Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, March 11, 2010

perginya bersama harapan


بسم الله الرحمن الرحيم


Fikiran ku tidak tenang. Mengenangkan seseorang yang amat rapat denganku. Jiwaku resah. Saat ini, aku mohon pada Allah agar menjaganya dengan sebaiknya, semoga dia dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa.

Namun, aku sedar inilah kehidupan. Dunia, tempat persinggahan sementara buat hambaNya. Macam R & R. Ujian yang Allah turunkan adalah sebagai kaffarah dosa-dosa kita yang telah lalu. Atau pun, untuk menaikkan darjat hambaNya. Sebagai hamba, kita sepatutnya bersyukur dan merasa bertuah kerana Allah telah memilih antara berjuta hambaNya untuk diberikan ujian. Allah masih sayang pada kita.

Kadang, ujian itu lebih kepada menguji perasaan. Tak dinafikan, bila melibatkan hati dan perasaan, manusia akan mudah terdeviate dan terlalu mengikut emosi mereka. Namun, disitulah perlunya mujahadah, untuk kekal bertahan. Menangkis segala persepsi negatif dan sikap berburuk sangka.Tak boleh lupa pada hakikat asal matlamat hidup kita di dunia.

Mengimbas kembali sejarah,

Setelah Rasulullah menetap di Madinah, biarpun Baginda sibuk dengan urusan negara, Rasulullah tidak pernah lupa tanggungjawab pada keluarga. Tambahan pula, anak lelaki yang ditunggu-tunggu selama ini baru sahaja lahir, Ibrahim namanya. Rasulullah sangat menyayangi Ibrahim. Beliau adalah satu-satunya anak lelaki yang masih tinggal selepas putera baginda yang lain meninggal dunia iaitu Qasim dan Abdullah yang juga digelar at-Tahir. Qasim dan Abdullah menghembuskan nafas terakhir dalam pangkuan isterinya, Khadijah. Kemudian Khadijah, isteri yang dicintainya pula pergi meninggalkan baginda setelah Abu Talib, bapa saudara baginda.

Apabila Ibrahim lahir ke dunia, jiwa yang dalam kesedihan itu membungakan rasa gembira yang berkembang mekar. Hilang segala kepedihan dan kesedihan yang bersarang di hati. Terubat juga segala hirisan pilu yang tajam. Baginda menumpahkan kasih sayang pada Ibrahim. Namun, harapan itu tidak lama. Ibrahim tiba-tiba sakit dan ia sangat membimbangkan Rasulullah.

Semasa Rasulullah dalam satu majlis di masjid, datang pembawa khabar memberitahu Ibrahim sedang nazak. Rasulullah sangat sedih sehingga semasa ingin pulang ke rumah, sahabat baginda, Abdul Rahman bin Auf terpaksa memapah baginda yang dalam kesedihan.

Apabila tiba sahaja di rumah, dilihatnya Ibrahim sedang menarik nafas yang sangat dalam dan panjang sekali. Didakapnya anak kecil itu, lalu diletakkan di pangkuan baginda dengan rasa hiba. Tangannya menggeletar menahan kesedihan.Akhirnya, kepiluan yang ditahan-tahan terpancar juga pada lelehan air mata yang mengalir lesu di pipi baginda.

Ditatapnya wajah anak kecil itu yang sesekali menarik nafas panjang sambil berkata, "Wahai Ibrahim, kami tidak dapat menolongmu daripada ketentuan Tuhan."

Suasana menjadi hening menyaksikan kesedihan yang menusuk jiwa orang yang hadir. Masing-masing turut rasa simpati. Air mata mereka juga tidak dapat disekat. Akhirnya tubuh kecil yang bertarung dengan kepedihan saat tercabut nyawa dari badan itu meninggalkan kelukaan dan kepedihan hati seluruh isi alam. Memadamkan sebuah harapan.

Rasulullah dalam nada sedih berkata, " Mata boleh bercucuran, hati dapat merasa duka, kami hanya berkata apa yang Tuhan tetapkan dan sesungguhnya, wahai Ibrahim, kami sungguh sedih padamu."

Rasulullah menjawab, "Saya tidak melarang orang berdukacita, tetapi yang saya larang adalah orang yang menangis dengan suara yang keras. Apa yang saudara semua lihat pada saya sekarang ini hanyalah kesan cinta dan kasih dalam hati. Orang yang tidak punya kasih sayang, orang lain juga tiada kasih padanya."

Akhirnya, Ibrahim, anak kecil yang comel baru berusia 7 bulan itu menghembuskan nafas terakhirnya dalam kepayahan di atas pangkuan ayahnya yang sedang bertarung dengan perasaan sedih dan pilu yang mencengkam hati.

Selepas Ibrahim dimandikan, jenazahnya di bawa ke tanah perkuburan Baqi' iaitu tempat pejuang Islam yang mati syahid dalam peperangan Badar. Di sana Ibrahim disemadikan selepas disembahyangkan oleh ayah baginda dan para hadirin yang lain.

Apabila selesai, Rasulullah kemudiannya meratakan tanah dengan tangan baginda sendiri, menyiramkan air dan membuatkan tanda di atas pusara Ibrahim itu sambil berkata, "Perbuatan ini tidak membawa kerugian dan keuntungan , tetapi hanya akan menyenangkan orang yang masih hidup. Apabila mereka mengerjakan sesuatu, Tuhan lebih suka ia dikerjakan secara sempurna."



Semua manusia mempunyai perasaan sedih dan dukacita. Namun, kesedihan dan dukacita itu janganlah sampai menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah juga ada masanya untuk baginda bersedih. Tabahnya Rasulullah, selepas seorang demi seorang, orang yang Baginda sayangi meninggalkan baginda. Namun, itu semua tidak pernah mematahkan perjuangannya mendaulatkan islam.

Kita juga seharusnya mengawal emosi dalam setiap perkara yang berlaku. Kita mungkin juga kehilangan orang yang kita sayangi, orang yang mungkin paling rapat atau 'soulmate' kita..namun, sebagai seorang muslim dan daie, tidak atau tidak, kita harus muhasabah atas setiap ujian yang terjadi. Jadikan ia sebagai pemangkin untuk kita lebih dekat, lebih cinta pada Maha Pencipta. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik tempat kembali.

"Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu ke arah kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka,[sbg] bunga kehidupan dunia,agar Kami uji mereka dgn [kesenangan] itu. Kurnia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal." {taha:131}





Saturday, January 23, 2010

kejadian manusia

Bismillah walhamdulillah


Video yang cukup menyentuh jiwa. Sebab kita memang selalu lupa.

Besarnya kuasa Allah yang menciptakan. Seringkali kita tak sedar yang kita ini lahir dari
benda yang paling kotor sekali.

Kita dah besar, dah pun berjaya mengharungi hidup sampai 20 ke 30 tahun.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Namun, dalam umur yang telah menjangkau ini entah apa agaknya yang kita
dah lakukan untuk diri sendiri, untuk deen ini.

Mungkin kita tak pernah ingat,
antara ratusan juta sperma yang memburu sel telur , hanya satu sahaja yang
berjaya disenyawakan. Siapakah dia?

Ia adalah kita!

Jadi, sejak awal lagi Allah sudah memilih kita menjadi pembawa
amanahnya di bumi ini. Kemudian, Allah pilih kita untuk bagi memilih
ketentuannya dalam Dinul islam.

Kita diberi berbagai keutamaan oleh Allah berbanding makhluknya yang lain.

Dengan kekuatan yang kita miliki, seluruh makhluk di muka bumi ini dapat kita kuasai.
Subhanaallah! macam mana kita bertanggungjawab kepada keunggulan anugerah Allah itu?

Kita perlu kembali mencipta potensi diri,kemudian mengasahnya akhirnya menjadi
keunggulan dalam diri. InsyaAllah.

'Ya Allah, jadikanlah aku antara insan-insan yang terpilih'


Thursday, January 14, 2010

kerna kita dah berjanji..

Bismillah walhamdulillah

kerna kita sudah berjanji....

sedar atau tidak, terpaksa atau rela,kita sudah pun berjanji dengan Allah.

Berjanji untuk tunduk dan patuh pada arahanNya, jadikan Allah sebagai Rabb kita.

Sejak dalam kandungan lagi kan?

"setiap anak yang lahir dalam keadaan fitrah,maka ayahnya lah yang jadikannya yahudi, nasrani atau majusi"

[HR Muslim]

Perasan tak sebenarnya kita ini duduk dalam keadaan jahiliah?

Jahiliah bak kata 'buku teks' maksudnya bodoh. Ikut keadaan sebenar, ia bermaksud, segala perkara yang selain daripada Islam.

Lain orang lain jahiliahnya. Ada orang membazir waktu itu jahiliah. Ada orang, suka menonton wayang itu jahiliah. Ada orang, suka bertangguh itu jahiliah. Ada orang, meninggalkan dan melewatkan solat itu jahiliah..Ada lagi, kedekut itu jahiliah. Dan apa sahaja jahiliah yang masih bersarang dalam diri kita nih.

Disini, kita tengok jahiliah dari sudut2 macam tu. sebab semua tu perkara yang Islam tak galakkan pun kan.

Tapi kan..susahhhhhhhnya nak buang jahiliah yang macam tu kan?

Sebab kita tak pernah nak keluar dari jahiliah yang telah hidup dalam diri kita sejak kecik lagi.

Cuba kita imbas bagaimana para sahabat. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Mus'ab, Abu ubaidah dan ramai lagi lah..Semuanya hebat2! Bukan calang2..

Mereka rasa bagaimana sakit dan panasnya duduk dalam jahiliah yang hitam pekat, dengan penyembahan berhala, minum arak, tak bertuhankan Allah. Kemudian , mereka masuk dalam islam yang sudah pasti 'tak menyakitkan', sejuk dan sangatttt besttt! Iaitu dari keadaan yang HITAM kepada PUTIH!

Mereka rasa sangat manisnya duduk dalam Islam dan bergelar seorang muslim. Sebab mereka 'TRULY, DEEPLY, MADLY' berubah dari the real jahiliah to the truth which is islam. Rasa tak nak dah patah balik pada jahiliah yang sgt tak best tu.

Tapi, kita...kenapa susah sangat ye nak berubah?

Sebab kita duduk dalam keadaan KELABU. Bercampur dah hitam dan putih. Bercampur jahiliah dengan yang tak jahiliah. kita tak menghargai erti sebenar menjadi seorang Islam. Kita tak masuk Islam secara kaffah[keseluruhan] seperti dalam QS:2:208.

Cuba bayangkan, andainya masa kita lahir, mak kita tulis kat surat beranak bawah kategori agama,

instead of

AGAMA-->ISLAM

but

AGAMA-->tak tahu lagi agama apa

Namun, alhamdulillah, kita dilahirkan dalam keluarga Islam, dan kita Islam sejak dari lahir lagi.
BERUNTUNGNYA KITA!

Kerja kita tinggal nak mengamalkan islam tu sebagai cara hidup je. Tapi sejauh mana kita betul2 jadikan islam tu sebagai deen yang kita bernafas setiap saat dengannya?

Dalam bab halawatul iman sahih bukhari ada sebut,

3 perkara, sesiapa yang ada padanya, dia akan dapat kemanisan iman.
1-kasihi Allah dan Rasul melebihi dari segala-galanya.
2-Kasihi seseorang..,tidak dikasihinya melainkan kerana Allah
3-Benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci di campakkan dalam api neraka.

Selagi kita tak rasa susah payah dalam nak tinggalkan jahiliah tu, selagi kita masih dalam takuk jahiliah yang kita 'suka' buat, selagi itulah kita tak rasa kemanisan iman.

Benda-benda yang ada kat dunia ni, semuanya nampak best. Dan kita tend to forget Allah bila kita seronok sangat dengan dunia.

kita muhasabah...

Apa yang selalu merunsingkan kita tiap2 hari?

Homework x siap? susahnya nak belajar... risau perasaan orang tersayang...nak tengok movie terbaru?

atau...

kalaulah mati malam ni..dah cukupkah amalan? ada buat dosa dengan orang tak hari ni? dosa dengan Allah.. Solat tadi...khusyuk tak..

Allah akan tanya balik apa yang kita buat kat dunia ni sewaktu usia muda kita.. takutnya kan kalau kita tak tahu nak jawab apa..sebab kita tak buat apa2..kita hanya duduk lenggang kangkung [wujud ke eh word nih?] penuhi masa dengan fikir benda2 dunia.

Justeru,
yuk berubah!

Kita jadi golongan hawariyyun! yang putih dan bersih^_^

expect dan target high utk diri sendiri. Dan berusaha untuk buat sesuatu tu betul-betul. Tahu sesuatu tu salah, maka cuba tinggalkan. okey?=)

~sharing sayonara jahiliah~

we share coz we care^_^


"apa khabar iman hari ini?"









Saturday, January 9, 2010

adakah kau lupa?

Bismillah walhamdulillah

Islah nafsak!

"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? [itu] sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengerjakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
(as-saff:2-3)

Perbaiki diri sendiri sebelum perbaiki orang lain. Jangan expect orang yang kita dakwah kan untuk berubah seandainya kita sendiri tidak berubah. Mad'u lebih melihat apa yang kita lakukan, kadang2 saja mengikut apa yang kita cakapkan.

wake up call untuk para du'at!

Titik tolak nya adalah bermula dengan diri sendiri.

Layakkah kita mewarisi syurga yang pernah diduduki oleh atok nenek moyang kita, Nabi Adam as?

Layakkah kita untuk mengaku yang kita mewarisi Al-Quran, mukjizat Maha Agung sepanjang zaman?

Umat Islam umat yang palinggg bertuah kerana mewarisinya.. Sedangkan gunung dan alam ini pun tak sanggup nak pikul tanggungjawab tu. Tapi, manusia dengan rela hati ingin memikul tanggungjawab tu.

Setelah kita menerimanya, apa yang kita buat dengan mukjizat agung itu...?

Tentu kalian masih ingat yang Islam pernah gemilang suatu masa dahulu, tamadun islam inilah yang menjadi ikutan seluruh dunia!

Tapi, tertanya-tanya tak, di mana kah agaknya tamadun itu sekarang.

Kita sebagai pewaris tamadun terbilang itu..tapi apa yang telah kita lakukan untuk Deen ini?

Hidup ini bukan untuk kebaikan diri sendiri.

Benar, kita harus berusaha islah kan diri sendiri, tapi kita harus bergerak pantas. Islahkan diri dengan penuh iltizam dan istiqamah.

Dan, harus diingat, tanggungjawab kita tak terhenti di situ sahaja.

Kita adalah khalifah! tanggungjawab kita untuk meng'islah' kan orang lain juga.

Bukan untuk menjadi baik untuk diri sendiri sahaja. Tapi hidup ini menuntut kita untuk orang lain juga.

Kerana dari lahirnya individu2 yang cemerlang inilah, bergabung menjadi umat yang terbilang juga.

Fikirkan sejenak.. Andainya Nabi tidak berdakwah pada para sahabat, sampaikah islam yang kita anut dan hidup dengannya sampai hari ini?

Maha Suci Allah!

"maka setelah mereka, datanglah generasi jahat yg mewarisi taurat, yg mengambil harta benda dunia yang rendah ini. " [al-a'raf:169]

adakah kita pewaris seperti yang disebut dalam ayat di atas?

atau...

"...Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami ke (syurga) ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekirannya Allah tidak menunjukkan kami. " [Al-a'raf:43]

kita pewaris yang ini?



Kita rasa kita dah cukup berjuang untuk islam, tapi mana tahu, bila check DNA, it shows yang kita tak layak pun nak 'mewarisi' syurga Allah dan tamadun ini.

Shows that we as the worthy heir of what we should be!

Persiapkan diri untuk pikul tanggunjawab dengan sungguh-sungguh!

Ingat satu perkara, bila kita abaikan kerja dakwah yang sepatutnya kita kene buat, itu juga menyumbang pada hati yang sakit.

Apa yang penting, bila Allah mengiktiraf apa yang kita lakukan.

Pesan seseorang pada saya,

"dikala kita rasa iman kita down, jangan biarkan saja. Volunteerkan diri untuk beri tazkirah, buat usrah, beri nasihat dan 'memberi' pada orang lain. Sebab dengan cara tulah, kita dapat naikkan balik iman kita. On the way kita nak buat baik tu, kita akan berusaha untuk islahkan diri sekaligus.

Kalau kita biarkan dan tunggu sahaja...dan kata,'takpelah, tunggu iman naik dulu, baru buat usrah, tunggu rasa semangat skit, baru nak 'memberi', tunggu ada kelas agama lah, baru nasihat orang lain...'

maksudnya kita terhasut dengan pujukan syaitan yang selalu ingin melambat-lambatkan. entah bila agaknya kita akan cuba untuk berubah. Dan entah mungkin juga kita takkan berubah dan tetap di takuk lama."



Islah nafsak wad'u ghairu

Kitalah generasi harapan. Pemuda kahfi zaman ini.

Takbir!! Allahuakbar!


Wednesday, September 30, 2009

muhasabah

Assalamualaikum wrt.

Bismillah walhamdulillah

Setelah sekian lama tidak menulis, akhirnya ini kali pertama menulis setelah selamat tiba di kampus baru. Bukannya sudah tidak mahu berblog, cuma kadangkala terasa macam malas nak buka internet, kalau buka pun, sekadar membaca blog2 orang lain. Mana tahu menjumpai apa yang dicari oleh sisa-sisa lopak dalam hati ini.

Banyak perkara dalam hidup ini yang kita sangka manis dan indah belaka. Namun, tidak lupa pada kisah silap malam, tatkala mentari seakan-akan hilang dibalik awan, menanti cahaya bulan, karang tidak muncul-muncul juga.

Terasa seperti keseorangan.

Kosong. Tanpa teman.

Namun, pelangi bukanlah sejahat yang kita sangka. Ia bakal muncul setelah hujan menurunkan rahmatnya. Membasahi hati manusia yang seringkali kering dan tandus. Sering melupai Tuhan.
Bila ujian melanda, musibah menimpa...ya, pelbagai cara dan berbagai arahnya. Berbeza mengikut individu.Kerana Allah lebih mengetahui diri kita berbanding diri kita sendiri. Dikala jatuh terduduknya hati kita ini lah, Allah tempat kita mengadu segala-segalanya. Segalanya datang dari Dia, dan kepadaNya kita serahkan segalanya..

Bila segalanya telah diserahkan setulus bicara, walaupun hanya tikar sejadah menjadi hamparan, walaupun
hanya air mata yang menjadi taruhan, Allah mengira setiap detik dan saat yang menggusarkan.


*****

Saya tertarik dengan Novel VT karya hilal asyraf.. tampak bersahaja namun sarat dengan mesej dakwah dan motivasi. Betapa nama Islam itu dijulang begitu tinggi,bukan sahaja aspek ibadah sehari-hari, namun tetap diadaptasi dalam sukan. Bahawa sukan itu adalah ibadah dan sememangnya salah satu cara menunjukkan Islam itu tetap tinggi walau dimana-mana.

Dengan aktiviti-aktiviti pembacaan mathurat setiap hari, qiamullail, solat berjemaah di surau, makan dalam talam bersama, hafazan dah usrah yang ditekankan dalam novel berkenaan, saya kembali teringat bahawa inilah yang diterapkan semasa sekolah berasrama dulu. Andainya pembacaan saya kali ini amat mengimbau kenangan lama di sekolah, baru saya sedar tarbiyah yang saya lalui di sekolah bukanlah satu perkara sia-sia.

Andainya di sekolah asrama, kita boleh istiqamah dengan melakukan perkara2 tersebut, bila dah keluar dan masuk alam universiti, di mana sorrounding yang kurang membantu, dan tidak ada peraturan tetap yang harus diikuti, tidak akan ada ustaz yang cek tiap-tiap pagi siapa yang tak pergi subuh berjemaah, tidak ada orang paksa masuk usrah, dan macam2 lagi. Masih mampu kah untuk istiqamah? tepuk dada tanya iman..

Mujahadah

Akan hanya terbina dalam hati, terbina oleh didikan oleh si pemilik diri.
Sekiranya tak cukup kuat menongkah arus lautan dunia, maka tenggelamlah ke dasar lautan.
Yang paling menyedihkan, pabila terus seronok, lupa asal usul hidup ini ada tujuan.

Kadangkala ada juga yang terkapai-kapai mencari hala tujuan, namun tiada siapa datang membantu.
Takut tersalah arah, mungkin buruj-buruj di langit bisa membantu.
Tidak ada cara lain, berenanglah bersungguh-sungguh hingga sampai ke permukaan.

The Sun

kadang, kita tak nampak mentari yang telah lama memancar kan sinarnya melewati subuh di pagi hari, sebab kita masih menutup mata, enggan bangun dari lena.
Cuba buka mata, bangun dan lihatlah dunia ini dari sudut yang lainnya.

Carilah pedoman, carilah petunjuk, ianya ada!
Cuma kita yang harus berusaha untuk membuka minda dan hati kerna sememangnya ia ada didepan mata!

Usah buat buat buta kerna kitalah yang pasti menyesal di akhirat kelak.

lokasi terakhir

Pernah tersesat mencari jalan?
Saya bukanlah orang KL, sebab tu tiap kali datang KL ni, lebih suka guna perkhidmatan awam. Kalau naik kereta, alamatnya boleh sesat jugaklah sebab jalan2nya yang saya tak biasa dan banyak sangat cabangnya.

Katakanlah, saya ingin ke KL begitu juga dengan anda semua.

Pastinya sukar untuk menyelusuri jalan yang berbelok sana dan sini, dan pasti lebih sukar bila kita melaluinya tanpa panduan.

Dalam perjalanan kita ni, mesti kita akan jumpa jalan utama, dan jalan2 kecil lain yang destinasi nya juga sama. Yang beza adalah condition jalan itu sendiri, ada yang jalan merah, jalan bertar, jalan batu kerikil, jalan penuh lopak dan sebagainya. Kadangkala, kita tidak punya pilihan untuk lalu di jalan yang kecil, dan penuh lobang sana sini.

Semua jalan tersebut bakal membawa kita ke lokasi yang sama. Yang membezakan kita dengan orang lain yang melalui jalan yang lain adalah aktiviti kita sepanjang perjalanan.

Ada orang sebelum memulakan perjalanan sudah siap sedia dengan information tentang jalan yang bakal dilalui. Ada yang lain memutuskan untuk berjalan dulu, kalau tak tahu, baru tanya orang2 di kawasan itu. Ada juga orang yang sudah ada information awal, tapi bila di tengah jalan, dia bingung , kemudian, malu bertanya..last2, berputar-putar di tempat yang sama saja.

Samalah juga seperti perjalanan hidup ni. Kita menuju arah yang sama iaitu kematian. Dalam perjalanan ni, kita akan lalui macam2. Ada orang selalu ditimpa kesedihan, ada orang dikurniakan kegembiraan sahaja. Ada orang rezekinya melimpah ruah, ada orang lain pula hidup miskin dan perlu berjuang habis-habisan demi hidupnya. Namun, satu perkara yang pasti , kita semua bakal menuju ke alam kubur, iaitu kematian.

Satu-satunya cara nak selamat ialah mempersiapkan kematian itu sendiri. Hakikatnya, orang yang mulia akan hidup kembali di alam barzakh dan mendapat kenikmatan di dalamnya. Sebaliknya orang yang hina, menunggu siksaan yang lebih di dahsyat di akhirat kelak.

Persiapkan kematian

"barangsiapa yang Allah mengkehendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam" [al-an'am:125]

Kalau hati kita sudah merasa 'at home' dengan Islam, kecenderungan untuk memikirkan persiapan hidup di 'rumah abadi' pastinya menjadi priority. Menganggap dunia ini bukanlah segalanya. Dan jangan biarkan 'perasaan' itu berlalu begitu saja. Ikat kan ia segera dengan tekad yang kuat dan ikrarkan dengan kalimat syahadah.

Orang-orang yang dalam hatinya di berikan hidayah oleh Allah, pasti dipenuhi cahaya. Dengan cahaya itulah, hati ini akan memperoleh ketenangan dan kelapangan yang luar biasa dalam melaksanakan cara hidup Islam.

Hati yang peroleh hidayah akan banyak memikirkan 'rumah masa depan' , mengambil jarak dengan 'rumah dunia' dan selalu mempersiapkan diri untuk hadapi kematian sebelum pintu taubat tertutup buat selamanya.

muhasabah diri,tingkat peribadi.








Wednesday, August 12, 2009

pelangi,muncullah kembali!

Bismillah walhamdulillah

Allah Maha Terbaik caturanNya. Tidak pernah membiarkan hamba-hambaNya.
Doa yang dipohon tidak pernah diabaikan. Malah, Dia memberi jalan keluar atas setiap kesulitan dan keresahan hati seorang insan. Ya Allah..kerdilnya aku di sisiMu..

Artikel dari ust muntalaq, cukup membuatkan hati ini tersenyum kembali.
Aku sedar hakikat jalan yang telah dipilih..bukan senang, malah memerlukan 200% kecekalan hati dan semangat juang yang tinggi bagi menolak semua perkara-perkara kecil yang bisa saja menggoyahkan iman dan emosi.

Aku tahu..

Bukan aku sahaja pernah merasai susah ini, mesti ramai lagi daie dan daieyah yang telah lebih lama 'terjebak' dalam dakwah ini pernah merasai nya sebelum aku..Malah, lebih susah lagi.

Tak wajar andainya aku cepat benar mengeluh! sangat tak wajar andainya aku buat-buat 'sakit' sedangkan aku sepatutnya harus berusaha untuk terus 'sihat' demi Islam ini.



Salam,

Ketika setiap dari kita mula melangkah ke jalan ini, masing-masing akan menyangka ianya adalah jalan yang nyaman, tenteram, harmoni. Semua akan menyangka manusia lain akan menyanyangi mereka kerana mereka adalah orang-orang yang baik dan inginkan kebaikan. Peserta-pesertanya pula tentunya ramah, bersopan santun, murni dan begitu ukhuwwah… Hati-hati akan tentunya tenteram damai kerana ia adalah jalan yang diredhai Allah….

Tetapi….
Tiba-tiba pesertanya dikejutkan dgn kejutan yang tidak disangka-sangka. Angin bertiup kencang. Ombak mula berubah. Penumpangnya mula berubah. Ada yang mula mementingkan dirinya.. ada yang marah-marah dan ada yang bergaduh sesama sendiri.
Adakah kita akan lari? adakah kita akan terjun dan berpatah balik ke belakang berenang ke darat semula?
Tidak…
Suatu yang silap untuk berpatah balik kerana balik ke belakang ertinya membiarkan umat terus disambar jerung dan helang. Perjalanan perlu diteruskan.

Mungkin para si penyeru pada awal-awalnya terlalu indah menceritakan perjalanan ini. Mungkin si penyeru takut untuk menceritakan pada kita pada awal-awal dulu tentang tabiat perjalanan ini. Mereka hanya menceritakan kepada kita cerita-cerita indah dan menarik.

Kita mesti ingat, kita bekerja dgn manusia. Manusia yang tidak akan lepas dari silap dan salahnya. Manusia yang tidak akan dapat membunuh nafsu dan syahwatnya. Manusia yang tidak pernah syaitan merasai putus asa untuk mengganggunya.

Jika kita kenangi ini semua, kita tidak akan putus asa. Gugur dan futurnya kawan-kawan, beratnya tohmahan dan fitnah, bergejolaknya dalaman harakah islamiyyah, ber’politik’nya sesama pimpinan dakwah, panjang dan sengitnya pertarungan, semua ini tidak mengubah hati kita walaupun seurat rambut.

Jika fitnah ‘poliking’ atasan melemahkan semangat kita, tentunya sahabat di zaman Khalifah Ali dan Muawiyyah lebih layak untuk lari dari jihad dan dakwah.

Jika tekanan dan siksaan menakutkan kita, tidak pernahkah kita mendengar cerita Sumayyah dan SQ yang mati kerana mempertahankan aqidah mereka?

Jika panjangnya perjalanan usaha ini, tidak sabarkah kita sesabar Nabi Nuh as.?
Jalan kita akan menyaksikan itu semua. Kerana kita memerlukan organisasi dan keketuaan, maka kita harus membayar harga sakit penat dan remeh temeh organisasi demi untuk mencapai yang lebih besar…

Jika anda telah merasai bosan dan bengang dgn masalah-masalah ini semua, saya tentunya orang yang lebih dahulu untuk merasainya….
Wassalam.

jzkk ust.


Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah[jalan] untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah [berjuanglah] dijalanNya, agar kamu beruntung
(al-maidah:5)