Thursday, July 3, 2008

good luck exam!=]

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

apa khabar iman kita hari ni? harap-harapnya semakin sihat dari hari ke sehari..mungkin kadangkala ia naik dan turun,merajuk dengan jasad dan roh yang selalu lupa dan alpa dengan hal-hal dunia...jangan biarkan taqwa semakin lari menjauh...khuatir ia susah untuk dicari lagi..rebutlah sementara jasad ini masih diberi nyawa oleh Allah..



kehangatan imtihan yang bakal menjelma semakin terasa buat sahabat-sahabat batch 21 dan senior2 batch 19..tabahlah sahabat-sahabat.. ..anda semua hebat-hebat dan mampu hadapinya..=D insyaAllah..buat kami, student batch 20 mendoakan kejayaan yang terbaik buat anda semua..robbuna yunajjah!ameen...



ilmu perubatan yang meratah usia kita sepanjang 5 tahun ini bukanlah calang-calang taufan..nak tak nak, 'tsunami' ini tetap akan menghempas kita untuk 3 atau 4 tahun akan dtg.. andai niat tidak sahih dan tidak kita bulatkan dari sekarang, di mana mahu dicari benteng teguh untuk bersiap sedia melawan semua dugaan ini...? soal niat...niat adalah akal, terbentuk dari motif yang kukuh dan bakal memandu seluruh anggota tubuh untuk tunduk patuh..mulakanlah,niat kerana Allah..insyaAllah..segala urusan kita akan dipermudah..usah takut pada kegelapan...kerana cahayaNya untuk berlindung sentiasa ada...terimalah hakikat bahawa manusia ini dijadikan Allah dengan pelbagai ragam dan feil..dengan itulah kita akan sentiasa berlapang dada dan tenang dalam menghadapi karenah manusia...supaya perkara remeh seperti ini tidaklah membebankan fikiran untuk menghadapi imtihan yang akan dtg...bersaralah kita dari PESELAM[persatuan study last minute]..takut-takut nanti tak dapat nak tangani ESS[exam stress syndrome]...sentiasa bawa diri dgn berhati-hati, biarlah ia memberi erti pada diri..

sentiasalah motivate diri..setkan dalam minda bahawa apa sahaja yang kita lakukan [bidang perubatan ini] adalah semata-semata kerana Allah , Rasul dan umat Islam..ingatlah pengorbanan ibu ayah dan harapan yang tinggi diletakkan atas bahu kita...mereka mengharapkan kita mengejar cita sebagai bekalan masa akan datang...bukanlah mengejar cinta duniawi membabi buta...teringat saya akan sabda Rasulullah, "berdirilah kamu pada tempat yang Allah tentukan buat kamu" ...sudah jelas menjadi pelajar perubatan dan bakal doctor[insyaAllah] adalah sesuatu yang telah Allah tetapkan buat kita.. maka perlulah kita lakukan dengan bersungguh-sungguh....kata imam Syafie ,ilmu itu ada dua, satu ialah ilmu fekah iaitu ilmu agama dan satu lagi ilmu perubatan untuk kesihatan tubuh badan..dan kita telah memilih ilmu perubatan..maka, jadilah pelajar perubatan yang cemerlang sebelum menjadi doctor muslim yang berbakti pada agama..

bilakah lagi kegemilangan islam akan kembali? seperti gemilangnya zaman Abbasiyah...
'europe was a dark sunset while cordoba full with public lamps, europe was dirty while cordoba built thousands bath, europe was covered with vermin while cordoba changed its undergarment daily'
kita boleh kembali seperti dulu dan dah tiba masanya untuk kita berubah...















p/s:buat sahabat-sahabat batch 20, shudda hillak untuk 2nd block! go go chaiyok!=]

No comments: