Monday, December 8, 2008

seharum kuntuman rabitah[final]

**************************************

"ifah, jom ikut ayah"

"ke mana ayah?"

"hospital."

"hospital? siapa yang sakit?"

"furqan..accident.kita pergi dengan ustaz hazwan sekali"

"baiklah.ifah bersiap sekejap."

furqan accident..terukkah dia? bagaimana keadaanya?
risau..di sudut hati ifah, dia turut berdebar..
mungkin kerana inilah kali pertama untuk dia bertemu furqan..sejak dia memberi kata putus untuk menerima furqan dalam hidupnya, belum pernah sekali dia menghubungi lelaki itu..entah, seakan dia lupa pernikahannya tidak lama lagi..sibuk dengan halaqah dan aktiviti kebajikan, menyebabkan kadangkala ifah terlupa akan hari besar yang bakal menjelang tak lama lagi..

*********************************************************************************

pintu dikuak..

"assalamualaikum." ayah memulakan bicara.

ifah mengikuti ayahnya dan ustaz hazwan dari belakang..

"muaz?" ifah terkejut...

ayah dan ustaz hazwan saling berpandangan..

wajah ifah kehairanan..

muaz seolah mengerti..

"ya..ana muaz..muaz tu nama timangan ana..nama betul muhammad furqan."
perlahan suaranya..

ifah menganggukkan kepala tanda memahami..dia masih terkejut...sungguh dia tidak menyangka furqan dan muaz adalah orang yang sama..
Maha Suci Allah yang mengatur perjalanan hidupnya..

muaz tahu ifah akan terkejut..muaz sendiri pada mulanya tidak pernah meyangka wanita yang bakal menjadi suri hidupnya nurul ifah ibrahim..namun itu semua aturan Ilahi yang Maha Kuasa..mereka ditemukan dalam halaqah dan jalan dakwah..destinasi yang sama..
ustaz hazwanlah yang menjadi orang tengah...sedangkan muaz hanya mengikut pilihan ustaz..memandangkan bondanya sudah berkali-kali bertanya soalan yang sama..dari situlah dia mengetahui bahawa nurul ifah belum dimiliki, dan lelaki yang pernah dilihat bersama ifah sewaktu di mesir dahulu adalah abang kandung ifah..

setelah lebih kurang 1 jam berada di wad, mereka mengambil keputusan untuk pulang..dan alhamdulillah nampaknya keadaan muaz semakin baik..cuma kakinya yang masih berbalut..
mereka meminta diri..ifah seperti biasa, mengikuti ayahnya dan ustaz hazwan dari belakang..

"ifah.."

ifah berpaling..tiada sepatah perkataan pun yang dituturkan sepanjang dia berada di situ.. mungkin masih dalam keadaan terkejut,atau terlalu malu untuk melontarkan kata-kata..cukuplah dia tahu muaz tidak apa-apa..

"ya"

"harap anti dapat tunggu  sehingga kaki ana sembuh."

"insyaAllah,syafakallah ya" senyuman terukir di bibir ifah..dia mengangukkan kepala..

"syukran.."jawapan yang pendek namun jelas terlihat kelegaan dan kegembiraan di hati muaz..

hati masing-masing seakan berbicara...pada Allah dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran..

ifah berlalu pergi..pintu wad ditutup..

muaz tersenyum sendiri..

'alhamdulillah ,atas kasih sayang Allah aku dan dia dipertemukan..'



tolonglah.....

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..

bersyukur ke hadrat Ilahi tahun ini kita masih diberi peluang untuk sama-sama merayakan hari raya korban,tidak kira walau di mana kita berada, sama ada di rumah bersama keluarga mahupun di perantauan..
di sini,saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua..moga semuanya baik-baik belaka..
tahun ni, alhamdulillah..kami di bumi manipal yang indah nan permai dapat juga menjalankan ibadah korban se ala kadarnya..
11 ekor kambing telah dikorbankan..jazakallah pada yang buat korban tahun ni..^_^

mengenang kembali peristiwa nabi ibrahim dan nabi ismail...sudah tentu  ramai yang sedia maklum akan peristiwa bersejarah tersebut..pengorbanan seorang ayah demi menjalankan suruhan Allah..rela menyembelih anak sendiri bahkan nabi ismail sebagai anak sanggup untuk dijalankan korban ke atasnya jika itulah kehendak yang Maha Esa...
itulah sifat terpuji para nabi dan Rasul utusan Allah..

bila kita dengar kisah ini, kita akan mengangguk-anggukkan kepala,
timbul rasa dalam hati betapa mulianya hati seorang nabi...
tak kurang juga yang terharu, sama ada dilahirkan melalui mimik muka atau pujian dengan kata-kata..

alhamdulillah..bersyukur pada Allah jika kita masih punyai rasa bergitu..

namun..
persoal diri sendiri..sejauh mana pula pengorbanan kita?
pabila berlalunya raya korban, kita lupa semua kisah, kita lupa yang kita ini penyambung perjuangan rasulullah SAW..
malah, ada di antara kita yang hanya terfikir..
'wah..raya ni! kene mintak cuti..kene beli baju baru...yang paling best ada jamuan makan-makan..memang aku suka time raye..nasib xde duit raye je..'

yang kita tahu, keseronokan..pergi solat raya, then balik mengenyangkan perut...
esok harinya, kita kembali macam biasa..masih kekal sebagai manusia yang tidak beranjak paradigma nya..

cuba kita fikir dan renungkan kembali,
sepanjang kehidupan kita ini, sepanjang kita bernafas menghirup udara milik Allah ini,
apa yang telah kita korbankan untuk agama.?
adakah hidup kita setiap hari hanya bangun pagi, pergi kuliah then pulang kerumah, makan , riadah, study untuk peperiksaan dan tidur...
rutin harian kita tidak berubah..hanya mementingkan kepentingan diri sendiri tanpa melihat keadaan sekeliling yang mana akidah nya makin parah, akhlaknya makin runtuh, ibadahnya tunggang terbalik, imannya terkontang-kanting?

dan yang paling menyedihkan , kita  tidak berkorban untuk diri sendiri..
jasad ini perlukan makanan,[ya...kita beri secukupnya]
rohani juga perlukan pengisian..namun seringkali kita tinggalkan..sampai satu tahap dimana rohani ini lemah dan longlai dikawal dek nafsu dan emosi semata-mata..
sungguh kasihan!

sebagai contoh, bangun lewat..atau dengan bahasa yang lebih baik..subuh gajah..
terlena terlalu lama kerana menonton movie malam semalam..
kononnya qadha subuh, solat 2 rakaat, baca doa pendek sangat..
'alang-alang dah subuh gajah, tak payahlah baca mathurat pagi ini..wirid pendek-pendek pun cukuplah...'

bagi orang-orang yang sedar diri,dia akan menyesali 'perangainya' ..maka akan
memanjangnya wiridnya, malah ditambah lagi dengan sunat dhuha..
bagi iblis -iblis tension and rasa nak bunuh diri..kerana mereka tak berjaya melalaikan kita sepanjang hari...
susah sangatkah untuk berkorban demi diri sendiri?

nikmat hidup kat dunia yang fana ini Allah bagi free,
malah Allah menambah dan menambah rezeki buat kita saban hari..
sia-sianya hidup kat dunia kalau tidak dimanfaat sebaiknya..
ibarat patung bernyawa yang hanya menghabiskan sisa umur dengan isi dunia sahaja..
useless...

sedih..sedih..sedih...
tolonglah kasihan untuk diri sendiri..
sampai bila kita nak terus begini..
Allah kurniakan akal untuk kita berfikir..
Allah kurniakan kudrat tubuh badan yang sihat untuk kita bekerja..
bekerja mencari redha Allah 
demi manfaat individu, keluarga dan ummah , bangsa dan agama...

ummah yang semakin merosak..
janganlah kita pandang sebelah mata..
berkorbanlah sedikit untuk mencapai kebahagiaan yang abadi di akhirat sana..
korbankan masa untuk mencari ilmu,
korbankan wang ringgit untuk yang tidak mampu,
korbankan hiburan yang melalaikan untuk bersihkan hatimu..
korbankan..apa yang mampu..
sesuai dengan kemampuan individu..
masing-masing sudah dewasa..matangkan fikiran 
usahlah lagi terleka...
kalau bukan kita ..siapa lagi??

bangkitlah ummah! peneraju generasi rabbani!

entry ini sebagai peringatan bersama...mungkin sudah tidak tahan melihat generasi muda kini khusyuk dengan cinta duniawi..maafkan di atas salah tutur bicara..
jom muhasabah^_^

jazakumullah khairan kathira..




Sunday, December 7, 2008

seharum kuntuman rabitah[part 3]

"muaz malas nak fikir la mak.."

"umur kamu tu makin meningkat muaz, mak ni makin tua.."

muaz terdiam.bicaranya terhenti seketika.tiada daya untuknya menolak lagi permintaan bonda tersayang supaya dia menikah.

"muaz masih tiada calon mak.muaz serah pada mak sahajalah.muaz terima je.." muaz menyusun bicara memujuk.

"hurm.."bondanya mengeluh..

sepi...

***********************************************************************************

ya Allah, 
sentuhlah hati ini saat ia jauh dariMu,
peluklah hati ini saat ia mencintai sesiapa lebih dariMu,
peliharalah imanku selalu ya Allah,
jangan biarkan ia thasut dengan keseronokan dunia yang seketika cuma..

ya Rahman, 
padaMu ku mohon keampunan,
padaMu ku mohon rahmah dan kasih sayang,
padaMu ku mohon keteguhan,
padaMu ku mohon kecekalan..

ya Allah yang Maha Mengerti,
berikanlah aku kekuatan,
melontarkan bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
berikanlah hati ini ketenangan,
jangan biarkan ia hanyut dibuai perasaan,
pimpinlah..
didiklah..
hati milikMu ini ya Allah..

ampunkan aku kerana tidak dapat menjaga ia sebaiknya ya Allah,
ampunkan aku kerana hati ini kadangkala memikirkan si dia ya Allah,
ampunkan aku kerana hati ini acapkali terhiris dek nafsu ya Allah,
aku lah yang bersalah..
akulah yang membina semua angan-angan indah..
akulah yang zalim pada diri sendiri!

teguhkan aku laksana zulaikha,
tuntuni aku menggapai redha,
tegaskan hatiku dalam agama,
hanya padaMu aku menadah,
ku rela cinta itu bukan didunia
demi merebut cinta di akhirat sana..

titisan demi titisan mengalir di pipi ifah..entah mengapa perasaannya tidak menentu sejak akhir-akhir ini..hanya pada Ilahi dia menyerah kan segala suka dan duka..lahiriah tampak ceria, namun hanya Allah yang tahu betapa batinnya tersiksa...

**********************************************************************************


'kak, minggu ni halaqah macam biasa ya?'

ifah membaca message dari adik usrahnya, humaira.
jarinya lekas membalas..

'insyaAllah, kita buat di tempat biasa..humaira tolong inform yang lain-lain juga ye..jazakillah dik'

ifah menarik nafas panjang..baru seminggu tidak berjumpa dengan adik-adik usrah, namun, rindu tetap bertandang di hati..
itulah manisnya ukhuwah jika segalanya disandarkan kerana Allah..bisik ifah sendiri..

dia teringat firman Allah yang bermaksud:

"pada hari itu, sahabat-sahabat karib:sebahagian mereka akan menjadi musuh kepada sebahagian yang lain,kecuali orang-orang yang bertaqwa"               [al-zukhruf:67]

humaira, aishah, nisa' dan huda..wajah-wajah mereka hadir satu persatu..adik-adik yang sudah bersama dengannya sejak 3 tahun lalu sehingga kini masih utuh meneruskan perjuangan Rasulullah..ifah memanjat setinggi-tinggi kesyukuran pada Ilahi di atas kurniaan sahabat dan adik-adik yang sentiasa bersama menempuh ranjau derita dalam dunia tarbiyah dan  
dakwah..

fikiran ifah menerawang jauh..dia terkenang kembali sahabat-sahabatnya yang masih lagi berada di mesir..syuhada, amalina, hanira..pejuang seangkatan semasa sekolah menengah...ketiga-tiga mereka melanjutkan pelajaran ke mesir selepas tamat spm..namun ifah terpaksa membatalkan hasratnya utk bersama sahabatnya..pada waktu itu, ibu ifah meninggal dunia dan ayah nya sakit..abang ifah pula berada di mesir menyambung pengajian di al-azhar..memandangkan mereka hanya dua beradik, ifah tidak sampai hati untuk meninggalkan ayahnya seorang diri..ifah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di msia sahaja..dan alhamdulillah segalanya dipermudah oleh Allah..

ifah kerap kali juga berkunjung ke mesir melawat abangnya..sambil-sambil tu, sempat juga dia belajar talaqi Quran dengan sheikh-sheikh di sana..alang-alang tu, boleh bawa ayahnya mengerjakan umrah..

abang ifah kini menyambung pengajian master dan sudah pun berkahwin di sana dan dikurniakan 2 orang cahaya mata..ifah masih ingat ketika dia ke mesir sewaktu kakak iparnya bersalin anak kedua..hakimi, anak buahnya yang sudah menjangkau umur 6 tahun sangat petah, kecil-kecil sudah diajar menghafaz Quran..ifah berasa senang melayan karenah hakimi, malah ifah terdidik sendiri melihat akhlaknya yang menyejukkan hati...

azan berkumandang dari laptopnya.
ifah tersentak dari lamunan yang panjang..menyedari dia terlalu rindukan saat-saat itu..

dia bingkas bangun, menuju ke bilik air, mengambil wudhu'...
solat zohor didirikan penuh khusyuk dan tawadhuk..


*******************************************************************************


'ifah terima ayah'

terngiang-ngiang jawapan yang dilafazkan seminggu lalu..
sebulan lagi dia bakal dinikahi muhammad furqan abdul halim, 
entah siapa lelaki itu, yang dia tahu lelaki itu sama-sama dalam halaqah..
yang dia tahu, lelaki itu sudah mempunyai pekerjaan dan merupakan graduan jurusan agama..
yang dia tahu, ayahnya cukup menyenangi lelaki itu,
ayah kata, ustaz hazwan yang datang berjumpa dengan ayah merisik dirinya..

ifah sudah beristikharah sebelum memberikan jawapan..
pda mulanya , dia masih ragu..
mungkin menunggu muaz yang tidak kunjung tiba...
namun, dia sedar..
siapalah kaca jika dibandingkan dengan permata..
namun, dia pasrah pada Yang Esa..
dirinya tidak layak untuk muaz..
hanya pada Allah ifah memohon segala kekuatan..

ifah tidak boleh mementingkan diri...dia masih ingat suatu hadis yang mengatakan jika seseorang yang beriman datang kepadamu, maka janganlah kau menolak..ditakuti akan menimbulkan fitnah buat lelaki soleh tadi..

dia harus rasional..
tidak sepatutnya dia memikirkan muaz..
kerana hati itu satu..
bukan dua yang boleh dibahagi-bahagi..
dia yakin pada janji Allah..
dibulatkan hati redha menerima takdir Ilahi..

**********************************************************************************

[belum habis lagi..^_^]



jom dgr lagu^_^

bismillahirrahmanirrahim


Rindu itu adalah anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagian

Orang-orang bertakwa rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan keredhaan tuhanNya
Orang mukmin merindukan anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehan keluarga yang bahagia

Rindu itu adalah anugrah dari Allah
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagian

Para pencinta kebenaran rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan keampunan tuhannya

Rindu pada kedamaian rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan
Dan seluruh umat itu merindukan cahaya yang menyinari kehidupan
Rindu kepada tuhan


old song from hijjaz,
as a reminder for the soul.

jazakumullah khairan kathira.=]

Saturday, December 6, 2008

seharum kuntuman rabitah[part 2]

                                 ************************

jam menunjukkan pukul 3 pagi..ifah bangun seperti biasa meneruskan hari-harinya..
waktu-waktu begini adalah waktu paling indah..bertemu Kekasih hati,Rabb Yang Maha Kuasa..solat sunat tahajud di tunaikan, diiringi solat sunat taubat dan hajat.. hanya pada Allah ifah hamparkan segala keresahan,leraikan segala kekusutan, luahkan segala kerinduan..
ifah mengambil naskhah Al-Quran kecilnya..mengulang dan menghafaz menjadi rutin harian hidup ifah..cita-cita nya untuk menjadi humlatul Quran harus diteruskan walaupun dugaan acapkali bertandang..

dia teringat kata-kata sahabat baiknya sewaktu zaman persekolahan dahulu.

'betapa hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan,mampu berkorban dalam tangisan,dan rela imannya diuji keperitan'

berpegang kepada rangkap itulah ifah berjaya melupakan umar al-mujahid..mungkin kadangkala dia pernah melayan sendiri perasaan siapakah umar yang sebenarnya..barangkali  kadangkala merasa bertuah kerana ada seseorang di luar sana yang menaruh pada dirinya, namun ifah sedar, dalam pencarian cinta sebenar yang hakiki, semua itu harus ditinggalkan..

ya, benar kata umar, jiwa seorang mukmin itu amatlah sensitif.betapa batinnya terseksa tatkala menerima bunga dan warkah cinta dari seorang lelaki..kerana nuraninya tidak bisa dinodai oleh rasa cinta mencintai pada yang bukan suami..

namun, itulah namanya mujahadah..ifah kira-kira mungkin si umar hanyalah dugaan buat dirinya..hanya pada Allah ifah serah cinta dan rasa, pada dakwah dan tarbiyah ifah serah kudrat dan semangat, pada akhawat ifah serah harapan dan kasih sayang..semua itu sudah mencukupi bagi diri ifah..


************************************************************************************

muaz duduk merehatkan punggung..restoran itu kelihatannya kurang pelanggan hari ini.muaz meletakkan barang-barang yang baru dibeli di sisi..tidak sangka sudah 3 tahun berlalu, muaz berada di bumi ardul kinanah,bumi para anbiya..sudah tiba masanya untuk muaz kembali ke tanah air..kerinduannya pada kampung halaman sudah tidak dapat ditampung lagi..tiket kapal terbang sudah ada di tangan..masih tinggal 3 hari sahaja lagi untuk dia meninggalkan bumi anbiya itu.terasa sayu di dalam hati, kerana disitulah dia lebih mengenal Allahu Rabbi..Di bumi itulah, dia bertekad untuk menceduk segala ilmu dan membersihkan jiwanya yang selama ini bersulam cinta duniawi..

teringat dahulu, 

"muaz, confirm kau nak sambung belajar di mesir?" masuk kali ini sudah 3 kali iqbal bertanya soalan yang sama..bukannya lupa, namun iqbal tidak mahu kehilangan sahabat karibnya itu..sejak dia mengenali muaz, sejak itulah solatnya tidak pernah tinggal, sejak itulah dia mengikuti usrah, sejak itulah dia memutuskan perhubungannya dengan humaira, sejak itulah juga dia berubah menjadi seorang yang lebih sabar dan tidak cepat marah..

muaz masih diam, sambil menyuap mee hoon sup ke dalam mulutnya..

"insyaAllah, selasa hadapan aku bertolak.datang hantar aku kat KLIA ye"

"alah muaz, kenapa tak nak sambung di UIA sahaja..."

"entahlah, hati aku memang dah lama berniat untuk menyambung pelajaran di sana, dan sekarang peluang terbuka, aku tak nak lepaskan"

"hurm..xpelah, kalau kau nak pergi juga, aku redha.tapi yang penting, dah kat sana nanti, jangan lupa contact aku"

"macam sedih je bunyinya..sayang juga kau kat aku ye..hehhe"

"dah..kau jangan nak perasan lebih-lebih..makan cepat sikit, hari ni biar aku belanja.." iqbal cuba berdalih..

muaz tersengih..alhamdulillah  jimat duit hari ni..semoga Allah murahkan rezekimu, sahabat..

sedang dia asyik mengenangkan kisah lama, tiba-tiba lamunannya tersentak..
matanya digosok-gosok dengan jari..seakan dia mengenali wajah itu, memakai jubah hijau lembut bertudung litup putih bersih..

ya! mana mungkin dia melupai wajah itu!
nurul ifah! muaz seakan tidak percaya..dia sendiri tidak menyangka akan menemui serikandi itu setelah sekian lama..perasaan yang pernah dahulu bertandang seakan menggamit kembali kenangan..sepanjang muaz di mesir, dia menyibukkan dirinya dengan pelajaran dan dakwah..mungkin kerana itu,perasaan itu tertanam sendiri..namun,dia akui, dia tidak pernah melupai janjinya di dalam warkah yang pernah diberi buat nurul ifah..dia masih ingat..
nukleus itu masih di sini..masih di hati muaz..

tiba-tiba, kelihatan seorang kanak-kanak kecil mendekati nurul ifah..ifah mendukungnya dengan penuh kasih sayang..kemudian,muncul seorang lelaki berjubah kelabu cair dari sebuah kedai lalu mendekati  mereka berdua..kelihatan mereka bertiga begitu mesra sekali..bergurau senda kelihatan sangat gembira..lama-kelamaan ,kelibat mereka hilang dari pandangan..

otak muaz berputar ligat.

hatinya pedih, sakit, bagai dihiris pedang..

hancur berkecai, bagai ditetak-tetak..

matanya mula bergenang namun dapat ditahan..

adakah benar itu nurul ifah yang aku kenali dulu?

adakah nurul ifah sudah berkahwin?

maka lelaki itu suaminya dan kanak-kanak itu anak mereka?

dan mereka tinggal di mesir aman bahagia?

arghh! apakah ini semua???

muaz bingkas dari kerusi..tertunduk malu sendiri,
terkenang saat-saat dia begitu mendamba,
tidak sedar bahawa diri hanyalah insan hina,
mungkin nurul ifah bukan miliknya.

muaz pulang..
tidak sabar menemui Sang Pencipta,
hanya padaNya meluah rasa....

*************************************************************************************

to be continued..................





Friday, December 5, 2008

seharum kuntuman rabitah [part 1]


ifah membuka handphonenya..

'new message received'
from:zahra

ifah,balik rumah cepat,ada hal penting ni!

ifah mengerutkan keningnya..baru sahaja dia sampai di library, sudah diminta pulang?
hal penting? hurm..jarinya menekan butang handphone membalas message zahra

to:zahra
hal apa yang penting sangat sampai kene balik sekarang?

ifah meneruskan langkah duduk di  meja discussion di library..dia membelek-belek bukunya..namun, fikirannya tidak begitu tenang memikirkan message dari zahra. tak lama selepas itu, hp nya berbunyi lagi.zahra meminta nya untuk pulang.namun tidak mengapa jika dia  tidak mahu pulang sekarang..ifah jadi bingung...'ada-ada sahaja zahra ni' bisik ifah dalam hati..

2 jam setengah berlalu, jam sudah menunjukkan jam sebelas malam..tiba masa untuk ifah pulang ke rumah..ifah pulang bersama amiza dan wana..malam-malam begini bahaya jika pulang bersendirian..

pabila pintu rumah dibuka, ahli bait ifah masing-masing menunjukkan wajah ceria..semuanya menyengeh tak tentu hala..ifah bertambah bingung..
tiba-tiba, matanya tertumpu pada jambangan bunga-bunga di atas meja study miliknya.. bukan satu, malah enam jambangan bunga dari pelbagai jenis! wow! siapa yang baik hati sangat bagi bunga banyak-banyak ni?

ifah tertangkap pada kad yang disertakan bersama bunga-bunga tersebut..tertulis di bawahnya dari umar al-mujahid..
'eh ni macam dalam novel tautan hati je' ifah bermonolog sendirian..
zahra, dayah dan rozie...masing-masing mengucapkan ucapan gembira buat ifah..

"siapalah agaknya umar al-mujahid tu ye,ifah?" tanya dayah.

"entahlah, ifah pun x tau.." jawab ifah selamba..

pada mulanya, ifah agak curious juga siapakah gerangan si umar..
namun, fikirannya cepat-cepat dialihkan ke arah perkara-perkara yang lebih utama untuk disiapkan.
ifah malas  untuk melayan semua ini..

keesokannya harinya, bunga bertandang lagi..yang lebih mengejutkan bersama sepucuk surat..
dengan tangan terketar-ketar, ifah membuka..

assalamualaykum,

kehadapan ukhti nurul ifah, semoga hari ini yang gembira buat anti.. semoga dengan kehadiran warkah ini tidak menganggu ketenteraman dan ketenangan anti. maafkan ana atas kehadiran bunga-bunga dan warkah ini..jujur ana katakan ,pemberian ana ikhlas dan ana tidak berharap utk anti membalas.
di sini,ana ingin memohon seribu kemaafan atas ketidak adilan,ana menggelar diri sebagai umar al-mujahid, sedangkan ana cukup mengenali anti..tidak layak rasanya utk ana gelar diri ini sebagai umar, sedangkan ana tahu dirimu wahai serikandi punyai hati yang teguh untuk semua ini.

ana sedar cinta anti untuk dakwah dan tarbiyah,namun maafkan ana..perasaan ini fitrah dan ana tak mampu untuk menolaknya..sudah lama ana pendamkan dan ana tidak tahu bagaimana caranya untuk meluahkan..malu sangat rasanya..ana faham jika anti menolak ana kerana ana sedar siapalah ana ini..tambah-tambah lagi ana ini banyak kekurangannya.

namun ,jika ditakdirkan,izinkan ana menumpang satu ruang di sudut hati anti, sebagai seorang suami..itupun jika memang ianya sudah ditetapkan di Luh Mahfuz..ana redha dengan ketentuanNya,sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang..

buatmu ukhti, sekali lagi ana ingin memohon maaf sekiranya apa yang ana lakukan menganggu hati kecilmu.ana sedar, hati seorang mukmin itu amatlah sensitif...asif jiddan ya ukhti.
ana akan stop selepas ini,cukuplah ana meleraikan sudah apa yang terbuku di hati..untuk ana memperkenalkan diri, doakanlah moga suatu hari nanti.sempena hari kelahiran ini, ana doakan segalanya yang terbaik buatmu serikandi.semoga dirimu terus mekar menjadi inspirasi buat bunga-bunga yang layu di taman islami.pabila ana sudah cukup bersedia dan Allah mengizinkan,segalanya moga dipermudahkan..insyaAllah..

'yang dicari,walau bukan puteri raja,biarlah puteri agama, yg diimpi biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat,yg dtg tak perlu rijal yang gemilang,kerana ana pahlawan dgn sinar yang kelam,yg dinanti bukanlah lamaran dgn permata,cukuplah akad dan janji setia, dan yg akan terjadi, andai x sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi.'

sekian, salam dari umar al-mujahid.


surat dilipat kembali.

ifah terkedu seketika...

otaknya ligat berfikir...

bunga, surat, umar, argh!! ape ni??

'pap!'zahra menepuk dari belakang.ifah tersedar kembali..ifah menunjukkan surat itu kepada zahra..

"zahra, ayat last tu macam pernah jumpa dalam novel je"ifah mula bersuara..
zahra mengangguk..mereka berdua memang minat baca novel berunsur islami..

"ifah, zahra, dayah dan rozie nak cari lah sape umar ni"

"ish, x payahlah, biarlah dia.ifah pun tak berminat nak tahu siapa..lagipun, kan dia dah tulis tu, dia akan stop lepas ni.."

"xpe,kalau kitorang jumpa, kitorang tak bagi tahu kat ifah, saje je nak tahu..heheh"

"ikut suka korang lah, ifah tak nak ambil kisah"

ifah membiarkan bunga dan surat itu di atas meja..



***********************************************************************************

muaz merenung siling biliknya..matanya asik berkedip-kedip dari tadi.susah benar untuk lelap..
sejak akhir-akhir ini, ada sesuatu yang merunsingkan fikiran dan jiwanya..
teringat akan bunga-bunga dan warkah yang dihantar kepada serikandi hatinya, nurul ifah ibrahim..

dia menimbang-nimbang tindakannya..penuh rasa bersalah di sebalik rasa gembira.
ya, dia gembira kerana akhirnya perasaan yang dipendam selama ni telah terluah..
namun, apakah ifah mudah menerima? kerana dia pasti dan tahu bahawa gadis itu bukanlah seperti gadis-gadis lain di luar sana..bagi muaz, ifahlah sahaja yang layak menjadi suri di hatinya dan menjadi penyambung zuriat anak-anaknya..ifahlah penerus dakwah dan tarbiyah buat keluarganya..ifahlah pendukung di saat resah gelisah hatinya..

muaz sedar semua itu salah..salah baginya untuk bertindak terlalu awal..jika belum bersedia untuk memperkenalkan diri, mengapa dia harus menyiksa jiwa ifah? mungkinkah ifah tertanya-tanya? atau ifah terus memandang rendah akan tindakannya? atau pun ifah mungkin tidak suka dengan bunga? adakah warkah itu jelas menyatakan hasrat isi hatinya?
macam-macam yang membelenggu fikiran muaz..neuron-neuron di otaknya kelihatan seperti berbelit-belit, mencari penyelesaian pada jawapan yang dia sendiri tidak tahu..

"muaz, menung apa tu..." iqbal, rakan sebilik muaz yang baru pulang dari keluar makan..

"eh, dah balik pun kau..kenapa lah balik awal sangat, x dapat aku nak layan jiwang..hehe" muaz menyengih..

"sejak bila pulak ustaz muaz pandai layan jiwang ni...? ooo..ke kau ada sesuatu yang kau sembunyikan dari aku ni?" iqbal cuba mengorek.

"ish, xde lah.aku main-main jela..dah la jom tido, esok leh bangun awal, solat tahajud.." selimutya mula ditarik..

iqbal hanya menurut.dia menghormati rakan sebiliknya itu..'bagus aku dapat roomate cam muaz ni, kalau tak entah-entah setahun sekali baru aku buat tahajud.' 
iqbal tersenyum sendiri.

****************************************************************************************

nantikan sambungan nya di lain entry.
^_^

Allah kan ada =]

bismillahirrahmanirrahim..

A:hish..aku dah baca dah part tuh..cmne time exam leh lupa? tension tul la..
B:tu la..aku pun sama..blank! padahal penat2 aku stay up semalam..rsnya dah hafal betul-betul dah..
C:same la..tapi  nak wat cmne..mgkn nervous sgt agaknya..la..baru aku ingat,yang ni ha..tadi kat dlm dewan x nk plak ilmu tu keluar..buknnya aku x bace, hafal mcm tahap ape semalam,tp x dpt jwb gak..
ni yg aku malas study rajin-rajin nih!

A,B dan C..ketiga-tiga mereka mengeluh seusai  dari menjwab imtihan..bukn shj rasa x puas hati..malah sedih dan menyalahkan diri sendiri, apa yang dibaca, apa yg dihafal, tak dpt nk ditulis dlm kertas peperiksaan..perasaan sedih tu kadangkala terbawa-bawa sampai paper seterusnya dan affect perjalanan mood mereka..

kita lihat D pula
D:erm, soalan senang, tp x boleh jawab..dah baca semua rasanya, tapi mungkin aku belum cukup berusaha, mungkin juga Allah nak uji kali ni supaya aku dapat rasa macm mana org yg blank time periksa..untungnya aku kene cmni saat block exam ni, mgkn Allah nak bagi kesenangan dan kemudahan masa jawab final exam nanti..
kene muhasabah balik ni, mesti aku pun ada buat kesilapan di mana-mana, mana tau dari segi akhlak ke..x cukup baca Quran ke..ada buat hati mak ayah terguris ke..xpun ada buat salah kat kawan-kawan..mungkin juga aku kurang ingat Allah akhir-akhir ni..asik busy dengan benda- benda lain..hurm..kene check balik ni..

haa..kan best sikit dgr bunyi nye..
ape-ape pun, kita harus redha dan bertawakkal pada Allah..perkara yang dah lepas, biarkan lepas..mengeluh banyak mana pun tak dapat nak rewind exam tadi..dunia realiti ni tiada time machine nak rewind masa..jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk imtihan yang akan datang..dan berdoalah pada Allah supaya segalanya dipermudahkan..
janganlah sedih memanjang ye..^_^

hurm..
bila kita rasa sedih, apa yg kita patut buat?
pertama2 nya, ingat Allah, ingat Allah, ingat Allah..
kedua2 nya, berdoa kepada Allah supaya bantu kita hilangkan rasa sedih tu..dan supaya Allah ubati kesedihan tu..mohonlah tarbiyah dan petunjuk dariNya..
ketiga2nya, jgnlah kita jadi org yg cepat putus asa, berfikirlah secara positif dan sentiasa bersangka baik dgn perkara yg kita hadapi..
barulah hati tenang dan redha dgn kesedihan yg dihadapi^_~

pujuk hati dgn kalamullah,

"maka ingatlah kepada-Ku,maka Aku akan ingat kepadamu" [al-baqarah:152]

"Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu[Muhammad] tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan org yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran." [al-baqarah:186]


nah...itu dia antara janji2 Allah..Allah xkan sesekali mungkiri janjinya..maka, kita as hambaNya harus sentiasa berdoa dan ingat pada Dia..usahlah dilayan kesedihan yang panjang..usahlah mengeluh dan merenung tanpa bertindak untuk memperbaiki keadaan..
simpanlah air mata hanya untukNya, titiskanlah ia di tikar sejadah, kerana yang menilai hanyalah Dia..dan itulah yang berbaloi!bangkitlah menyedari hakikat manusia memang akan kembali kepada fitrah..akan kembali kepada PenciptaNya..dan ingat lah Dia di kala kita senang dan susah..

kadang2, bila kita ada masalah atau sedih, kita tend to buat sesuatu yang menggembirakan hati kita..yup, thats right tapi mestilah berlandaskan jalan yang betul..mgkn ada yg suka mendengar lagu2 yg melayan perasaan tapi pada hakikatnya itulah yg semakin menambah kepada kesedihan..sebenarnya kita sendiri memilih jalan mana yang kita mahukan..ya! memang kita rasa kita feel ease..tp itu hanyalah kesenangan yang sementara..ketenangan yang kekal abadi apabila kita dekat dgnNya.
ana akui..memang senang untuk berkata2..org akan cakap,'dia x rasa apa yg aku rasa, bolehlah dia ckp cmtu..'
tapi disitulah wujudnya word mujahadah..
berperang melawan nafsu..
memang payah kan..tapi itulah yg terbaik..kerana di sebalik kepayahan itulah, terselit hikmah dan kemudahan yang hanya Allah sahaja yang tahu..

proses mentarbiyah diri adalah proses yg berterusan..bukan sehari dua, malah berbulan2 dan bertahun..sepanjang hidup ini kita harus sentiasa didik diri kita untuk sentiasa di tarbiyah supaya tidak lalai dan leka dgn arus dunia..

"katakanlah [Muhammad],'sesungguhnya salatku,ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam." [al-an'am:151]

perkuatkan sistem pertahanan diri kita, jgn biarkan 'microorgamnism' mudah menyerang, andainya dah diserang, binalah antibody yang kuat so that kita tak mudah kalah dalam peperangan..andainya kita kalah juga, ambillah 'drugs' iaitu ayat2 cinta dari Allah..pastikan dgn cara yang betul supaya 'bacteria' tak resistant dalam badan..
cara yang terbaik, ambillah vaccine sebagai prophylaxis[sentiasa mempersiapkan diri dengan benteng kekuatan iman dan taqwa] ..bak kata org,'mencegah lebih baik dari mengubati' x gitu?? hehe..

            

~when u are studying hard, memorising notes,doing questions,getting so sick of them..
  remember: Learning The Highest Creation of Allah is Never Easy..keep on going!~


sekian, jazakumullah khairan kathira