Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

ketika cinta berusrah


بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wrt..


Dah dua bulan lebih rasanya tak update blog ni, asif pada yang buka blog tapi tiada update terbaru. Kadang, saya wonder macam mana certain people can istiqamah update walaupun busy yang amat macam kakak saya ni.Subhanaallah, mereka punya himmah yang tinggi dan masa yang teratur untuk sharing apa yang boleh dimanfaatkan bersama.

Last 2 months of posting ONG[sakit puan] dan paediatric yang sepatutnya-boleh-manage-masa-sebaiknya-end-up-dua bulan-tak-terbukak-blog nih. Jujur saya katakan, sangat-sangatlah rindu waktu sibuk itu, sebab masa itulah rasa masa ni sangat-sangat berharga dan banyak benda boleh buat dalam kekangan masa yang sedikit. Moga posting community medicine yang sekarang ni bakal menghimpit saya untuk terus lebih aktif bergerak, tak duduk saja-saja.


Alhamdulillah, pertemuan ruh di taman-taman syurga Allah seminggu sekali benar-benar heartwash hati ini. Walaupun masing-masing sibuk, tapi masih cuba untuk bertemu mengutip butir-butir permata di jalan Allah ini.

"KecintaanKU pasti jatuh pada orang-orang yang saling mencinta, saling duduk bersama, saling berkunjung kerana Aku" [HR. at-tabrani]



Kecintaan kepada Allah, yang dengannya manusia dapat merasai kemanisan iman. Ubudiyah (penghambaan) tak akan wujud tanpa adanya cinta pada Allah.Ia adalah RUH iman dan amal. Tanpanya, hidup ini ibarat jasad tanpa ruh, tanpa cahaya. Dan bila amal itu tidak punya ruh, amal itu tidak akan naik ke langit.

Mencinta kerana Allah, adalah jalan menuju syurga Allah. Seperti yang kita selalu baca dalam doa rabitah,

Sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawa hati-hati ini terhimpun atas kecintaan(mahabbah) kepada-MU..

...dan (hati-hati ini) telah bertemu di atas ketaatan kepadaMU...

Betapa dalamnya makna tersirat yang Imam Ibnu Qayyim rahimahullah telah sampaikan erti mahabbah, yang penuh dengan ungkapan indah...

Mahabbah adalah kejernihan cinta. Kekuatan, ketinggian, dan kebesaran keinginan hati kepada yang dicinta. Ia adalah keteguhan keinginan kepada yang dicinta, dan kemahuan untuk selalu bersamanya dan tidak meninggalkannya, agar sang pencinta boleh memberi inti hatinya kepada yang dicinta, bahkan sesuatu yang paling berharga yang dimilikinya, iaitu hatinya...

Bertemu dan berkumpul di atas cinta Allah, tak bisa dihalang oleh batas laut dan daratan, apalagi nasab dan perkara dunia.

Mahabbah adalah pertalian antara hamba dengan Tuhannya. Dan cinta bukan hanya terletak pada ruang lisan atau ucapan, tapi ia sesuatu yang harus direalisasikan dalam kehidupan.

hawariyyun, ana sayang antum kerana Allah!
buah hatiku, badarians, jangan lupa janji kita minggu ini! dating di pantai yea^_^






Friday, February 19, 2010

hold my hand

بسم الله الرحمن الرحيم

[rindu mesir ]

A: salam. kaifahal? lama tak dgr brite org jauh ni
B: alhamdulillah tamam. kaifa enti. quais

A:alhamdulillah..
skang tgh musim exam. [stress jugak lah]huhu. emta ruh ila malizi?
B: insyaAllah akhir sanah (hujung tahun ni)


A:balik terus ke?
B:insyaAllah ala tul (insyaAllah balik terus)

A:aiwah??
B: insyaAllah

A: dah hbs 4th year ke?
B: fi hazihi sanah...sanah khomisah bitta kid (tahun 5 tahun ni)

B:emta tahallus? (bila habis exam?)
A: 4th mac ni

B: bittaufiq
A: jzkk!


moga dipermudah segala urusan buat jiran-jiranku dan sahabatku di sana. like family, i do miss you all! jzkk buat B yang selalu ajar bahasa arab (walaupun bhs ammi) . wish that could understand and speak this languange one day.



lembu samiri


[exam surgery]

Pagi tadi, exam surgery dengan seorang makcik ni. Masa tu, menantu dia yang menjaga nya berada di situ juga. Setelah habis ambil history dan physical examination, saya dipelawanya untuk makan peyek dan buah limau. (memandangkan mereka tahu yang saya tak sarapan lagi)
Pada mulanya, saya menolak tapi sebab tak nak kecilkan hati mereka, saya pun duduk dan join skali mereka makan sambil menunggu dr aung yang dari tadi tak tiba-tiba.

Ada satu part yang saya paling ingat masa kami berbual tu, makcik tu cakap,

"makcik ni sebagai orang biasa kan, kalau nampak doktor-doktor yang lalu kat katil makcik ni , tapi dia bagi senyuman, sampai bila-bila makcik ingat, walaupun itu je lah kali pertama dan terakhir makcik nampak dia."

"tapi, susah nak cari doktor yang macam tu. mereka tak faham perasaan pesakit. Nak bagi nasihat pun, macam marah kat kita. Diorang tak rasa apa yang pesakit rasa. Tahu suruh buat itu dan ini. Kecik hati makcik bila ada doktor tu marah kat pesakit lain."

"anak nanti dah jadi doktor, jangan jadi macam doktor sekarang ni, senyum pun susah. Pesakit pun manusia juga, ada perasaan. Kene jaga hati pesakit."

saya sekadar memberikan senyuman, sambil mulut ni penuh dengan buah limau.

itulah realiti.

dan kita harus ubah yang itu.


wallahualam,

[hold my hand]

Tuesday, December 29, 2009

IBNS


Bismillah walhamdulillah

ijlis bina nu'min sa'ah.
'marilah kita duduk utk beriman sesaat'

'sesungguhnya hati itu berbolak balik [perubahannya] lebih cepat dari berbolak baliknya air yang mendidih dalam periuk'

Minggu-minggu yang sibuk.

Jadual program yang penuh, beban kerja yang banyak, exam bakal menjelang tak lama lagi.

Perlunya hati untuk sangat sangat kuat dan pandai bahagikan masa sebaiknya.

Kadang terasa tak nak tidur dan berjaga macam kelawar, tapi saya tahu tak boleh buat macam tu. Takut letih pada hari esok dan kerja tak jalan. Nak tak nak, prioritize kan kerja sangat2 mustahak. Pastikan diri dan tempat tinggal terurus juga.

Kata nak capai 10 muwasafat tarbiyah kan? kena usaha lebih sikit.


Tapi, dalam sibuk ini, hati rasa gembira. Entah dari mana datangnya, bersyukur dengan sibuk yang ada. Baru lah kita belajar banyak benda dan hargai masa sebaiknya.

Oh, kena ingat juga..

Daie ini pasti tidak akan terlepas dari dua jenis tarikan.

Pertama, bila dia rasa graf imannya menaik, bila niatnya selalu diikhlaskan, bila himmah[semangatnya[ sentiasa tinggi untuk capai apa yang dia inginkan. Bila dia rasa sangat bertanggungjawab atas sesuatu perkara dan akan laksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kedua, tarikan bila mana syaitan tu datang dan menarik-narik dengan kuat. Di tampakkannya kita akan bestnya kalau dapat bermalas-malasan sedikit, dan cinta dunia.

Maka, panjangnya angan-angan kita, suka berkhayal yang entah ape-ape, cinta pada dunia, cemburu bila kawan-kawan ada benda lebih yang kita takde, tengok benda-benda yang tak berfaedah dan 'bestnya' dapat bazir masa.

Jadinya, daie tu akan terumbang-ambing antara dua tarikan ni yang memang tak kan putus sampai bila-bila.

Disitulah, pentingnya untuk hati kita tu untuk sentiasa diingatkan, di tarbiyah, dinasihatkan, ditegur mana yang salah.

Mustahaknya untuk IBNS.

Kalau boleh, seminggu mesti sekali. Tak nak bagi graf iman tu menurun mendadak dan terus merundum. Susah plak nak naik nanti.

Bila duduk lutut bertemu lutut, hati yang terikat akan ikatan aqidah, pasti merasai manisnya bertemu dalam taman-taman syurga Allah.

Renovate dan renew mana2 bahagian yang lopak. Seolah-olah itu hati-hati itu saling memahami antara satu sama lain, saling melengkapi dan memenuhi cebis-cebis keretakkan.

Dan itulah yang sentiasa menghidupkan ruh-ruh yang hidupnya hanya untuk Allah.

Hanya untuk Allah.

~Tarbiyah dzatiyyah~

p/s: moga Allah beri kemudahan utk harir exam esok walaupun dalam keadaan tak sihat. Pasti ada hikmah di tiap kejadian yang telah Allah takdirkan. Rabbuna yusahhil!






Thursday, October 15, 2009

himmah 'aliyah


Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt

Seorang demi seorang sahabat saya pulang ke rumah. Saya masih menunggu kakak saya yang katanya akan sampai around 8 malam ni. Seronok juga dapat cuti esok[jumaat]. Boleh la jenguk abang saya yang baru sahaja kemalangan tempoh hari. Pada mulanya, tak berhajat nak pulang ke rumah, nak ke gombak sebenarnya, berjumpa dengan kak norah [bukan nama sebenar] di UIA. Tak pernah bersua muka, namun sering bertemu di alam maya.

Tapi, niat bertukar bila kakak saya mengambil cuti pada esok hari juga, semata-mata nak suruh saya balik rumah. Plus, dapat jenguk abang yang masih berehat di rumah.

Cuti kali ni[walaupun lebih sehari], kene struggle juga. Surgery test menanti isnin ni. Nampak gaya, kene bawa balik buku nih. Jangan jadikan alasan di rumah tak boleh belajar sedangkan banyak je masa yang kita boleh gunakan kalau susun jadual dengan betul. Fuh, skemanya..balik rumah pun kene belajar ke?

Nak excel, bukan boleh baca sekali dua. Kene faham dan ingat. Then, apply. Ah, teringat saya pada keberkatan masa. Kalau masa kita berkat, baca 1 ke 2 jam pun dah banyak boleh lekat dalam kepala. Kalau tak berkat, kadang baca 10 jam pun susah nak ingat.

Berkatnya masa..kadang kita sendiri tak faham kan? Kita mohon pada Allah itu dan ini, tapi kita tak laksanakan perintah Dia. Malah, tanggungjawab pada Dia pun kita abaikan.

Sebagai seorang muslim, yang dituntut adalah menjadikan deen itu sebagai cara hidup. Islam itu adalah cara hidup yang menunjukkan kita ini adalah orang Islam. Bukan hanya tertulis 'islam' atas kad pengenalan, tapi tak faham kemana kita ini sebagai seorang yang bergelar muslim.

Allah seringkali mengingatkan saya,

hidup ini akan lebih bermakna andai dakwah itu yang menjadi nadi,

di mana kita bernafas kerananya.

hidup ini akan lebih indah andai Al-Quran itu menjadi 'buah hati',

walau di mana jua.

sesekali kita tersungkur dan lemah,

Allah itu sentiasa ada, bersama hamba-hamba yang setiap masa mengingatiNya,

siang dan malam..

Segala tingkah laku dan setiap saat hanya teringatkan Dia,

melihat dunia dan seisinya sebagai tempat persinggahan sementara,

sebelum tiba ke destinasi akhir nanti.

Dengan itulah, saya mendengar banyak kisah dari sahabat-sahabat yang banyak mengingatkan diri ini untuk ingat Dia sentiasa. Mungkin bukan nasihat secara direct, tapi Allah tunjukkan melalui pengalaman hidup hamba2Nya yang terpilih!

Kerna dekatnya mereka dengan Al-Quran, ada yang jadi best student fakulti perubatan. Di tambah lagi , sedang mengandung pula tu.
Dekatnya mereka dengan Al-Quran, semuanya Allah mudahkan!
Walaupun banyak kumpulan usrah yang mereka handle, sibuknya mereka dengan dakwah, daurah, dan macam2 lagi..malahan ada yang sudah berkahwin dan punya anak, namun Allah tetap memudahkan urusan pembelajaran mereka.

Rata-rata, mereka yang saya kenal bakal2 doktor yang sememangnya mempunyai bebanan kerja yang banyak. Tapi, mereka tak pernah sebut kata 'susah' dalam bidang ini.

Kagum.

Masih banyak yang perlu dibaiki.

Himmah 'aliyah!!!!!

[kehendak kene tinggi!]

Bukan setakat impikan lulus sudah cukup, tapi berdoalah pada Allah berikan yang terbaik. Top student ke, distinction ke..doa sahaja, kita usaha. dapat atau tidak, itu kerja Dia. Kalau tak berjaya, ada lah hikmahnya.

Sama lah juga macam mohon masuk syurga. Mohonlah syurga firdaus! Kerna itu semua atas rahmat dan kasih sayang Allah.

Even small small things, mohon dengan Allah. Menunjukkan betapa bergantungnya kita pada Dia walau sekecil2 perkara.

Jagalah himmah kerana ia adalah permulaan pada semua perkara.

Sama juga seperti dakwah, perlunya himmah yang tinggi untuk elak futur di pertengahan. Malah, perkara yang susah automatically jadi senang!

Nak jalan kan usrah, sebagai naqib/naqibah, kene tekad, pastikan anak-anak usrah kita dapat rasa 'roh' usrah tu. Sampai satu masa, mereka juga boleh bergerak dan jalankan usrah juga. Menjadi muslim yang sebenar2nya. Kalau boleh, biarlah dakwah itu juga menjadi nadi penggerak kita! [insyaAllah, boleh kan? ]

Dan pastinya, banyak yang harus dikorbankan.

Sesiapa yang jadikan akhirat itu sebagai himmahnya, Allah akan jadikan hati nya sentiasa cukup. Dan Allah akan kumpulkan baginya segala kebaikan dan dunia akan datang pada dia tanpa dia minta.

Sesiapa yang jadikan dunia itu sebagai himmahnya, Allah akan jadkan dia fakir di antara matanya, dan Allah akan pecahkan segala kebaikan, dan dunia tidak akan datang padanya.

Pilihan di tangan kita. Pilihlah. Ada jalan yang lurus dan ada yang bengkang bengkok. Kita tak boleh nak berada di tengah-tengah, kejap jalan di jalan lurus, kejap jalan di jalan yang bengkok.


usah lengah lagi. saya yakin anda juga ingin berjalan di jalan yang lurus kan?^_^

Jum! tinggikan himmah kita!

p/s: congrates to kakak2 batch 15! esp kak faridah, kak baya, kak intan, kak ira..jangan lupa kan saya kat sini ye. selamat bercuti!



Tuesday, October 6, 2009

iron princess


Bismillah walhamdulillah

Saya masih ingat,

Tika saya sangat sedih, mengenangkan sahabat yang paling saya sayang, melangsungkan pertunangannya. Bertunang saja, sudah cukup buat hati ini memendam rasa. Mungkin kerna terlalu sayangkan dia, saya jadi risau andainya hubungan kami tidak dapat rapat macam dulu lagi. Usah kira betapa banyak air mata yang ditumpahkan kerna saya hanya inginkan yang terbaik buat dirinya. Saya ingin memegang tangannya mengharung jalan dakwah ini bersamanya. Tarbiyah ini tidak akan ditinggalkan walau sekejap cuma.

Di kala itulah, sahabat saya yang jauh nun di bumi mekah, sedang mengerjakan umrah.. Memberi kata-kata semangat berharga. Maha Hebat kuasa Allah, seolah-olah saya dapat merasai bersama perjalanan sahabat saya di bumi barakah itu. Terasa dekat sangat. walau hakikatnya sangat jauh. Apa lagi yang dapat saya ungkapkan hanya ucapan alhamdulillah.. Rindu pada Baitullah amat2 menggamit jiwa. Rasa macam mahu saja terbang ke sana, melakukan tawaf dan bermunajat bersungguhnya di depan Kaabah. Alangkah bahagianya!

Ia kekal dalam mimpi. 2 hari saya bermimpi melakukan ibadah di sana. Terima kasih sahabatku yang senantiasa tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat diri yang hina ini. Mesejnya yang saya masih tidak lupa dan insyaAllah akan sama-sama dipegang..

bermujadah..demi cita-cita..'bidadari besi hafizah seteguh rabi'ah al- adawiyah!'

seperti bidadarikah saya? oh,tidak sama sekali. banyak lagi kekurangan diri ini yang harus diperbaiki.
Tapi tak salah kalau impian tu tinggi kan? bak kata kak sumayyah, himmah kene 'aliyah! Apa yang penting, menjadi insan yang terbaik disisi Allah.

Besi?
biarlah cerita di sebalik 'besi' ini menjadi rahsia antara saya dan Allah sahaja.

hafizah..

that words strike me most.

jauhnya perjalanan..'saya hanya dapat tertunduk. Malu dengan Allah.
Banyaknya janji yang saya tidak tunaikan.
Kalam suci peneman setia. Saya sedar dia juga punya matlamat yang sama. Dan sungguh kesedaran itu tidak cukup andainya tidak berusaha. Dengan persekitaran yang sangat tidak membantu, ujian dunia yang bersepah dimana-mana, memang menguji amat. Mungkin, itulah peluang yang Allah berikan untuk terus bermujahadah. ya Allah!! banyaknya dosaku!

teringat kata sahabat baik saya di mesir,
'tenang sangat tengok sheikh yang kitorang pergi talaqqi tu, doktor perubatan pulak tu. Hafiz, bagus sangattt. ana kene tegur je masa baca depan dia. Bila dia tanya soalan medic, asik tersekat-sekat nak jawab. teruk betullah! "

'bila la kita nak jadi bagus macam tu ye...' saya berbunyi dari corong telefon

'kene mujahadah lebih sikit lah' dia menjawab

Setuju. Orang yang hebat akan diuji dengan ujian yang hebat juga. Namun, orang yang hebat tidak akan pernah mengeluh ke atas ujian yang menimpanya. Berbekalkan kecintaan yang sangat mendalam kepada Allah, ujian setinggi manapun dianggap kecil sahaja. Kerna nikmat yang telah Allah kurniakan buatnya melebihi dari segala-galanya.

Al quran itu bukan setakat untuk dihafal, tapi biarlah dihafaz juga. Ramai yang mengaku menghafaz alquran, tetapi peribadi nya tidak pun menunjukkan ciri-ciri yang disebut dalam Quran. Biarlah apa yang dibaca, ditadabbur, dan dihafaz itu meresap ke dalam hati dan ruh kita.
Ya Allah, peliharalah diri ini sebaiknya. Diriku ini banyak sangat cacat cela!

seteguh rabi'ah al-adawiyah..

mari saya kisahkan sedikit cerita tentang dia.

Rabi'ah binti Ismail al-adawiyah dilahirkan awal kurun ke2 H berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Diljah menggunakan sampan.

Ketika hidup masyarakat Islam waktu itu telah berubah menjadi 'jahiliah', pergaulan semakin bebas, dan orang ramai berlumba-lumba cari kekayaan. Menyanyi,menari, berhibur diagung-agungkan. Namun, pada masa itu, muncul gerakan baru yang dinamakan tasawuf Islam yang dipimpin Hassan Al-Basri. Mereka menghabiskan masa dan tenaga mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri pada Allah.

Ayah rabiah juga seorang yang amat menitikberatkan pendidikan Quran buat anaknya. Natijahnya, rabi'ah sendiri gemar membaca dan menghayati isi Al-Quran sehingga berjaya menghafal kandungannya. Sejak kecil lagi, Rabi'ah berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi dan keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaanya, kehidupannya serba sempit. Dan rabi'ah juga tidak terkecuali dari ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman.

Munajat Rabi'ah sewaktu kesunyian di tengah malam menghadap Tuhannya,,

"ya Allah ya Tuhanku.Aku berlindung diri kepada Engkau dari segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripadaMu, dari segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!..

Tuhanku, bintang2 telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telh menutup pintunya dan inilah dudukku dihadapanMu.

Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir,tiada siulan burung yang menyanyi,tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati itu semua menjadi bukti keEsaanMu dan tiada sesuatu yang menyamaiMu.

Sekalian manusia telah tidur nyenyak, yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan dihadapanMu. Maka,moga2 Engkau berikan satu pandangan kepadanya yang akan menahannya dari tidur supaya dia boleh berkhidmat padaMu.

Tuhanku!Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagunganMu. "

Setiap malam, begitulah Rabi'ah. Pabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus bermunajat,

"Ya Allah, malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. wahai malangnya diri! apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia atau Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliannMu, jika Engkau menghalauku dari pintu2MU itu, nescaya aku tidak akan bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sudah sangat cinta kepadaMu."

Satu perkara yang menarik tentang Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan,

"perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Ada pun aku tidak mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintahNya. Aku tidak punya apa-apa."

Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu, dia terus menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak punya tujuan lain kecuali untuk mendapatkan redha Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, permikirannya, perasaanya hanya pada akhirat semata-mata. Selama 30 tahun, dia mengulang kata-kata ini dalam solatnya,

"Ya Tuhanku! Tenggelamkan aku dalam kecintaanMu supaya tiada satu pun yang dapat memalingkan aku dariMu"

ada satu syairnya yang berbunyi,

"kekasihku tiada menyamai kekasih yang lain biar bagaimana pun, tiada selain Dia dalam hatiku, kekasihku ghaib dari penglihatanku dan peribadiku, tetapi DIa tidak pernah ghaib dalam hatiku walau sedetik pun."

Rabi'ah telah membentuk satu cara luar biasa dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwanya..

"jika aku menyembahMu kerana takut dari api nerakaMu, maka bakarlah aku di dalamnya! Jika aku menyembahMu kerna tamak pada syurgaMu, maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi, jika aku menyembahMu kerna kecintaanku kepadaMu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."

Begitulah kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan padaNya...

Refleksi..

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata bagi Allah orang yang sabar"
[ali-imran:142]

jom sahabat, kita koreksi diri, tingkatkan amal dan taqwa..Nak masuk syurga, yuk masuk sama-sama^_^ insyaAllah..


[mode: himmah 'aliyah]
next entry kita cerita panjang lagi k.

p/s: pecut!!!!
p/p/s: missing sisters in manipal so much =(

Wednesday, August 12, 2009

pelangi,muncullah kembali!

Bismillah walhamdulillah

Allah Maha Terbaik caturanNya. Tidak pernah membiarkan hamba-hambaNya.
Doa yang dipohon tidak pernah diabaikan. Malah, Dia memberi jalan keluar atas setiap kesulitan dan keresahan hati seorang insan. Ya Allah..kerdilnya aku di sisiMu..

Artikel dari ust muntalaq, cukup membuatkan hati ini tersenyum kembali.
Aku sedar hakikat jalan yang telah dipilih..bukan senang, malah memerlukan 200% kecekalan hati dan semangat juang yang tinggi bagi menolak semua perkara-perkara kecil yang bisa saja menggoyahkan iman dan emosi.

Aku tahu..

Bukan aku sahaja pernah merasai susah ini, mesti ramai lagi daie dan daieyah yang telah lebih lama 'terjebak' dalam dakwah ini pernah merasai nya sebelum aku..Malah, lebih susah lagi.

Tak wajar andainya aku cepat benar mengeluh! sangat tak wajar andainya aku buat-buat 'sakit' sedangkan aku sepatutnya harus berusaha untuk terus 'sihat' demi Islam ini.



Salam,

Ketika setiap dari kita mula melangkah ke jalan ini, masing-masing akan menyangka ianya adalah jalan yang nyaman, tenteram, harmoni. Semua akan menyangka manusia lain akan menyanyangi mereka kerana mereka adalah orang-orang yang baik dan inginkan kebaikan. Peserta-pesertanya pula tentunya ramah, bersopan santun, murni dan begitu ukhuwwah… Hati-hati akan tentunya tenteram damai kerana ia adalah jalan yang diredhai Allah….

Tetapi….
Tiba-tiba pesertanya dikejutkan dgn kejutan yang tidak disangka-sangka. Angin bertiup kencang. Ombak mula berubah. Penumpangnya mula berubah. Ada yang mula mementingkan dirinya.. ada yang marah-marah dan ada yang bergaduh sesama sendiri.
Adakah kita akan lari? adakah kita akan terjun dan berpatah balik ke belakang berenang ke darat semula?
Tidak…
Suatu yang silap untuk berpatah balik kerana balik ke belakang ertinya membiarkan umat terus disambar jerung dan helang. Perjalanan perlu diteruskan.

Mungkin para si penyeru pada awal-awalnya terlalu indah menceritakan perjalanan ini. Mungkin si penyeru takut untuk menceritakan pada kita pada awal-awal dulu tentang tabiat perjalanan ini. Mereka hanya menceritakan kepada kita cerita-cerita indah dan menarik.

Kita mesti ingat, kita bekerja dgn manusia. Manusia yang tidak akan lepas dari silap dan salahnya. Manusia yang tidak akan dapat membunuh nafsu dan syahwatnya. Manusia yang tidak pernah syaitan merasai putus asa untuk mengganggunya.

Jika kita kenangi ini semua, kita tidak akan putus asa. Gugur dan futurnya kawan-kawan, beratnya tohmahan dan fitnah, bergejolaknya dalaman harakah islamiyyah, ber’politik’nya sesama pimpinan dakwah, panjang dan sengitnya pertarungan, semua ini tidak mengubah hati kita walaupun seurat rambut.

Jika fitnah ‘poliking’ atasan melemahkan semangat kita, tentunya sahabat di zaman Khalifah Ali dan Muawiyyah lebih layak untuk lari dari jihad dan dakwah.

Jika tekanan dan siksaan menakutkan kita, tidak pernahkah kita mendengar cerita Sumayyah dan SQ yang mati kerana mempertahankan aqidah mereka?

Jika panjangnya perjalanan usaha ini, tidak sabarkah kita sesabar Nabi Nuh as.?
Jalan kita akan menyaksikan itu semua. Kerana kita memerlukan organisasi dan keketuaan, maka kita harus membayar harga sakit penat dan remeh temeh organisasi demi untuk mencapai yang lebih besar…

Jika anda telah merasai bosan dan bengang dgn masalah-masalah ini semua, saya tentunya orang yang lebih dahulu untuk merasainya….
Wassalam.

jzkk ust.


Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah[jalan] untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah [berjuanglah] dijalanNya, agar kamu beruntung
(al-maidah:5)

Tuesday, July 28, 2009

atas nama cinta

Bismillah walhamdulillah

Hati ini terdetik untuk membuka email hari ini..
Inbox ku buka..
terlihat satu kiriman email dari seseorang...

Dari seorang adik, yang bakal kutinggalkan...

'assalamualaikum....
from a flower to a flower...

pertemuan yang ditakdirkan Allah biarpun sesingkat 6 bulan ini byk menyingkap kenangan indah...

indahnya pabila berkasih kerana Allah...

indahnya tatkala mengungkapkan kata rindu atas namaNya..

indahnya pabila ada insan yang sentiasa mengingatkn diri padaNya...

semua ini atas takdirNya, rahmatNya, dan payungan cintaNya...

perpisahan yang juga bakal melakar satu lagi rencana kehidupan insan yang berjiwa hamba ini,tiada lain, juga atas namaNya...

biar seisi dunia menidakkannya,tapi apalah ada dalam kudrat sang hamba untuk menandingi kata Tuhannya...

biarpun saja mata tidak bertentang mata,tetapi bicara hati siapa mampu menafi...

tatkala rindu menyinggah diri,letaklah Allah sebagai penyampainya..

tatkala hati terasa sepi,Allah itukan sebaik-baik Penjaga...

tatkala rasa indah dijiwa,bernafaslah hanya atas namaNya...

ATAS NAMA CINTA...

Ya Allah,
kurniakan aku cintaMu..
cinta insan2 yang menyintaiMu..
cinta atas amalan2 yang membawa cintaMu..
tunjangkan aku 1 hanya padaMu...
biarkan kasihku pada makhlukMu atas dasar cintaMu..

p/s akak nurani sayang,semoga sentiasa dalam rahmat Allah...biarpun kita tidak lagi berkongsi langit manipal,tetapi kita akan sentiasa berkongsi langit Allah...biar kasih kita membawa ke syurga tatkala persahabatan itu sendiri, kata Allah, x mampu menolong manusia pabila di padang mahsyar kelak....

Terima kasih adik...
Kamu cukup menenangkan..
Akak sedar inilah hakikat kehidupan..
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
Terima kasih kerna mengingatkan!
SAYANG awak juga! ^_^
[awak, nanti kita jumpa kat malaysia eh time cuti..:)] ~blushing2~

Aku membaca penuh syahdu..entah kenapa mudah sangat rasa sedih akhir2 ini..
Wanita..memang sinonim dengan perasaan..
Bercampur baur..Manipal yang akan ditinggalkan..
Malaysia yang memanggil-manggil...

Seronok nak balik??
Entahlah..takde perasaan..
Barang dah habis pack..tinggal kapal kargo nak bawa belayar je nih..

Ikutkan hati,
Nak sangat tinggal lama lagi..
rasa mcm pantasnya masa berlalu..
betullah orang kata, "masa tu selalu mencemburui kita"

Namun,
kita yang harus mengejar masa..
Masa makin suntuk...
Suntuk...

Suntuknya masaku untuk bersama dengan adik-adik..ada yang sedang bertempur dengan paper physio dan biochem esok, ada yang masih bertungkus lumus study untuk next final 1st year and 2nd year..block exam.. macam2 lagi..

Sikit sangat yang aku kongsikan..Rasa belum cukup puas bersama kalian..
Sampai bila rindu ini harus ditahan!

p/s: Adik2 ku..selamat berjuang terus di medan pertempuranmu!
Terima kasih atas jalinan ukhwah yang tidak ternilai harganya...akak akan rindu korang semuaaaaaa!!

Buat sahabatku yang seorang itu.. setahun itu tak lama, pejam celik insyaAllah bertemu lagi..
Diri ini tidak akan sesekali meninggalkan, kerna hati tetap bertaut walau jarak memisahkan..

Untuk 'awak'... masa makin suntuk! [saya copy ayat awak balik nih :P] hargai masa yang ada sebaiknya ok!

Moga Allah memberi kekuatan buat antum semua...