Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Friday, May 21, 2010

hidup di bawah bayangan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup di bawah bayangan Al-Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.

Itulah perenggan pertama dari muqaddimah tafsir fi zilal yang dikarang oleh as-syahid syed Qutb,yang dihukum gantung kerana menegakkan agama Allah ini.

Mataku menyorot lagi ke perenggan kedua,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni'matan hidup di bawah bayangan Al-Quran selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.

oh, betapa Syed Qutb benar-benar merasai nikmatnya hidup dengan mukjizat paling agung itu, yang pasti dirasai dengan seluruh genap jiwa dan raganya. Aku yang selama ini telah lama membaca dan bersama dengan Al-Quran, adakah akhlakku dan amalku, mengikut Al-Quran sepenuhnya? Adakah aku telah benar-benar merasai hidupku ini di bawah bayangan dan naungan Al-Quran?

Tulisan syed qutb aku baca lagi...

Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap denganku dengan Al-Quran ini..ya, Dia bercakap kepadaku sebagai seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang yang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?

Ya Allah, satu persatu persoalan itu menyentak nuraniku. Ya, benar sekali. Tiada yang lebih tinggi dan lebih mulia dari penghormatan Allah kepada hambaNya dengan Al-Quran, mukjizat paling agung! Yang sepatutnya kita bisa melemahkan orang kafir, bisa melembutkan hati-hati yang keras. Bukan sekadar di buat hiasan di rak buku, atau hantaran kahwin semata-mata.

Teringat satu ketika murabbiku pernah menceritakan,

Andainya kita demam atau sakit, kita akan jumpa dengan doktor. Dan bila kita jumpa doktor tu, doktor akan check dan kemudian bagi ubat. Hatta panadol pun, kita akan makan ubat tu sebab kita tahu kalau nak baik, kene makan ubat. Cuba bayangkan andai ada seseorang ni, dia baca je prescription panadol tu, tanpa makan sedikit pun panadol tu, maka dia x sembuh lah dari demam dia tu. [or maybe kene tunggu lama sikit nak baik].

Analogi mudah ni, boleh kita simpulkan, kalau nak baik, maka kita kene praktikkan, iaitu dengan ambil ubat dan makan. Bukan sekadar membacanya sahaja, iaitu sebut je nama panadol banyak2 kali, tapi tak makan langsung ubat tu.

Sama lah juga macam Al-Quran. Kita baca Al-Fatihah setiap hari, dan kita tahu apa yang Al-Fatihah tu nak ape, maka kita faham kan isi nya, dan kita praktikkan dalam kehidupan. Begitu juga dengan surah-surah yang lain.

"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.." (Ar-ra'd:11)

Lihat sendiri bagaimana ayat ini telah mengubah para sahabat untuk terus maju ke hadapan, menyebarkan islam ke merata tempat.

Lihat sendiri bagaimana Singapore, dalam masa 30 tahun, boleh lebih maju dari Malaysia. Mesti ada sesuatu yang menyebabkan mereka boleh majukan negara mereka.Jadi, kita kene ubah mind set kita. Kita kene ada 'something' yang boleh ubah diri kita. Iaitu Al-Quran. Mukjizat teragung yang Rasulullah telah tinggalkan untuk kita. Maju di dunia, dan kejar akhirat.

Al-Quran sangat pemurah. Dia akan beri apa yang nak. Tapi akhirnya, kita tak minta benda yang sepatutnya kita minta. Kalau kita minta benda yang kecil, maka yang kecillah kita dapat. Sebenarnya, Al-Quran nak beri kita sesuatu yang lebih besar lagi. Bila kita membaca dan mentadabbur ayat2Nya selalu, kita fahamkan apa isi kandunganNya, ia akan dapat mengubah pandangan kita terhadap sesuatu perkara.

Banyaknya yang Quran boleh ajar pada kita. Cuma kita nak atau tidak sahaja. Moga kita sentiasa bersama dengan Al-Quran, mengamalkan isi kandungannya. InsyaAllah.~

~~jzkk qumfaanzir sebab sharing semangat hari ini.^_^ Jum kita berusaha dengan dahsyat!
~~Ya Rabb, permudahkan lah urusanku.ameen.






Thursday, January 7, 2010

pemuda peka iman, pemuda peka zaman


Bismillah walhamdulillah

"apa khabar iman??"

"alhamdulillah, luar biasa! Allahu Akbar!"

Mukhayyam khoriji [MK] dah seminggu berlalu. Baru diberi sedikit kekuatan untuk menulis panjang lantaran 'accident jari manis' haritu.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan disaat-saat akhir endposting esok.

MK yg disertai oleh 13 akhawat dari melaka. Banyak pengalaman manis yang dicoret hatta sebelum MK bermula. Bertolak dari MC[melaka central] jam6.30pm, tiba di pudu jam 9.30pm. Kemudian, tersesat di lrt stesen sebab tersalah ambil line. Then, sampai di stesen ampang jam 11.30 pm. Menunggu ikhwah di pinggir jalan, dekat dengan jejantas dan stesen bas. Menyambut tahun baru di tengah bingit bandar ampang, dengan pelbagai aksi remaja dan belia waktu ini.

Orang sekeliling memandang pelik, bila melihat kami yang menutup aurat dan bertudung labuh, tersadai di tepi jalan tengah malam macam tu. huhuhu. Lebih kurang jam 12am, bergerak ke restoran bangkok divine untuk dinner[supper dah patutnye] masing2 tak makan lagi. Dan sekali lagi, tunggu di sekitar kedai tu sampai jam 2 pagi sebab jalan jammed. Dek sambutan tahun baru.

Akhirnya, sampai di Impiana resort lebih kurang jam 2.30 pagi. Alhamdulillah....

Mungkin pada awalnya kami tak perasan ibrah dari perjalanan kami yang panjang tu, yg sepatutnya ambil masa lebih kurang 3 jam telah menjadi 8 jam. Bila kak sumayyah, kata,
"ada hikmah kan kita tersadai lama malam tu.. sebab masa tu lah kita banyak habiskan masa bersama. Pengalaman tulah yang rapatkan lagi hubungan kita."

Baru saya terfikir. Sebab kak sumayyah sangat sibuk. Lihat sahaja jadualnya, saya pun pening. Macam-macam yang dia kene buat setiap minggu. Usrah, program yang kene attend, meeting etc. Dia memang sangat sibuk. Mungkin hanya ada masa untuk buat usrah dengan kami seminggu sekali . Tak cukup masa untuk berDF dengan semua. Banyak nya tanggungjawab yang harus dia pikul dengan posisi dia sekarang ni.

[tapi takpe kak, kami faham sangat condition akak tu^_^]

Itulah jadual yang telah Allah aturkan. Pengalaman yang bestlah kan? Dengar org terjerit sana sini macam ntah pape2..baru sedar banyaknya kerja yang kita kene buat. Usah tunggu orang lain, sebab kita sendiri bertanggungjawab!

MK berjalan lancar. Cerita lebih lanjut boleh jugak baca kat blog shida=)
MK pada hari pertama,

ada aktiviti 'obstacles'. Mission kami adalah kene hantar bekalan makanan kat tahanan2 palestin. So, kene lalui berbagai halangan lah..termasuk soalan2 maut dari puak2 zionis ni=)
Halangan terakhir kene buat tarzan swing. Kene merentas sungai menggunakan tali. Bergayut dari satu tali ke tali yang lain untuk sampai di hujungnya.

Alhamdulillah, Allah pilih saya untuk 'accident' sikit time tu. Interphalax dislocation yang menyebabkan muka2 fasi berubah jadi takut termasuk 'kakak' saya ni. Kesian mereka. Kene cari klinik berdekatan,hantar saya g hospital ampang, habis basah kereta kak aisyah, sebab saya naik kereta dia dalam keadaan basah kuyup, baru lepas jatuh dalam sungai.

Malam tu, 'bermukhayyam' kami kat hospital. Tak dapat nak join program malam tu=(. Tapi,bestlah kan sebab dilayan macam puteri, makan pun disuap. hehe. Risau tengok muka kak sumayyah.. dia risau pasal saya, masa yang sama, risau pada kawan2 yang lain, entah ok ke tak lalui halangan yang tu.

Masa tu, saya fikir, mampukah saya nak jadi macam para sahabat, terkenang balik duta nabi ke madinah, mus'ab umayr, yang memegang bendera islam sewaktu perang uhud. Selepas tangan kanannya dipotong, dia pegang bendera dengan tangan kiri. Selepas dua2 dipotong, dia kepit pula diantara keduanya. Sambil mulutnya tak henti2 berdoa untuk Nabi, risau akan keselamatan nabi masa tu. Sampailah waktu bila dia syahid di medan uhud bila ditikam dadanya dengan pedang. Subhanallah'

Apalah sangat dengan 'nikmat' jari manis saya. Masih mampu berjalan, makan, tidur, dan ketawa dan berfikir dengan betul. Itupun, saya mintak 'dadah' supaya saya tak sedar sewaktu tulang saya ditarik. Sebab saya tahu sangat sakit kalau tak bius. Tak mampu rasanya nak jadi macam para sahabat yang bila mana mereka solat, mereka tak rasa pape pun tatkala dicabut panah dari badan mereka. Lemahnya kita ni kan?

Allah masih lagi hadiahkan saya ruang untuk bernafas di bumiNya ini, merasai indahnya nikmat iman dan Islam, merasai manisnya ukhwah fillah di atas jalan tarbiyah ni.



Banyak benda nak kene buat.

Takde lagi malas-malas. Komited. Moga semangat terus membara dalam jiwa-jiwa pemuda kahfi zaman ini. InsyaAllah.

Jazakumullah khairan kathira pada semua. Moga dapat jumpa lagi , insyaAllah!



p/s:
1-rupanya, ada orang rindu saya sangat2 masa tu. Sian dia, ternanti2 kepulangan saya. Maaf ye, lain kali saya akan bawak handphone bersama^_^
2-jzkk pada semua yang mendoakan=)
3-utk nadiah, selamat terbang ke bumi aceh! moga selamat pergi n selamat pulang.

salam alaykum







Thursday, December 24, 2009

menjadi bintang di hadapan Tuhan

Bismillah walhamdulillah


hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG.

mahukah anda menjadi bintang?

bukan di pentas, bukan di televisyen

tetapi DI HADAPAN TUHAN

kunci kejayaan terletak pada hatinya.

Apabila hatinya baik, maka baiklah seluruhnya. Sebaliknya, pabila hatinya jahat, jahatlah seluruhnya.

Hati adalah penentu kualiti diri seseorang.

Oleh itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhan terletak pada keberkesanan kebaikan hatinya.

Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak bererti apabila tidak diikuti dengan pembinaan hati.

Keberkesanan pembinaan kualiti diri manusia begitu bergantung pada kejayaan pembinaan hati.

~bagaimana? dah berjaya didik hati sendiri?~

macam mana nak dapat hati yang bersih dan hidup?

selalu berzikir pada Allah. Dengan berzikir, hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi jernih. Hati yang sentiasa berzikir diperlihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi

Hati itu hendaklah kita gunakan untuk merenung dan mengkaji ayat atau tanda-tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah dari segala sesuatu di sekeliling kita. Degan hikmah, hati akan sentiasa hidup dan bebas dari penyakit.

Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan hati yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.


saudaraku,
hati adalah tempat tersimpannya iman

Apabila hati kita bersih, pasti iman akan dapat kekal di dalamnya.

Keimana tak kan dapat bertahan lama dalam hati yang kotor. Keimanan hanya kekal dalam hati yang bersih.


" hai orang-orang yang beriman,berzikirlah [dengan menyebut nama Allah], dengan zikir yang sebanyak-banyaknya" (al-ahzab:41)


*petikan dari fastbook menjadi muslim terbaik by aagym





Friday, November 13, 2009

belajar demi kelangsungan dakwah!

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt

Seperti saya yang masih lagi belajar, pastinya tiap2 hari wajib untuk buka buku dan baca. Revise atau buat nota. Tapi, kadang-kadang, perasaan malas tu muncul juga.[rasa macam selalu je]hehe.

Pernah suatu ketika, saya takde mood sangat nak baca buku. Maksud saya menelaah pelajaran yang dah dipelajari di kelas. Lepas kelas, sibuk dengan usrah, urusan adik-adik , DF dan macam2 lagi.Semangat dakwah yang terlalu berkobar-kobar ni amik masa saya yang banyak jugaklah.
Gembira nya rasa bila dapat memberi dan berkongsi apa yang kita rasa nih dengan orang lain. Bestnye feeling dia bila dapat bina lagi 'batu-bata' dan eratkan lagi ukhwah yang ada.

Dan bila sudah tiba waktunya untuk saya study, sy pernah merasakan,'kan best kalau tak perlu study, buat kerja dakwah je'
Waktu yang sama, ada seorang kakak yang jauh di NZ sana, kami tidak pernah bersua muka, namun kerana jalan yang diambil ini sama, hati kami sangat mudah terikat walau sekadar bertemu di ym cuma.

Dia mengingatkan saya,

bahwa belajar itu sangatttt penting! walaupun kita tahu dakwah itu lah segalanya dalam hidup kita!

kita pasangkan niat supaya kita belajar ni demi kelangsungan dakwah!

Perlu nya saya untuk study rajin2 dan jangan sesekali rasa terbeban dengan ilmu..sebab dengan ilmu itulah kita boleh tunjuk pada orang bukan islam bahawa mukmin itu mestilah mumtaz dalam setiap perkara hatta dalam pelajaran sekalipun!

Pentingnya saya untuk excel dalam bidang saya ni, supaya Islam itu orang dapat lihat bukan dari akhlaknya sahaja, tapi ilmunya juga.

Sebab dengan ilmulah, kita boleh bergerak lebih maju lagi kehadapan. Dengan ilmu lah, orang akan lebih hormat kita dan perjalanan dakwah kita dengan orang lain akan lebih meluas.

Dan dari itu, saya harus lebih tegas dengan jadual harian. Diakui bidang yang saya ambil ni, banyak sangat komitmen yang harus ditumpahkan. So, jadual kene renew selalu dan ikut betul2. Susun masa dengan teratur. Supaya tak lah nanti, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran' .

Apepun, dakwah tetap no 1, study tu sebagai pemangkin kita untuk terus bergerak lebih maju.

Sebab tu seorang daie kene teratur masanya! kan itu salah satu dari ciri muwasafat tarbiyah.

Dan bila dah macam ni, usahlah terlalu fikirkan kepentingan diri sendiri. Indeed, jadual kita tak kan macam orang lain, tapi dengan jalan yang kita pilih nilah kita akan jumpa kepuasan yang sebenarnya. Sekalipun badan penat, tapi bila hati kita rasa tenang, itu lagi bermakna, kan? ^_^

And for sure Allah akan tolong kita dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Kita tolong agama Allah dengan ikhlas, insyaAllah, Dia akan bantu kita termasuklah dalam pelajaran.Masa sikit, tapi bila baca buku, mudah masuk dan mudah faham.
Yang paling penting, kita kene yakinnnnn sangattttt sangatttt dengan pertolongan Allah!

Izzah

Berasa mulia atau bangga dengan Islam kadangkala diistilahkan sebagai izzah. Bila kita berasa mulia dengan Islam, secara tak langsung hidup kita akan lebih terarah. Kita akan pastikan segala tindak tanduk kita ni berdasarkan amar makruf dan pada masa yang sama jauhi mugkar.

"Dan yang demikianlah, Kami telah menjadikan kamu umat wasatha agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan Rasul menjadi saksi atas perbuatanmu"
[al-baqarah:143]

Wasatha kat sini bermaksud yang terbaik. So, kita kene menghiaskan diri kita dengan ciri-ciri yang terbaik berteraskan agama. Tak kesahlah dalam apa jua yang kita buat pun!

Ada satu kajian yang dilakukan oleh Dr.Harold G.Koeing, Pengarah centre for the Study of Religion/Spirituality and Health, dia kata, mereka yang berpegang teguh pada agama ni mempunyai hormone interleukin-6 yang tinggi dalam darah. Hormon ni fungsinya tingkatkan sistem daya tahan individu. Dan sistem nilah yang terdapat dalam badan kita nih. Apabila sistem ni dapat fungsi dengan baik, ia mampu cegah serangan kuman dalam badan.

Haa..menarik kan? Makin kuat kita berpegang dan yakin dengan Allah, insyaAllah, evrything will be fine=)


k, kita layan satu lagu ni. A reminder from 'my sister' this morning. Seseorang yang banyak memberi tunjuk ajar walaupun selalunya dia tak perasan pun.=P jzkk sis!!


open your eyes



Tuesday, October 6, 2009

iron princess


Bismillah walhamdulillah

Saya masih ingat,

Tika saya sangat sedih, mengenangkan sahabat yang paling saya sayang, melangsungkan pertunangannya. Bertunang saja, sudah cukup buat hati ini memendam rasa. Mungkin kerna terlalu sayangkan dia, saya jadi risau andainya hubungan kami tidak dapat rapat macam dulu lagi. Usah kira betapa banyak air mata yang ditumpahkan kerna saya hanya inginkan yang terbaik buat dirinya. Saya ingin memegang tangannya mengharung jalan dakwah ini bersamanya. Tarbiyah ini tidak akan ditinggalkan walau sekejap cuma.

Di kala itulah, sahabat saya yang jauh nun di bumi mekah, sedang mengerjakan umrah.. Memberi kata-kata semangat berharga. Maha Hebat kuasa Allah, seolah-olah saya dapat merasai bersama perjalanan sahabat saya di bumi barakah itu. Terasa dekat sangat. walau hakikatnya sangat jauh. Apa lagi yang dapat saya ungkapkan hanya ucapan alhamdulillah.. Rindu pada Baitullah amat2 menggamit jiwa. Rasa macam mahu saja terbang ke sana, melakukan tawaf dan bermunajat bersungguhnya di depan Kaabah. Alangkah bahagianya!

Ia kekal dalam mimpi. 2 hari saya bermimpi melakukan ibadah di sana. Terima kasih sahabatku yang senantiasa tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat diri yang hina ini. Mesejnya yang saya masih tidak lupa dan insyaAllah akan sama-sama dipegang..

bermujadah..demi cita-cita..'bidadari besi hafizah seteguh rabi'ah al- adawiyah!'

seperti bidadarikah saya? oh,tidak sama sekali. banyak lagi kekurangan diri ini yang harus diperbaiki.
Tapi tak salah kalau impian tu tinggi kan? bak kata kak sumayyah, himmah kene 'aliyah! Apa yang penting, menjadi insan yang terbaik disisi Allah.

Besi?
biarlah cerita di sebalik 'besi' ini menjadi rahsia antara saya dan Allah sahaja.

hafizah..

that words strike me most.

jauhnya perjalanan..'saya hanya dapat tertunduk. Malu dengan Allah.
Banyaknya janji yang saya tidak tunaikan.
Kalam suci peneman setia. Saya sedar dia juga punya matlamat yang sama. Dan sungguh kesedaran itu tidak cukup andainya tidak berusaha. Dengan persekitaran yang sangat tidak membantu, ujian dunia yang bersepah dimana-mana, memang menguji amat. Mungkin, itulah peluang yang Allah berikan untuk terus bermujahadah. ya Allah!! banyaknya dosaku!

teringat kata sahabat baik saya di mesir,
'tenang sangat tengok sheikh yang kitorang pergi talaqqi tu, doktor perubatan pulak tu. Hafiz, bagus sangattt. ana kene tegur je masa baca depan dia. Bila dia tanya soalan medic, asik tersekat-sekat nak jawab. teruk betullah! "

'bila la kita nak jadi bagus macam tu ye...' saya berbunyi dari corong telefon

'kene mujahadah lebih sikit lah' dia menjawab

Setuju. Orang yang hebat akan diuji dengan ujian yang hebat juga. Namun, orang yang hebat tidak akan pernah mengeluh ke atas ujian yang menimpanya. Berbekalkan kecintaan yang sangat mendalam kepada Allah, ujian setinggi manapun dianggap kecil sahaja. Kerna nikmat yang telah Allah kurniakan buatnya melebihi dari segala-galanya.

Al quran itu bukan setakat untuk dihafal, tapi biarlah dihafaz juga. Ramai yang mengaku menghafaz alquran, tetapi peribadi nya tidak pun menunjukkan ciri-ciri yang disebut dalam Quran. Biarlah apa yang dibaca, ditadabbur, dan dihafaz itu meresap ke dalam hati dan ruh kita.
Ya Allah, peliharalah diri ini sebaiknya. Diriku ini banyak sangat cacat cela!

seteguh rabi'ah al-adawiyah..

mari saya kisahkan sedikit cerita tentang dia.

Rabi'ah binti Ismail al-adawiyah dilahirkan awal kurun ke2 H berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Diljah menggunakan sampan.

Ketika hidup masyarakat Islam waktu itu telah berubah menjadi 'jahiliah', pergaulan semakin bebas, dan orang ramai berlumba-lumba cari kekayaan. Menyanyi,menari, berhibur diagung-agungkan. Namun, pada masa itu, muncul gerakan baru yang dinamakan tasawuf Islam yang dipimpin Hassan Al-Basri. Mereka menghabiskan masa dan tenaga mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri pada Allah.

Ayah rabiah juga seorang yang amat menitikberatkan pendidikan Quran buat anaknya. Natijahnya, rabi'ah sendiri gemar membaca dan menghayati isi Al-Quran sehingga berjaya menghafal kandungannya. Sejak kecil lagi, Rabi'ah berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi dan keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaanya, kehidupannya serba sempit. Dan rabi'ah juga tidak terkecuali dari ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman.

Munajat Rabi'ah sewaktu kesunyian di tengah malam menghadap Tuhannya,,

"ya Allah ya Tuhanku.Aku berlindung diri kepada Engkau dari segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripadaMu, dari segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!..

Tuhanku, bintang2 telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telh menutup pintunya dan inilah dudukku dihadapanMu.

Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir,tiada siulan burung yang menyanyi,tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati itu semua menjadi bukti keEsaanMu dan tiada sesuatu yang menyamaiMu.

Sekalian manusia telah tidur nyenyak, yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan dihadapanMu. Maka,moga2 Engkau berikan satu pandangan kepadanya yang akan menahannya dari tidur supaya dia boleh berkhidmat padaMu.

Tuhanku!Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagunganMu. "

Setiap malam, begitulah Rabi'ah. Pabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus bermunajat,

"Ya Allah, malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. wahai malangnya diri! apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia atau Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliannMu, jika Engkau menghalauku dari pintu2MU itu, nescaya aku tidak akan bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sudah sangat cinta kepadaMu."

Satu perkara yang menarik tentang Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan,

"perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Ada pun aku tidak mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintahNya. Aku tidak punya apa-apa."

Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu, dia terus menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak punya tujuan lain kecuali untuk mendapatkan redha Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, permikirannya, perasaanya hanya pada akhirat semata-mata. Selama 30 tahun, dia mengulang kata-kata ini dalam solatnya,

"Ya Tuhanku! Tenggelamkan aku dalam kecintaanMu supaya tiada satu pun yang dapat memalingkan aku dariMu"

ada satu syairnya yang berbunyi,

"kekasihku tiada menyamai kekasih yang lain biar bagaimana pun, tiada selain Dia dalam hatiku, kekasihku ghaib dari penglihatanku dan peribadiku, tetapi DIa tidak pernah ghaib dalam hatiku walau sedetik pun."

Rabi'ah telah membentuk satu cara luar biasa dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwanya..

"jika aku menyembahMu kerana takut dari api nerakaMu, maka bakarlah aku di dalamnya! Jika aku menyembahMu kerna tamak pada syurgaMu, maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi, jika aku menyembahMu kerna kecintaanku kepadaMu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."

Begitulah kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan padaNya...

Refleksi..

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata bagi Allah orang yang sabar"
[ali-imran:142]

jom sahabat, kita koreksi diri, tingkatkan amal dan taqwa..Nak masuk syurga, yuk masuk sama-sama^_^ insyaAllah..


[mode: himmah 'aliyah]
next entry kita cerita panjang lagi k.

p/s: pecut!!!!
p/p/s: missing sisters in manipal so much =(

Friday, July 17, 2009

tautan hati II



Bismillah walhamdulillah

Qum Faanzir

Begitulah tema Tautan Hati II kali ini. Bangunlah, dan berilah peringatan! insyaAllah.

Entah bagaimana mahu mula.
Mungkin gambar lebih punya banyak cerita.




solat berjemaah



sesi LDK


semangat nya sarah mengexplain kat ahli group :p


khusyuknya mendengar


adik che roziana..esok nak exam, tapi datang jugak program..terharu dik!!


tayangan video: dunia islam

chef yang busy^_^


makan dalam talam^_~


bersalaman disertai dengan selawat


mereka^_~

Nak tahu kisah berkaitan tautan hati, leh juga klik sini [anak usrah yang cukup berdedikasi..hehe]

Terima kasih pada semua yang terlibat! Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalas^_^

agak sibuk sedikit
banyak nak buat before pulang ke malaysia ni..
moga diberi kesempatan update lagi..
doa moga dipermudahkan..insyaAllah^_~

syabab,
manipal


Sunday, July 5, 2009

sat circ

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt.
Meh nak share sikit apa yang diberikan oleh sahabat saya sewaktu saturday circle [sat circ] semalam memandangkan ramai yang tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Satu kisah menarik mengenai Imam Ahmad bin Hambal..

[warning:bahasa yang digunakan punya banyak kesalahan tatabahasa. harap maaf.]

Semasa Imam Ahmad hidup, terdapat seorang sultan yang memerintah. Sultan ni ada seorang gundik yang sakit. Sakit dirasuk oleh jin. Mereka telah cuba berbagai-bagai cara untuk mengubat gundik baginda ni, tapi still tak baik-baik. Kemudian, ada seorang mencadangkan supaya dipanggil Imam Ahmad untuk mengubat anak baginda. Maka, pergilah seorang pembesar yang berdedikasi ini ke rumah Imam Ahmad..

pembesar dedikasi: Wahai Imam Ahmad, aku datang ini membawa perintah sultan
Kau dikehendaki untuk datang ke istana kerana anak perempuan baginda
sakit dirasuk jin

Imam Ahmad: [dengan wajah bersahaja] oh, aku busy dan banyak kerja ni. Kau ambillah
terompah aku tu, dan bawa ke istana. Angkat terompah tu lebih tinggi dari paras
kepala dan katakanlah pada jin yang merasuk anak perempuan sultan,
'kalau kau tak keluar dari tubuh ini, akan aku ketuk dengan terompah Imam
Ahmad bin Hambal di kepala kau 70 kali'

pembesar berdedikasi itu terpinga-pinga. Berani sungguh Imam Ahmad mengingkari perintah baginda sultan. Namun, Imam Ahmad masih kelihatan seperti biasa, tanpa menunjukkan riak takut di wajahnya,muke toye adalah :p

Maka, pembesar pun berangkatlah kembali ke istana dengan membawa terompah milik Imam Ahmad. Sultan pada mulanya agak bengang jugaklah dek 'lain yang dipinta datang, terompah pulak yang dibawa'

Maka, mereka menurut sahaja apa yang dipinta Imam Ahmad.

Amazingly, jin tu pun keluar! mereka pun terkejut!

berkatalah si jin bahawa..

"aku tidak takut kepada terompah itu, tetapi aku takut pada nama Ahmad bin Hambal. Ini kerana aku tahu bahawa Imam Ahmad ni hanya takut kepada Allah, dan tidak pernah takut pada makhluk lainnya termasuk aku selain Allah semata. Kalau Imam Ahmad suruh aku keluar dari Iraq sekalipun aku sanggup!"

lihat saja, betapa jin tersebut respect dengan Imam Ahmad..
bayangkan lah kita, tengok cerita hantu pun dah menyorok bawah selimut..^_^

Apa yang saya dapat simpulkan, kita hendaklah takut pada Allah semata-mata, namun jangan meletakkan takut sahaja, ia harus diimbangi dengan penuh rasa mengharap pada Allah. Ibnu Taimiyah mengatakan Cinta itu harus seimbang. Badan burung ibarat cinta, manakala sayap di kanan dan kiri ibarat takut dan harap pada Allah. Untuk memenuhi tuntutan cinta itu, haruslah seimbang sayap keduanya.

Peringatan lain yang diutarakan adalah kewajipan kita dalam menuntut ilmu. Contoh paling mudah, andainya ada dikalangan ahli keluarga kita yang kematian, adakah kita yang bisa mengimami solat jenazah atau perlu panggil tok imam datang?
Fenomena ini biasa terlihat dalam masyarakat. Kadang tu, sampai kene pergi jauh-jauh nak panggil ustaz untuk imami solat jenazah ahli keluarga.

Teringat pesan mak saya suatu masa dulu,
"kakak tolong didik adik-adik ye, kalau boleh bila mak pergi nanti, anak-anak mak sendiri yang imamkan solat jenazah untuk mak, tak perlu nak panggil2 tok imam jauh-jauh.."

Kematian bisa menjemput kita bila-bila kan?
siapa tahu, mungkin inilah post terakhir yang bisa saya lakarkan disini..

Kehidupan ini ibarat pentas lakonan. Saya pelakon, anda juga pelakon. Jujurnya, kalau kita menonton drama atau rancangan di tv, mesti kita suka pada hero atau heroin sebab mereka watak baik-baik. Samalah juga macam kita atas pentas yang diciptakan Allah. Semoga kita tergolong dalam golongan muqarrabin dan golongan kanan.

'jika dia [orang yang mati] itu termasuk dalam yang didekatkan [kepada Allah],

maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga yang penuh kenikmatan

dan adapun jika dia termasuk golongan kanan,

maka, salam bagimu wahai golongan kanan! [sambut malaikat]

-al waqiah: 88-91-

"setiap yang bernyawa akan merasaikan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan"
-al-ankabut:57-


Ya Allah, aku bermohon agar sebaik-baik umurku adalah pada hujungnya, sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan sebaik-baik hari adalah hari-hari terakhirku di dunia ini ketika bertemu dengan malaikatMu.

Kehidupan ini terlalu singkat untuk dikecapi, amatlah berharga untuk dinikmati, penuhilah masa yang ada dengan menjadi hamba yang terbaik disisiNya, moga beroleh syurga yang diimpi bersama.