Monday, September 22, 2008

taubat

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kita masih sempat untuk menempuh malam-malam terakhir di bulan ramadhan..bagi yang telah memanfaatkan sepenuhnya hari-hari yang berlalu di sepanjang bulan yang mulia ni..teruskanlah..bagi yang baru sahaja sedar bahawa ramadhan bakal meninggalkan kita tak lama lagi, bangkitlah..masih punya waktu untuk kita menginsafi kekurangan diri,memohon ampun dan taubat dari Yang Maha Esa..

Taubat..
adalah meninggalkan sesuatu yang tercela menurut syara'...
menuju ke arah sesuatu yang terpuji menurut syara'...
mengetahui bahawa dosa-dosa dan maksiat menimbulkan kebinasaan dan menjauhkan diri dari Allah SWT dan syurganya...
sedangkan semua itu bererti mendekatkan diri kepada Allah dan syurganya...

Ketika Adam a.s.makan [buah] dari pohon terlarang,gugur pakaian di tubuhnya sehingga tampak auratnya dan tinggal mahkota di atas kepalanya,Adam a.s. terasa malu memakainya. Kemudian, datanglah Jibril a.s. dan mengambil mahkota itu dari kepalanya..

Kemudian..
diseru kepada Adam dan Hawa:turunlah kalian dari sisiKu, kerana tidaklah berdekatan dgnKu bagi sesiapa yang mendurhakaiKu..Kemudian Adam menoleh kepada Hawa dengan perasaan malu..[demikianlah disebut oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani]

Nabi SAW bersabda:

Taubat itu merobohkan dosa

Diriwayatkan dari Al-Hasan r.a.dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda:

“Andaikata seseorang dari kamu berdosa,hingga memenuhi ruang antara langit dan bumi,kemudian ia bertaubat,nescaya Allah menerima taubatnya”

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata: syarat-syarat taubat ada tiga.

1]menyesali pelanggaran-pelanggaran yang telah dilakukan.

2]meninggalkan perbuatan dosa dalam semua keadaan dan waktu

3]bertekad untuk tidak kembali melakukan maksiat dan dosa, kerana ia tahu bahawa

maksiat-maksiat itu menghalangi ia dari Tuhannya.

Penyesalan…

Samalah seperti kita kehilangan Kekasih hati…

Hati pun akan merana dan sakit,

Maka tumpahlah air mata..

Yang pada akhirnya kita akan bertekad untuk tidak lagi kembali melakukan perbuatan itu

Tatkala kita menyedari keburukannya dan mengetahui bahawa ia lebih berbahaya dari

Racun yang mematikan,binatang buas yang ganas,

Api yang membakar dan pedang yang tajam…

Ingatlah bahawa orang yang hebat adalah orang-orang yang tidak pernah putus asa memohon kepada Allah, yang sentiasa berdoa dan bertaubat di atas kesalahan yang dilakukan..

“bekunya air mata kerana kerasnya hati,

Kerasnya hati dari banyaknya dosa,

Banyaknya dosa dari lupanya mati,

Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia.”

Sunday, September 21, 2008

perindu syurga

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..setelah bercuti selama lebih kurang sebulan, saya kembali ke bumi manipal dengan semangat yang tidak begitu memberangsangkan..mungkin masih terbayang suasana di rumah..namun..perjuangan harus diteruskan untuk meneruskan kehidupan di Bumi Allah ini..insyaAllah..

saya tertarik dengan kata-kata yang dilafazkan oleh Ibnul Qayyi rahimahullah yang berbunyi begini..
" Jangan pernah putus asa untuk teguh menuggu gerbang, meskipun kau terusir..
Jangan pernah terhenti untuk memohon ampunan meskipun kau tertolak..
begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tidak diundang
Kemudian, tadahlah tanganmu di gerbang dan segeralah berkata,
'Tolonglah,saya adalah orang miskin, bersedekahlah untuk saya...!'

sahabat yang dikasihi Allah ...
kita baca ayat kat atas tu sekali lagi..dan selami betul-betul maknanya..
ketahuilah lautan itu amatlah dalam..dan mutiaranya terletak di dasar yang paling dalam!!

Jangan pernah putus asa untuk teguh menungu gerbang, meskipun anda terusir!

Kadangkala kita ingin sangat nak menangis dalam solat tetapi tak boleh..kita cuba..tapi x berjaya juga. Kita ingin meraih kekhusyukan , tapi kita tak tahu caranya..dan..jangan kita pernah berhenti dan patah harapan..belajarlah dan berusaha..insyaAllah dengan hati yang ikhlas..kita akan berjaya..

Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun anda tertolak!

Kita pernah buat maksiat lalu kita bertaubat dan memohon ampun dari Allah SWT..tapi kemudian, kita ulang lagi kesalahan yang sama..kembali melakukan maksiat..

Saat itu, jangan kita pernah berhenti untuk memohon keampunan..teruskan berdoa dan bermujahadah lah dalam melawan nafsu..

Begitu gerbang telah dibuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tidak diundang!

Ada pengajian di sesebuah masjid,maka pergilah bersama para jemaah, teruslah bersama orang-orang yang rajin membaca dan merenungi Al-Quran..

Apakah kita pernah merasai manisnya nilai-nilai seperti itu sebelum ini?

Apabila kita istiqamah..insyaAllah..hati akan berubah menjadi nyawa, sehingga hati yang bernyawa itu akan hidup..berpaksikan Quran dan sunnah..

Demi Allah, katakan dengan jujur, bilakah kali terakhir kita merasa khusyu’ menghadap Allah? Bilakah kali terakhir kita bersujud memohon kepada Allah agar kemanisan rasa khusyu’ ini tidak akan berakhir?

Sahabat yang dikasihi Allah sekalian, siapkan diri kita untuk meraih nilai-nilai ini. Tempatkan kekhusyu’kan sebagaimana semestinya,iaitu letakkan ia ditempat yang utama.. kita harus yakin bahawa kita boleh mencapainya..kerana hal seperti ini tidaklah mustahil bagi seorang ‘perindu syurga’

Sama-sama kita manfaatkan ramadhan yang masih berbaki ini..moga sentiasa dilimpahi barakah dan rahmah dariNya ..insyaAllah..

Wednesday, September 17, 2008

sitam oh sitam

kedatangan pak ayub ke rumah petang itu amatlah mengejutkan kami sekeluarga terutama sekali ayah...
berita kematian si hitam amatlah memeranjatkan..kata pak ayub si hitam mati lemas..
waduh2, kaget semuanya...
ayah bergegas ke kebun...

si hitam..lembu kesayangan kami dah matii!!
hitam!!..

cerita pak ayub...
sedang pak ayub melihat2 haiwan ternakannya di kebun, kedengaran seekor lembu berusia 2 bulan merengek2 memanggil ibunya..
rupanya ibu si kecil tu lemas dalam air lopak...
si hitam atau panggilan mesranya Sitam... dah melahirkan 3 ekor anak..yg paling kecil baru berusia 2 bulan..
kisahnya sitam minum air kat lopak air tu..namun malang tak berbau....tanduk sitam yang besar tu menyebabkan ia tersangkut pada celah2 akar kayu...maka sitam tak dapat nak angkat mukanya dari permukaan air...malam tu hujan lebat...guruh berdentum..air dalam lopak makin meninggi..hidung sitam makin tenggelam...tanduknya masih tersangkut di celah akar..tak dapat lepaskan diri...sitam mencuba sedaya upaya...tapi masih tak mampu lepaskan diri..
lama kelamaan, sitam lemas..dan akhirnya mati lemas dalam lopak air tu...

alahai sitam...yang merisaukan..anaknya yang baru berusia 2 bulan tu..moga2 dia nak menyusu dengan ibu-ibu yang lain..kesian si anak..petang tu juga ayah dan pak ayub tanam sitam kat tanah perkuburan berdekatan..sebenarnya kat dalam area kebun sawit tu juga..hehe..

tamatlah riwayat salah seekor lembu peliharaan ayah..tinggallah 13 ekor...sitam sitam...

Friday, September 12, 2008

hakikat cinta

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

Allah adalah pemberi cahaya kehidupan. Maka barangsiapa yang mencintai cahaya(petunjuk) dan kebenaran,keadilan,keselamatan,dan kesejahteraan...

orang-orang yang Islam diperintahkan mencintai Allah sebagaimana disabdakan Rasulullah SAW:
"cintailah Allah,kerana Dialah yang memberi nikmatNya kepadamu."

Dan Allah mengancam orang yang menyibukkan diri mencintai sesuatu daripada mencintai Allah dan rasulNya..
"katakanlah: Jika ayah-ayahmu dan putera-puteramu,saudara mu laki-laki, isteri2mu dan keluargamu dr pihak ayah,kekayaan yang kamu peroleh perdagangan yang kamu khuatirkan tidak laku,tempat kediaman yang kamu sukai, (jika semua itu) lebih kamu sukai daripada Allah dan RasulNya daripada jihad di jalan Allah,maka tunggulah sampai Allah datang dengan perintahNya"
-at taubah:24-

Cinta adalah ibadah.dan ibadah bertumpu pada rasa takut, berharap dan ...cinta

Dzun Nun berkata: "sesungguhnya apabila seorang mukmin beriman kepada Allah, dan imannya kukuh, maka ia merasa takut kepada Allah. Apabila ia takut kepada Allah ,maka dari rasa takut ini, ia akan merasakan kehebatan dan keagungan Allah. Dan apabila dia rasa mengagungkan Allah sudah mantap, ,maka ia akan selalu taat kepadaNya. Bila ia selalu mentaatiNya, maka akan timbulllah pengharapannya. Jika ia berharap kepadaNya,maka akan timbullah rasa cinta. Dan bila cinta ini kukuh, maka timbullah rasa rindu. Bila telah timbul rasa rindu, maka akan timbullah rasa senang kepada Allah. Bila ia senang kepada Allah, maka timbulllah rasa tenang. Bila perasaanya selalu tenang,maka sama ada siang ataupun malam,sama ada dalam rahsia mahupun terang-terangan, ia akan selalu merasa nikmat."

renung kan kembali, adakah kita sentiasa istiqamah dalm terus tetap mencintai dan mentaati Allah dalam meletakkanNya sentiasa di tempat pertama..

Imam al ghazali ketika membicarakan hakikat cinta manusia kepada Allah dalam bukunya Ihya Ulumuddin, berkata, "sesungguhnya pandangan batin lebih kuat daripada pandangan lahir, pencapaian hati lebih kuat dari mata, dan keindahan makna-makna yang difahami akal melebihi keindahan gambar-gambar lahiriah pandangan mata. Maka tidak ada yang dicintai sebenarnya menurut orang yang mempunyai penglihatan batin kecuali Allah Taala, dan tidak ada yang berhak dicintai selain Dia...

Selanjutnya beliau mengatakan," sesungguhnya manusia itu adalah hamba kepada kebaikan, dan hati itu diciptakan dengan character menyintai orang yang berbuat baik kepadanya. Maka Allah Taala adalah Maha Berbuat Baik, Maha Memberi Nikmat dan Maha Memberi Kurnia:

"dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, maka tidaklah kamu dapat menghitungnya"

di bawah adalah munajat penyair para wali,iaitu Syaikh Ali Aql.
"kuhentikan kecenderunganku,
untukku bermunajat kepada Ilahi,
kerana itu..hatiku menjadi rumah zikir,
kusunyikan hatiku,
dari bermunajat kepada selainNya,
dan jadikanlah ia bukit perkasa,
tak tergoncang oleh lainNya.

Aku bersegera kepadaNya,
kerana RINDU,
Tapi aku terdiam,
kerana CINTA,
Dan aku bicara mengagungkan,
Tiada perjalanan yang tertahan,
Dalam jaga aku RINDU,
Dalam mengantukku aku SUKA,
Dalam berjalanku ada ILMU,
Dalam berhentiku ada Rahsiaku."


14 ramadhan 2008