Saturday, February 28, 2009

khusyuk dalam solat

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..

cara-cara khusyuk dalam solat

1-sembahyang berjemaah(org yang paling afdhal ialah di masjid)

2-menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum,yang didapati dari punca yang halal begitu juga makanan yang syubhat(yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan mengandungi campuran benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. Memakan seorang semut mematikan hati selama 40 hari)

3-membanyakkan sedekah kepada fakir miskin

4-jangan solat dengan menahan membuang air besar atau air kecil dan selesaikanlah terlebih dahulu atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat

5-mengambil wudhu' dengan sempurna supaya air mengena semua anggota wajib serta mengingati niat dan berdoa apabila air melalui tiap-tiap anggota .

6-memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan mengadap orang besar.

7-solat di awal waktu. (melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir, maka solat isya' boleh dilambatkan sehingga selesai majlis itu)

8-pastikan supaya tidak ada gambar yang boleh menggangu fikiran atau membimbangkan hati ketika di tempat sujud.

9-mengingati mati dan kemungkinan solat itu adalah yang terakhir dalam hidupnya.

10-menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui setiap rahsia hambaNya.

11-memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat setiap gerak geri kita

12-memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat Quran dan zikir

13-sebelum mengangkat takbir, membaca surah an-nas, selawat atas nabi, istigfar dan bacaan lain untuk menjauhkan diri dari gangguan syaitan.

14-memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa solat

15-memusatkan seluruh ingatan kepada solat

16-memanjangkan masa rukuk dan sujud

17-memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita solat

18-jangan memandang kiri dan kanan

19-hendaklah memandang ke tempat sujud

Monday, February 23, 2009

[munajat]

Bismillahirrahmanirrahim

MUNAJAT

di malam syahdu yang sepi ini..
ku curahkan segala isi hati...
mengapakah kini baru sedari banyak perintahmu telah ku ingkari...
dulu hidupku sering terleka...
diulit mimpi dunia yang fana...
tapi tak pernah ku mencuba untuk lari dari tipu dan daya..

jiwa ku yang dulu sepi..
kini keinsafan telah ku miliki...
berlinangan air mata ini berderai jatuh membasahi bumi...

dulu hidupku sering terleka...
diulit mimpi dunia yang fana...
tapi tak pernah ku mencuba untuk lari dari tipu dan dayanya..

jiwa ku yang dulu sepi..
kini keinsafan telah ku miliki...
berlinangan air mata ini berderai jatuh membasahi bumi...
terimalah munajat ku ya allah...
aku mengharapkan kasih dan sayangmu...
hamba ini bergelumang dengan dosa..
moga diberikan maghfirahmu...

terimalah munajat ku ya allah...
aku mengharapkan kasih dan sayangmu...
hamba ini bergelumang dengan dosa..
moga diberikan maghfirahmu...(2x)


alhamdulillah, Allah masih kurniakan hari ini untukku bernafas, Allah masih memberiku peluang untuk bersuka ria dengan sahabat-sahabat, Allah masih kurniakan mak ayah, ahli keluarga yang sihat dan bahagia, Allah tetap di sisi tidak kira waktuku senang atau susah.. terima kasih Ya Allah..

namun, sebagai hambaNya, sering lalai dan lupa..tika susah, Allah lah tempat kita bergantung segala, Dialah tempat kita mengadu dan mengalirkan air mata, berdoa penuh kesungguhan di akhir sujud tidak kira siang atau malam..pelbagai janji dilemparkan untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa kepadaNya, insaf dan menyesal akan kesilapan lalu.. 

tetapi, mengapa tatkala senang dan gembira, Allah diabaikan..solat dilewat-lewatkan, rencana aktiviti dan hiburan diutamakan, masa yang banyak dibazirkan, doa sudah tidak sekhusyuk semasa kita susah dan merintih memohon pertolongan dan rahmatNya.. mutabaah amal entah kemana, hati yang dulunya bersih dan sentiasa butuh pada Allah, kini semakin melari jauh mengejar pesona dunia..

di mana janji-janjimu pada Allah? di mana kata-kata syahdu dan rintihanmu yang panjang bermunajat pada Allah? adakah setelah mendapatkan kesenangan, kita dengan mudah melupai Allah? 

ya Allah, bimbinglah diri ini untuk terus thabat di jalanMu..tidak kira dikala susah atau senang..
tarbiyahlah hati ini semoga ia tidak pernah lupa untuk mengingatiMu setiap saat, setiap detik, nafas dan selagi darah ini mengalir dalam jasadku..

ya Allah, aku mengakui kelemahan diriku, sangat terbatasnya kecerdasanku, dan betapa hinanya aku disisiMu,hanya kepada Engkaulah aku berserah segala ketentuan, hidup dan matiku, aku redha di ats tiap segala sesuatu asal Engkau tidak memurkai aku.. KemaafanMu lebih berganda besar dari dosaku yang menggunung..aku bermohon ya Allah, dengan Nur ZatMu yang menerangi semua kegelapan, dan dengannya baik urusanku dunia dan akhirat..
padaMu aku sandarkan segala ketentuan..


Saturday, February 21, 2009

kisah aku dan dia[part2]

[masjid kmj]

"mus tak join karisma ke? " solehah bertanya padaku..

"oo..tak..haritu, ada gak diorang announce..siapa nak masuk karisma, kene isi borang eh..pastu ramai sangat orang berpusu-pusu ambil, mus malas nak berebut.."

"a ah..kene isi borang..takpe..solehah masukkan terus nama mus ye..mus special lah, tak payah isi borang.." 

aku hanya mengangguk..

sebenarnya, sejak aku masuk kmj, aku memang dah niat tak nak terlibat dengan organisasi atau apa-apa persatuan keagamaan..walaupun dulu waktu disekolah aku adalah antara ahli jawatankuasa tinggi BADAR sekolah..

entah kenapa, selepas spm, dan masuk matrik, aku seperti mempunyai set diriku yang baru... aku berkata pada diriku aku nak jadi seperti orang biasa-biasa selepas ini..maksud aku, tidaklah aktif berdakwah seperti dulu, tidak terlibat dengan mana-mana organisasi dan aku hanya berkawan dengan kelompok orang-orang satu kampung denganku sahaja..
sebab itu, masa mula-mula karisma diperkenalkan di kmj, aku seperti tidak berminat..

"alah, tak payah lah join, jadi orang biasa-biasa dah cukup baik, asalkan aku tak kacau orang dan buat baik pada diri sendiri, itu dah cukup bagus"

"aku tekad dah ni, aku tak nak sambung hafalan Quran aku..mana yang dah hafal time sekolah dulu..yang tu je lah aku amalkan..tak yah lah habiskan satu Quran"

itulah aku masa mula-mula aku masuk kmj..sedangkan dulu akulah wakil negeri perak dalam pertandingan hafazan peringkat menengah.. tapi mengapa aku sudah berubah? mana agaknya aku letakkan semangat jihad aku yang dulu?

mungkin sebab faktor sekeliling yang sangatlah tidak membantu.. dan menyebabkan persepsiku berubah sama sekali.. 

namun, segalanya berubah pabila aku bertemu dengan solehah..
saat awal perkenalan kami, wajahnya yang jernih bersih dan akhlaknya yang tinggi seolah-olah merentap hati aku kembali..
dia bekas student Darul Quran.. dan sebenarnya tujuan dia mencari aku adalah kerana amir memberitahu solehah bahawa aku juga sama-sama dalam proses menghafaz Quran..dan dia sangat gembira pabila mengetahuinya dan ingin menemuiku supaya jumpa sahabat yang dapat tasmi' sama-sama..

besar sungguh harapannya..entah apa amir cerita pada dia tentang aku..sedangkan aku ini jauh beza sekali dengan solehah.. aku ini banyak dosa, hafalanku entah kemana..alhamdulillah waktu itu, qiamullail masih menjadi peganganku..cuma bab menhafaz ini aku sudah menyerah kalah..

pernah satu ketika solehah bertanya,
" mus dah hafaz sampai mana? "

aku terdiam, tak tahu nak jawab apa..

" err..tak banyak..sikit je..solehah lagi berganda banyak dari mus"

******************************************************************************

**flashback year 2004**

waktu itu, baru habis perjumpaan biro dakwah dan tarbiyah

[surau sekolah]
"mus, anti nak pergi interview DQ tak?"

"DQ? ape tu? tak pernah dengar pun." tentang DQ memang tak pernah disebut di sekolah kami, sebab itu aku macam blur blur..

"Darul Quran, tu sekolah untuk hafaz Quran, ana pun baru 1st time dengar sebab ada seorang senior kita ada kat situ..kalau anti nak masuk interview, ana boleh bagitau ustazah.."

disebabkan masa tu aku memang tak tahu langsung pasal DQ ni, dan masa tu tengah sibuk urusan interview untuk student yang nak sambung belajar di rusia..maka dengan yakin nya aku jawab,

"oh, tak pelah, ana nak sambung belajar kat oversea..dah masuk list untuk interview ke rusia..kalau pergi DQ, tak dapatlah belajar ke oversea."

begitulah pemikiran aku waktu tu..

and last-last, aku dapat tahu yang amir pergi interview kemasukan ke DQ seorang diri..dan alhamdulillah akhirnya dia berjaya..

ditakdirkan Allah, aku tak dapat untuk kemasukan fakulti perubatan di rusia.. namun, aku tidak berputus asa, aku mohon biasiswa mara untuk ke oversea menggunakan resut spm.. sementara menunggu keputusan dari pihak mara, aku mendaftar di kmj..

*********************************************************************

[kmj]

sejak aku join karisma, start dari itu, aku makin rajin solat di masjid terutamanya maghrib dan isya'..jika sebelum ini, aku bermalas-malasan dan hanya solat di bilik, kini aku sudah mengikut rakan-rakanku yang turut berjemaah di masjid kmj..dan semakin keraplah aku bertemu dengan solehah..

"pengumuman!
diminta semua ahli karisma supaya tunggu di surau selepas solat isya''

rupanya , perjumpaan tergempar diadakan.
muslimat berkumpul bersama muslimin di tingkat bawah masjid..
perjumpaan tersebut adalah untuk pembahagian biro-biro tertentu dalam induk karisma..kerana pada waktu itu, hanya jawatankuasa tertinggi sahaja yang baru ditubuhkan..

pemilihan dijalankan..dan aku?
sudah tentunya aku join biro rondaan..mana tak seronok, sebab time ni lah ada masa nak tangkap pasangan-pasangan couple di kmj ni..

habis meeting, solehah mengajak pihak muslimat untuk tunggu sebentar..
selaku naib presiden karisma, dia mula bersuara,

"sekarang ni kita akan buat group-group usrah bagi student kmj yang berminat nak join.ada sesiapa sebelum ini pernah ada pengalaman jadi naqibah? ataupun sesiapa yang berminat untuk menawarkan diri menjadi naqibah?"

ya, aku pernah pegang title tu masa di sekolah dulu.. tapi mampukah aku untuk pegang title tu lagi di sini?

aku mendekati solehah," solehah, insyaAllah ana sanggup jadi naqibah"

solehah menoleh..

"betul? mus dah fikir masak-masak? solehah nak ingatkan awal-awal, jadi naqibah ni bukan pada title je, tapi tugas dan tanggungjawab untuk membawa rakan-rakan kita ke arah kebaikan ni berat..solehah nak mus betul-betul nak kan tugas ni,kerana Allah SWT bukan sebab atau niat yang lain"

aku tunduk..aku sendiri belum cukup menyelami keputusan aku itu..

"ya, mus sanggup" aku mengukir senyuman..

***********************************************************************************

[cafe D, kmj]

from:solehah
salam mus..solehah dapat tawaran jpa ke mesir..insyaAllah, jumaat ni solehah balik dah

to:solehah
salam, tahniah!! jumaat ni? cepatnye??

from:solehah
aah..sebab next week dah kene daftar 

tidak semena-mena, air mataku mengalir deras
laju, selaju air terjun...aku tidak dapat menahan sebak di dada..
aku berlari anak balik ke bilik...
aku menangis semahunya..
kenapa ye aku sedih sangat?

walaupun perkenalan hanya 2 minggu di matrik, namun kami sudah seperti sahabat karib, dia cukup meninggalkan kesan di hati aku..

solehah...

menyedarkan aku betapa aku harus menyambung kembali hafalan Quran...
menyedarkan aku betapa aku tidak boleh menjadi seorang yang biasa-biasa, tetapi menjadi muslimah yang luar biasa..
menyedarkan aku betapa hubungan antara lelaki dengan perempuan itu harus cukup dijaga,
ada batasan tertentu bukan dilanggar sewenang-wenangnya..
menyedarkan aku betapa untuk menjadi humlatul Quran penuh dugaan dan pancaroba, hanyalah org2 yang dipilih olehNya sahaja..
dan aku harus berusaha untuk menggapai redha dan rahmat Allah,
betapa kekuasaan Allah itu Maha Luas dan Maha Kaya..

dan kini, dia akan pergi..menyambung pengajiannya di bumi barakah 
bakal meninggalkan aku di sini yang masih baru bertatih..

apakah yang akan berlaku selepas ini? mampukah aku untuk berdiri seorang diri?






Friday, February 20, 2009

wanita dan epal

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..



wanita itu ibarat epal.
epal yang tidak berkualiti amat senang diperoleh kerana ia berguguran di tanah..
tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncaknya..
susah dipetik..
dan susah digapai..
terkadangkala, epal itu risau..
kenapa diriku belum dipetik????

lantas ia merendahkan martabatnya
dan menggugurkan dirinya
menyembah tanah....
sedangkan
ia sebenarnya..
telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya
hingga tak da siapa yg berani memetiknya..
hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja yang mampu memetiknya....

mungkin bukan didunia
tp, di akhirat??
biarlah jodoh bukan di dunia
asalkan cinta Ilahi mengiringi...

susah nak gmbrkan perasaan hati nisa skunk nie... konfius, serabut... guess dat da words dat fit my feelings rite now..
pernah tak anda semua perasan...
lumrahnya, setelah kita meningkat usia remaja, setelah kiter digelar graduan sekolah menengah dan setelah kita menjejakkan kaki kita di alam universiti ataupun kolej, kiter sering dikaitkan dgn istilah bercouple...

seolah2 orang yg bercouple itu adalah seorang yang hebat dan wajar dihebah2kan kpd semua orang dan orang yang x pernah bercouple itu seolah2 seorang yang 'tak laku' n mundur...
kirenyer, cam pelik ar klu seseorang itu x pernah bercouple..
acapkali nisa dikaitkan dgn perkara ini... susah nak elakkan n ubah persepsi masyarakat kita dgn trend ini... seolah2 ia adalah virus yg susah untuk dicari penawar buatnya...

"nisa da ader boyfriend tak?"

oh, tidak.... tidak.... naper tak der org tanyer "nisa da ader husband tak?" ahahhahaa!!! (^_^) melencong da ke maner da nie.. uhuhuh... seriusly, sedih tgk kwn2 yg samer2 ngan kiter turut involve dalam couple2 nie... (dalam masa yg sama, mengingatkan diri ini...)
i don't know wat other people think regarding dis matter... but, for me...
no love b4 marriage... kirenyer, x wujud istilah kapel2 nie sbenarnyer... it is not supposed to be applied in our life...
i'm sori, i'm just giving my opinion..
mybe u hev other opinion, please let me know...



cube tgk baik2 ungkapan di atas.. tentang epal....
perhatikan baik2...
aper yg anda fhm daripada kata2 di atas?...
nisa akui, sedikit sebanyak itulah konflik yg berlaku dalam diri nisa n sumer insan yg digelar wanita... spt yg diperkatakan dalam bait2 kata2 di atas.. tp, tue la..
i believe, dis is wat we can called as mujahadah dgn diri sendiri...
nisa berusaha menjaga hati ini... (ya Allah, bantulah diriku ini untuk menghadapi segala macam ujian dariMu..)

tapi...

sejauh maner orang lain dapat memahami hakikat ini.. hakikat nisa cuber mengelakkan diri nisa dari termasuk dalam golongan yg bercouple... n sejauh maner org lain mempunyai persepsi yg sama seperti kita...
astaghfirullah...
kdg2, nisa juga berasa kecewa dgn sikap sesetgh daripada kita.... yg memahami 'ketidakharusan' perkara ini... ttp, masih juga melakukannya.... (sambil mengingtkan diri ini juga... astaghfirullah.. mudah2an dielakkan... ingtkan diriku andai kuterleka shbt..)


syg2, majuk2 n so on.. i know, it seems so sweet... so romantic.. but... do u agree with me? dat we can tell either we did something wrong or not... kiter bole rase... agree? trust me.. u also can knoe either dat thing is a good thing or not.. trust me..
nisa sendiri, rs x selesa klu kiter wat something yg bertentangn dgn aper yg nisa percaya selama ini...

nisa pelik.... bgimana kita mampu meluahkan perkataan2 yg indah2 dan manis2....
janji2 indah dan memori2 bahagia..
buat insan yg belum pasti menjadi milik kita buat selama2nya??.....

renung2kanlah apa yg nisa perkatakan sebentar tadi....
maafkan andai terlanjur bicara...


kadang2 hati merasa penat mencintai,
jiwa terasa letih menyayangi,
diri terasa malas mengasihi,
perasaan merasa terlalu lama merindui,
telinga merasa sukar memahami,
lidah merasa mahu meluahi..

namun,
adakah insan itu akan memahami??

lantas ku serahkan cintaku kepada yg maha mengerti...

tiada apa yang perlu aku takutkan jika dia milikku...~~


p/s: copy and paste dari blog tokqie

kisah aku dan dia [part 1]


[kmj, bilik 41]

from: hazerul
salam..mus, ko kat matrik johor kan? ni..ada sorang student kat situ gak nak kenal

to:hazerul
salam..aah..aku kat kmj..sape?

from: hazerul
ntah, x-kisas..amir bgtau aku..cuba la ko cari..nama dia aku tak ingat..yang aku tahu dia naib pres karisma kat c2..

to: hazerul
oo..ok2..tq

******************************************************************

[kmj, kelas tutorial]

"nadia, kenal tak naib presiden karisma kat sini?"

"naib pres? ooo..kenal-kenal..solehah ke?"

"entah, aku tak tahu nama, tapi dia x kisas lah.."

" ha...ye la kot, solehah nama dia..nape?"

"takde ape..ko ada no phone die?"

"ade..sat g aku forward kat ko eh"

************************************************************************

to:solehah
assalamualaikum, tumpang tanya, ni solehah ke? 

from: solehah
waalaikumussalam. aah..ni sape ye?

to:solehah
saya muslihah..hurm..awk ke yang nak kenal saya tu? saya tahu dari amir

from:solehah
ooo..aah..muslihah eh..salam ukhuwah..mana dapat no saya?

to:solehah
salam ukhuwah kembali..saya dapat no ni dari nadia, x kisas jugak..

from:solehah
okey..awak bilik mana ye? saya block E, no 29

to:solehah
la..saya block E jugak..bilik saya tingkat atas je, no 41..

from:solehah
dekat je..saya datang bilik awak je la ye..malam ni boleh?

to:solehah
insyaAllah, boleh-boleh..nak datang mesej saya dulu eh :-)

******************************************************************************

[kmj, bilik 41]

entah kenapa hati ini berdebar-debar.. macam nak jumpa someone yang special pula.. terfikir juga kenapa agaknya dia ni nak kenal dengan aku..padahal aku ni tak famous pun, buntu memikirkan..aku menunggu mesej dari solehah..

" eh, azah, wawa , pae..malam ni ada kawan aku nak datang bilik kita tau..solehah"

"owh..ok..kami no hal"

click..handphone ku berbunyi

from:solehah
saya on the way g bilik awak nih

to:solehah
ok..saya ada di bilik..datanglah^_^

aku menunggu penuh debaran..

"assalamualaikum..."

eh, dia dah sampai..

"waalaikumussalam" pintu dibuka perlahan.. aku seakan menyorok di belakang pintu..malu? entahlah..

perlahan-lahan, dia muncul dihadapanku..berjubah coklat, bertudung labuh warna cream..dia tersenyum..

dia kini dihadapanku..aku terpaku sekejap..bukan sebab dia cantik macam siti nurhaliza atau angelina jolie.., tapi ini kali pertama aku melihat wajah sebersih itu!

redup matanya, indah akhlaknya, sukar diungkap dengan kata-kata, yang aku tahu..dia amat berbeza!

aku mengajak solehah duduk di katilku..kami berborak panjang..dan dia seorang yang sangat peramah..aku yang banyak cakap ini tiba-tiba jadi pendiam pula.. mendengar ceritanya barangkali membuatkanku tersentuh sanubari.. mendengar percakapan yang keluar dari mulutnya barangkali membuatkanku terdiam dan meneliti setiap bait yang diucapkan..

aku silap..bukan dia yang mencariku..sebenarnya , pertemuan itu telah diatur oleh Allah.. dengan KuasaNya yang Maha Besar dan Maha Penyayang, Dia menemukan dengan seseorang yang cukup memberi kesan dalam hidupku..dan telah mengubah prinsip hidupku..
sejak pertemuan pertama, kami sudah intim..seperti sudah lama kenal..sangat menyenangi antara satu sama lain..

aku akan ceritakan rentetan nikmat ukhwah ini... tapi, aku rasa aku akan sambung di lain entry..

p/s: cerpen noktah ditunda kerana ada sedikit masalah teknikal..

Wednesday, February 18, 2009

noktah [part1]

" mak...kenapa mak tak kejut kauthar dengan salam pagi ni? " kauthar menghentak-hentak kaki sambil memuncungkan mulut..

"mak terlupa lah..kan mak dah cakap selamat pagi.." 

"tak nak! tak nak!! mak kene keluar bilik kauthar semula, pastu mak masuk dan kejut kauthar dengan salam jugak!!" kauthar berkeras..

ibunya menurut untuk mengulangi adegan mengejutkan kauthar pagi itu..

dan kauthar asik tidak puas hati..

hampir 5 kali ibunya melakukan  perkara yang sama..macam berlakon pun ada..namun ibunya sudah faham sangat perangai anak sulungnya itu..sejak mempunyai adik, perangainya semakin menjadi-jadi..umurnya baru mencecah 5 tahun..mungkin dia cemburu dengan kedatangan adik baru ke dunia ini..

akhirnya, kauthar puas hati..ibunya terduduk sekejap di birai katil, kepenatan..sambil mendukung adik lelakinya, imran. alhamdulillah imran tidak merengek..kalau tidak, susah juga nak melayan karenah dua beradik ini.

"aku tak akan biarkan adik ambil lebih kasih sayang mak dan abah..ok fine! aku tahu dia adik aku, tapi kasih sayang mak dan abah harus sama macam dulu!" kauthar mengomel sendiri..

ibu dan bapanya menyedari perubahan pada diri kauthar yang semakin panas baran dan cepat melenting sejak akhir-akhir ini..namun, mereka mengerti kanak-kanak seusia kauthar memang begitu, perlukan perhatian yang lebih, tambah-tambah jika sebelum ini kasih sayang mereka tertumpu pada kauthar seorang, kini bertambah lagi seorang ahli baru dalam keluarga mereka..

kauthar sering bertanya pada ibunya, "mak, mak sayang kauthar tak? " kadang-kadang, setiap hari soalan itu diajukan..

"mak sayang..tak kanlah mak tak sayang..abah pun sayang kauthar"

"ok.."kauthar menjawab ringkas sambil tersenyum..

esoknya, dia akan bertanya lagi soalan yang sama.

sebab itulah ibu dan ayah kauthar sangat mengambil berat perihal anak mereka yang seorang ini. walaupun setelah kelahiran anak lelaki mereka, perhatian mereka kepada kauthar tidak pernah diabaikan..malah,kasih sayang mereka semakin bertambah..

kauthar menjangkau umur  6 tahun.dan masuk ke sekolah tadika di kampungnya..kauthar bijak, tidak seperti kanak-kanak lain di kampungnya yang lebih suka bermain-main dan tidak menghiraukan pelajaran..

dia akan keluar bermain pada bermula dari jam 5 petang..sebelum pukul 5, dia akan belajar dan menyiapkan kerja sekolah..ibu dan bapanya selalu membelikan kauthar bahan-bahan bacaan untuk menarik minta kauthar supaya membaca..sunggupun begitu, bukan calang-calang kauthar untuk berubah menjadi bijak seperti itu..

dia masih ingat lagi ketika itu, dia berjalan ke kampung sebelah, dan tidak pulang sampai tengahhari..apabila sampai sahaja di rumah, bapanya sudah menunggu dengan rotan..habis kauthar dibantainya sampai lebam-lebam..

mungkin dia sudah serik dibantai, alhamdulillah kauthar berubah..dia patuh pada arahan ibu dan bapanya..makin sayanglah mereka pada kauthar..

sehinggalah suatu hari......

Saturday, February 14, 2009

colours of manipal

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..

 entry ini saya dedicate khas buat ina (nur amalina bte fazam)..boleh la lihat sedikit sebanyak keadaan manipal ya..maaf sebab gambar tak berapa cantik..mostly pakai kamera handphone yang tak canggih:)hehe


MAHE building




library





fountain di luar library

on the way to library.payung! cukup sinonim di sini:)




sekitar hostel indira

kmc green


kedai makan(your choice)


food court


gerai di hostel sonia, macam-macam ada!


itu hostel sonia


di mess sonia..kakak-kakak sedang bergosip:p
akka sedang lunch^_^
lecture hall

time for class! ^_^

dalam lecture hall


end point (jogging track)










nice view di end point (pinjam gambar ye cik aishah &maisarah)


jom main volley! kat belakang tu hostel sharada

sarojini mess aka kantin (aishah dan sarah bincang  ape la tuh:p)

pengurus kewangan sarojini mess

^_~


sekitar manipal


tiger circle




malpe beach





kawasan perumahan

welcom to manipal,my dear sis! ^_^

waan tasbiru khoirul lakum

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..




alhamdulillah, habis sudah theory paper forensic hari ini..
(yeay!!!-dalam hati:p) ops, masih ada paper practical, harus ingatkan diri belum merdeka lagi..^_^

selalunya, bila hati ini sudah bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara yang baik, contohnya macam study, mesti akal dan jiwa ini akan sedikit terganggu seperti teringat rumah, teringat blog, teringat nak makan apa tengahari, perancangan waktu cuti, dan macam-macam lagi.,kadang-kadang tu, disulami dengan rasa "ketenangan" yang amat sangat sampai fikiran tu menerawang jauh sedangkan  buku di hadapan mata..dan pada hakikatnya diri ini sangat menyedari exam tak lama lagi..huh..seronoklah syaitan waktu tu sebab dapat deviatekan kita dari tujuan asal kita iaitu belajar [jihad fisabilillah]..

saya mencari-cari penyelesaian atas masalah yang rumit ini..alhamdulillah, sahabat baik saya yang satu itu tidak pernah menghampakan..buka sahaja mashaf, mata ini terpandang ayat 25 surah an-nisa..

"...bukankah kesabaran itu lebih baik bagi kamu..."

sebenarnya ayat ini refer pada orang lelaki yang tidak mampu untuk berkahwin dengan wanita merdeka, maka bolehlah berkahwin dengan hamba-hamba perempuan beriman yang mereka miliki..dan hukum perkahwinan dengan hamba ini bagi mereka yang bimbang melakukan zina, dan kesabaran kamu(untuk tidak berkahwin dengan hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu..untuk explanation yang lebih lengkap, boleh rujuk tafsir ayat ni ya..

berbalik pada ayat di atas..saya applykan pada kehidupan seharian, dan alhamdulillah ianya amat membantu..fikiran lebih fokus, jiwa semakin terarah dan matlamat semakin jelas dihadapan..tidak kisahlah dari segi pelajaran atau perkara-perkara lainnya, insyaAllah jika kita sematkan dalam hati baik-baik, bagi ia kukuh dan mantap..segala yang kita usahakan dan lakukan tidak akan menimbulkan rasa malas, geram, tak puas hati, marah dan melecehkan..

hebatnya ayat-ayat cinta dari Allah..ini baru satu ayat, sudah memberi ketenangan dan mengarah kehidupan kita yang lebih baik..apatah lagi jika kita aplikasikan beribu ayat dalam mashaf tercinta ini..subhanaallah..

harus diingat kita ini lemah, dan Dialah tempat untuk kita bergantung^_~

"Allah sentiasa hendak meringankan beban (hukumNya) dari kamu. Manusia itu dijadikan berkeadaan lemah."                                                                                     (al-nisa:28)




p/s: bittaufiq wannajah pada batch 20 dan 22 (unis), batch 21(2nd block exam), dan tidak dilupakan ada batch paling senior yang akan pulang ke malaysia tak lama lagi, batch 19 (end posting exam) moga dipermudahkan , insyaAllah..^_^





Wednesday, February 11, 2009

sekitar study week

pagi-pagi, on the way to sonia for breakfast


kelihatan lembu bersama anak beranaknya keluar ambil angin pagi..


ok, jom start study!! (aishah sedang study)


view 2nd floor dr 1st floor


rak buku yang tersusun cantik...heh


ops! khusyuknya syani study! chaiyok beb!


tempat berehat kala ngantuk.. 'kopi satu, bos!'





kadang2, study kat sini petang2


atau, study kat fountain depan library..




teman aishah isi minyak motor..:p


ni CCD (cafe cik dollah)



jom tengok apa kat dalam..!~_^

kaunter


masing2 dok menghapal gak tu..nak exam la katakan..



aiskrim purple dan motor purple..



kadang2, study kat  rooftop juga..sambil tengok sunset..


d best cookies ever! (placebo untuk stay up)

atas permintaan, nah..gambar2 di bawah..:)


widat dengan aishah..syndrome setelah penat belajar..tak hirau dah tempe tgk ke tak dok posing tuh...


aishah study;sarah kacau aishah study:P


shida;jam 10.30 am sehari sebelum exam microbe..:)
k, setakat itu sahaja dulu update kali ini, alhamdulillah sudah habis theory patho, pharmac dan microbe...
masih pending: forensic (13hb 2 2009)
practical pharmacology (20hb 2 2009)
practical pathology (21hb 2 2009)
practical microbiology (22hb 2 2009)

coming up: holidays!


^_~