Bismillahirrahmanirrahim
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu[yang berselisih] dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." [al-hujurat: 10]
Kenangan lama menerjah kembali.Mengimbau episod-episod kehidupan, rentetan perjuangan. Terima kasih buat segala rencah pahit manis kehidupan yang banyak mengajar diri untuk terus menongkah arus perjalanan.Hayunan dilambungkan, langkah menuju ke hadapan, sesekali mungkin menoleh ke belakang, cuba mencakup apa yang tertinggal.
Tika ini, sahabat-sahabat saya sedang sibuk berjuang di medan perang. Terima kasih kerana seringkali tidak meninggalkan diri ini untuk sama-sama berjuang bersama kalian. Walaupun kadangkala timbul sekelumit rasa lelah dan terhenti langkah, penyelesaian sentiasa ada menanti di hadapan. Alhamdulillah!
Cukuplah untuk bermonolog panjang. Kenangan akan sentiasa terpahat sebagai kenangan. Tidak akan bisa untuk berputar kembali. Dan ia akan jadi pengalaman paling manis dalam hidup. Benarlah indahnya jika ukhuwah itu kerana Allah.
Ukhuwah dan iman saling berkait rapat. Ibaratnya seperti isi dengan kuku. Semakin kuat keimanan, semakin terasa bahangnya ukhuwah itu. Saya merasai sendiri kebenarannya. Kadangkala bila kita merasakan terdapat sesuatu yang 'kosong' dalam intipati ukhuwah yang terjalin, muhasabah kembali kekuatan keimanan kita kepada Yang Esa. Bertemu dan berpisah kita atas dasar keimanan, dasar ketaqwaan.
Dulu,
Semasa kemasukan junior ke sekolah. Junior-junior ni akan perkenalkan diri masing-masing. Dan masa tu, ada seorang ni memperkenalkan namanya pada saya. Nurul[bukan nama sebenar]. Kami berkenalan 2-3 minit sahaja. Selepas itu, ada majlis di sekolah. Saya terlihat junior tadi.Hanya mampu tersenyum sebab tak ingat nama. Pada masa yang sama, dia memanggil2 nama saya. Owh, ingat lagi dia. Teruknya saya! semasa menunggu dia menuju ke arah saya, saya bertanya kepada kawan saya nama dia. oh, nurul rupanya. Kami berpelukan macam dah lama tak jumpa.
"nurul apa khabar?"
"alhamdulillah sehat. eh, akak ingat nama saya? saya ingatkan akak tak ingat. Sebab saya bagi mesej, akak tak pernah balas."
ops!rupanya dia yang selalu menghantar mesej. Kawan saya yang disebelah tersengih-sengih melihat perlakuan kami. Saya memberi isyarat pada dia jangan kantoikan yang saya memang lupa nama dia.Di lubuk hati, terharu sangat dengan adik ni. Bukan sahaja nama saya yang dia ingat, tapi asal usul, itu dan ini. Alahai adik, maafkan kakak! salah saya , sibuk dengan adik2 lain, terlupa yang seorang ini.
Dari hari ke hari, hubungan kami semakin rapat. Saya cuba untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Dia tidak pernah jemu melayan karenah saya. Ukhuwah itu makin utuh dengan bertambahnya usia kami. Manisnya hubungan ini lebih hebat dari ikatan darah.
Terima kasih adik! [walaupun akhirnya kantoi peristiwa yang saya tidak mengingati namanya satu ketika dahulu :p]
Manusia ini hamba kepada kebaikan. Bila orang berbuat baik pada kita, hati kita tetap akan tersentuh dan akan berbuat baik kepada orang itu juga. Betul tak? ^_^
Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini bukanlah suatu kebetulan.Ianya telah ditakdirkan oleh Allah untuk berlaku dan menyimpan seribu hikmah yang penuh kerahsiaan. Menyayangi seseorang kerana Allah, adalah salah satu ciri kemanisan iman. Indahnya perasaan itu jika semuanya kerana Allah. Anda akan tersenyum sendiri jika anda juga pernah atau sedang mengalami perasaan ini.
Kalau sayangkan ukhuwah itu, maka jagalah hubungan kita dengan Allah.^_^
setenang sungai nil
buat yang jauh di bumi anbiya,
terima kasih kerana menyedarkan ku tentang sesuatu, menjadi turning point untukku terus bertahan hingga kini, moga matlamat yang kita impi tercapai,insyaAllah. Doakan nura yea!
~InsyaAllah,ada hikmah di sebalik ukhwah~
No comments:
Post a Comment