Bismillahirrahmaniirahim
Tak lama lagi posting di paediatric ward akan habis.Dan saya akan merindui kanak-kanak kecil ini.Mula-mula masuk dalam postnatal ward[baby yang baru lahir], kelihatan 'pink pink', dan kecik sangat.Kebanyakan baby di india ini sizenya tidak besar mana, mostly lingkungan 2 kilo lebih.[tak dapat bayangkan bagaimana agaknya saya dahulu dengan berat 1.5 kg sahaja]
Bila kami nak buat check up pun tak sampai hati, bila tengok mereka tidur dengan nyenyaknya. Tambah-tambah, bila nak ambil darah mereka untuk check up lanjut.Baby yang baru lahir akan dicucuk dengan jarum dan ditekan-tekan pergelangan tangan mereka supaya darah keluar. Menangis dan meraung kesakitan.Haih, kami yang melihat ni nak nangis pun ada. Tak sampai hati. Tapi, itulah prosedurnya.Demi kebaikan bayi dan ibu.
nyenyaknya si kecil ni tidur [saya tahu saya comel ketika tidur, tapi janganlah tenung saya lama-lama^_~]
Sejuknya mata memandang. Kita yang stress ni pun jadi lapang dada. Mereka suci dari segala dosa. Betapa indahnya manusia ini dijadikan oleh Allah dari rahim si ibu.
"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya[dengan perintah dan larangan],kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat" [al-insan:2]
Manusia ini diciptakan Allah dengan tidak sia-sia.
"Apakah manusia mengira dia akan dibiarkan begitu sahaja [tanpa tanggungjawab?]
"Bukankah dia mulanya hanya setitis mani yang ditumpahkan kedalam rahim, kemudian mani itu menjadi sesuatu yang melekat, lalu Allah menciptakan dan menyempurnakannya,
lalu Dia menjadikan darinya sepasang lelaki dan perempuan." [al-Qiyamah:36-39]
Sudah termaktub bahawa manusia adalah SEBAIK-BAIK ciptaan Allah.
"Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." [at-tin:4]
Berbeza dengan makhluk lain, tidak seperti tumbuhan yang sentiasa perlukan air untuk hidup, perlukan cahaya untuk fotosintesis, tidak juga seperti haiwan yang perlu mencari makanan siang dan malam dengan segala kekuatan yang mereka ada seperti harimau yang harus berlari dengan laju untuk mencari mangsanya. Tapi, Allah sediakan haiwan dan tumbuhan, untuk kita, manusia. Allah turunkan hujan, panas dan segala yang ada di Bumi ini untuk kesejahteraan manusia.
Kita dianugerahkan akal untuk berfikir dengan sifat yang paling sempurna supaya akal itu mampu memimpin nafsu.. Tidak seperti haiwan yang hanya punya nafsu tanpa dipimpin oleh akal. Sebab itu, bila nafsu menguasai akal, timbullah pepatah, kita ini lebih teruk dari binatang.
Dimana agaknya kalimah syahadah yang dipegang?
terbangun dari tidur bila kakak-kakak datang kacau^_^
Melihat kain putih bersih yang tidak berdosa ini, dalam hati terdetik, alangkah beruntungnya saya dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah, sebaik sahaja keluar dari rahim ibu, ayah sudah mengazankan. Didodoi dengan alunan zikrullah yang cukup mendamaikan. Bertuahnya kita ya! merenung, kasihannya pada bayi ini, kehidupannya akan diasuh dan dibentuk oleh ibu dan bapa mereka dalam agama yang mereka anuti sekarang. Sayangnya!
Rata-rata, apakah kita benar-benar memahami Islam atau Islam hanya pada nama. Nampak ringkas kan? Mungkin sesetengahnya akan kata, saya beragama Islam, saya tahu solat, saya tahu baca Quran, saya pernah puasa..kan dah memadai,lagipun, solat itukan tiang agama.
Namun, andainya semua umat Islam betul2 mengaplikasikan solat itu sebagai tiang agama, mengapa masih terdapatnya kes-kes minum arak, anak luar nikah, pergaulan bebas, dadah,rasuah, pelacuran dan penuh di kelab malam?Inikah tiang agama Islam yang ditegakkan?
Contoh mudah dan paling simple, terkilan pabila masjid kosong tanpa jemaah. Terkilan pabila Quran dibiar berhabuk tidak dibuka. Terkilan pabila azan dibuat tidak endah dan meneruskan aktiviti yang tidak berfaedah. Terkilan pabila tidak ambil kisah isu semasa, sibuk dengan diri sendiri sahaja. Amat terkilan pabila diri sendiri tidak dijaga dengan sebaiknya. Bukan iklan kementrian jalan raya sahaja boleh kata 'sayangi anda dan keluarga anda', malah phrase itu sangat applicable untuk kita juga.
tenang wajah si kecil
Bagi kita yang cukup kesedaran, sentiasa diingati dan dipesani, duduk dalam environment yang membentuk rohani, bersyukurlah. Kini, tiba giliran kita untuk keluar mencari hati-hati yang jauh dari Tuhan.Ada diantaranya yang tahu, cuma lupa dan harus diperingatkan. Gunakan segala nikmat yang Allah kurniakan pada diri, untuk membawa mereka bersama-sama dengan kita. Mereka tidak akan tahu apa yang kita tahu jika kita tidak beritahu.
Bak kata sahabat saya, 'kalau awak nak masuk syurga, ajak saya sama eh" [comel^_^]
Berusaha selagi terdaya, janganlah mengalah jika usaha kita ibarat terputus di tengah jalan, tetapi berdoalah pada Allah supaya mengurniakan hidayah dan taufik. Kerana hidayah itu adalah milikNya jua. Yang penting, proses pentarbiyahan itu bukanlah sehari dua, tapi memakan masa. Jangan ditinggalkan pucuk yang baru hendak bercambah, takut nanti terkulai dalam proses pertumbuhan dek kita yang kurang istiqamah dan lepas tangan.
Kata nak masuk syurga sama-sama..^_^
p/s: bilalah agaknya dapat timang anak sendiri ye? =p
No comments:
Post a Comment