia, dunia dan akhirat.

Kita nak akhirat itu menjadi matlamat hidup dia.

oh, sayangnya kita pada dia. Orang lain tentu tak faham apa yang kita rasa nih.

Selalu, orang sekeliling tidak faham, kenapa kita sanggup habiskan masa untuk dia, kurang masa enjoy untuk diri sendiri. Tapi, itulah kita. Sudah tersemat dalam hati, bahawa dia adalah priority kita dalam membantu dia mencari cinta Allah ini.

Kita tahu, kita bakal jumpa dengan Dia di sana nanti.

Dan kita mahukan dia dapat kuat dan bertahan andainya kita pergi dulu bertemu dengan Dia. Manalah tahu secebis kasih yang ditumpahkan ini bisa menguatkan dirinya seandainya kita tiada lagi.

Semua itu milik Allah, dan pada Dialah juga kita kembali.

Tidak mengapa andai diri ini tidak bahagia, asalkan melihat dia bahagia sudah cukup buat kita merasa indah tak terkata. Hebatnya kuasa Allah!

Bila segalanya disandarkan kepadaNya, kita sedar, hidup ini, roh dan jasad ini hanyalah milikNya semata. Sekadar pinjaman untuk kita di dunia, gunakanlah sebaiknya.


[mr.D]Dakwah ini telah lebih dahulu melamar saya. InsyaAllah, saya bersedia menerima dan akan setia dengannya sampai akhir hayat saya.

Walau apa yang terjadi, saya nak dia tahu, yang saya sungguh menyayangi dia sepenuh hati saya.


Apa yang saya harapkan,

Agar dia faham erti hidup seorang hamba, tanggungjawab pada Pemilik Cinta.

Semua yang terjadi adalah kehendakNya.

dan dia yang saya maksudkan, adalah 'kekasih-kekasih hati' saya. Anda tahu anda siapa.

p/s: setuju dengan kak aisyah,bahawa jalan ini berat dan mahal maharnya..






Thursday, October 15, 2009

himmah 'aliyah


Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt

Seorang demi seorang sahabat saya pulang ke rumah. Saya masih menunggu kakak saya yang katanya akan sampai around 8 malam ni. Seronok juga dapat cuti esok[jumaat]. Boleh la jenguk abang saya yang baru sahaja kemalangan tempoh hari. Pada mulanya, tak berhajat nak pulang ke rumah, nak ke gombak sebenarnya, berjumpa dengan kak norah [bukan nama sebenar] di UIA. Tak pernah bersua muka, namun sering bertemu di alam maya.

Tapi, niat bertukar bila kakak saya mengambil cuti pada esok hari juga, semata-mata nak suruh saya balik rumah. Plus, dapat jenguk abang yang masih berehat di rumah.

Cuti kali ni[walaupun lebih sehari], kene struggle juga. Surgery test menanti isnin ni. Nampak gaya, kene bawa balik buku nih. Jangan jadikan alasan di rumah tak boleh belajar sedangkan banyak je masa yang kita boleh gunakan kalau susun jadual dengan betul. Fuh, skemanya..balik rumah pun kene belajar ke?

Nak excel, bukan boleh baca sekali dua. Kene faham dan ingat. Then, apply. Ah, teringat saya pada keberkatan masa. Kalau masa kita berkat, baca 1 ke 2 jam pun dah banyak boleh lekat dalam kepala. Kalau tak berkat, kadang baca 10 jam pun susah nak ingat.

Berkatnya masa..kadang kita sendiri tak faham kan? Kita mohon pada Allah itu dan ini, tapi kita tak laksanakan perintah Dia. Malah, tanggungjawab pada Dia pun kita abaikan.

Sebagai seorang muslim, yang dituntut adalah menjadikan deen itu sebagai cara hidup. Islam itu adalah cara hidup yang menunjukkan kita ini adalah orang Islam. Bukan hanya tertulis 'islam' atas kad pengenalan, tapi tak faham kemana kita ini sebagai seorang yang bergelar muslim.

Allah seringkali mengingatkan saya,

hidup ini akan lebih bermakna andai dakwah itu yang menjadi nadi,

di mana kita bernafas kerananya.

hidup ini akan lebih indah andai Al-Quran itu menjadi 'buah hati',

walau di mana jua.

sesekali kita tersungkur dan lemah,

Allah itu sentiasa ada, bersama hamba-hamba yang setiap masa mengingatiNya,

siang dan malam..

Segala tingkah laku dan setiap saat hanya teringatkan Dia,

melihat dunia dan seisinya sebagai tempat persinggahan sementara,

sebelum tiba ke destinasi akhir nanti.

Dengan itulah, saya mendengar banyak kisah dari sahabat-sahabat yang banyak mengingatkan diri ini untuk ingat Dia sentiasa. Mungkin bukan nasihat secara direct, tapi Allah tunjukkan melalui pengalaman hidup hamba2Nya yang terpilih!

Kerna dekatnya mereka dengan Al-Quran, ada yang jadi best student fakulti perubatan. Di tambah lagi , sedang mengandung pula tu.
Dekatnya mereka dengan Al-Quran, semuanya Allah mudahkan!
Walaupun banyak kumpulan usrah yang mereka handle, sibuknya mereka dengan dakwah, daurah, dan macam2 lagi..malahan ada yang sudah berkahwin dan punya anak, namun Allah tetap memudahkan urusan pembelajaran mereka.

Rata-rata, mereka yang saya kenal bakal2 doktor yang sememangnya mempunyai bebanan kerja yang banyak. Tapi, mereka tak pernah sebut kata 'susah' dalam bidang ini.

Kagum.

Masih banyak yang perlu dibaiki.

Himmah 'aliyah!!!!!

[kehendak kene tinggi!]

Bukan setakat impikan lulus sudah cukup, tapi berdoalah pada Allah berikan yang terbaik. Top student ke, distinction ke..doa sahaja, kita usaha. dapat atau tidak, itu kerja Dia. Kalau tak berjaya, ada lah hikmahnya.

Sama lah juga macam mohon masuk syurga. Mohonlah syurga firdaus! Kerna itu semua atas rahmat dan kasih sayang Allah.

Even small small things, mohon dengan Allah. Menunjukkan betapa bergantungnya kita pada Dia walau sekecil2 perkara.

Jagalah himmah kerana ia adalah permulaan pada semua perkara.

Sama juga seperti dakwah, perlunya himmah yang tinggi untuk elak futur di pertengahan. Malah, perkara yang susah automatically jadi senang!

Nak jalan kan usrah, sebagai naqib/naqibah, kene tekad, pastikan anak-anak usrah kita dapat rasa 'roh' usrah tu. Sampai satu masa, mereka juga boleh bergerak dan jalankan usrah juga. Menjadi muslim yang sebenar2nya. Kalau boleh, biarlah dakwah itu juga menjadi nadi penggerak kita! [insyaAllah, boleh kan? ]

Dan pastinya, banyak yang harus dikorbankan.

Sesiapa yang jadikan akhirat itu sebagai himmahnya, Allah akan jadikan hati nya sentiasa cukup. Dan Allah akan kumpulkan baginya segala kebaikan dan dunia akan datang pada dia tanpa dia minta.

Sesiapa yang jadikan dunia itu sebagai himmahnya, Allah akan jadkan dia fakir di antara matanya, dan Allah akan pecahkan segala kebaikan, dan dunia tidak akan datang padanya.

Pilihan di tangan kita. Pilihlah. Ada jalan yang lurus dan ada yang bengkang bengkok. Kita tak boleh nak berada di tengah-tengah, kejap jalan di jalan lurus, kejap jalan di jalan yang bengkok.


usah lengah lagi. saya yakin anda juga ingin berjalan di jalan yang lurus kan?^_^

Jum! tinggikan himmah kita!

p/s: congrates to kakak2 batch 15! esp kak faridah, kak baya, kak intan, kak ira..jangan lupa kan saya kat sini ye. selamat bercuti!



Wednesday, October 7, 2009

pecut


Bismillah walhamdulillah

Baru sahaja pulang berjumpa sisters..
tak tahu nak gambarkan macam mana...
gembira sangat!!!

walaupun baru je jumpa, tapi rasa dekat sangat. Mungkin itulah kuasa ukhwah fillah.
Tiada pengisian specific hari ini, hanyalah taaruf dan duduk bersama membincangkan masalah ummah.

Walaupun masih bergelar junior di kampus melaka ni, melihat kakak2 yang baru sahaja habis final exam mereka siang tadi, terus sahaja mencari peluang duduk sekali dengan mereka.

Tak sabar nak jumpa lagi.

Seronok sangat bila kita tahu yang kita tidak seorang dalam jalan ini. Dan punya sisters yang menyokong penuh memberi semangat!!

alhamdulillah!

souls are like constripted soldiers,
those whom they recognize,they get along with,
and those whom they do not recognize,
they will not get along with.



Teringin pula untuk saya kongsikan satu kisah menarik mengenai Abu Dahdah.

******************************************************************************
Pecut...

Saya ceritakan satu kisah yang amat menyentuh hati ini di hari-hari terakhir Ramadhan. Satu kisah yang diceritakan oleh seorang akak semasa Sister's Talk baru-baru ini.

Pernah di zaman Rasulullah SAW, ada seorang anak yatim yang ingin membina sebuah tembok di kawasan kebunnya. Namun proses pembinaan kebun ini tidak dapat nak diteruskan kerana ada sebatang pokok yang menghalangnya. Maka anak kecil ini pergi meminta pada empunya pokok agar memberikan pokok tersebut padanya.

Empunya pokok tidak mahu. Berkali-kali anak kecil ini merayu tetapi jawapan pemilik pokok tersebut tetap adalah tidak. Lantas anak kecil ini membawa hal ini kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW merayu kepada pemilik tersebut agar memberikan pokok tersebut terhadap anak kecil yang kematian ayah itu. Kata pemilik pokok tersebut, itu adalah haknya. Berkali-kali rayuan dibuat, jawapannya tetap adalah tidak.

Akhirnya anak kecil ini mula menitiskan air matanya. Dan Rasulullah SAW berkata andainya dia memberi pokok tersebut, Allah akan menggantikannya dengan pokok di syurga. Mungkin kerana marah dan bengang hal sebegitu dibawa kepada Rasulullah SAW, pemilik pokok tersebut menolak tawaran tersebut. Apatah lagi yang membawa isu tersebut adalah seorang anak kecil. Kemarahannya membuatkan dia pergi.

Di kalangan yang hadir mendengar isu tersebut ada seorang sahabat. Dan nama sahabat ini adalah Abu Dahdah. Abu Dahdah bertanya Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, andainya aku membeli pokok tersebut dan memberikannya pada anak kecil ini, adakah aku akan beroleh hal yang sama?” Rasulullah berkata,“Ya”. Lantas Abu Dahdah bergegas bertemu dengan pemilik pohon tersebut. “Tahukah kamu mengenai kebunku?” Kebun Abu Dahdah adalah kebun yang subur. Ada 600 pokok di dalamnya. Kebunnya adalah kebun yang terbaik. Rumahnya juga di dalam kebunnya. Tiada siapa yang tidak mengenali kebun Abu Dahdah.

Lantas pemilik pokok tersebut berkata, “Ya”. “Mahukah kau kebun tersebut untuk digantikan dengan pokok yang satu itu?” Terkejut pemilik pokok tersebut. Adakah Abu Dahdah sudah gila? 600 pokok untuk 1 pokok? Abu Dahdah meminta orang sekeliling menjadi saksi akad jual beli itu. Terjadilah perjanjian itu.

Dengan tersenyum Abu Dahdah melihat anak yatim tersebut, “Ambillah pokok itu”. Anak kecil itu begitu gembira. Abu Dahdah kembali ke kebunnya yang telah dijual itu. Abu Dahdah menunggu di luar sambil memanggil isterinya.

“Ummu Dahdah! Ummu Dahdah! Cepat keluar dari kebun ini! Aku sudah meminjamkan kebun ini kepada Allah!”

Cuba bayangkan kalau kita adalah Ummu Dahdah. Suami kita telah menjual segalanya. Kosong dan tiada apa lagi untuk kita. Apa perasaannya? Tapi Ummu Dahdah tahu bahawa suaminya melakukan jual beli yang terlalu agung dengan Allah SWT. Segala harta itu untuk sepohon pokok di syurga.

Lantas Ummu Dahdah berkata, “Engkau tidak rugi, suamiku, engkau beruntung, engkau sungguh beruntung!” Masya Allah betapa mulianya kata-kata yang keluar dari mulut Ummu Dahdah. Saat itu juga di tangan anak Abu Dahdah ada sebutir kurma. Abu Dahdah membuka tangan anaknya dan mencampakkan kembali kurma itu ke kebun. “Ayahmu sudah meminjamkan kebun ini kepada Allah.” Masya Allah. Ibnu Mas'ud menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, “Berapa banyak pohon sarat buah yang kulihat di surga atas nama Abu Dahdah.”

Ertinya, Allah memberi Abu Dahdah pohon-pohon yang berbuah lebat di surga sebagai ganti atas pemberiannya kepada-Nya di dunia. Bila Rasulullah SAW mengungkapkan kata-kata ini? Di saat dia melihat mayat Abu Dahdah yang syahid di dalam peperangan Uhud. Subhanallah. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW melihat dunia dari jendela akhirat. Berebut-rebut mengejar pahala. Tinggal dua hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Ayuh pecut selajunya untuk mengejar kebaikan di akhir waktu ini. Sesungguhnya pintu syurga di buka di bulan ini.

******************************************************************

Ini semasa bulan Ramadhan. Sekarang dah masuk syawal. Namun, bulan bukanlah penghalang untuk terus istiqamah buat benda baik kan?

Bulan2 inilah masanya kita diuji sama ada latihan masa bulan ramadhan tu effective atau tidak.

jom ramai-ramai kita pecuttttttttttttttttttt!
pecut laju-laju demi tarbiyah!

p/s: jzkk pd sahabat2 seangkatan, yang tidak pernah meninggalkan.^_^