Friday, May 29, 2009

characteristic isteri aktivis dakwah

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak akhir-akhir ini, ramai pula sahabat-sahabat saya bakal menikah. Disebalik kegembiraan yang terserlah di wajah mereka, timbul juga sedikit kegusaran di dalam hati, al-maklum perkahwinan adalah alam yang berbeza dengan zaman mem'bujang'. Apalah daya saya untuk menjawab soalan-soalan yang diutarakan, hatta diri ini amat cetek pengalaman [bahasa mudah, tiada langsung sebenarnya]. Di sini, saya titipkan satu article menarik yang telah selamat dilayarkan dari sini.Moga sedikit sebanyak memberi pencerahan buat saya dan sahabat-sahabat di luar sana.

selamat membaca^_^

'Seorang aktivis dakwah memerlukan isteri yang ‘tidak biasa’. rinduKenapa? Kerana mereka tidak hanya memerlukan isteri yang pandai merawat, pandai memasak, pandai mengurus rumah, pandai mengelola kewangan, cekap dalam hal-hal berkenaan urusan rumahtangga. Maaf, bukan bermaksud mengecilkan, berbagai kepandaian dan kecekapan itu adalah bekalan ‘standard’ yang memang harus dimiliki oleh seorang isteri, tanpa memandang adakah suaminya seorang aktivis atau bukan. Atau dengan kata lain, seorang perempuan dikatakan siap untuk menikah dan menjadi seorang isteri jika dia memiliki berbagai-bagai bekalan yang standard itu. Namun bagaimana jika sudah jadi isteri, tapi tidak punya bekalan itu? 
Ya, jangan hanya diam, belajarlah. Istilah popularnya ‘learning by doing’.:woooh:

Kembali kepada pokok perbahasan kita. Menjadi isteri aktivis bererti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan ‘di atas standard’. Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh isteri aktivis atau yang ingin menikah dengan aktivis dakwah:

1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah)

Hal paling penting yang harus difahami oleh isteri seorang aktivis dakwah, bahawa suaminya pastinya tidak sama dengan suami pada umumnya. Seorang aktivis dakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih ridha Allah. Mendampingi seorang aktivis adalah mendampingi seorang prajurit Allah. Tak ada yang dicintai seorang aktivis dakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, karena cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad! Ayuh bangun dari lena kalian… 

2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah

Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Yakinlah bahwa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tak perlu takut atau khuwatir melepaskan suami pergi berdakwah ke manapun. Yakinlah bahwa Dialah Sang Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan harta. Dan tetap berwaspada dalam setiap perkara agar tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.

3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (mentaliti)garupale

Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi istri seorang aktivis: kuat, tegar, gigih, kukuh, sabar, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan mandiri. Tidak mengharapkan semuanya diselesaikan oleh suami. Namun ada upaya dari diri sendiri untuk terus mencuba dengan pelbagai alternative.

4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelektualiti)

Ternyata, seorang aktivis tidak hanya memerlukan pendengar setia. Ia perlukan isteri yang boleh untuk diajak bersembang, tukar fikiran, musyawarah, atau perbincangan tentang kesibukan dan minatnya. Kerana itu, banyaklah membaca, rajin mendatangi majlis-majlis ilmu supaya luas tsaqafah.

5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fizikal):inlove:

Minimal sihat, menjaga kebersihan, dan tidak selalu sakit saja. Jika fizikal kita sihat, kita dapat melakukan banyak hal, termasuk mengurus suami yang sibuk berdakwah. Kerana itu, penting bagi kita untuk menjaga kesihatan, membiasakan pola hidup sihat, rajin beriadhah dan lain-lain. Selain itu, jangan lupakan masalah merawat wajah dan tubuh badan. Ingatlah, salah satu ciri isteri solehah adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.

:sigh:Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun soleh dan taqwanya seorang aktivis, tak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tak punya kesalahan. Seorang aktivis dakwah tetaplah manusia biasa yang pastinya dan mungkin untuk melakukan kesalahan. Bukankah tak ada yang ma’sum di dunia ini selain Baginda Rasulullah?

:tsk:p/s: para Ikhwannya juga sama dalam persediaan ini.:okay:


5 comments:

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

salam nura,

untungnya sapa dapat isteri macam ni.. tak susah hati nak ke mana2, untuk buat dakwah, sebab isteri tak runsing,dan terdidik dengan ajran Islam.. Mudah2an kita pun sama :)

nurani said...

nurhani salwa: salam kak hani, untungkan? ^_^ insyaAllah kak!

pai_ilham al-adwa' said...

@nurani...

nti...ana rindu nti...
sering ditinggalkan...
hmm...jaga diri nti baik2..
insyaALLAH...berpisah kini..bertemu kembali...
haih...beratnya anugerah ini untuk dinilai kembali...berat sungguh perpisahan menguji...

ana rindu nti...dan sahabat2 yang seangkatan juga...nti jaga diri dan jaga mereka...maisarah..eena...dan yang lain2...

p/s:ana tahu komen ana ni takde kena mengena dgn tajuk entry nti...tapi ana nak tinggalkan kesan juga...ana rindu ntiiiiiiii....

nurani said...

naufa:
jazakillah ukhti for d sweet ukhwah.
ana x tinggalkan enti lah..berpisah setahun..pejam celik x lama..ana tunggu enti di msia yea..
jaga diri enti baik2 di sini..
kita gunakan ms yg berbaki ini sebaiknya, insyaAllah..

p/s: xpe wlupun xde kene mengena^_~ ana rindu enti jugaaa!!

muharrikdaie said...

Idealnya begitu ...

Itulah yang perlu dimujahadahkan dan kita juga perlu membuang pelbagai rawasib rawasib jahiliyah agar rawasib ini tidak menjadi virus yang memfuturkan " Baitul dakwah" itu.

Tahniah. Artikel yang baik untuk dikongsikan.

Teruskan berkarya.