Monday, May 11, 2009

warkah buat sahabat[maafkan aku]

warkah buat sahabat-maafkan aku-

buatmu sahabat tersayang,
aku mulakan bicara ini dengan seribu kemaafan, mungkin ianya hanya sekeping kertas luahan dari secebis hati yang mementingkan diri.

Mungkin kau masih ingat lagi saat pertama kali kita dipertemukan. Waktu itu, aku hanya mampu memandangmu dari jauh, tidak begitu mengenalimu, dan aku sendiri tidak begitu ambil kisah akan kehadiranmu. Perkenalan kita bermula pabila kita ditakdirkan untuk berada dalam kelas yang sama..masih ingat kelas albukhari? ^_^

 Dari hari ke hari hubungan kita semakin intim. Walaupun kau tinggal di asrama yang berlainan, namun kita seringkali berjumpa di surau. Solat berjemaah bersama. Semakin banyak perkara yang kita kongsikan. Dari situ juga, kita sama-sama mengenal erti usrah dan tarbiyah yang sebenarnya. Dan kini, kita sudah sama-sama dalam bidang yang sama, tambah-tambah lagi tinggal serumah,aku melihat sendiri rentetan hidupmu dari dulu hingga kini. 

Dan aku amat berterima kasih padamu kerana sering memilihku sebagai tempat meluahkan perasaanmu.. Aku bersyukur kerana dari situ aku lebih mengenali dirimu, dan aku tidak pernah segan silu untuk membicarakan soal hidupku denganmu. 
Bak kata orang, sharing is caring kan? 

Gembiranya aku, bertuahnya diriku, punya sahabat sepertimu. Suka dan duka kita rasai bersama. Dari satu masalah ke masalah yang lain, tika kau buntu, dan tika aku pun mengadu, kita sama-sama menyelesaikannya. Tiada rahsia antara kita. 

Mesti kau pernah ingat satu ketika kau diserang asthma , Ya Allah, risaunya  aku hanya Allah sahaja yang tahu.. Mungkin wajahku tampak senyum dan bersahaja, kerana aku tahu aku perlu kuat supaya kau juga kuat, namun di hatiku  hanya Allah yang tahu.Apa yang aku harapkan agar kau sembuh seperti sediakala. Kau seorang yang aktif bersukan, dan aku tahu sakit asthma mu bisa menyerang tika waktu begitu, aku relakan jua kau bermain, sedangkan di hati ini sering berdoa agar attack tidak berlaku lagi.

Duhai sahabatku,
tentu kau perasan satu perkara yang unik antara kita.. Kita sukar untuk meluahkan sesuatu dengan kata-kata, namun kita bisa merungkai segalanya atas kertas dan mesej. Aku masih simpan segala suratmu walaupun yang 3 tahun dahulu. Tiap hari, pasti akan ada mesej darimu. Walaupun kita serumah, namun kerinduan itu tetap hadir juga saban waktu. Adakalanya aku di library, kau di rumah, namun kita masih ber'mesej-mesejan' juga. Mungkin kata rindu itu jarang terluah, tapi bila check balik inboxku ini, semuanya tertera namamu.. adakah itu bukannya rindu? 

sahabat yang aku amat-amat sayangi,
kini, aku rasakan sesuatu akan berlaku. Dan kau pastinya mengerti apa yang aku rasai. Suatu perubahan bakal berlaku, dan aku amat takut untuk itu. Kau bakal pergi meninggalkan aku untuk bersama dengan orang yang ditakdirkan Allah untukmu. 
Jujurnya sahabatku, aku amat gembira untukmu. Amat gembira. Kerana kau bakal menyempurnakan separuh dari agamamu.
Dan aku berdoa agar segala urusanmu dipermudah olehNya. 

Tapi sahabatku, rupanya di hati kecil ini, aku merasa sakit hati. Maafkan aku sahabat, mungkin secebis hati ini semacam tidak dapat merelakan kau untuk pergi. Walaupun aku tahu, aku tidak berdaya dan siapalah aku untuk merasai begitu.Sungguh aku menyesal kerana kadangkala mengabaikan dirimu. Jika ada hakmu yang tidak ternunai, ampunkan ku wahai sahabat..Akan ku tebus dengan seluruh jiwa ragaku.
 
Aku sedar, hubungan kita semakin menjauh. Jika kau perasan, dah lama kita tidak 'berdating' berdua kan?Bicara hati ke hati.Kalau ada pun, aku tahu bukan itu yang kau mahu bicarakan.Ada sesuatu di benakmu yang kau masih simpan, dan aku mengerti jika kau ingin terus menyimpannya kerana itu adalah hakmu, bukan hakku. Apepun, aku sentiasa di sini untukmu..

Duhai sahabatku,
maafkan aku kerana aku tidak mampu lagi menyimpan air mata ini, saban hari teringatkan dirimu, aku merindui saat-saat dulu. Aku tahu kau juga merasainya, tapi kadangkala, kudrat tidak dapat menggapai rasa. Jahatnya aku kerana tidak mahu melepaskanmu, sedangkan aku tahu, inilah putaran hidup manusia. Kita bersahabat, dan satu hari pasti kau akan pergi meninggalkanku. 

Hati  ini pernah merintih, kenapalah sampai begini pahit rasanya. Nikmat ukhuwah yang kau salurkan cukup bermakna dan indah buatku. Tidak dapat kugambar dengan kata-kata. Hanya Allah yang Maha Memahami segalanya.

 Aku amat bersyukur pada Dia yang telah mempertemukan kita di jalanNya. Kita bertemu dan berpisah hanya keranaNya. Berdoalah untuk berjumpa kembali di syurga sana. Doa ya sahabatku, aku tidak mahu berpisah denganmu! Dan jangan kau risau akan aku, kerana aku pandai menjaga diriku. Doakan aku gagah dan kuat seperti Rabiatul Adawiyah. Moga terus thabat di jalan dakwah, meneruskan perjuangan demi menegakkan Islam tercinta. Aku sungguh berharap agar Islam kembali gah seperti dulu, biar pun penat dan lelah terpaksa ditempuhi, hingga hujung nyawa akan ku terus berbakti.

Kata akhir dariku, 
hayatilah bait indah dari lagu ini.


pertemuan telah ditakdirkan
antara kita tidak pernah dirancangkan
manalah takdir hendak dilawan
semuanya ketentuan tuhan

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian 
moga teguhnya ikatan ini

sahabat yang amat ku kasihi
susah senang kau disampingku
kehadiran dikau disisi 
mengubat sepi dihatiku

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian
moga teguhnya ikatan ini

sahabat yang amat ku cintai
susah senang kau disampingku
walau kini hilang dimata
namun kau tetap dihatiku

ooo...sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepertimu
membimbing menasihatiku
hanya satu dalam beribu

sahabat yang amatku cintai
susah senang kau disampingku
walau kini hilang dimata
namun kau tetap dihatiku

namun kini hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamat perpisahan
kemesraan bermekar diakhir perkenalan
sayup menitiskan air mataku

by:hawary

lots of love,
sahabatmu

p/s: tunaikan hak ukhuwah kepada sahabat2 kita. Sentuhlah hati mereka dengan nikmat bercinta dan berkasih sayang keranaNya.

Daripada Abu Hamzah Anas Ibnu Malik r.a. sabda baginda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri [bukhari dan muslim]

No comments: