Showing posts with label ...... Show all posts
Showing posts with label ...... Show all posts

Friday, May 22, 2009

tagged dari fikah

Bismillahirrahmanirrahim



Award rules :1. Insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.
2. Make sure u take the pic n said it is from.
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
4. You should choose
5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!
Awarded by:
Nur Afiqah Morshidi aka Piqah^_^

10 facts about me:
susahnya nak jawab soalan ni. kawan-kawan tolong isikan boleh?^_~
fakta eh..hurm..

1. officially anak ke-3 dari 7, unofficially anak sulung dari 5 [anak sulung lagi best ye] 
2. anak felda sejati [sayangnya pada felda tercinta..agak2 pengerusi felda maokil baca ni, kembang      hidung tak dia?^_^]
3. part time kaunselor
4. cepat kenal dan ingat nama orang, a good observer maybe
5. sukakan nature dan photography
6. suka masak dan kanak-kanak
7. digelar Nora Zain , detektif cerita zaman dahulu jika anda masih ingat lagi [mungkin sebab once tahu something, akan selidik habis-habis kut]
8. terlalu berfikiran positif [kawan saya kata bahaya juga terlalu positif ni,ye eh?]
9. prinsip dalam bershopping: membeli biarlah mengutamakan keperluan dari kehendak
10. lahirku sebagai khalifah, maka dakwah itulah jalannya, hidup dan matiku hanya keranaNya

5 person to be tagged
1.kak hani salwa
2.nurul iman
3.siti nursyahidah
4.hanum maisarah
5.yanie

fuh, siap juga..demi fikah, x housemate sorang ni, saya buat juga lah.[syahdu tak fik? ^_^]



Sunday, May 17, 2009

jazakallah

Bismillahirrahmanirrahim


  


Ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat ust hafizul aka boszegypt atas award yang tidak disangka-sangka ini.[tak sia-sia cikgu ajar BM dulu^_^] Moga ust terus bersemangat berjuang sebagai Pengarah Pesat yang berdedikasi lagi berkepimpinan demi me'mesat'kan lagi Pesat.[imbuhan salah, sila jangan gunakan] ahli-ahli disperse tidak akan melupai musyrif kami ini.
 
ikutkan syarat, kene hadiah buat 10 orang yang lain. Tapi, saya tak nak ikut syarat tu, boleh?
Buat bloggers dan sahabat-sahabat yang saya sayang[walaupun anda tiada blog], saya hadiahkan award ini buat semua. Nak amik and letak kat blog sahabat semua, amat di alu-alukan. Kalau tak nak dan nak simpan dalam hati je pun takpe^_~ 
bak kata kak yani, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan jarak, jika ikatan hati itu lebih kuat..^_^

sekian

p/s: buat sahabat dan adik-adik yang sedang menduduki imtihan, al the best! hard work will always pay, insyaAllah. ~away~study for end posting exam paediatric.Moga sama-sama berjaya fid dunniya wal akhirah. 







Wednesday, February 11, 2009

sekitar study week

pagi-pagi, on the way to sonia for breakfast


kelihatan lembu bersama anak beranaknya keluar ambil angin pagi..


ok, jom start study!! (aishah sedang study)


view 2nd floor dr 1st floor


rak buku yang tersusun cantik...heh


ops! khusyuknya syani study! chaiyok beb!


tempat berehat kala ngantuk.. 'kopi satu, bos!'





kadang2, study kat sini petang2


atau, study kat fountain depan library..




teman aishah isi minyak motor..:p


ni CCD (cafe cik dollah)



jom tengok apa kat dalam..!~_^

kaunter


masing2 dok menghapal gak tu..nak exam la katakan..



aiskrim purple dan motor purple..



kadang2, study kat  rooftop juga..sambil tengok sunset..


d best cookies ever! (placebo untuk stay up)

atas permintaan, nah..gambar2 di bawah..:)


widat dengan aishah..syndrome setelah penat belajar..tak hirau dah tempe tgk ke tak dok posing tuh...


aishah study;sarah kacau aishah study:P


shida;jam 10.30 am sehari sebelum exam microbe..:)
k, setakat itu sahaja dulu update kali ini, alhamdulillah sudah habis theory patho, pharmac dan microbe...
masih pending: forensic (13hb 2 2009)
practical pharmacology (20hb 2 2009)
practical pathology (21hb 2 2009)
practical microbiology (22hb 2 2009)

coming up: holidays!


^_~

Sunday, January 25, 2009

fitrah cinta


FITRAH YANG MENJADI FITNAH
Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.
Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja.Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak.Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.
Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang aka menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?
Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya.Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.
Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat diatas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kpd cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya"
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tnpa kerlingan dan senyuman?
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
Wallahu'alam.
By : Mohd Yusuf Nasirudin


Tuesday, January 13, 2009

laman nurani

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..

dari hanya gerhana berpindah ke permata yang dicari, kemudian bertukar lagi ke when the brain starts f[x]ing..dan yang terbaru dan terkini laman nurani..
sepanjang berlangsungnya blog ini dari tahun lepas, sudah 4 kali bertukar tajuk..
mungkin sebelum ini saya masih tidak berpuas hati ataupun mencari-cari nama yang sesuai untuk blog ini..dan akhirnya setelah berfikir-fikir..kemudian, tiba-tiba kakcik[maisarah] memberi idea yang sama[tidak sangka ya kita punya daya magnet yang kuat ~_^] 
akhirnya saya tekad untuk menukar nama blog ini kepada laman nurani..

bukanlah untuk mempopularitikan nama sendiri..
mungkin kerana kebanyakan entry yang saya post dibawah file "lamannurani"
mungkin sebab nurani itu sendiri membawa maksud
~kamus bahasa arab iqra:inner self
~kamus umum bahasa indonesia: perasaan yang dalam, atau batin
~kamus dewan malaysia:hati yang mendapat cahaya dari Tuhan
~wikipedia: perkampungan brahmin di kerala, india

erm, yang keempat tu tidak berkaitan ya, terkejut juga bila mula-mula find out ada nama tempat nama nurani di kerala..^_^

namun, semua itu tidak penting..
semoga segala perkongsian dalam blog ini dapat mengisi sesuatu dalam hati nurani para pembaca..sesungguhnya blog ini tidaklah sehebat blog org lain yang pada fikiran saya jauh lebih hebat dan banyak memberi manfaat..
moga laman nurani ini dapat mengingatkan diri saya sendiri tentang kehidupan, perjuangan,
naik turun keimanan, peringkat bertambahnya kredibiliti insan-insan di sekeliling, pengalaman perjalanan hidup yang sentiasa punya putaran masa atas dan bawah,serta segala rencana yang telah diatur oleh Allah sebelum berakhirnya nyawa kembali kepada Pencipta..

It is reported that the Prophet (peace be upon him) said: "On the Day of Resurrection, you will be called by your names and by your fathers' names, so give yourselves good names." (Hadith Abu Dawud)
maka, panggillah sahabat-sahabat kita dengan nama yang elok-elok ya..