Monday, July 27, 2009

life is more complicated than we ever dreamed

Bismillah walhamdulillah

yes..
life is more complicated than we ever dreamed..

bukan semua yang kita hajatkan
kita akan dapat

bukan semua yang kita niatkan
akan tercapai

bukan semua yang kita usahakan
akan berhasil

hanya kita tahu
hanya kita yang rasa

dan Allah semestinya Maha Tahu apa yang kita rasa

kadang,
kita mahu orang lain faham keadaan kita
tapi tak boleh
sebab mereka tak rasa apa yang kita rasa

apepun,
Back to Allah
Kembali pada Dia
Yang sentiasa mendengar dan memahami kita
Dia..
Amat faham
Amat mengerti
apa yang kita lalui dalam hidup ni

so...

tunggu apa lagi!

maju kedepan bergerak ke hadapan!

Simpan emosi dalam botol dan kunci rapat-rapat!



Saturday, July 25, 2009

sahabat sejati

Bismillah walhamdulillah..


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Monday, July 20, 2009

semangat







لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي

عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ

لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ

لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ

إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ

وَهُمْ كَذَلِكَ

قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ

وَأَيْنَ هُمْ

قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”


esok saya akan berperang lagi sekali

atas kertas peperiksaan dan di depan doctor

walaupun 'mereka' dan saya berbeza 'peperangan' kami

namun,

perjuangan mereka tidak pernah berhenti

masakan saya harus terus berdiam diri

sepatutnya sentiasa bersemangat disini

berjuang menghafal dan memahami nota psychiatry

agar dapat memajukan diri

demi ummat ini..

tinta noktah belum berakhir

masih punya masa malam ini

untuk dicurah segala keringat, biarlah penat

kurangkan rehat, teruskan bekerja

kerna masa tidak pernah menunggu,

esok nak jawab exam ni!! so, teruskan study!!!

bersemangat sikit nurani!



p/s: sekadar peringatan buat diri sendiri..
go go chaiyok!^_^

~jiddiyah mode~









Saturday, July 18, 2009

kerna Dia Maha Mengetahui


Bismillah walhamdulillah

Kadangkala kita rasa hidup ini indah dan seronok je
Kadangkala kita akan rasa hidup ini susah dan penuh kepahitan pula
Berbagai cara Allah turunkan ujian buat hamba-hambaNya
Masakan kita lupa bahawa kita ini tidak boleh dikatakan beriman selagi tidak diuji?

Mudah untuk mengatakan ujian itu adalah dugaan hidup
Maka harus tabah, sabar, redha melaluinya

Namun, hanya mereka yang merasai benar-benar keperitan ujian itu tahu betapa pedihnya perasaan
Baru saya sedar, bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Kita akan diuji, dan terus duji...
bagaikan sudah jatuh ditimpa lagi tangga

Namun,
Kita diuji bukan saja-saja
Allah tahu keupayaan kita
Allah tahu kita mampu hadapinya
Masakan Dia akan memberi ujian yang kita tidak mampu hadapinya sedangkan Dialah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



ujian bukan hanya terletak pada kertas peperiksaan


Dalam diri kerdil ini,
Allah telah meletakkan kekuatan yang kadangkala kita sendiri tidak sedar
Kita hanya melihat dan sedar akan kelemahan diri sendiri
Bila ditimpanya ujian, kelemahan itulah yang kita lahirkan
Kelemahan itulah yang semakin melemahkan!

Sebenarnya
Kita punya 'kemampuan'
Kita punya kekuatan
Ia ada dalam diri..tersembunyi
Cuma harus dikeluarkan
Ibarat lava gunung berapi yang akan keluar bila-bila masa sahaja

Melihat pada kekuatan diri yang Allah beri
Di situ kita akan temui sinar harapan
Cari punca akarnya
Kerna pelangi bakal muncul dihadapan
Sedangkan kita tahu hujan tidak akan berpanjangan

Latih diri menjadi orang yang pekak
Tidak menghiraukan perkara remeh-temeh yang bisa membantutkan usaha dakwah
Ujian tu kan sunnatullah
Harus kuat dan berfikiran positif

Ingatlah
Dia sedang train kita jadi manusia terbaik
Semua lelah dan perit jerih adalah rahmat
Kerna tidak semua orang rasa apa yang kita rasa
Haruslah bersyukur kerna kita adalah orang-orang yang telah dipilihNya!

Bukan mudah untuk menjadi hebat
Andainya ujian yang diturunkan tidak juga hebat

Janji Allah itukan pasti
Dialah sebaik-baik perancang
Dialah sebaik-baik penentu kehidupan

~jazakillah sahabat! saya tahu awak sentiasa di belakang saya!~




Friday, July 17, 2009

tautan hati II



Bismillah walhamdulillah

Qum Faanzir

Begitulah tema Tautan Hati II kali ini. Bangunlah, dan berilah peringatan! insyaAllah.

Entah bagaimana mahu mula.
Mungkin gambar lebih punya banyak cerita.




solat berjemaah



sesi LDK


semangat nya sarah mengexplain kat ahli group :p


khusyuknya mendengar


adik che roziana..esok nak exam, tapi datang jugak program..terharu dik!!


tayangan video: dunia islam

chef yang busy^_^


makan dalam talam^_~


bersalaman disertai dengan selawat


mereka^_~

Nak tahu kisah berkaitan tautan hati, leh juga klik sini [anak usrah yang cukup berdedikasi..hehe]

Terima kasih pada semua yang terlibat! Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalas^_^

agak sibuk sedikit
banyak nak buat before pulang ke malaysia ni..
moga diberi kesempatan update lagi..
doa moga dipermudahkan..insyaAllah^_~

syabab,
manipal


Tuesday, July 14, 2009

kepastian

Bismillah walhamdulillah

Setiap perkara yang berlaku adalah perancangan Allah

Setiap perpisahan yang berlaku pasti terselit berjuta hikmah

Setiap manik-manik jernih dilihat oleh Allah

Setiap detik merintih, Allah menilai semuanya

Setiap resah yang menggugah.. Dia tahu segalanya..

Duhai hati..

Tabahkan hatimu..teguhkan nuranimu..

InsyaAllah, sesuatu yang berharga dari Allah untukmu di masa depan..

Yakinlah! Dia buat semua ini kerana sayangkan kamu..

Dia sedang mendidik dirimu, mentarbiyah hatimu..

Supaya mencintai akhirat sepenuhnya..dan seutuhnya..bukan sekadar kata-kata, malah secara amalinya..

Dia sedang mengajarmu..bahawa hidup ini bukanlah seseronok yang disangka..

Biarlah hati ini menderita..asalkan cinta Allah menjadi tunjang utama..

Agar menjadi bekalan buatmu menempuh ranjau di depan..

Bersabar ye..

Bukan mudah untuk memperoleh syurga..

Dengan itu, kau harus terima semuanya dengan penuh rela..

Kau kan bidadari besi?

Be strong!!


Kepastian

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

by:inteam

pohon diberi kekuatan

~ayuh! jadi katak pekat yang pekak~

Sunday, July 5, 2009

when the dr speak about religion

Bismillah walhamdulillah

Sudah lebih kurang 4 hari saya berada di posting psychiatry. Berselang seli OPD[out patient department] dan ward. Orang kata bosan posting psychiatry ni.. Bagi saya, ok je..menarik juga dapat tengok macam-macam ragam manusia yang 'kurang sihat' berbanding kita.

Hari jumaat lepas, OPD dengan Dr. Arun. Stay with him in his room, melihat cara dia interact with patient selama 3 jam lebih. Walaupun ada language barrier, tapi Dr Arun akan explain pada saya dan sahabat saya seorang lagi[sebab kami berdua dalam bilik tu] in english.At least, we get to know what disorder the patient had.

Namun, perbincangan topik kami hari itu agak terdeviate. Dr Arun tiba-tiba masuk topik religion, belief, and topic related to it.

'kenapa perlu ada Tuhan dalam dunia ni."

"kenapa Tuhan perlu buktikan yang Dia wujud?"

"apa bukti Tuhan itu wujud?"

"suppose ly awak dilahirkan dalam family christian dan hindu, confirm awak tak pergi masjid kan? "

banyak perkara yang dibahaskan, seketika wujud atmosphere ketegangan atas perselisihan fahaman, namun cepat2 dileraikan.

sedikit sebanyak, dia juga menceritakan tentang agama hindu..

Kepercayaan masyarakat hindu pada sungai gangga. Sejarah asal bagaimana gangga itu menjadi satu tempat suci bagi mereka. Dulu, sungai gangga merupakan sumber utama bagi masyarakat hindu sekitar kawasan. Sungai gangga menjadikan aktiviti harian masyarakat di situ mudah dan cepat, sumber pengangkutan, sumber air , makanan dan lainnya. Lama-kelamaan, melihat betapa pentingnya sungai ini, menjadikan ia sebagai sungai suci buat mereka. Now, it s called holy river. Upacara keagamaan pun sering dilakukan di sini. Salah satu dewa mereka, Siva namanya. Dikatakan sungai gangga ini adalah daripada rambut dewa Siva ini.
Di samping itu, tak lupa juga rank sungai ini sebagai tangga teratas sebagai sungai terkotor di india.:p

Menurut katanya lagi, orang melihat hindu punya banyak dewa dan dewi. Namun, itu hanya simbolik sahaja. Mereka tetap percaya yang Tuhan itu tetap satu.

Dia meneruskan lagi tentang konsep ketuhanan yang dia faham.
Islam percaya pada Tuhan yang satu.
Hindu juga percaya pada Tuhan yang satu.
Kristian pun sama, percaya pada Tuhan yang satu.

Namun, penganut agama itu sendiri yang mencipta simbolik dalam agama mereka.
Hindu punya banyak dewa dan dewi.
Kristian percaya Tuhan punya anak, iaitu Jesus.
Islam pula, percaya pada Allah dan Muhammad.

Semua agama menyeru penganutnya untuk melakukan perkara kebaikan. Tiada agama yang menyeru untuk kejahatan. Dr bagi contoh lagi, dalam agama hindu.. mereka percaya pada kehidupan selepas mati. Dan dia tahu bahawa kami sebagai muslim juga percaya pada kehidupan selepas mati dimana pada hari kebangkitan nanti. Dimana manusia akan dihisab amalannya, menentukan syurga atau neraka.

Bagi mereka, life after death akan berlaku banyak kali. Sebab ruh itu tidak mati, tapi jasad sahaja.Pabila seseorang itu melakukan kejahatan di satu episod kehidupan, on 'rebirth', soul atau ruh itu akan terseksa, mungkin menjadi satu creatures yang dahsyat. Sebab tu, dalam kehidupan, harus sentiasa bersikap baik supaya tidak menyeksa ruh itu di masa episod kehidupan akan datang.

"U believe in that also right?' he start asking again after giving full explanation about his belief.

Dia menyambung lagi,

Maka, semua agama ini sama. Tidak kiralah Islam,Buddha, Hindu, Kristian. Semuanya mengajak kebaikan dan menolak kemungkaran.Muslim tak boleh kata agama mereka is the best. Begitu juga Hindu, kristian or any other religion di dunia ini.

Kata-katanya yang cukup menyentap darah kami berdua,

"Muslim can't saya Islam is the best, Hindu, Christian and Buddha also can't say that. Because All are equal.."

Fikiran kami berputar ligat mencari hujah untuk dibidas. Mana boleh dia kata semua agama itu sama. Ternyata Islam is the most superior compared to others.

Namun perbincangan itu terhenti, sebab ada patient baru masuk.

sedih..tak sempat explain habis. Dia bijak dalam memutar belitkan apa yang kami utarakan.

Terkilan..tak dapat nak perjuangkan fahaman Islam saya. Dan saya tahu dia juga belum puas berbicara topik itu.

Dalam memberi hujah, perlu kepada ilmu.Saya sedar, ilmu saya amat cetek . Setakat bergantung pada pembacaan sahaja, rupanya bila berlaku secara praktikal in the real life dan bertemu dengan mereka yang terpelajar , tergagap-gagap juga untuk menjawabnya.

**********************************************************************************************

Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

Timbul kesedaran bahawa isu isu seperti yang berlaku tempoh hari harus saya ambil serius. Berdakwah itu luas, bukan pada orang Islam sahaja, tetapi untuk bukan Islam juga. Untuk berdakwah pada non muslim, perlukan hujah-hujah yang bisa menggugah fahaman mereka.

Sedikit perkongsian yang saya dapat dari buku al-hikmah(forum istac-Institut antarabangsa pemikiran dan tamadun islam)..thanks to Ara pinjamkan akak buku ni.:) [betapa caturan Allah itu amat cantik kan dik? ]

No religion teaches evil to its followers. Indeed, all religions promulgate good values to their subjects. In this regard, if we want, we can enlist a considerable number of meeting points shared by and common to all religions. This, however, should not be regarded as a premise to conclude all religions are equally valid. The proper attitude to hold is as follows.

The similarities dound on 2 or more entities[species], though they belong to the same category[genus], does not necessarily means that both of them are of similar status, stature or level.

For example, the obvious natural similarities of eating,sleeping , having sexual desires etc. between man and other creatures do not necessarily make them equal in stature, regardless of the fact that both species belong to the same genus of animal. One is rational, the other is not. Among mankind themselves, the apparent physical similarities among them do not necessarily make them equal. The knowledgeable and the ignorant, the king and his subjects, father and sons;all of them are not equal in term of position and status though all ae human beings.

The above analogy may be extended to religions too. As we said ealier, there are striking similarities among various religion, particularly in the general existence of God the Absolute and in the domain of moral and ethical principles.

But at the same time there are other significant essential and fundamental differences among them which enable us to differentiate and to give them their respective identities.

We may cite and interesting illustration in al-Attas's Islam and Secularism of a Christian and a Muslim who are basically the same insofar as they are human beings and believe in religions which are closely similar to each other.

But despite the apparent similarities in term of human characteristics and religious belief of practices, there could not be such thing as 'Christian Islam' or 'Islamic Christianity' since this would confuse the two religions. " whatever 'islamic christianity or 'christian islam' is, it is definitely neither Christianity nor Islam. Christianity is christianity and Islam is islam. The distinctions lie largely on the conception and perception of the Supreme Being and other realities related to it.

One sentence that strikes me most,

Those who really deeply involve in comparative study of religions will agree that no harmony, compromy, or tolerance is possible on theological and metaphysical realm.

~The Transcedent unity of religions: a premilinary response by wan azhar wan ahmad~


'Perjuangan itu berkorban dan terkorban'

yuk muhasabah!