Showing posts with label nukilan hati. Show all posts
Showing posts with label nukilan hati. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

lafaz yang tersimpan




Lafaz Yang Tersimpan


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

by:UNIC

Saya suka lirik ni..walaupun dah lama pun sebenarnya..dah lapuk agaknya.:P
Mula-mula dengar dulu, ingatkan lagu untuk kekasih..
Rupanya specific untuk mak dan ayah..

Teringat kisah kawan saya yang sebelum ni tak pernah lafaz 'sayang' atau ' i miss u' pada parents dia, tapi selepas dengar lagu ni, dia berusaha sedaya upaya nak lafazkan..berapa kali jugak cuba melafazkan di telefon, mula-mula tu mungkin rasa malu sebab tak biasa.. tapi dah lama-lama nanti, okey lah kan? ^_^

"alang-alang dah dok jauh ni, ambil peluang ni belajar lafazkan, nanti dah kat rumah, takut malu pulak.."

Alhamdulillah, respond mak dan ayah dia sangat positif! Dia cerita, suara mak dia tampak lebih gembira. Dan, mak dia pun balas balik " mak sayang kamu juga". Dia malu sangat masa tu, tapi takpelah, mak dia tak nampak pun wajah dia masa tu..
Kan bahagia tu....^_^

Untuk sahabat-sahabat kita pun, apa kurangnya kan?
Bagi saya, lagu ni applicable untuk semua.

Kadang-kadang,
Kawan kita tu tahu kita sayang dia,
cuma dia teringin sangat nak kita lafazkan..
tertunggu-tunggu...

Tak rugi ape-ape pun kita lafazkan..
Malah, dia akan rasa lebih dihargai..

p/s: al the best utk sahabat2 dan adik2 saya yang bakal exam final esok. Tak lupa pada batch saya..good luck! bak kata najwa, kita 'goreng' paper esok eh^_^ Gambatte neh!~~


"Hidup ini untuk memberi dan menghargai'







Thursday, July 30, 2009

kerna kudrat ini masih diperlukan


Bismillah walhamdulillah

melihat dia di sana berhempas pulas
bersengkang mata saban malam
mengorbankan waktu tidurnya yang sememangnya sudah cukup sedikit
mengerah idea,
untuk program itu dan ini..

bukan sedikit masa yang dikorbankan
bukan sedikit wang yang sudah disalurkan
bukan sedikit tenaga yang sudah dihabiskan
bukan sedikit air mata yang telah ditumpahkan

namun
dia tidak pernah mengeluh
die tetap di situ dan terus bekerja
walaupun kudrat nya hampir dihujungnya..

selagi jasadnya mampu untuk bernafas dan berdiri
selagi itu lah dia ingin terus memberi
memberi dan memberi tanpa mengharapkan apa-apa

kadang
aku terduduk sendiri
ada sesuatu yang menyesakkan dadaku
mencengkam kalbuku
aku ingin jadi sepertinya..
'tough macam dia'

dia tidak pernah lelah dan mengeluh
walaupun perit yang dilalui
amat pedih untuk diterima
senyuman tetap terukir di bibirnya
orang sekeliling melihat dia tidak punya masalah
malah sentiasa bahagia

di hatinya
hanya Allah yang tahu
kesusahan hidup sebagai seorang anak
kepayahan dalam menanggung bebanan dakwah
cemuhan, fitnah, apa saja..
dia masih tegar...
malah sanggup dipikul semuanya seorang diri..

sedikit sedikit, aku faham...
bergantunglah pada Allah di atas semuanya..
pada Dia lah hati ini harus dikembalikan..
pada Dia sajalah cinta ini harus diberikan sepenuhnya..

andai bahu itu rebah
aku ingin sekali menyambut nya..
membantu sedayaku biarpun nyawa ini bakal terpisah
kerna hidup ini tidaklah semudah yang kita sangka
terimalah hakikat kehidupan!



kita adalah daie, dan sentiasa akan bergelar daie..
hidup bukan untuk disia-siakan
bukan untuk sambil lewa dan bersenang lenang
menonton movie, membaca komik dan melepak tak tentu hala
tapi kita punya tanggungjawab
berusahalah jadi matang!
kerna kematangan akan mengajar erti kehidupan
menerima apa yang berlaku dengan penuh redha
kehendak aturan Tuhan

jelaskan matlamat,
cekalkan semangat,
Lillahitaala...

selagi jasad ini masih di muka bumi
kerahkan kudrat habis-habisan!
demi nama islam yang kita ingin julangkan
bukan sekadar omongan kosong
tapi supaya menjadi kenyataan

Teruskan langkah,
kerana kita tidak tahu sejauh mana Allah menuntut dakwah itu dari diri kita
jangan sampai kegemilangan islam tercapai lambat kerna kemalasan diri sendiri
dari itu, kita yang seorang inilah yang patut dipersalahkan!
kerna tidak bekerja dan mengharapkan orang lain!

buka mata
jernihkan minda
tegarkan hati
walau tsunami melanda
kita akan tetap disini
mengajak manusia ke jalan Ilahi...

salam thumuhat,
manipal india






Tuesday, July 14, 2009

kepastian

Bismillah walhamdulillah

Setiap perkara yang berlaku adalah perancangan Allah

Setiap perpisahan yang berlaku pasti terselit berjuta hikmah

Setiap manik-manik jernih dilihat oleh Allah

Setiap detik merintih, Allah menilai semuanya

Setiap resah yang menggugah.. Dia tahu segalanya..

Duhai hati..

Tabahkan hatimu..teguhkan nuranimu..

InsyaAllah, sesuatu yang berharga dari Allah untukmu di masa depan..

Yakinlah! Dia buat semua ini kerana sayangkan kamu..

Dia sedang mendidik dirimu, mentarbiyah hatimu..

Supaya mencintai akhirat sepenuhnya..dan seutuhnya..bukan sekadar kata-kata, malah secara amalinya..

Dia sedang mengajarmu..bahawa hidup ini bukanlah seseronok yang disangka..

Biarlah hati ini menderita..asalkan cinta Allah menjadi tunjang utama..

Agar menjadi bekalan buatmu menempuh ranjau di depan..

Bersabar ye..

Bukan mudah untuk memperoleh syurga..

Dengan itu, kau harus terima semuanya dengan penuh rela..

Kau kan bidadari besi?

Be strong!!


Kepastian

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

by:inteam

pohon diberi kekuatan

~ayuh! jadi katak pekat yang pekak~

Thursday, July 2, 2009

-_-

Bismillah walhamdulillah

"awak, nampak penat hari ni.Puasa ke?"

"erm, tak..nampak sangat ke muka saya penat?"

"aah.."

"awak..usrah wonderpets kita tunda malam esok ye..malam ini saya ada usrah lain"

"owh, ok, takpe takpe..awak sibuk..jangan lupa rehatkan jugak badan tu.pucat dah.."

concern betul anak usrah yang seorang ni. TQ yea..

*******************************************************************************

SMS:

"nur, malam ni lepak kat foodcourt jom! lama dah tak hang out sama-sama" -donut dorayaki-

"nura, FC jom malam ni!"-spongebob edema-

mesej dari sahabat 'crusty crab' saya. Kami bertiga.Masa 1st dan 2nd year kami duduk bertiga bersama dalam kelas. Dikelilingi chinese dan indian student lainnya. Mungkin sebab itu kami rapat..saya pula digelar dengan kacang penyek..fuh, kejamnya mereka panggil saya macam tu.Tapi, takpe..saya suka :p macam tu baru rapat ukhuwah, tak perlu nak serius sentiasa..:)
saya menatap lama mesej itu. Nak pergi ke tak..

lantas ,mesej dibalas..

"spongebob dan donut, maaf sgt2 malam ni tak dapat nak gather sama-sama, ada keje sikit yang perlu diselesaikan..nanti kalau sempat, aku datang eh"-kacang penyek-

*****************************************************************************

saya nampak 'dia' diam hari ni..

"awak ok? diam je hari ni?"

"eh, saya ok je."

"nampak macam risau.."

"saya risaukan awak. Risau tengok awak.."

"eh saya ok..[aksi kartun lompat-lompat] see! i m happy je ni"

******************************************************************************

tengok inbox di friendster. oh, ada mesej dari sahabat jauh saya.
rindu katanya..dah lama x mesej..[walaupun rasanya baru beberapa hari ye.:p]

******************************************************************************

ah, saya terlupa lagi hari ni. Ingat semalam nak menjenguk sahabat saya yang masih demam.
kasihan dia. Walaupun dah jenguk haritu, tapi saya patut ziarah lagi. Saya dah nak pergi x lama lagi, tak patut buat dia tertunggu-tunggu..

teringat pulak adik junior yang demam panas.. Dah lawat haritu, tapi entah apa khabarnya hari ni. Mesej lupa untuk dikirim..ya Allah, apelah saya ni..dah ok ke dia?

*******************************************************************************

maafkan saya sahabat-sahabat..saya sangat sibuk. entah apa yang saya sibukkan. tentang study, tidak juga. oh, ya..saya sedang merancang sesuatu untuk kamu semua. moga Allah mudahkan segalanya ya..saya minta maaf sangat2 andai diri ini tak mampu nak jenguk antum selalu, tak dapat nak hang out dengan antum macam dulu,sungguh saya sangat rindu, namun tuntutan dakwah ini lebih menuntut saya ke medannya. Frankly, saya sangat sedih dengan diri saya, kerana tak dapat tunaikan semuanya. Saya juga manusia biasa, tapi saya akan cuba sebaiknya menunaikan hak-hak ukhwah antum. Saya janji saya cuba melunaskan segalanya sebelum saya pulang ke malaysia.

andainya jasad saya tidak di bumi manipal lagi, namun saya harap dapat tinggalkan 'diri' saya. Saya ingin sekali bersama antum berjuang bersama di sini, ikutkan hati, tidak mahu pulang. Takut sekali. Tuntutan dakwah disini belum juga lagi langsai, dan saya sudah kene pulang.

Maka, saya kene bergerak cepat sedikit, supaya apa yang diniatkan menjadi kenyataan. andai saya tidak sempat melakukannya, harap antum dapat meneruskannya. [boleh ye adik-adikku?]
asif jiddan sahabat-sahabat...

Saya harus pulang. Banyak rencana menanti di malaysia. Hak adik-adik di malaysia menanti untuk ditunaikan. Harap antum dapat join sekali, walaupun saya tahu entah boleh atau tidak..[rasa nak je suruh antum ikut saya balik kali ni!]

Tapi takpe, Allah Maha Hebat perancanganNya. Nanti kita jumpa kembali di malaysia ye!

Terkadang, saya terfikir, mengapakah perpisahan satu perkara yang amat menyiksakan..
peritnya bila memikirkan sebulan lebih saja lagi saya disini.


maafkan segala salah silap saya..

insyaAllah, masih punya waktu kita bersama lagi,
jumpa 12hb julai ni ye..[tautan hati 2 :'qumfaanzir' in progress!]
tak sabar nak jumpa semua!!

salam sayang,

saya



Thursday, May 28, 2009

isi dengan kuku


Bismillahirrahmanirrahim

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu[yang berselisih] dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." [al-hujurat: 10]

Kenangan lama menerjah kembali.Mengimbau episod-episod kehidupan, rentetan perjuangan. Terima kasih buat segala rencah pahit manis kehidupan yang banyak mengajar diri untuk terus menongkah arus perjalanan.Hayunan dilambungkan, langkah  menuju ke hadapan, sesekali mungkin menoleh ke belakang, cuba mencakup apa yang tertinggal.

Tika ini, sahabat-sahabat saya sedang sibuk berjuang di medan perang. Terima kasih kerana seringkali tidak meninggalkan diri ini untuk sama-sama berjuang bersama kalian. Walaupun kadangkala timbul sekelumit rasa lelah dan terhenti langkah, penyelesaian sentiasa ada menanti di hadapan. Alhamdulillah!

Cukuplah untuk bermonolog panjang. Kenangan akan sentiasa terpahat sebagai kenangan. Tidak akan bisa untuk berputar kembali. Dan ia akan jadi pengalaman paling manis dalam hidup. Benarlah indahnya jika ukhuwah itu kerana Allah.

Ukhuwah dan iman saling berkait rapat. Ibaratnya seperti isi dengan kuku. Semakin kuat keimanan, semakin terasa bahangnya ukhuwah itu. Saya merasai sendiri kebenarannya. Kadangkala bila kita merasakan terdapat sesuatu yang 'kosong' dalam intipati ukhuwah yang terjalin, muhasabah kembali kekuatan keimanan kita kepada Yang Esa. Bertemu dan berpisah kita atas dasar keimanan, dasar ketaqwaan.  

Dulu, 
Semasa kemasukan junior ke sekolah. Junior-junior ni akan perkenalkan diri masing-masing. Dan masa tu, ada seorang ni memperkenalkan namanya pada saya. Nurul[bukan nama sebenar]. Kami berkenalan 2-3 minit sahaja. Selepas itu, ada majlis di sekolah. Saya terlihat junior tadi.Hanya mampu tersenyum sebab tak ingat nama. Pada masa yang sama, dia memanggil2 nama saya. Owh, ingat lagi dia. Teruknya saya! semasa menunggu dia menuju ke arah saya, saya bertanya kepada kawan saya nama dia. oh, nurul rupanya. Kami berpelukan macam dah lama tak jumpa.
"nurul apa khabar?" 
"alhamdulillah sehat. eh, akak ingat nama saya? saya ingatkan akak tak ingat. Sebab saya bagi mesej, akak tak pernah balas."

ops!rupanya dia yang selalu menghantar mesej. Kawan saya yang disebelah tersengih-sengih melihat perlakuan kami. Saya memberi isyarat pada dia jangan kantoikan yang saya memang lupa nama dia.Di lubuk hati, terharu sangat dengan adik ni. Bukan sahaja nama saya yang dia ingat, tapi asal usul, itu dan ini. Alahai adik, maafkan kakak! salah saya , sibuk dengan adik2 lain, terlupa yang seorang ini.

Dari hari ke hari, hubungan kami semakin rapat. Saya cuba untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Dia tidak pernah jemu melayan karenah saya. Ukhuwah itu makin utuh dengan bertambahnya usia kami. Manisnya hubungan ini lebih hebat dari ikatan darah.
Terima kasih adik! [walaupun akhirnya kantoi peristiwa yang saya tidak mengingati namanya satu ketika dahulu :p]

Manusia ini hamba kepada kebaikan. Bila orang berbuat baik pada kita, hati kita tetap akan tersentuh dan akan berbuat baik kepada orang itu juga. Betul tak? ^_^

Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini bukanlah suatu kebetulan.Ianya telah ditakdirkan oleh Allah untuk berlaku dan menyimpan seribu hikmah yang penuh kerahsiaan. Menyayangi seseorang kerana Allah, adalah salah satu ciri kemanisan iman. Indahnya perasaan itu jika semuanya kerana Allah. Anda akan tersenyum sendiri jika anda juga pernah atau sedang mengalami perasaan ini.

Kalau sayangkan ukhuwah itu, maka jagalah hubungan kita dengan Allah.^_^


setenang sungai nil

buat yang jauh di bumi anbiya,
terima kasih kerana menyedarkan ku tentang sesuatu, menjadi turning point untukku terus bertahan hingga kini, moga matlamat yang kita impi tercapai,insyaAllah. Doakan nura yea!

~InsyaAllah,ada hikmah di sebalik ukhwah~

Wednesday, May 20, 2009

flashback 1

Bismillahirrahmanirrahim

"nah, baca lah buku ni time nura senang-senang nanti" syu mengeluarkan sebuah buku kecil  dari poket jubahnya. Terselit sekali pen milikku yang dia pinjam semalam.

"tq, insyaAllah, nura baca nanti" sekuntum senyuman kulemparkan buat syu.Aku memandang sekilas buku 'muslimah hari esok'  dan terus masukkan dalam baju sejuk. Baju sejuk tu pun ona pinjamkan,kesian kat kawan dia sorang ni yea.Ingatkan datang egypt dah tak sejuk, tapi masih sejuk lagi.Mungkin nak bagi kami dari india yang asik dok berpanas ni rasa musim sejuk juga kut.

Train ke cairo telah tiba di stesen. Salaman dan pelukan terakhir diberikan sebelum bergerak ke cairo. Alhamdulillah, train di egypt bagi kami sudah cukup baik. Aku duduk sebelah sarah. Nampaknya, sarah lebih dahulu terlena disisiku.Penat barangkali. Perjalanan ke cairo akan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sekarang, baru jam 8pm.Hurm, tak tahulah kenapa hati syahdu sangat tinggalkan alexandria.

Aku teringat buku kecil tadi. Helaian demi helaian aku belek. "muslimah hari esok'. Bagi aku, tajuknya sendiri sudah menyentak adrenaline untukku terus membaca dan membaca. 

'Ada segelintir manusia berpegang dengan ungkapan:
"berundinglah dengan wanita dan abaikanlah keputusan rundingan tersebut!"
sedangkan ungkapan itu tidak pernah lahir dari Nabi SAW, kerana Allah telah berfirman,
maksudnya: "Dengan kerelaan dan pemusyawaratan antara keduanya"

Nabi Muhammad sendiri berbincang dengan  isterinya, Ummu Salamah selepas perjanjian hudaibiyah, ketika para sahabat ingkar dari mematuhi arahan baginda supaya bercukur dan memotong rambut untuk bertahallul dari ihram umrah begi membolehkan mereka pulang selepas termeterainya perjanjian tersebut.

Para sahabat merasa keberatan dengan arahan tersebut dan tidak ada seorang pun yang melaksanakannya. Hal ini kerana para sahabat keluar ke Makkah semata-mata dengan niat untuk menunaikan umrah dan ibadat-ibadat lain.

Dalam keadaan tersebut, Nabi saw mengadu kepada Ummu Salamah perihal para sahabat seraya berkata, "Binasalah manusia!" kerana mereka telah mengingkari perintah baginda saw.

Maka Ummu Salamah berkata," Wahai Rasulullah , keluarlah tanpa berbicara dengan sesiapa pun dan suruhlah tukung cukur mencukur rambutmu dihadapan mereka, kemudian bertahalullah dari ihrammu. Jangan engkau lakukan selain dari itu. Lalu Nabi saw keluar dan melaksanakan apa yang disarankan oleh Ummu Salamah. Pada ketika itu, para sahabat seolah-olah baru terjaga dari lena dan berkata: "Adakah patut kita tidak mengerjakan apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah?"

Maka mereka melaksanakannya hasil dari buah fikiran  Ummu Salamah.Jelas terbukti, bahawa wanita berhak mengeluarkan pendapat dan pandangan.

Aku tersenyum sendiri. Sememangnya kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita, namun tidak semua pandangan kaum wanita itu harus ditolak membuta tuli. Bukan semua yang mereka katakan hanya bersandarkan emosi.Aku kagum, terlihat betapa perlunya ada seorang isteri itu sebagai penolong kepada seorang suami.

Kepala pening, mungkin tak biasa membaca dalam train.Aku simpan buku kecil itu kembali. Nampaknya, ada lagi 2 jam untuk kami sampai ke cairo.Lama lagi ni..lantas, Mp3 handphone kupasang, menghayati surah Baqarah dari syeikh mishary rashid..
Tenang............

******************************************************************************************

Sampai di cairo, ustaz ambil kami dari train stesen. Kami menaiki van menuju ke rumah kelantan untuk menumpang bermalam sehingga subuh pagi esok. Kami akan bertolak ke sinai keesokan harinya.

Lebih kurang jam 6.30am, kami pun bertolak menuju ke sinai, ditemani seorang musyrif, ustaz hafizul. Perjalanan akan mengambil masa 3 jam barangkali. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu sangat tentang sinai, sebelum ke mesir, yang aku tahu, aku harus mendaki Mount Sinai. Itu sahaja. Rupanya sepanjang perjalanan itu, punya banyak tempat-tempat bersejarah. Terusan Suez, buat pertama kalinya, aku melihat kapal seolah-olah belayar di atas daratan! Baru ingat apa yang belajar dalam buku sejarah dulu.
Kalau nak diceritakan di sini, memang banyak. Tak cukup page barangkali.^_^


melewati terusan suez

Apa yang boleh aku simpulkan, trip ke sinai adalah trip yang tidak akan pernah dilupakan. Menikmati fitrah kejadian pertukaran malam kepada siang, tenggelamnya bulan dan bersinarnya bintang di malam hari yang dinikmati semasa mendaki mount sinai, dan timbulnya matahari dari ufuk timur sedikit demi sedikit pabila Bumi berputar pada paksinya tatkala subuh menyinsing. Subhanallah! Tiada kata-kata lain yang terucap!


fajar menyinsing

Di puncak itu, aku teringat akan baris-baris ayat dalam buku kecil, 'muslimah hari esok'

Bertitik tolak dari ini, kita ingin kan masa depan muslimah yang sederhana dalam beramal, menunaikan tanggungjawab secara sempurna sebagaimana dia menuntut haknya secara sempurna, bahkan sepatutnya dia melaksanakan kewajipannya terlebih dahulu sebelum dia menuntut haknya.

Gaya pemikiran yang sedang menular pada masa kini ialah sikap menuntut hak dari orang lain sebelum menunaikan tanggungjawab diri. Mereka sering berkata,"Apa yang akan aku perolehi? " Sebelum berkata," Apa yang harus aku lakukan?"

Wanita juga tidak ketinggalan menuntut pelbagai hak; hak untuk belajar, bekerja, mengundi, malah hak menjadi pemimpin tertinggi, sedangkan mereka tidak pernah bertanya, "Apakah kewajipanku?"

Setiap oxygen yang aku hirup, setiap carbon dioxide yang aku hembus, semuanya kerana Allah yang membenarkan.Mengizinkan aku untuk terus hidup, memberi peluang untukku bertaubat di atas segala dosa yang telah aku lakukan. Terngiang-ngiang, apakah kewajipanku? pada Allah,pada diriku, pada keluargaku, pada sahabat2 ku, dan paling penting, pada hak dakwahku? dengan duit biasiswa yang aku ada, untuk tujuan apakah ianya digunakan? Sememangnya aku amat2 bergantung pada biasiswa ini, aku kira tidak mungkin aku akan sampai ke bumi anbiya ini tanpa biasiswa. Tidak mungkin kaki ini dapat melangkah jauh. Namun,semuanya itu adalah rezeki dari Allah yang tidak pernah jemu menumpahkan kasih sayangNya kepada hambaNya yang sering alpa ini.

Saban hari, manusia punya kitaran hidup yang sama.Bangun pagi, makan, tidur , bekerja dan macam2 lagi. Yang membezakan adalah amalan mereka. Setiap yang hidup pasti mati, cuma masanya tidak dketahui. Aku membayangkan andai malaikat izrail mencabut nyawaku sebelum sempat turun dari puncak sinai ini, adakah cukup sudah amalanku? Banyak lagi yang belum aku laksanakan!Pengorbanan Nabi Musa dalam mencari cinta Allah, usahanya untuk bertaqarrub dengan Allah..cukup memberi kesan di hatiku. Sukar untuk aku gambarkan, wahai angin, kirimkan segala resah di dada ini, biarlah ia lari jauh,agar hati ini terubat sendiri. Seolah-olah angin memahami gelombang hati ini,terasa kasih sayangNya yang mencurah-curah...



perjalanan yang masih panjang

to be continued....