Sunday, May 24, 2009

ayuh syabab!

Bismillahirrahmanirrahim


Setiap orang dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Setiap orang mempunyai minat dan kecenderungan yang pelbagai.
Kerana itulah wujudnya variasi dalam dunia ini.
Variasi itulah yang menonjolkan seseorang individu itu dalam bidang yang diminatinya.

Ada yang minat sains fizik, ada yang minat sains biologi, ada yang minat ilmu fiqah, ilmu tasawwuf, ilmu sastera, seni, muzik, masakan,politik dan macam -macam lagi.

Ada orang yang berbakat dalam bidang penulisan, maka terhasilnya novel, dan cerpen. 
Tidak kurang juga orang yang minat menulis di blog tentang macam-macam; ilmu agama yang dapat menambah pengetahuan tentang Islam, memberi kesedaran sebagai makanan rohani. Tidak kurang juga tentang pengalaman hidup, yang dapat memberi pengajaran dalam kehidupan. Setiap apa yang dilakarkan adalah untuk berkongsi dan sedari itulah dapat menjernihkan hati-hati yang inginkan pencerahan dan mentafsir hikmah itu punya banyak pengajaran.

Ilmu di dunia ini teramatlah luas. Pabila kecenderungan manusia itu berbeza-beza, maka berlakulah perkongsian di antara satu sama lain. Perkongsian ilmu, pemikiran , dan fahaman. ada yang bisa diterima, atau dibantah.Bergantung pada individu. 

Tampak berbeza, pada hakikatnya manusia itu sama.
Untuk apakah manusia diciptakan?
Sudah tentunya sebagai khalifah di muka Bumi ini.

Membincangkan soal khalifah,
Setiap orang punya pandangan yang berbeza sebab dilihat dari sudut yang berbeza. Akan dilakar dalam ayat yang berbeza juga. Kerna apa? Setiap manusia ini amat unik kejadianNya. Punya persepsi sendiri yang bisa diketengahkan bersama contoh-contoh yang boleh diterima.
Namun, intipatinya tetap sama. Mungkin cara penyampaian yang berbeza tapi jika berlandaskan Al-quran dan Sunnah, ia tetap sama.

Dan peranan kita di dunia ini juga sama. Dakwah. Dakwah. Dakwah. Cuma methodnya berbeza. Terserah asalkan benar di landasanNya. 
Tapi, mesti di ingat wahai pendakwah, jangan cepat merasa bangga dengan diri sendiri atas kelebihan ilmu yang anda perolehi. Ilmu itu milik Allah, bila-bila masa sahaja Dia bisa menariknya kembali.

Bukankah kita harus sentiasa tunduk pada ilmu. Barulah ilmu mudah datang pada kita. Dalam mencari ilmu, niat juga harus betul iaitu kerana Allah Taala. Yang paling ditakuti ialah mencari ilmu kerana ingin dilihat oleh orang bahawa kita ini bijak pandai dalam segala hal. 

Manusia ini suka pada sesuatu yang hebat. Handphone, mp3, tv, pun mahu yang hebat-hebat. Pakaian mesti branded. Kalau boleh, semuanya tip top.Sudah semestinya sanggup berhabis untuk mendapatkannya.

Allah SWT Maha lebih hebat. 
Tapi, berusahakah manusia untuk mendapatkannya?

"ya! saya menunaikan rukun Islam dan iman"
"ya! saya datang usrah supaya saya dapat ilmu"
"ya! saya banyak membaca supaya dapat mendalami ilmu."
"ya! saya melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang."

cukup kah dengan itu semua?
Dimana dakwah anda? Argh..barangkali bosan bila asik sebut pasal dakwah. Tapi, inilah namanya peringatan. Dakwah bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk ummah. Ini kerja kita! Sering diabaikan dan dipandang remeh. Ingat, dakwah bukan pada orang tertentu sahaja, tapi untuk semua. 

Qum Faanzir! ~ Bangunlah, lalu berilah peringatan~

Gunakan kelebihan yang anda miliki untuk melebarkan sayap dakwah. Kelemahan yang ada cuba untuk diperbaiki dan bukannya alasan untuk berlengah. Berdakwahlah di mana anda berada. Buat sesuatu untuk orang sekeliling anda, tinggalkan sesuatu yang 'berharga' selepas anda berhijrah ke tempat lain. Pastinya ada hikmah dan kerja yang harus kita laksanakan pabila Allah meletakkan kita di satu-satu tempat. Kan Allah tidak jadikan manusia ini sia-sia? 

"Apakah manusia mengira , dia akan dibiarkan begitu sahaja tanpa pertanggungjawaban?" [al-Qiyamah:36]

Jadi, apa tunggu lagi?

Qum Faanzir! ~ Bangunlah, lalu berilah peringatan~  

Dakwah bukan 5 minit! tapi setiap saat dalam hidup anda mestilah untuk dakwah. Setiap nafas, setiap langkah, setiap masa. 24 jam untuk dakwah. Dakwah bukan angan-angan kosong, tapi perlu pada jihad yang produktif. Saya yakin anda arif tentang itu. 

Dakwah bukan 5 minit! Perlukan istiqamah, sama ada bil lisan atau bil hal. Tawarkan diri anda untuk berdakwah. Usah tunggu hendak diketuk baru hendak bergerak. Kita bukan paku dengan penukul yang semakin lama semakin berkarat.Jadilah sebagai nadi penggerak dakwah, pencetus semangat para pendakwah. Kekal warnanya malah semakin berkilat.

Ayuh syabab!
Usah lengah lagi,kita sudah tidak punya masa. Mantapkan yang putih, islahkan yang hitam.

"Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di Bumi...." [Fatir:39]

~Hamba yang kerdil lagi hina~

5 comments:

bosz said...

tulisan yang baik dan bagus..memang terkesan...teruskan....

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

sangat terkesan dengan artikel yang ini. teruskan menulis..

org dekat ^_^ said...

ayuh!

Wan Farah said...

Jazakillah sister for the reminder;)
Really appreciate it=)
it's true.. we must always improve ourselves for the sake of ummah...
N we must stop waiting to be chosen...but always have faith that we r the chosen one! hence, we must keep on going..coz that's what we r created for.. for the sake of ummah, insyaAllah..

nurani said...

bosz, ust lotfi,org dekat, wan farah :syukran..insyaAllah, together we unite!