Thursday, June 24, 2010

dunia


بسم الله الرحمن الرحيم


Moga antum dalam keadaan yang sihat hendaknya.

Alhamdulillah lagi,

Kerna Allah masih memberi kita hati yang masih ingin hidup dan bernaung di bawah lembayung rahmat Allah.

Hari-hari yang berlalu terasa begitu pantas sekali. Dikira-kira entah apa yang telah aku lakukan semalam, bisakah menebus kesalahan yang aku lakukan hari ini, dan bisakah hari ini diperbaiki agar lebih baik dari sebelumnya. Moga Allah memudahkan urusan kita, insyaAllah.

Pagi tadi, ketika dalam kelas, aku mencuri dengar perbualan sahabat ku di sebelah. Kehidupan dunia selama 40 tahun ini adalah ibarat 1 jam kehidupan kita di akhirat. Sumbernya aku tak pasti dari mana, tapi yang pasti, membuat aku terfikir sejenak, segala perasaan campur baur yang aku hadapi dengan penuh susah dan payah.

Tidak kisahlah berapa duration masa yang dinisbahkan, yang pasti ia mengingatkan aku kembali yang kehidupan di dunia ini, sekejap sangat. Tak sempat pun untuk bermain-main dan duduk sambil lewa memikirkan perkara yang tidak patut kita fikirkan.

Satu masa mungkin kita pernah menerima ujian yang berat dari Allah, yang tika saatnya terasa tidak terganggung, dan mungkin tika itu, fikiran kita kurang waras, merasa sukarnya untuk menghadapi saat-saat getir dalam hidup kerana ujian dunia ini.

Namun, andai kita yakin dengan kehidupan di akhirat yang kekal dan penuh nikmat dengan syurga terbentang luas antara langit dan bumi, dan kita benar-benar yakin kehidupan dunia ini sangattt lah singkat! kita tak akan merasa cepat putus asa, sentiasa berfikiran positif, redha dengan segala ketentuan Allah.

Aku teringat kisah ummu sulaim. Aku yakin antum juga amat mengenalinya. Ceritanya acapkali kita diceritakan, di majlis-majlis ilmu dan usrah kita. Hebatnya serikandi ini, dilatarbelakangkan dengan kisah-kisah yang hebat juga. Bukti Allah amat menyayangi, orang yang hebat, ujiannya sangat hebat juga. [refleks diri sendiri, setakat manalah sangat ujian yang kita terima?]

Betapa kuat dan teguhnya jiwa seorang yang bernama ummu sulaim, tatkala anak kecilnya yang meninggal dunia kerana ditimpa sakit. Namun, dia masih lagi berhias dan melayan suaminya, Abu Talhah pada malam hari kepulangannya, dan mengkhabarkan bahawa anak kesayangan mereka sudah semakin pulih. Keesokan harinya, barulah dia memberitahu Abu Talhah tentang kematian anak kecil mereka.

Abu Talhah bertemu Rasulullah, mungkin agak marah kerana tidak diberitahu peri pentingnya kematian itu. Namun, Rasulullah menenangkan, benarlah apa yang Ummu Sulaim lakukan. Malam sebelumnya adalah ibarat malam pengantin kedua buat mereka, dan lahirnya Abdullah bin Abu Talhah, yang Rasulullah sendiri memberi nama.

Tabahnya hati seorang ibu! Kehilangan anak yang amat disayangi, namun masih bisa sahaja melayan suami dengan begitu baik sekali. Abdullah pula dididik dengan penuh kasih sayang, sehingga Abdullah telah melahirkan 7 orang anak yang hafiz semuanya. Subhanallah!

Berkat. Allah Maha Adil. Diambilnya Abu Umayr dan diganti dengan Abdullah. Ummu Sulaim sangat yakin dengan Allah, hatinya pasti sangat terikat dengan Allah, dan pasti dia amat merasakan Allah lebih dekat dari urat lehernya.

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya" {Qaf:16}

Walau ujian datang bertimpa-timpa, Ummu Sulaim tetap berpegang teguh pada tali Allah.

Nah!

Sudah terbukti. Untuk menjadi orang yang hebat, maka ujiannya hebat juga. Kita berdoa untuk menjadi hamba yang sangat disayangi Allah, yang dipilih oleh Allah, yang dibukakan lorong2 amalan yang melayakkan kita masuk syurga firdausNya, dan rindu ingin bertemu Nabi di akhirat kelak.

Sudah pasti ujian yang bakal kita terima pasti berat juga. Dan Allah ingin melihat sejauh mana kita bersabar dan redha dengan ketentuanNya. Patut merasa terharu dan bersyukur andai kitalah yang telah Allah pilih untuk menerima sesuatu yang mungkin Allah tidak beri pada orang lain.

Ujian Allah datang dalam berbagai cara dan bentuk. Bergantung pada kita untuk menilai. Dari neraca apakah kita bertindak. Neraca keimanan? nafsu?

Mungkin mudah untuk kita lafazkan, yang hidup ini singkat, maka bersabarlah.

Namun, bila terkena batang hidung sendiri, amat sukar untuk dipraktikkan.

Yang jelas, tiada masa untuk memikirkan hal-hal yang remeh.

Yang berlalu pasti akan berlalu, masa pasti meninggalkan.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita fikirkan.

Tiada masa berpangku tangan.

wallahualam.
















Tuesday, June 22, 2010

solat kita, tertunaikah?



بسم الله الرحمن الرحيم

Saya perasan sekarang ni dah jarang dapat update macam selalu. Masa saya di manipal dulu. Nak kata tiada idea, tak juga. Nak kata tiada masa, kadang-kadang ada je masa untuk menghadap blog, tapi tak terkeluar apa yang hendak ditulis. Namun, saya masih harapkan blog ini terus hidup, walaupun terpaksa bersawang sekali-sekala.

Dua minggu lepas, saya sempat jadi fasi untuk satu kem ibadah yang dibuat di Botanical Garden, Melaka. Masa tu pelajar sains tingkatan 5 ni sedang bercuti sekolah. Alhamdulillah, walaupun bersama mereka untuk dua hari cuma, namun sangat berbekas di hati.

Melihat betapa innocentnya mereka ini. Penekanan pada solat adalah tentatif utama pada kem itu. Setiap pelajar akan dibahagikan mengikut group dan seorang fasi akan handle group tersebut dan ajar amali solat. Especially solat bagi makmum muafiq, masbuk, solat jamak qasar, dan solat jenazah.

Belajar teori memang mudah, boleh dihafal dan dijawab atas kertas peperiksaan. Namun, pada amalinya, kita hanya akan faham bila timbulnya masalah dan bila kita berada dalam situasi tersebut. Bila persoalan-persoalan timbul, baru kita dapat kenal pasti sama ada kita benar-benar faham tak teori yang kita belajar tu.

Melihat wajah mereka satu persatu, alangkah bahagianya andai mereka benar-benar faham, apa tujuan sebenar solat, bukan semata-mata solat kerana ianya wajib, tapi tahu inipati sebenar perintah solat itu.

Kita solat setiap hari, namun adakah kita benar faham apa yang kita lafazkan dibibir dan menghadikannya dengan hati. Adakah ayat-ayat yang kita baca, hanya sekadar lafaz yang dah biasa kita ungkap tapi tidak memahaminya, malah ia menjadi suatu rutin? Sebab itu, kita solat, namun tidak mengubah kita untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Saya teringat yang ust pahrol pernah katakan dalam bukunya,walaupun kita ini dah hidup berpuluh tahun, tapi masih tak faham intipati dalam solat, tidak cuba berusaha untuk memahami maknanya, tidak berusaha untuk khusyuk ketika solat, kerana kita tidak merasa pentingnya Allah dalam kehidupan kita.

Sekiranya duit kita hilang, rumah terbakar dan kereta rosak, kita akan sangat risau dan sedih. Kita akan mengeluh, tidak sabar. Sedangkan itu semua dunia. Dan kita merasakan bahawa semua itu penting dalam hidup kita.

Bagaimana pula dengan Allah? Terasakah Allah itu penting dalam hidup?

Terhantuk pada diri sendiri.

Para sahabat menangis bila dibacakan ayat-ayat Allah. Mencabut anak panah yang tertikam di badan juga tidak sakit bila ditarik ketika solat. Ya Rabb, betapa khusyuknya mereka menghadap Allah dan memahami makna yang dibaca ketika solat.

Nak dibandingkan dengan diri sendiri, jauh sekali. Ketika nak betulkan jari yang dislocate dulu pun, merayu pada doktor untuk letak ubat bius.




Teringat masa kecil-kecil dahulu, masa darjah 3, 4, solat tu buat sebab mak suruh. Kalau tak buat, takut mak marah. Kadang-kadang tu, solat tapi tak tahu pun apa yang dibaca. Baca surah yang sama sahaja. Bila mak tanya, at least boleh jawab, "dah solat mak! yes! tak kena marah!" Solat pun acuh tak acuh.

Naik darjah 5 dan 6, dah faham sikit. Kena buat solat wajib awal waktu, dan amalkan solat sunat macam qiamullail. Masa tu buat supaya Allah bagi mudah untuk jawab peperiksaan. Biar jadi pandai dan mudah belajar. Kalau tak buat, Allah tak suka tambah-tambah kalau solat lewat waktu. Tapi, the main niat is supaya boleh excel dalam pelajaran.

Bila habis upsr, masih amalkan solat sunat juga, tapi doa supaya pemeriksa mudah bagi markah dan dapat 5A. Bukannya sebab kita betul-betul sayang kat Allah dan harapkan keredhaanNya.


Sekarang ni bila dah besar, alhamdulillah, Allah Maha Pengasih, memberi hidayahNya pada hambaNya yang banyak lupa ni. Rasa macam teruknya zaman dulu, solat pun niat tak betul. Baca Quran pun sama, niat nak khatam cepat supaya lebih awal dari kawan-kawan yang lain, dan dapat makan pulut kuning.

Mungkin selama ni kita rasa kita dah tunaikan solat, tapi sejauh mana solat itu kita tunaikan.

Tekadkan dalam diri untuk lebih bersungguh-sungguh dalam solat. Ikhlas kan hati seboleh mungkin. Cuba untuk khusyuk dalam solat. Sesungguhnya , Allah akan sentiasa membantu hambaNya yang ingin kan perubahan. Yuk kita sama-sama rasai kemanisan dalam solat! [bestnya jumpa Allah!]

wallahualam.












Friday, June 4, 2010

marathon runner



Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk kita hidup dan bernafas atas bumi ini. Tanpa rasa takut, cemas, malah dalam keadaan yang kita masih boleh duduk di rumah, hostel, pergi kelas, kerja tanpa rasa diancam. Paling bersyukur sekali, bila Allah masih memilih kita untuk berada dalam nikmat nya dalam iman dan islam.

Dalam surah Qaf, Allah ada sebut,

Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahu apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Qaf:16)

Allah yang cipta hati kita. Dia lebih tahu apa yang kita rasa kat dalam hati ni. Kadang-kadang, kita sendiri sukar nak faham apa yang kita rasa. Dia lebih tahu kawasan mana hati yang tengah sakit, kawasan mana yang ada dengki, kawasan mana yang rasa riak, walau sekelumit pun.

Kalaulah kita sentiasa rasa Allah tu sangat-sangat dekat dengan kita, Dia yang tahu setiap langkah dan apa yang kita fikirkan, tak tertinggal walau sesaat pun, pasti kita akan rasa nak buat baik je. Nak fikir dan buat benda buruk pun takut kan?

Tapi, selalunya kita lupa. Lupa yang Allah tu Maha Mengetahui segala-segalanya. Lupa yang setiap benda yang kita buat di dunia ini akan dihisab di akhirat kelak. Lupa yang kita sebenarnya ada tanggungjawab yang sangat besar atas muka bumi ni.

Kadang-kadang, kita rasa susahnya nak apply islam tu dalam hidup kita sehari-hari. Macam mana ye nak rasa makan tu untuk islam, kerja tu untuk islam, belajar tu pun untuk islam, pergi shopping untuk islam. Bila kita dekat dengan Allah, barulah kita akan rasa semua benda tu untuk islam.

Pernah orang tanya, tapi macam mana nak rasa dekat dengan Allah tu?

Sebab tu, kita kene selalu ingat Allah. Niat kita, mind set kita, hati kita sentiasa kene attach dengan Allah. Kan kita faham yang Allah tu lebih dekat dari urat leher kita. [tak terbayangkan? Ya Rabb, dekat nya Kau pada ku]

Sayangnya Allah kat kita. Kan best kan bila ada orang yang sayang kita, bagi kita macam-macam, kita buat jahat pada dia pun, tapi dia tetap buat baik dan layan kita dengan sangat baik. Macam tu juga Allah. Malah, kasih sayang Allah tu tersangatlah tinggi dan tak terjangkau dengan apa yang kita fikir pun.

Fuh, untungnya kita! Ada yang sayang bagai nak ape. Tak de dah yang leh sayang kita sampai macam tu sekali. Dia bagi kita segalanya. Tambah lagi, kita boleh minta apa sahaja, dan Dia akan bagi. Walaupun, kita banyak buat dosa pada Allah. Tapi, Allah Maha Pengampun.

Sedangkan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. [kepada mereka dikatakan], inilah nikmat yang dijanjikan kepada setiap hamba yang sentiasa bertaubat [kepada Allah] dan memelihara [semua peraturanNya] (Qaf:31-32)


Yuk kita berlumba!

Kalau dulu kita jaguh lumba lari, sekarang kita akan berlumba juga, tapi berlumba dalam kebaikan.[fastabiqul khairat]

Dan kita kene yakin, yang kita akan menang dalam setiap perlumbaan.

Lahu fil kulli amrin subqotun wa sabiqotun wa sabaqun (dia menang dalam segala hal).


Rasulullah s.a.w pun selalu tiupkan semangat untuk saling berlumba di kalangan sahabat. Boleh kurangkan sifat malas dalam diri ni. Tentu kita masih satu kisah...

Ketika Rasulullah bertanya pada para sahabat," Siapakah antara kamu yang berpuasa hari ini?"

Abu Bakar menjawab, " Saya."

Baginda tanya lagi, "Siapakah antara kamu semua yang hari ini tekah menghantar jenazah?"

Abu Bakar menjawab," Saya."

Baginda tanya lagi, "Siapakah antara kamu yang telah mengunjungi orang sakit? "

Abu Bakar menjawab," Saya"

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,

'Jika amalan-amalan itu ada dalam diri seseorang, pasti dia akan masuk syurga'
[HR Muslim]

Bagaimana agaknya reaksi para sahabat bila pulang ke rumah setelah dengar berita gembira yang Rasulullah cakap ni ye?

Semestinya mereka pulang dengan semangat baru, dan berusaha untuk buat macam yang Abu Bakar buat. Pertanyaan Rasulullah yang berkat itu merupakan permulaan untuk mengecapi akhirat dengan segera.

Sebab, sikap perlahan-lahan baik dalam hal yang lain, kecuali dalam hal-hal akhirat. [HR Abu Daud]

Sama juga macam kita, deen ini perlukan muharrik [orang-orang yang bergerak]. Bergerak untuk menyebarkan islam ini pada orang yang tidak faham. Kita akan berdosa sekiranya kita tak sampaikan apa yang kita faham pada mereka yang tak faham.

Sebenarnya, ramai je orang yang mencari untuk nak faham deen ini, cumanya mereka tak tahu mana nak cari. Malah, mereka tak tahu pun yang sebenarnya kene faham islam ini.

Dan tugas kita, untuk bawa mereka juga faham dan merasai nikmatnya islam yang kita hidup dengannya sejak dari kecil lagi. Ayah kita paling atas sekali adalah islam. Selagi mana seseorang itu adalah muslim, maka mereka adalah adik beradik kita. Sebab itu, mukmin itu bersaudara. [ramai kan adik beradik kita?? Dan kita patut rasa happy bila jumpa mereka]

Lihat sahaja sekeliling kita,

Ramainya manusia yang perlukan tarbiyah.

Dan semua itu tergalas di bahu kita, bawa adik beradik kita untuk faham macam apa yang kita faham.

Bila semua orang dah faham, barulah bestkan!

Dan semua itu akan mengambil masa kita, mengambil tenaga dan harta kita. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menjual dirinya dengan Allah. Yang semua tu, milik Allah jua.

wallahualam.