Friday, May 29, 2009

characteristic isteri aktivis dakwah

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak akhir-akhir ini, ramai pula sahabat-sahabat saya bakal menikah. Disebalik kegembiraan yang terserlah di wajah mereka, timbul juga sedikit kegusaran di dalam hati, al-maklum perkahwinan adalah alam yang berbeza dengan zaman mem'bujang'. Apalah daya saya untuk menjawab soalan-soalan yang diutarakan, hatta diri ini amat cetek pengalaman [bahasa mudah, tiada langsung sebenarnya]. Di sini, saya titipkan satu article menarik yang telah selamat dilayarkan dari sini.Moga sedikit sebanyak memberi pencerahan buat saya dan sahabat-sahabat di luar sana.

selamat membaca^_^

'Seorang aktivis dakwah memerlukan isteri yang ‘tidak biasa’. rinduKenapa? Kerana mereka tidak hanya memerlukan isteri yang pandai merawat, pandai memasak, pandai mengurus rumah, pandai mengelola kewangan, cekap dalam hal-hal berkenaan urusan rumahtangga. Maaf, bukan bermaksud mengecilkan, berbagai kepandaian dan kecekapan itu adalah bekalan ‘standard’ yang memang harus dimiliki oleh seorang isteri, tanpa memandang adakah suaminya seorang aktivis atau bukan. Atau dengan kata lain, seorang perempuan dikatakan siap untuk menikah dan menjadi seorang isteri jika dia memiliki berbagai-bagai bekalan yang standard itu. Namun bagaimana jika sudah jadi isteri, tapi tidak punya bekalan itu? 
Ya, jangan hanya diam, belajarlah. Istilah popularnya ‘learning by doing’.:woooh:

Kembali kepada pokok perbahasan kita. Menjadi isteri aktivis bererti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan ‘di atas standard’. Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh isteri aktivis atau yang ingin menikah dengan aktivis dakwah:

1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah)

Hal paling penting yang harus difahami oleh isteri seorang aktivis dakwah, bahawa suaminya pastinya tidak sama dengan suami pada umumnya. Seorang aktivis dakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih ridha Allah. Mendampingi seorang aktivis adalah mendampingi seorang prajurit Allah. Tak ada yang dicintai seorang aktivis dakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, karena cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad! Ayuh bangun dari lena kalian… 

2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah

Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Yakinlah bahwa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tak perlu takut atau khuwatir melepaskan suami pergi berdakwah ke manapun. Yakinlah bahwa Dialah Sang Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan harta. Dan tetap berwaspada dalam setiap perkara agar tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.

3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (mentaliti)garupale

Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi istri seorang aktivis: kuat, tegar, gigih, kukuh, sabar, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan mandiri. Tidak mengharapkan semuanya diselesaikan oleh suami. Namun ada upaya dari diri sendiri untuk terus mencuba dengan pelbagai alternative.

4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelektualiti)

Ternyata, seorang aktivis tidak hanya memerlukan pendengar setia. Ia perlukan isteri yang boleh untuk diajak bersembang, tukar fikiran, musyawarah, atau perbincangan tentang kesibukan dan minatnya. Kerana itu, banyaklah membaca, rajin mendatangi majlis-majlis ilmu supaya luas tsaqafah.

5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fizikal):inlove:

Minimal sihat, menjaga kebersihan, dan tidak selalu sakit saja. Jika fizikal kita sihat, kita dapat melakukan banyak hal, termasuk mengurus suami yang sibuk berdakwah. Kerana itu, penting bagi kita untuk menjaga kesihatan, membiasakan pola hidup sihat, rajin beriadhah dan lain-lain. Selain itu, jangan lupakan masalah merawat wajah dan tubuh badan. Ingatlah, salah satu ciri isteri solehah adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.

:sigh:Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun soleh dan taqwanya seorang aktivis, tak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tak punya kesalahan. Seorang aktivis dakwah tetaplah manusia biasa yang pastinya dan mungkin untuk melakukan kesalahan. Bukankah tak ada yang ma’sum di dunia ini selain Baginda Rasulullah?

:tsk:p/s: para Ikhwannya juga sama dalam persediaan ini.:okay:


Thursday, May 28, 2009

isi dengan kuku


Bismillahirrahmanirrahim

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu[yang berselisih] dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." [al-hujurat: 10]

Kenangan lama menerjah kembali.Mengimbau episod-episod kehidupan, rentetan perjuangan. Terima kasih buat segala rencah pahit manis kehidupan yang banyak mengajar diri untuk terus menongkah arus perjalanan.Hayunan dilambungkan, langkah  menuju ke hadapan, sesekali mungkin menoleh ke belakang, cuba mencakup apa yang tertinggal.

Tika ini, sahabat-sahabat saya sedang sibuk berjuang di medan perang. Terima kasih kerana seringkali tidak meninggalkan diri ini untuk sama-sama berjuang bersama kalian. Walaupun kadangkala timbul sekelumit rasa lelah dan terhenti langkah, penyelesaian sentiasa ada menanti di hadapan. Alhamdulillah!

Cukuplah untuk bermonolog panjang. Kenangan akan sentiasa terpahat sebagai kenangan. Tidak akan bisa untuk berputar kembali. Dan ia akan jadi pengalaman paling manis dalam hidup. Benarlah indahnya jika ukhuwah itu kerana Allah.

Ukhuwah dan iman saling berkait rapat. Ibaratnya seperti isi dengan kuku. Semakin kuat keimanan, semakin terasa bahangnya ukhuwah itu. Saya merasai sendiri kebenarannya. Kadangkala bila kita merasakan terdapat sesuatu yang 'kosong' dalam intipati ukhuwah yang terjalin, muhasabah kembali kekuatan keimanan kita kepada Yang Esa. Bertemu dan berpisah kita atas dasar keimanan, dasar ketaqwaan.  

Dulu, 
Semasa kemasukan junior ke sekolah. Junior-junior ni akan perkenalkan diri masing-masing. Dan masa tu, ada seorang ni memperkenalkan namanya pada saya. Nurul[bukan nama sebenar]. Kami berkenalan 2-3 minit sahaja. Selepas itu, ada majlis di sekolah. Saya terlihat junior tadi.Hanya mampu tersenyum sebab tak ingat nama. Pada masa yang sama, dia memanggil2 nama saya. Owh, ingat lagi dia. Teruknya saya! semasa menunggu dia menuju ke arah saya, saya bertanya kepada kawan saya nama dia. oh, nurul rupanya. Kami berpelukan macam dah lama tak jumpa.
"nurul apa khabar?" 
"alhamdulillah sehat. eh, akak ingat nama saya? saya ingatkan akak tak ingat. Sebab saya bagi mesej, akak tak pernah balas."

ops!rupanya dia yang selalu menghantar mesej. Kawan saya yang disebelah tersengih-sengih melihat perlakuan kami. Saya memberi isyarat pada dia jangan kantoikan yang saya memang lupa nama dia.Di lubuk hati, terharu sangat dengan adik ni. Bukan sahaja nama saya yang dia ingat, tapi asal usul, itu dan ini. Alahai adik, maafkan kakak! salah saya , sibuk dengan adik2 lain, terlupa yang seorang ini.

Dari hari ke hari, hubungan kami semakin rapat. Saya cuba untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Dia tidak pernah jemu melayan karenah saya. Ukhuwah itu makin utuh dengan bertambahnya usia kami. Manisnya hubungan ini lebih hebat dari ikatan darah.
Terima kasih adik! [walaupun akhirnya kantoi peristiwa yang saya tidak mengingati namanya satu ketika dahulu :p]

Manusia ini hamba kepada kebaikan. Bila orang berbuat baik pada kita, hati kita tetap akan tersentuh dan akan berbuat baik kepada orang itu juga. Betul tak? ^_^

Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini bukanlah suatu kebetulan.Ianya telah ditakdirkan oleh Allah untuk berlaku dan menyimpan seribu hikmah yang penuh kerahsiaan. Menyayangi seseorang kerana Allah, adalah salah satu ciri kemanisan iman. Indahnya perasaan itu jika semuanya kerana Allah. Anda akan tersenyum sendiri jika anda juga pernah atau sedang mengalami perasaan ini.

Kalau sayangkan ukhuwah itu, maka jagalah hubungan kita dengan Allah.^_^


setenang sungai nil

buat yang jauh di bumi anbiya,
terima kasih kerana menyedarkan ku tentang sesuatu, menjadi turning point untukku terus bertahan hingga kini, moga matlamat yang kita impi tercapai,insyaAllah. Doakan nura yea!

~InsyaAllah,ada hikmah di sebalik ukhwah~

Wednesday, May 27, 2009

adik

Bismillahirrahmanirrahim

'tak leh control la kak, dah ngantuk, tidur je lah.kadang, mata tertutup sendiri, adik pun tak sedar bila mata adik tertutup. walaupun adik tak ngantuk pun time tu'

'adik suka cikgu tu ajar, adik bagi full concentration, tapi tiba-tiba kene baling dengan pen, rupanya adik tertidur'

'adik kene praktis tulis pakai tangan kiri jugak, sebab tangan kanan adik selalu penat..tulis tak sampai sejam, dah lenguh, rasa x dpt nak menulis langsung.'

'kawan adik selalu kejut adik kalau adik tertidur dalam kelas, dia kata tak sampai 5 minit, adik akan tertidur balik. hurm..entahlah adik pun tak faham..kenapalah adik macam ni'

keluhan demi keluhan.
adik..seorang yang amat bersungguh dalam pembelajarannya. Mak pernah dipanggil ke sekolah kerana adik seringkali ditangkap tertidur dalam kelas.  Adik kata dia dah cuba minum kopi  untuk elak ngantuk, tapi semuanya tidak berhasil. Sedangkan adik bukanlah seorang yang 'coffee addict'

symptoms2 adik muncul sejak dia menduduki pmr. Masa tu, exam matematik. Sepatutnya otak kita akan ligat untuk mengira, namun yang peliknya adik boleh tertidur tersengguk-sengguk tanpa dia sedari. Malu juga bila ditegur oleh pengawas peperiksaan.
Alhamdulillah, dalam segala symptoms yang adik alami, Allah memberikan adik kejayaan demi kejayaan dalam pelajarannya.

Kakak juga pernah mengalami masalah yang lebih kurang sama dengan adik. Pada mulanya akak tidak ambil kisah sangat, mungkin itu hanya proses physiologi badan.Barangkali kurang rehat. Tapi, lama kelamaan, akak mula curious nak tahu. Akak pun mulakan pencarian[as u know me, once i get into something,i ll do everything for it] 

Dan findings yang akak jumpa dik,
Ianya symptoms of narcolepsy. Chronic sleep disorder which often causes sufferers to feel extreme tiredness  or spontaneously fall asleep. Tapi, level adik tidaklah sampai ketahap narcolepsy.
Somehow, sangat related dengan genetic.Protein-producing neuron, hypocretin..Mungkin kurang yang itu dalam otak.

Lebih kurangnya, bila kurang hypocretin ni, kita akan cepat tidur to deep sleep[as our sleep cycle has many steps] kalau ikut normal, dari keadaan sedar,kita akan melalui non-REM sleep yang panjang dulu baru masuk REM iaitu deep sleep,tapi dalam kondisi adik, non-REM  akan jadi pendek dan cepat untuk masuk ke deep sleep. Bila bangun secara tiba-tiba, akan rasa pening. Selalu ada vivid dreams yang adik akan ingat in a very great detail. Selain dari itu, akan mimpi walaupun tertidur dalam jangka masa yang amat pendek.

Tentang head bobbing tu[sering tersengguk-sengguk], antara sebabnya ialah tidur malam adik terganggu, seperti yang akak cakap tadi, non-REM dan REM adik tidak berlaku dengan normal. Maka, otak akan cuba untuk catch up tidur waktu siang. Ia akan menyebabkan adik tertidur pada unpredicted moments.

Satu lagi, tentang adik cepat penat ye semasa menulis, itu juga adalah disebabkan tidur yang terganggu tadi. Tidak perlulah akak cerita lanjut tentangnya. Susah pula adik nak faham nanti.

Tapi adik jangan risau, adik bukan ada penyakit narcolepsy tu. Narcolepsy tu untuk symptoms yang teruk. Peringkat adik ni masih peringkat biasa2, cuma mungkin tahap hypocretin tu rendah sedikit berbanding orang lain. As i would say, it runs in our genetic right? Mungkin ini sedikit sebanyak menjawab persoalan mak selama ni.

Yang akak lihat, ianya tidak mengganggu kehidupan adik sebagai 'normal' person, right? Indeed, we are normal dear. Maybe a little bit special^_^ [nampaknya hypothesis akak yang dulu disebabkan kita ini adalah preterm baby meleset sama sekali] Kan mak kata, tidur banyak tu bagus, ilmu leh serap banyak2 time tu..hehe..

Ape pun dik, kita boleh atasi semua symptoms tu. Pastikan tidur adik cukup, exercise selalu, dan berfikiran positif. 

We have soul. Soul is like the king over body as the king over an empire.
Empire of soul , hand, feet are like different industrialist in a town. 
We have greed or will that act as collector of revenue, Anger as its police, Intellect as its minister, and Soul as its king. 
Collector greed who collect the 'food' and anger is the police who keep guard over it.
And our body goes well if all organs and attributes are under the rule of soul.

 when soul takes the help the minister which is the intellect, it rules over greed and keeping anger in control. In order to bring anger under control, sometimes it seeks the help of greed and the  character will become good.

Means, everything should be balance. Hati mesti kuat dik!
You can get through it! Make your brain active and be passionate, ok? 

Kan Allah lebih sayangkan mukmin yang kuat dari mukmin yang lemah..^_^

salam sayang,
kakak

Sunday, May 24, 2009

ayuh syabab!

Bismillahirrahmanirrahim


Setiap orang dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Setiap orang mempunyai minat dan kecenderungan yang pelbagai.
Kerana itulah wujudnya variasi dalam dunia ini.
Variasi itulah yang menonjolkan seseorang individu itu dalam bidang yang diminatinya.

Ada yang minat sains fizik, ada yang minat sains biologi, ada yang minat ilmu fiqah, ilmu tasawwuf, ilmu sastera, seni, muzik, masakan,politik dan macam -macam lagi.

Ada orang yang berbakat dalam bidang penulisan, maka terhasilnya novel, dan cerpen. 
Tidak kurang juga orang yang minat menulis di blog tentang macam-macam; ilmu agama yang dapat menambah pengetahuan tentang Islam, memberi kesedaran sebagai makanan rohani. Tidak kurang juga tentang pengalaman hidup, yang dapat memberi pengajaran dalam kehidupan. Setiap apa yang dilakarkan adalah untuk berkongsi dan sedari itulah dapat menjernihkan hati-hati yang inginkan pencerahan dan mentafsir hikmah itu punya banyak pengajaran.

Ilmu di dunia ini teramatlah luas. Pabila kecenderungan manusia itu berbeza-beza, maka berlakulah perkongsian di antara satu sama lain. Perkongsian ilmu, pemikiran , dan fahaman. ada yang bisa diterima, atau dibantah.Bergantung pada individu. 

Tampak berbeza, pada hakikatnya manusia itu sama.
Untuk apakah manusia diciptakan?
Sudah tentunya sebagai khalifah di muka Bumi ini.

Membincangkan soal khalifah,
Setiap orang punya pandangan yang berbeza sebab dilihat dari sudut yang berbeza. Akan dilakar dalam ayat yang berbeza juga. Kerna apa? Setiap manusia ini amat unik kejadianNya. Punya persepsi sendiri yang bisa diketengahkan bersama contoh-contoh yang boleh diterima.
Namun, intipatinya tetap sama. Mungkin cara penyampaian yang berbeza tapi jika berlandaskan Al-quran dan Sunnah, ia tetap sama.

Dan peranan kita di dunia ini juga sama. Dakwah. Dakwah. Dakwah. Cuma methodnya berbeza. Terserah asalkan benar di landasanNya. 
Tapi, mesti di ingat wahai pendakwah, jangan cepat merasa bangga dengan diri sendiri atas kelebihan ilmu yang anda perolehi. Ilmu itu milik Allah, bila-bila masa sahaja Dia bisa menariknya kembali.

Bukankah kita harus sentiasa tunduk pada ilmu. Barulah ilmu mudah datang pada kita. Dalam mencari ilmu, niat juga harus betul iaitu kerana Allah Taala. Yang paling ditakuti ialah mencari ilmu kerana ingin dilihat oleh orang bahawa kita ini bijak pandai dalam segala hal. 

Manusia ini suka pada sesuatu yang hebat. Handphone, mp3, tv, pun mahu yang hebat-hebat. Pakaian mesti branded. Kalau boleh, semuanya tip top.Sudah semestinya sanggup berhabis untuk mendapatkannya.

Allah SWT Maha lebih hebat. 
Tapi, berusahakah manusia untuk mendapatkannya?

"ya! saya menunaikan rukun Islam dan iman"
"ya! saya datang usrah supaya saya dapat ilmu"
"ya! saya banyak membaca supaya dapat mendalami ilmu."
"ya! saya melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang."

cukup kah dengan itu semua?
Dimana dakwah anda? Argh..barangkali bosan bila asik sebut pasal dakwah. Tapi, inilah namanya peringatan. Dakwah bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk ummah. Ini kerja kita! Sering diabaikan dan dipandang remeh. Ingat, dakwah bukan pada orang tertentu sahaja, tapi untuk semua. 

Qum Faanzir! ~ Bangunlah, lalu berilah peringatan~

Gunakan kelebihan yang anda miliki untuk melebarkan sayap dakwah. Kelemahan yang ada cuba untuk diperbaiki dan bukannya alasan untuk berlengah. Berdakwahlah di mana anda berada. Buat sesuatu untuk orang sekeliling anda, tinggalkan sesuatu yang 'berharga' selepas anda berhijrah ke tempat lain. Pastinya ada hikmah dan kerja yang harus kita laksanakan pabila Allah meletakkan kita di satu-satu tempat. Kan Allah tidak jadikan manusia ini sia-sia? 

"Apakah manusia mengira , dia akan dibiarkan begitu sahaja tanpa pertanggungjawaban?" [al-Qiyamah:36]

Jadi, apa tunggu lagi?

Qum Faanzir! ~ Bangunlah, lalu berilah peringatan~  

Dakwah bukan 5 minit! tapi setiap saat dalam hidup anda mestilah untuk dakwah. Setiap nafas, setiap langkah, setiap masa. 24 jam untuk dakwah. Dakwah bukan angan-angan kosong, tapi perlu pada jihad yang produktif. Saya yakin anda arif tentang itu. 

Dakwah bukan 5 minit! Perlukan istiqamah, sama ada bil lisan atau bil hal. Tawarkan diri anda untuk berdakwah. Usah tunggu hendak diketuk baru hendak bergerak. Kita bukan paku dengan penukul yang semakin lama semakin berkarat.Jadilah sebagai nadi penggerak dakwah, pencetus semangat para pendakwah. Kekal warnanya malah semakin berkilat.

Ayuh syabab!
Usah lengah lagi,kita sudah tidak punya masa. Mantapkan yang putih, islahkan yang hitam.

"Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di Bumi...." [Fatir:39]

~Hamba yang kerdil lagi hina~

Friday, May 22, 2009

mencari kekuatan


Bismillahirrahmanirrahim

Tak kuat

"ingatlah ketika kamu memohon pertolongan  kepada Allah, lalu diperkenanNya bagimu..."
[al-anfal:9]

Merasa keseorangan

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata,"Tuhan kami adalah Allah", kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,maka malaikat akan turun kepada mereka dengan berkata,"Jangan kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan kepadamu." [Fussilat: 30]

Mampukah?

"Dan barangsiapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan" [Luqman:22]

Tak boleh memberi alasan lagi kan?

".....Sungguh, janji Allah itu pasti benar, maka jangan  sekali-kali kami terpedaya dengan kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam mentaati Allah." [Luqman:32]

Dengan itu, kena bersabar

" Katakanlah[Muhammad],'wahai hamba2Ku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhanmu.' Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan Bumi Allah itu luas. HANYA ORANG-ORANG YANG BERSABARLAH YANG DISEMPURNAKAN PAHALANYA TANPA BATAS." [az-zumar: 10]

Teruskan melangkah

"Katakanlah, "Hanya Allah yang aku sembah dengan penuh ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agamaku." [az-zumar: 14]

Berjihad di jalan Allah

"[iaitu] kamu beriman kepada Allah & RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui" [as-saff:11]

Yakinlah!Janji Allah itukan pasti

"Wahai manusia!Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNYa" [Al-Insyiqaq:84]


"kembalilah wahai pendukung Al-Quran"

peringatan [4 things]

Bismillahirrahmanirrahim

The Holy Prophet (SAW) Said: 

1) Four things that make your body sick: 


a) Excessive talking 
b) Excessive sleeping 
c) Excessive eating and 
d) Excessive meeting other people 


2) Four things that destroy the body: 

a) Worrying 
b) Sorrow (Sadness/Grief) 
c) Hunger 
d) Sleeping late in the night 


3) Four things that dry the face & take away its happiness: 


a) Lying 
b) Being disrespectful / impudent (insisting on something wrong knowingly) 
c) Arguing without adequate knowledge & Information. 
d) Excessive immorality (doing something wrong without fear). 


4) Four things that increase the wetness of face & its happiness: 


a) Piety 
b) Loyalty 
c) 
Generosity(being kind) 
d) To be helpful to others without he/she asking for that. 


5) Four things that stop the Rizq (Sustenance) : 


a) Sleeping in the morning (from 
Fajrto sunrise) 
b) Not Performing Namaz or Ir-regular in Prayers 
c) Laziness / Idleness 
d) Treachery / Dishonesty 


6) Four things that bring / increase the Rizq: 


a) Staying up in the night for prayers. 
b) Excessive Repentance 
c) Regular Charity 
d) Zikr (Remembrance of Allah / God).


The Holy Prophet (SAW), Also said to communicate to others even if you listen One Verse (Ayaah) & this one verse will stand on the Day of Judgment for intercession. 


The Holy Prophet (SAW) said, Stop doing everything during the Azaan, even reading the
Quran, the person who talks during the Azaan will not be able to say the Kalima E Shahada on his/her death bed.... 


**READ THIS DUAA FOR BETTER LIFE** 


Allahumma- inni- ala- Zikr-ika -wa Shuk-rika wa husni-Ibaadatik 

copy paste from: imamindiachapter

tagged dari fikah

Bismillahirrahmanirrahim



Award rules :1. Insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.
2. Make sure u take the pic n said it is from.
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
4. You should choose
5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!
Awarded by:
Nur Afiqah Morshidi aka Piqah^_^

10 facts about me:
susahnya nak jawab soalan ni. kawan-kawan tolong isikan boleh?^_~
fakta eh..hurm..

1. officially anak ke-3 dari 7, unofficially anak sulung dari 5 [anak sulung lagi best ye] 
2. anak felda sejati [sayangnya pada felda tercinta..agak2 pengerusi felda maokil baca ni, kembang      hidung tak dia?^_^]
3. part time kaunselor
4. cepat kenal dan ingat nama orang, a good observer maybe
5. sukakan nature dan photography
6. suka masak dan kanak-kanak
7. digelar Nora Zain , detektif cerita zaman dahulu jika anda masih ingat lagi [mungkin sebab once tahu something, akan selidik habis-habis kut]
8. terlalu berfikiran positif [kawan saya kata bahaya juga terlalu positif ni,ye eh?]
9. prinsip dalam bershopping: membeli biarlah mengutamakan keperluan dari kehendak
10. lahirku sebagai khalifah, maka dakwah itulah jalannya, hidup dan matiku hanya keranaNya

5 person to be tagged
1.kak hani salwa
2.nurul iman
3.siti nursyahidah
4.hanum maisarah
5.yanie

fuh, siap juga..demi fikah, x housemate sorang ni, saya buat juga lah.[syahdu tak fik? ^_^]



arigato' kuzaimas

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt

Talk: Bila 'baju kurung bertemu baju melayu'
Bertempat di Bait Nasuha, 304, Mp Park, Manipal

Post ini ditujukan khas buat,

Pengerusi majlis: siti sarah binti che mohd razali [mek sarah]
Ajk makanan: Noor Dayana Lokman [bendahari 304]
                         Maisarah Mohd Isa [Ajk makanan 304]
                         Nur Eizzah Hamzaid [tq eizzah for the kek batik^_^]
                         Siti Aishah Isa [jiran 201]
                         Hanim Saidin[jiran 204]
                         Nurul Syuhada Hasni[jiran 204]
                        
Ajk komunikasi: Siti Aishah  Isa 
                                 Shaarehan Zainal Abidin

Ajk Kebajikan dan Kebersihan: Norizan Othman [roomate yang berdedikasi,304]
                                                               Azreena Baizura Ariffin [ajk kebajikan 304]
                                                               Nurul Asyikin Mohd Ali [ajk 'versatile' 304]

Dan tidak lupa kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak dalam menjayakan program.
Kepada semua muslimat batch 20, kerjasama dan sokongan anda amat-amat saya hargai!  Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis^_^
InsyaAllah next time kita boleh gabung dengan batch2 lain pula. Lagi ramai lagi meriah,dan dapat merapatkan ukhuwah^_~

'SEPAKAT MEMBAWA BERKAT'

"...Allah menguatkan dengan pertolonganNya bagi siapa yang dia kehendaki. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan [mata hati]" -Ali imran:13-





Wednesday, May 20, 2009

sang daie

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak kita rasa susahnya untuk mengambil hati mad'u? Atau kadangkala merasakan segala usaha kita seperti tiada impak dan tidak berhasil sama sekali. Atau juga tidak merasa cukup keserasian dalam perhubungan sesama muslimat atau muslimin itu sendiri. Mungkin juga merasakan orang kurang respect pada kita. Atau barangkali......

jom kita lihat list di bawah. Sebagai seorang daie, ada atau tidak ciri2 tersebut dalam diri kita^_^

Ciri-ciri sang daie

1. Qudwah (teladan) sebelum dakwah
2. Menjalin keakraban sebelum pengajaran
3. Mengenalkan Islam sebelum memberi tugas
4. Bertahap dalam pemberian tugas
5. Mempermudah, bukan mempersulit
6. Menyampaikan yang ushul (dasar) sebelum yang furu’ (cabang)
7. Memberi khabar gembira sebelum ancaman
8. Memahamkan
9. Mendidik bukan menelanjangi
10. Menjadi murid seorang imam, bukan muridnya buku

Dakwah itukan luas, tidak kira siapa dia, dimana dia berada. Tugas kita jelas,sebagai seorang daie. Cumanya dakwah harus dilakukan secara berhikmah. Sedangkan Nabi saw sendiri berdakwah secara rahsia selama 3 tahun, kemudian barulah berdakwah secara terang-terangan. Semuanya berperingkat. Begitu juga dengan dakwah kita dikalangan sahabat sekeliling. 

Sebab itulah seorang daie itu perlunya pada Qudwah[teladan] sebelum dakwah. Andainya daie berperangai buruk, bagaimana orang lain ingin mengikut? Kadangkala, kita rasa kita cukup baik, percapakan kita baik, kelakuan kita baik, tapi kita tidak sedar bahawa tindak tanduk kita banyak tidak menyenangkan orang sekeliling. Sebelum berdakwah, seseorang daie haruslah berkawan baik, atau menunjukkan rasa prihatin kepada mad'u. Kita wujudkan rasa nikmatnya ber'ukhwah fillah' di dalam hati-hati mad'u. Yang penting, daie tidak boleh bersikap sombong dan berlagak yang dia punya ilmu yang lebih lantas mewujudkan jurang dengan mad'u. Dalam bahasa yang lebih mudah, dakwah fardhiyyah itu adalah intipati penting dalam menyebarkan dakwah.

Mendalami dan memikat hati mad'u. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.Pabila dah cinta,mudahlah untuk kita menasihati, dan mudahlah mereka untuk menerima .Seterusnya, proses pencerahan boleh diteruskan dengan syarat hubungan berkasih sayang haruslah bersandarkan lillahitaala. 

Sayangi diri anda sang daie!

Namun, pabila sang daie sibuk berdakwah pada orang lain, dia terlupa akan dirinya sendiri. Aktif dakwahnya, ke sana ke mari mengisi hati-hati yang ingin kebenaran. Tapi, tanpa sang daie sedari, dirinya sendiri terbengkalai. Kasihan sang daie,jika tiada yang memantau. Qiam, dhuha, puasa, mathurat dan amalan2 sunat bagi memantapkan sahsiah diri, seakan-akan ketinggalan. Sayangilah diri anda wahai sang daie! Andai sang daie tidak menyayangi dirinya sendiri, bagaimana dia dapat untuk menyayangi orang lain.

Dalam kesibukan sehari-hari, pastikan jadual sang daie itu teratur. Apa yang perlu bagi sang daie, adalah 10 ciri-ciri muwasafat tarbiyah dalam membentuk individu muslim yang unggul. Sang daie diukur bukan dari paras rupa, tapi dari ketaqwaan dan keindahan akhlaknya. Bukan dari banyaknya harta yang dia ada, tapi dari semangat jihadnya untuk agama. Mad'u ibarat pertama yang sukar untuk digapai, tapi mudah bila kena pada caranya dan kita berusaha!

Jangan risau ya sang daie, Allah telah menjanjikan ganjaran yang terbaik buatmu.

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai, seratus biji. Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah : 261)

Di saat manusia tidak mampu memberi ganjaran yang baik atau tidak bersyukur atas usaha baik yang telah dilakukan, sang daie tidak sekali mengubah pendiriannya bahawa apa yang ada di sisi Allah Taala itu lebih baik dan besar dan Allah Taala tidak akan sekali-kali mengabaikannya atau mensia-siakan amalannya.


flashback 1

Bismillahirrahmanirrahim

"nah, baca lah buku ni time nura senang-senang nanti" syu mengeluarkan sebuah buku kecil  dari poket jubahnya. Terselit sekali pen milikku yang dia pinjam semalam.

"tq, insyaAllah, nura baca nanti" sekuntum senyuman kulemparkan buat syu.Aku memandang sekilas buku 'muslimah hari esok'  dan terus masukkan dalam baju sejuk. Baju sejuk tu pun ona pinjamkan,kesian kat kawan dia sorang ni yea.Ingatkan datang egypt dah tak sejuk, tapi masih sejuk lagi.Mungkin nak bagi kami dari india yang asik dok berpanas ni rasa musim sejuk juga kut.

Train ke cairo telah tiba di stesen. Salaman dan pelukan terakhir diberikan sebelum bergerak ke cairo. Alhamdulillah, train di egypt bagi kami sudah cukup baik. Aku duduk sebelah sarah. Nampaknya, sarah lebih dahulu terlena disisiku.Penat barangkali. Perjalanan ke cairo akan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sekarang, baru jam 8pm.Hurm, tak tahulah kenapa hati syahdu sangat tinggalkan alexandria.

Aku teringat buku kecil tadi. Helaian demi helaian aku belek. "muslimah hari esok'. Bagi aku, tajuknya sendiri sudah menyentak adrenaline untukku terus membaca dan membaca. 

'Ada segelintir manusia berpegang dengan ungkapan:
"berundinglah dengan wanita dan abaikanlah keputusan rundingan tersebut!"
sedangkan ungkapan itu tidak pernah lahir dari Nabi SAW, kerana Allah telah berfirman,
maksudnya: "Dengan kerelaan dan pemusyawaratan antara keduanya"

Nabi Muhammad sendiri berbincang dengan  isterinya, Ummu Salamah selepas perjanjian hudaibiyah, ketika para sahabat ingkar dari mematuhi arahan baginda supaya bercukur dan memotong rambut untuk bertahallul dari ihram umrah begi membolehkan mereka pulang selepas termeterainya perjanjian tersebut.

Para sahabat merasa keberatan dengan arahan tersebut dan tidak ada seorang pun yang melaksanakannya. Hal ini kerana para sahabat keluar ke Makkah semata-mata dengan niat untuk menunaikan umrah dan ibadat-ibadat lain.

Dalam keadaan tersebut, Nabi saw mengadu kepada Ummu Salamah perihal para sahabat seraya berkata, "Binasalah manusia!" kerana mereka telah mengingkari perintah baginda saw.

Maka Ummu Salamah berkata," Wahai Rasulullah , keluarlah tanpa berbicara dengan sesiapa pun dan suruhlah tukung cukur mencukur rambutmu dihadapan mereka, kemudian bertahalullah dari ihrammu. Jangan engkau lakukan selain dari itu. Lalu Nabi saw keluar dan melaksanakan apa yang disarankan oleh Ummu Salamah. Pada ketika itu, para sahabat seolah-olah baru terjaga dari lena dan berkata: "Adakah patut kita tidak mengerjakan apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah?"

Maka mereka melaksanakannya hasil dari buah fikiran  Ummu Salamah.Jelas terbukti, bahawa wanita berhak mengeluarkan pendapat dan pandangan.

Aku tersenyum sendiri. Sememangnya kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita, namun tidak semua pandangan kaum wanita itu harus ditolak membuta tuli. Bukan semua yang mereka katakan hanya bersandarkan emosi.Aku kagum, terlihat betapa perlunya ada seorang isteri itu sebagai penolong kepada seorang suami.

Kepala pening, mungkin tak biasa membaca dalam train.Aku simpan buku kecil itu kembali. Nampaknya, ada lagi 2 jam untuk kami sampai ke cairo.Lama lagi ni..lantas, Mp3 handphone kupasang, menghayati surah Baqarah dari syeikh mishary rashid..
Tenang............

******************************************************************************************

Sampai di cairo, ustaz ambil kami dari train stesen. Kami menaiki van menuju ke rumah kelantan untuk menumpang bermalam sehingga subuh pagi esok. Kami akan bertolak ke sinai keesokan harinya.

Lebih kurang jam 6.30am, kami pun bertolak menuju ke sinai, ditemani seorang musyrif, ustaz hafizul. Perjalanan akan mengambil masa 3 jam barangkali. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu sangat tentang sinai, sebelum ke mesir, yang aku tahu, aku harus mendaki Mount Sinai. Itu sahaja. Rupanya sepanjang perjalanan itu, punya banyak tempat-tempat bersejarah. Terusan Suez, buat pertama kalinya, aku melihat kapal seolah-olah belayar di atas daratan! Baru ingat apa yang belajar dalam buku sejarah dulu.
Kalau nak diceritakan di sini, memang banyak. Tak cukup page barangkali.^_^


melewati terusan suez

Apa yang boleh aku simpulkan, trip ke sinai adalah trip yang tidak akan pernah dilupakan. Menikmati fitrah kejadian pertukaran malam kepada siang, tenggelamnya bulan dan bersinarnya bintang di malam hari yang dinikmati semasa mendaki mount sinai, dan timbulnya matahari dari ufuk timur sedikit demi sedikit pabila Bumi berputar pada paksinya tatkala subuh menyinsing. Subhanallah! Tiada kata-kata lain yang terucap!


fajar menyinsing

Di puncak itu, aku teringat akan baris-baris ayat dalam buku kecil, 'muslimah hari esok'

Bertitik tolak dari ini, kita ingin kan masa depan muslimah yang sederhana dalam beramal, menunaikan tanggungjawab secara sempurna sebagaimana dia menuntut haknya secara sempurna, bahkan sepatutnya dia melaksanakan kewajipannya terlebih dahulu sebelum dia menuntut haknya.

Gaya pemikiran yang sedang menular pada masa kini ialah sikap menuntut hak dari orang lain sebelum menunaikan tanggungjawab diri. Mereka sering berkata,"Apa yang akan aku perolehi? " Sebelum berkata," Apa yang harus aku lakukan?"

Wanita juga tidak ketinggalan menuntut pelbagai hak; hak untuk belajar, bekerja, mengundi, malah hak menjadi pemimpin tertinggi, sedangkan mereka tidak pernah bertanya, "Apakah kewajipanku?"

Setiap oxygen yang aku hirup, setiap carbon dioxide yang aku hembus, semuanya kerana Allah yang membenarkan.Mengizinkan aku untuk terus hidup, memberi peluang untukku bertaubat di atas segala dosa yang telah aku lakukan. Terngiang-ngiang, apakah kewajipanku? pada Allah,pada diriku, pada keluargaku, pada sahabat2 ku, dan paling penting, pada hak dakwahku? dengan duit biasiswa yang aku ada, untuk tujuan apakah ianya digunakan? Sememangnya aku amat2 bergantung pada biasiswa ini, aku kira tidak mungkin aku akan sampai ke bumi anbiya ini tanpa biasiswa. Tidak mungkin kaki ini dapat melangkah jauh. Namun,semuanya itu adalah rezeki dari Allah yang tidak pernah jemu menumpahkan kasih sayangNya kepada hambaNya yang sering alpa ini.

Saban hari, manusia punya kitaran hidup yang sama.Bangun pagi, makan, tidur , bekerja dan macam2 lagi. Yang membezakan adalah amalan mereka. Setiap yang hidup pasti mati, cuma masanya tidak dketahui. Aku membayangkan andai malaikat izrail mencabut nyawaku sebelum sempat turun dari puncak sinai ini, adakah cukup sudah amalanku? Banyak lagi yang belum aku laksanakan!Pengorbanan Nabi Musa dalam mencari cinta Allah, usahanya untuk bertaqarrub dengan Allah..cukup memberi kesan di hatiku. Sukar untuk aku gambarkan, wahai angin, kirimkan segala resah di dada ini, biarlah ia lari jauh,agar hati ini terubat sendiri. Seolah-olah angin memahami gelombang hati ini,terasa kasih sayangNya yang mencurah-curah...



perjalanan yang masih panjang

to be continued....