Saturday, June 6, 2009

too beautiful not to share

Bismillahirrahmanirrahim
There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except
her loving boyfriend. He was always there for her.
She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'

One day,
someone donated a pair of eyes to her. When the bandages
came off, she was able to see everything, including her
boyfriend.

He asked her, 'Now that you can see the world, will you marry me?' The
girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The
sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected
that. The thought of looking at them the rest of her life
led her to refuse to marry him.


Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her
saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before
they were yours, they were mine.'

前,它是屬於我的。」

This is how the human brain often works when our status changes.
Only a very few remember what life was like before, and who
was always by their side in the most painful situations.


Life Is a
Gift


Today
before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.


Before
you complain about the taste of your food - Think of someone
who has nothing to eat.


Before
you complain about your husband or wife - Think of someone
who's crying out to Allah for a companion.


Today
before you complain about life - Think of someone who died
too early on this earth.


Before
you complain about your children - Think of someone who
desires children but they're barren.


Before
you argue about your dirty house someone didn't clean or
sweep - Think of the people who are living in the streets.



Before
whining about the distance you drive Think of someone who
walks the same distance with their feet.



And when
you are tired and complain about your job - Think of the
unemployed, the disabled, and those who wish they had your
job.


But
before you think of pointing the finger or condemning
another - Remember that not one of us is without imperfection.


And when
depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on
your face and think: you're alive and still
around.


p/s:tq ona for the email^_^

Friday, June 5, 2009

flashback 2


Bismillahirrahmanirrahim

post kali ni hanyalah sedikit gambar buat tatapan adikku yang jauh nun di malaysia. 


masjid al-azhar

dalam masjid al-azhar


pemandangan sungai nil waktu malam

atas puncak mount sinai

on the way nak turun dari mount sinai


wadi arba'in

lembu el-samiry

depan hamam firaun 

[Baqarah:60] telaga nabi Musa

kubu sultan salahuddin

tasik Qarun, fayoum


muntazah, alexandria



luxor 1


luxor 2:bila dua group bergabung


luxor 3


luxor 4


aswan 1



aswan 2 

aswan 3

aswan 4 [abaikan model gambar ini]

p/s: dik, gambar lain nanti tengok kat malaysia lah yea. tak dapat nak letak semua kat sini.sikit-sikit jadilah. 



~merindui mesir yang pasti~
 
end posting exam surgery lagi 2hari,
mohon doa dari semua.


 
     

Thursday, June 4, 2009

update dan upgrade


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Pagi ini, kelas surgery dibatalkan kerana Dr Santosh Pai 'outstation'. Keluar dari manipal sahaja, sebab berjumpa dengan isteri tercinta di Mangalore. Makanya, kami hanya ada kelas teori petang. Sedih juga takde bed site teaching pagi ni. Habis kelas seawal 9 pagi, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Dr Santosh bagi homework, kene study Thyroid Disease pulak..

On the way pulang ke rumah, sempat call bonda di msia. Birthday bonda hari ni. 50 dah! tak sangka  umur bonda dah menjangkau 50, nampak macam belum..hehe..[selamat hari ulang tahun yang ke 50 bonda^_^] 
Telefon beralih tangan pada ayahanda..Banyak khabaran  yang saya terima hari ni, salah satunya,politik malaysia, tambah-tambah apa yang berlaku di perak khususnya..[bilalah nak habis ye]

Then, berita tergempar yang agak mengejutkan saya, PM nak datang felda 7 julai ni! 
sempena hari peneroka semalaysia. Seriusly? tak sangka pula sebab felda saya tu taklah se'famous' felda lain di malaysia cam felda taib andak ke[rumah mawi ni] jengka ke.. malah ia terletak agak ceruk di hujung daerah segamat. Wonder2 pets jugalah.^_^ Masuk tv lah ye felda saya tak lama lagi :p. Nampaknya penduduk felda saya kena tanam sayur dalam beg plastik hitam di setiap rumah, sebab nak bagi nampak pertanian tu aktif la di felda kami ni. Selain tu, banyak juga aktiviti gotong-royong, tanam pokok itu dan ini di merata tempat. Bak kata bonda, "dah nak buang air besar, baru nak buat tandas" huhu..bagus juga bonda, berseri sikitlah felda kita tu ^_~

Another story of the day.... 
Kematian.

Lembu saya T_T 
unknown cause. Tengok2 dah terdampar tidak bernyawa. Haih, dah 2 ekor yang mati semasa saya menuntut di sini. Tinggallah anak dia yang baru berumur 2 bulan terpinga-pinga. 4 ekor lagi hilang entah ke mana. Tinggallah berapa kerat kat kebun tuh. lembu lembu...

erm, merepek je nampaknya nih. mood tak sampai lagi. eh, boleh plak cakap macam tu.. 
emosi oh emosi..
jangan control saya lah, cepuk karang.
biar saya control kamu, kamu dok diam-diam ye..nanti humban dalam air laut baru tahu.

Emosi kena cerdas. Bahasa orang arab kita panggil dzaka syu'ury. Bahasa orang melayu kita panggil kecerdasan emosi. kalau ikut kan, emosi ni sangat mempengaruhi kehidupan kita sehari-hari. Ibarat macam belangkas. Kita pula suka sangat ikut cakap emosi. Emosi yang baik takpe lah, tapi emosi yang tak baik? 
Sepatutnya, kita kena pandai kawal dan kendalikan emosi ni supaya tetap teguh walau apa jua mehnah yang datang. Jangan kerana emosi, dakwah kita terbantut dan semangat jihad kita luntur macam baju yang direndam dalam clorox.

Rasulullah saw bersabda,
" Orang cerdas adalah orang yang mampu kendalikan diri dan berbuat untuk hari esok" [HR Muslim]

Kita nak Islam ini naik. Islam ini terbilang dan dikenali dan dihormati oleh masyarakat dunia. Bahasa mudah, bercita-cita untuk mewujudkan ustaziatul alam. Bersungguh-sungguh nya kita bekerja untuk majukan islam ni dengan memberi kesedaran dan menaikkan semangat jihad kepada sahabat2 kita. Bagusnya semangat jihad itu terus mekar dalam jiwa. 

Sebab itu,walau apa pun dugaan atau fitnah yang datang dalam berdakwah ni, hati mau kuat!
ketepikan emosi anda seketika, kerana orang yang mempunyai Dzaka Syu'ury ni tak terkesan dengan  emosi mereka. Bukanlah maksudnya tak beremosi terus dan blur blur, tapi mereka ni sangat pandai meng'control' emosi supaya tidak menjejaskan proses dakwah dan tarbiyah.
kita ni kader [tentera] kan? mesti punya semangat kental, setakat mehnah seciput, tak kan itu sudah menggoyah keimanan..

Allah dah tetapkan fitrah yang lurus buat hamba-hambaNya. Andainya anda bawa kereta, mesti suka kalau jalan tu lurus kan. tak payah nak susah susah pusing stereng. Kan Allah dah bagi jalan mudah untuk pergi kepada Dia. Tapi, manusia ni suka sangat cari jalan yang bengkang bengkok. Baru adventure eh? sebab tulah banyak sangat kemalangan sekarang ni, dah masuk jalan bengkang bengkok, pastu takde protection pula. Tambah pula, jalan licin..Adeh..accident lah semuanya. 

Dalam Surah Tin pun Allah ada sebut,

"Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebaikan." [tin: 4-6]

Iklan tv:

pakailah topi keledar, sayangi anda dan keluarga anda.

moral of the story,
pastikan sentiasa mengupgrade iman kita, tingkat ilmu dan amal, dan menyebarkan kesedaran kepada orang lain.. jadilah kader atau prajurit yang  muntij[produktif], mufakkir[orang yang berfikir] dan muharrik[orang yang bergerak].. 

pakailah topi keledar, sayangi diri dan agama anda ^_^

berlari dan berlari, jatuh dan bangun lagi. fokus!!

salam perjuangan buat semua!
go go chaiyok!~~

riang ria hari khamis,

nurani, 
manipal, india.












Monday, June 1, 2009

teman sejati


Bismillahirrahmanirrahim

Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan.

Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda.

Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.


Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.

Sabda baginda: 

“Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. 

1) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. 

2) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. 

3) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.

Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.

Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: 

“Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).

Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah”.

Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabat Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraisy yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.

Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). 

Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.

Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.

Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: 

 ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyr 8-10).

Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.

Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: 

“Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. 

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.

Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.

Lalu baginda membaca ayat al-Quran: 

“Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.

Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mee’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w menyebut: 

“Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan.

Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti samada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.

Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.

Kepentingan diri masing-masing kadang kala bagai tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.

  “Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuanNya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.  [al-Jathiah:23]

Betapa ramai orang politik yang dikelilingi oleh para pengikutnya, lalu kesemua mereka hilang apabila kuasa tiada lagi di tangan. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu mereka bersalaman.

Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati pun tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.

Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Sepatutnya orang kaya, atau orang politik jangan terlalu bangga apabila anda dipuji. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda.

Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta.

Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.

Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.

Lebih mendukacitakan Allah berfirman: 

“Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa” [al-Zukhruf: 67]

Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.

 Di mana hendak dicari teman yang sejati? 

Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman yang sejati.


Friday, May 29, 2009

characteristic isteri aktivis dakwah

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak akhir-akhir ini, ramai pula sahabat-sahabat saya bakal menikah. Disebalik kegembiraan yang terserlah di wajah mereka, timbul juga sedikit kegusaran di dalam hati, al-maklum perkahwinan adalah alam yang berbeza dengan zaman mem'bujang'. Apalah daya saya untuk menjawab soalan-soalan yang diutarakan, hatta diri ini amat cetek pengalaman [bahasa mudah, tiada langsung sebenarnya]. Di sini, saya titipkan satu article menarik yang telah selamat dilayarkan dari sini.Moga sedikit sebanyak memberi pencerahan buat saya dan sahabat-sahabat di luar sana.

selamat membaca^_^

'Seorang aktivis dakwah memerlukan isteri yang ‘tidak biasa’. rinduKenapa? Kerana mereka tidak hanya memerlukan isteri yang pandai merawat, pandai memasak, pandai mengurus rumah, pandai mengelola kewangan, cekap dalam hal-hal berkenaan urusan rumahtangga. Maaf, bukan bermaksud mengecilkan, berbagai kepandaian dan kecekapan itu adalah bekalan ‘standard’ yang memang harus dimiliki oleh seorang isteri, tanpa memandang adakah suaminya seorang aktivis atau bukan. Atau dengan kata lain, seorang perempuan dikatakan siap untuk menikah dan menjadi seorang isteri jika dia memiliki berbagai-bagai bekalan yang standard itu. Namun bagaimana jika sudah jadi isteri, tapi tidak punya bekalan itu? 
Ya, jangan hanya diam, belajarlah. Istilah popularnya ‘learning by doing’.:woooh:

Kembali kepada pokok perbahasan kita. Menjadi isteri aktivis bererti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan ‘di atas standard’. Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh isteri aktivis atau yang ingin menikah dengan aktivis dakwah:

1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah)

Hal paling penting yang harus difahami oleh isteri seorang aktivis dakwah, bahawa suaminya pastinya tidak sama dengan suami pada umumnya. Seorang aktivis dakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih ridha Allah. Mendampingi seorang aktivis adalah mendampingi seorang prajurit Allah. Tak ada yang dicintai seorang aktivis dakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, karena cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad! Ayuh bangun dari lena kalian… 

2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah

Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Yakinlah bahwa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tak perlu takut atau khuwatir melepaskan suami pergi berdakwah ke manapun. Yakinlah bahwa Dialah Sang Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan harta. Dan tetap berwaspada dalam setiap perkara agar tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.

3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (mentaliti)garupale

Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi istri seorang aktivis: kuat, tegar, gigih, kukuh, sabar, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan mandiri. Tidak mengharapkan semuanya diselesaikan oleh suami. Namun ada upaya dari diri sendiri untuk terus mencuba dengan pelbagai alternative.

4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelektualiti)

Ternyata, seorang aktivis tidak hanya memerlukan pendengar setia. Ia perlukan isteri yang boleh untuk diajak bersembang, tukar fikiran, musyawarah, atau perbincangan tentang kesibukan dan minatnya. Kerana itu, banyaklah membaca, rajin mendatangi majlis-majlis ilmu supaya luas tsaqafah.

5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fizikal):inlove:

Minimal sihat, menjaga kebersihan, dan tidak selalu sakit saja. Jika fizikal kita sihat, kita dapat melakukan banyak hal, termasuk mengurus suami yang sibuk berdakwah. Kerana itu, penting bagi kita untuk menjaga kesihatan, membiasakan pola hidup sihat, rajin beriadhah dan lain-lain. Selain itu, jangan lupakan masalah merawat wajah dan tubuh badan. Ingatlah, salah satu ciri isteri solehah adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.

:sigh:Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun soleh dan taqwanya seorang aktivis, tak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tak punya kesalahan. Seorang aktivis dakwah tetaplah manusia biasa yang pastinya dan mungkin untuk melakukan kesalahan. Bukankah tak ada yang ma’sum di dunia ini selain Baginda Rasulullah?

:tsk:p/s: para Ikhwannya juga sama dalam persediaan ini.:okay:


Thursday, May 28, 2009

isi dengan kuku


Bismillahirrahmanirrahim

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu[yang berselisih] dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." [al-hujurat: 10]

Kenangan lama menerjah kembali.Mengimbau episod-episod kehidupan, rentetan perjuangan. Terima kasih buat segala rencah pahit manis kehidupan yang banyak mengajar diri untuk terus menongkah arus perjalanan.Hayunan dilambungkan, langkah  menuju ke hadapan, sesekali mungkin menoleh ke belakang, cuba mencakup apa yang tertinggal.

Tika ini, sahabat-sahabat saya sedang sibuk berjuang di medan perang. Terima kasih kerana seringkali tidak meninggalkan diri ini untuk sama-sama berjuang bersama kalian. Walaupun kadangkala timbul sekelumit rasa lelah dan terhenti langkah, penyelesaian sentiasa ada menanti di hadapan. Alhamdulillah!

Cukuplah untuk bermonolog panjang. Kenangan akan sentiasa terpahat sebagai kenangan. Tidak akan bisa untuk berputar kembali. Dan ia akan jadi pengalaman paling manis dalam hidup. Benarlah indahnya jika ukhuwah itu kerana Allah.

Ukhuwah dan iman saling berkait rapat. Ibaratnya seperti isi dengan kuku. Semakin kuat keimanan, semakin terasa bahangnya ukhuwah itu. Saya merasai sendiri kebenarannya. Kadangkala bila kita merasakan terdapat sesuatu yang 'kosong' dalam intipati ukhuwah yang terjalin, muhasabah kembali kekuatan keimanan kita kepada Yang Esa. Bertemu dan berpisah kita atas dasar keimanan, dasar ketaqwaan.  

Dulu, 
Semasa kemasukan junior ke sekolah. Junior-junior ni akan perkenalkan diri masing-masing. Dan masa tu, ada seorang ni memperkenalkan namanya pada saya. Nurul[bukan nama sebenar]. Kami berkenalan 2-3 minit sahaja. Selepas itu, ada majlis di sekolah. Saya terlihat junior tadi.Hanya mampu tersenyum sebab tak ingat nama. Pada masa yang sama, dia memanggil2 nama saya. Owh, ingat lagi dia. Teruknya saya! semasa menunggu dia menuju ke arah saya, saya bertanya kepada kawan saya nama dia. oh, nurul rupanya. Kami berpelukan macam dah lama tak jumpa.
"nurul apa khabar?" 
"alhamdulillah sehat. eh, akak ingat nama saya? saya ingatkan akak tak ingat. Sebab saya bagi mesej, akak tak pernah balas."

ops!rupanya dia yang selalu menghantar mesej. Kawan saya yang disebelah tersengih-sengih melihat perlakuan kami. Saya memberi isyarat pada dia jangan kantoikan yang saya memang lupa nama dia.Di lubuk hati, terharu sangat dengan adik ni. Bukan sahaja nama saya yang dia ingat, tapi asal usul, itu dan ini. Alahai adik, maafkan kakak! salah saya , sibuk dengan adik2 lain, terlupa yang seorang ini.

Dari hari ke hari, hubungan kami semakin rapat. Saya cuba untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Dia tidak pernah jemu melayan karenah saya. Ukhuwah itu makin utuh dengan bertambahnya usia kami. Manisnya hubungan ini lebih hebat dari ikatan darah.
Terima kasih adik! [walaupun akhirnya kantoi peristiwa yang saya tidak mengingati namanya satu ketika dahulu :p]

Manusia ini hamba kepada kebaikan. Bila orang berbuat baik pada kita, hati kita tetap akan tersentuh dan akan berbuat baik kepada orang itu juga. Betul tak? ^_^

Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini bukanlah suatu kebetulan.Ianya telah ditakdirkan oleh Allah untuk berlaku dan menyimpan seribu hikmah yang penuh kerahsiaan. Menyayangi seseorang kerana Allah, adalah salah satu ciri kemanisan iman. Indahnya perasaan itu jika semuanya kerana Allah. Anda akan tersenyum sendiri jika anda juga pernah atau sedang mengalami perasaan ini.

Kalau sayangkan ukhuwah itu, maka jagalah hubungan kita dengan Allah.^_^


setenang sungai nil

buat yang jauh di bumi anbiya,
terima kasih kerana menyedarkan ku tentang sesuatu, menjadi turning point untukku terus bertahan hingga kini, moga matlamat yang kita impi tercapai,insyaAllah. Doakan nura yea!

~InsyaAllah,ada hikmah di sebalik ukhwah~

Wednesday, May 27, 2009

adik

Bismillahirrahmanirrahim

'tak leh control la kak, dah ngantuk, tidur je lah.kadang, mata tertutup sendiri, adik pun tak sedar bila mata adik tertutup. walaupun adik tak ngantuk pun time tu'

'adik suka cikgu tu ajar, adik bagi full concentration, tapi tiba-tiba kene baling dengan pen, rupanya adik tertidur'

'adik kene praktis tulis pakai tangan kiri jugak, sebab tangan kanan adik selalu penat..tulis tak sampai sejam, dah lenguh, rasa x dpt nak menulis langsung.'

'kawan adik selalu kejut adik kalau adik tertidur dalam kelas, dia kata tak sampai 5 minit, adik akan tertidur balik. hurm..entahlah adik pun tak faham..kenapalah adik macam ni'

keluhan demi keluhan.
adik..seorang yang amat bersungguh dalam pembelajarannya. Mak pernah dipanggil ke sekolah kerana adik seringkali ditangkap tertidur dalam kelas.  Adik kata dia dah cuba minum kopi  untuk elak ngantuk, tapi semuanya tidak berhasil. Sedangkan adik bukanlah seorang yang 'coffee addict'

symptoms2 adik muncul sejak dia menduduki pmr. Masa tu, exam matematik. Sepatutnya otak kita akan ligat untuk mengira, namun yang peliknya adik boleh tertidur tersengguk-sengguk tanpa dia sedari. Malu juga bila ditegur oleh pengawas peperiksaan.
Alhamdulillah, dalam segala symptoms yang adik alami, Allah memberikan adik kejayaan demi kejayaan dalam pelajarannya.

Kakak juga pernah mengalami masalah yang lebih kurang sama dengan adik. Pada mulanya akak tidak ambil kisah sangat, mungkin itu hanya proses physiologi badan.Barangkali kurang rehat. Tapi, lama kelamaan, akak mula curious nak tahu. Akak pun mulakan pencarian[as u know me, once i get into something,i ll do everything for it] 

Dan findings yang akak jumpa dik,
Ianya symptoms of narcolepsy. Chronic sleep disorder which often causes sufferers to feel extreme tiredness  or spontaneously fall asleep. Tapi, level adik tidaklah sampai ketahap narcolepsy.
Somehow, sangat related dengan genetic.Protein-producing neuron, hypocretin..Mungkin kurang yang itu dalam otak.

Lebih kurangnya, bila kurang hypocretin ni, kita akan cepat tidur to deep sleep[as our sleep cycle has many steps] kalau ikut normal, dari keadaan sedar,kita akan melalui non-REM sleep yang panjang dulu baru masuk REM iaitu deep sleep,tapi dalam kondisi adik, non-REM  akan jadi pendek dan cepat untuk masuk ke deep sleep. Bila bangun secara tiba-tiba, akan rasa pening. Selalu ada vivid dreams yang adik akan ingat in a very great detail. Selain dari itu, akan mimpi walaupun tertidur dalam jangka masa yang amat pendek.

Tentang head bobbing tu[sering tersengguk-sengguk], antara sebabnya ialah tidur malam adik terganggu, seperti yang akak cakap tadi, non-REM dan REM adik tidak berlaku dengan normal. Maka, otak akan cuba untuk catch up tidur waktu siang. Ia akan menyebabkan adik tertidur pada unpredicted moments.

Satu lagi, tentang adik cepat penat ye semasa menulis, itu juga adalah disebabkan tidur yang terganggu tadi. Tidak perlulah akak cerita lanjut tentangnya. Susah pula adik nak faham nanti.

Tapi adik jangan risau, adik bukan ada penyakit narcolepsy tu. Narcolepsy tu untuk symptoms yang teruk. Peringkat adik ni masih peringkat biasa2, cuma mungkin tahap hypocretin tu rendah sedikit berbanding orang lain. As i would say, it runs in our genetic right? Mungkin ini sedikit sebanyak menjawab persoalan mak selama ni.

Yang akak lihat, ianya tidak mengganggu kehidupan adik sebagai 'normal' person, right? Indeed, we are normal dear. Maybe a little bit special^_^ [nampaknya hypothesis akak yang dulu disebabkan kita ini adalah preterm baby meleset sama sekali] Kan mak kata, tidur banyak tu bagus, ilmu leh serap banyak2 time tu..hehe..

Ape pun dik, kita boleh atasi semua symptoms tu. Pastikan tidur adik cukup, exercise selalu, dan berfikiran positif. 

We have soul. Soul is like the king over body as the king over an empire.
Empire of soul , hand, feet are like different industrialist in a town. 
We have greed or will that act as collector of revenue, Anger as its police, Intellect as its minister, and Soul as its king. 
Collector greed who collect the 'food' and anger is the police who keep guard over it.
And our body goes well if all organs and attributes are under the rule of soul.

 when soul takes the help the minister which is the intellect, it rules over greed and keeping anger in control. In order to bring anger under control, sometimes it seeks the help of greed and the  character will become good.

Means, everything should be balance. Hati mesti kuat dik!
You can get through it! Make your brain active and be passionate, ok? 

Kan Allah lebih sayangkan mukmin yang kuat dari mukmin yang lemah..^_^

salam sayang,
kakak