Wednesday, September 30, 2009

muhasabah

Assalamualaikum wrt.

Bismillah walhamdulillah

Setelah sekian lama tidak menulis, akhirnya ini kali pertama menulis setelah selamat tiba di kampus baru. Bukannya sudah tidak mahu berblog, cuma kadangkala terasa macam malas nak buka internet, kalau buka pun, sekadar membaca blog2 orang lain. Mana tahu menjumpai apa yang dicari oleh sisa-sisa lopak dalam hati ini.

Banyak perkara dalam hidup ini yang kita sangka manis dan indah belaka. Namun, tidak lupa pada kisah silap malam, tatkala mentari seakan-akan hilang dibalik awan, menanti cahaya bulan, karang tidak muncul-muncul juga.

Terasa seperti keseorangan.

Kosong. Tanpa teman.

Namun, pelangi bukanlah sejahat yang kita sangka. Ia bakal muncul setelah hujan menurunkan rahmatnya. Membasahi hati manusia yang seringkali kering dan tandus. Sering melupai Tuhan.
Bila ujian melanda, musibah menimpa...ya, pelbagai cara dan berbagai arahnya. Berbeza mengikut individu.Kerana Allah lebih mengetahui diri kita berbanding diri kita sendiri. Dikala jatuh terduduknya hati kita ini lah, Allah tempat kita mengadu segala-segalanya. Segalanya datang dari Dia, dan kepadaNya kita serahkan segalanya..

Bila segalanya telah diserahkan setulus bicara, walaupun hanya tikar sejadah menjadi hamparan, walaupun
hanya air mata yang menjadi taruhan, Allah mengira setiap detik dan saat yang menggusarkan.


*****

Saya tertarik dengan Novel VT karya hilal asyraf.. tampak bersahaja namun sarat dengan mesej dakwah dan motivasi. Betapa nama Islam itu dijulang begitu tinggi,bukan sahaja aspek ibadah sehari-hari, namun tetap diadaptasi dalam sukan. Bahawa sukan itu adalah ibadah dan sememangnya salah satu cara menunjukkan Islam itu tetap tinggi walau dimana-mana.

Dengan aktiviti-aktiviti pembacaan mathurat setiap hari, qiamullail, solat berjemaah di surau, makan dalam talam bersama, hafazan dah usrah yang ditekankan dalam novel berkenaan, saya kembali teringat bahawa inilah yang diterapkan semasa sekolah berasrama dulu. Andainya pembacaan saya kali ini amat mengimbau kenangan lama di sekolah, baru saya sedar tarbiyah yang saya lalui di sekolah bukanlah satu perkara sia-sia.

Andainya di sekolah asrama, kita boleh istiqamah dengan melakukan perkara2 tersebut, bila dah keluar dan masuk alam universiti, di mana sorrounding yang kurang membantu, dan tidak ada peraturan tetap yang harus diikuti, tidak akan ada ustaz yang cek tiap-tiap pagi siapa yang tak pergi subuh berjemaah, tidak ada orang paksa masuk usrah, dan macam2 lagi. Masih mampu kah untuk istiqamah? tepuk dada tanya iman..

Mujahadah

Akan hanya terbina dalam hati, terbina oleh didikan oleh si pemilik diri.
Sekiranya tak cukup kuat menongkah arus lautan dunia, maka tenggelamlah ke dasar lautan.
Yang paling menyedihkan, pabila terus seronok, lupa asal usul hidup ini ada tujuan.

Kadangkala ada juga yang terkapai-kapai mencari hala tujuan, namun tiada siapa datang membantu.
Takut tersalah arah, mungkin buruj-buruj di langit bisa membantu.
Tidak ada cara lain, berenanglah bersungguh-sungguh hingga sampai ke permukaan.

The Sun

kadang, kita tak nampak mentari yang telah lama memancar kan sinarnya melewati subuh di pagi hari, sebab kita masih menutup mata, enggan bangun dari lena.
Cuba buka mata, bangun dan lihatlah dunia ini dari sudut yang lainnya.

Carilah pedoman, carilah petunjuk, ianya ada!
Cuma kita yang harus berusaha untuk membuka minda dan hati kerna sememangnya ia ada didepan mata!

Usah buat buat buta kerna kitalah yang pasti menyesal di akhirat kelak.

lokasi terakhir

Pernah tersesat mencari jalan?
Saya bukanlah orang KL, sebab tu tiap kali datang KL ni, lebih suka guna perkhidmatan awam. Kalau naik kereta, alamatnya boleh sesat jugaklah sebab jalan2nya yang saya tak biasa dan banyak sangat cabangnya.

Katakanlah, saya ingin ke KL begitu juga dengan anda semua.

Pastinya sukar untuk menyelusuri jalan yang berbelok sana dan sini, dan pasti lebih sukar bila kita melaluinya tanpa panduan.

Dalam perjalanan kita ni, mesti kita akan jumpa jalan utama, dan jalan2 kecil lain yang destinasi nya juga sama. Yang beza adalah condition jalan itu sendiri, ada yang jalan merah, jalan bertar, jalan batu kerikil, jalan penuh lopak dan sebagainya. Kadangkala, kita tidak punya pilihan untuk lalu di jalan yang kecil, dan penuh lobang sana sini.

Semua jalan tersebut bakal membawa kita ke lokasi yang sama. Yang membezakan kita dengan orang lain yang melalui jalan yang lain adalah aktiviti kita sepanjang perjalanan.

Ada orang sebelum memulakan perjalanan sudah siap sedia dengan information tentang jalan yang bakal dilalui. Ada yang lain memutuskan untuk berjalan dulu, kalau tak tahu, baru tanya orang2 di kawasan itu. Ada juga orang yang sudah ada information awal, tapi bila di tengah jalan, dia bingung , kemudian, malu bertanya..last2, berputar-putar di tempat yang sama saja.

Samalah juga seperti perjalanan hidup ni. Kita menuju arah yang sama iaitu kematian. Dalam perjalanan ni, kita akan lalui macam2. Ada orang selalu ditimpa kesedihan, ada orang dikurniakan kegembiraan sahaja. Ada orang rezekinya melimpah ruah, ada orang lain pula hidup miskin dan perlu berjuang habis-habisan demi hidupnya. Namun, satu perkara yang pasti , kita semua bakal menuju ke alam kubur, iaitu kematian.

Satu-satunya cara nak selamat ialah mempersiapkan kematian itu sendiri. Hakikatnya, orang yang mulia akan hidup kembali di alam barzakh dan mendapat kenikmatan di dalamnya. Sebaliknya orang yang hina, menunggu siksaan yang lebih di dahsyat di akhirat kelak.

Persiapkan kematian

"barangsiapa yang Allah mengkehendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam" [al-an'am:125]

Kalau hati kita sudah merasa 'at home' dengan Islam, kecenderungan untuk memikirkan persiapan hidup di 'rumah abadi' pastinya menjadi priority. Menganggap dunia ini bukanlah segalanya. Dan jangan biarkan 'perasaan' itu berlalu begitu saja. Ikat kan ia segera dengan tekad yang kuat dan ikrarkan dengan kalimat syahadah.

Orang-orang yang dalam hatinya di berikan hidayah oleh Allah, pasti dipenuhi cahaya. Dengan cahaya itulah, hati ini akan memperoleh ketenangan dan kelapangan yang luar biasa dalam melaksanakan cara hidup Islam.

Hati yang peroleh hidayah akan banyak memikirkan 'rumah masa depan' , mengambil jarak dengan 'rumah dunia' dan selalu mempersiapkan diri untuk hadapi kematian sebelum pintu taubat tertutup buat selamanya.

muhasabah diri,tingkat peribadi.








No comments: