Tuesday, December 29, 2009

IBNS


Bismillah walhamdulillah

ijlis bina nu'min sa'ah.
'marilah kita duduk utk beriman sesaat'

'sesungguhnya hati itu berbolak balik [perubahannya] lebih cepat dari berbolak baliknya air yang mendidih dalam periuk'

Minggu-minggu yang sibuk.

Jadual program yang penuh, beban kerja yang banyak, exam bakal menjelang tak lama lagi.

Perlunya hati untuk sangat sangat kuat dan pandai bahagikan masa sebaiknya.

Kadang terasa tak nak tidur dan berjaga macam kelawar, tapi saya tahu tak boleh buat macam tu. Takut letih pada hari esok dan kerja tak jalan. Nak tak nak, prioritize kan kerja sangat2 mustahak. Pastikan diri dan tempat tinggal terurus juga.

Kata nak capai 10 muwasafat tarbiyah kan? kena usaha lebih sikit.


Tapi, dalam sibuk ini, hati rasa gembira. Entah dari mana datangnya, bersyukur dengan sibuk yang ada. Baru lah kita belajar banyak benda dan hargai masa sebaiknya.

Oh, kena ingat juga..

Daie ini pasti tidak akan terlepas dari dua jenis tarikan.

Pertama, bila dia rasa graf imannya menaik, bila niatnya selalu diikhlaskan, bila himmah[semangatnya[ sentiasa tinggi untuk capai apa yang dia inginkan. Bila dia rasa sangat bertanggungjawab atas sesuatu perkara dan akan laksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kedua, tarikan bila mana syaitan tu datang dan menarik-narik dengan kuat. Di tampakkannya kita akan bestnya kalau dapat bermalas-malasan sedikit, dan cinta dunia.

Maka, panjangnya angan-angan kita, suka berkhayal yang entah ape-ape, cinta pada dunia, cemburu bila kawan-kawan ada benda lebih yang kita takde, tengok benda-benda yang tak berfaedah dan 'bestnya' dapat bazir masa.

Jadinya, daie tu akan terumbang-ambing antara dua tarikan ni yang memang tak kan putus sampai bila-bila.

Disitulah, pentingnya untuk hati kita tu untuk sentiasa diingatkan, di tarbiyah, dinasihatkan, ditegur mana yang salah.

Mustahaknya untuk IBNS.

Kalau boleh, seminggu mesti sekali. Tak nak bagi graf iman tu menurun mendadak dan terus merundum. Susah plak nak naik nanti.

Bila duduk lutut bertemu lutut, hati yang terikat akan ikatan aqidah, pasti merasai manisnya bertemu dalam taman-taman syurga Allah.

Renovate dan renew mana2 bahagian yang lopak. Seolah-olah itu hati-hati itu saling memahami antara satu sama lain, saling melengkapi dan memenuhi cebis-cebis keretakkan.

Dan itulah yang sentiasa menghidupkan ruh-ruh yang hidupnya hanya untuk Allah.

Hanya untuk Allah.

~Tarbiyah dzatiyyah~

p/s: moga Allah beri kemudahan utk harir exam esok walaupun dalam keadaan tak sihat. Pasti ada hikmah di tiap kejadian yang telah Allah takdirkan. Rabbuna yusahhil!






Thursday, December 24, 2009

menjadi bintang di hadapan Tuhan

Bismillah walhamdulillah


hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG.

mahukah anda menjadi bintang?

bukan di pentas, bukan di televisyen

tetapi DI HADAPAN TUHAN

kunci kejayaan terletak pada hatinya.

Apabila hatinya baik, maka baiklah seluruhnya. Sebaliknya, pabila hatinya jahat, jahatlah seluruhnya.

Hati adalah penentu kualiti diri seseorang.

Oleh itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhan terletak pada keberkesanan kebaikan hatinya.

Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak bererti apabila tidak diikuti dengan pembinaan hati.

Keberkesanan pembinaan kualiti diri manusia begitu bergantung pada kejayaan pembinaan hati.

~bagaimana? dah berjaya didik hati sendiri?~

macam mana nak dapat hati yang bersih dan hidup?

selalu berzikir pada Allah. Dengan berzikir, hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi jernih. Hati yang sentiasa berzikir diperlihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi

Hati itu hendaklah kita gunakan untuk merenung dan mengkaji ayat atau tanda-tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah dari segala sesuatu di sekeliling kita. Degan hikmah, hati akan sentiasa hidup dan bebas dari penyakit.

Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan hati yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.


saudaraku,
hati adalah tempat tersimpannya iman

Apabila hati kita bersih, pasti iman akan dapat kekal di dalamnya.

Keimana tak kan dapat bertahan lama dalam hati yang kotor. Keimanan hanya kekal dalam hati yang bersih.


" hai orang-orang yang beriman,berzikirlah [dengan menyebut nama Allah], dengan zikir yang sebanyak-banyaknya" (al-ahzab:41)


*petikan dari fastbook menjadi muslim terbaik by aagym





Tuesday, December 15, 2009

terus melangkah

Bismillah walhamdulillah

Mungkin antum masih ingat saat mula-mula antum bertemu dengan tarbiyah.

Saat mula2 hati itu terdetik untuk bersama dalam halaqah.

Saat mula2 mengenal erti sebenar diri dan kawan2.

Saat kita mula koreksi dan muhasabah hati yang penuh jahil ni.

Saat kita berkumpul, dengan rela dan penuh semangat demi mendapatkan jernih2 permata iman.

Saat kita bangun di pagi hari menunaikan qiam bersama, walaupun kadangkala terpaksa menahan mata yang mengantuk dan tidur yang tak cukup.

Saat kita punya banyak masa lapang, yang bila2 masa sahaja boleh atur schedule untuk berjumpa selalu.

Saat hati kita diketuk bertalu-talu untuk terus kekal dalam jalan yang kita pilih ni.

Saat kita rasa manisnyaaa hidup dalam tarbiyah ni. Rasa nak lagi dan nak lagi.

Saat kita rasa yang kita perlu untuk tafahum, dan menunjukkan bahawa kitalah yang bertanggungjawab menunjukkan islam itu pada semua.

Saat kita rasa kita ini bertuah dipilih oleh Allah, untuk bergelar 'akhawat' dan duduk dalam dalam halaqah iman.

Saat kita rasa kita nak sangaaattt berubah!

Dan buang semua kisah silam dan buang jahiliah.

Dan perbaiki diri untuk jadi muslimah yang lebih baik dan insan terbaik di sisi Allah.

Masih ingat pernah ada masanya kita down, rasa lelah dengan ujian, rasa perlu sangat sahabat2 bantu dan hulurkan bantuan nasihat dan kata2 perangsang.

Saat kita rasa perlu sangat kebergantungan pada Allah 100%. Dikala hati taktahan menangis , menempuh ujian dunia yang semakin rancak mendatang.

Saat kita rasa Allah itu sangat2 dekat!


Keadaan semakin sibuk. Homework, study, pressure dari lecturer, rasa tak cukup masa. Masing-masing punya priority sendiri.

Namun, kita tetap tak kan terpisah!

Kerna hati kita sudah terikat dengan ikatan aqidah. Walau apa pun yang terjadi, kita pasti akan terus bersama.

Kan sahabat? antum juga akan tetap bersamaku dikala susah dan senang..

Cuma satu yang ana ingin ingatkan,

Ujian dunia memang akan selalu datang, jahiliah tetap akan bergelumang,
cukup menarik yang bisa sahaja menggoyahkan iman.

Yang pasti, kita telah mengikat janji, untuk tidak akan berpatah balik dari jalan ini.

Kita dah janji untuk simpan rahsia kita sama-sama.

Kita dah janji untuk terus berpimpin tangan, bersedia berhadapan dengan apa sahaja.

Walau apa pun yang terjadi, usah sekali-kali lupa pada apa yang kita telah dapat, nikmat memperoleh hidayah dan taufiq dari Allah.

Moga rasa itu tetap subur dalam jiwa kita. Tak kira di mana Allah campakkan kita kelak, ukhuwah ini tak kan putus sampai bila-bila. InsyaAllah, sampai syurga.

Ana sayangkan antum. Lebih dari diri ana sendiri.


"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa"
[az-zukhruf:67]


Wednesday, December 9, 2009

di atas nama cinta

Bismillah walhamdulillah

Maaf pada pembaca kerna meninggalkan blog ini berhabuk tidak berupdate. Kadangkala, di kala idea mencurah-curah, time tu lah dikala kita di tahap maksimum sibuknya. Bila dah tiba lapang sket, idea pun hilang entah kemana.

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi diri ini untuk terus bernaung di bawah limpahan rahmat dan cahayaNYa. Berkumpul dari serata dunia, di 'taman-taman syurga' yang indah. Walaupun saya amat tahu, saya amat jauh untuk menggapai mereka, melihat wajah mereka face to face, apatah lagi memeluk mereka semahunya, saya tetap bersyukur pada Dia yang menemukan kami di jalan yang penuh cinta ini.

Tiada lagi perasaan yang dapat diungkap pabila semangat mereka seakan terasa turut membasahi hati ini, seakan akan mereka berada dekat sangatttt dengan saya tika itu. Walaupun jauhnya kami beribu2 batu.

Indahnya perasaan itu pabila kita tahu, yang kita tidak keseorangan dalam mencari gerak kerja susah payah di jalan ini. Pabila kita tahu yang mereka juga turut sama2 merasai apa yg kita rasa, walaupun tak pernah diungkap terus terang.

Semangat menyinga kembali. Merasai bahawa banyak lagi yang belum ku lakukan demi agama Allah ini. Merasai banyak lagi lompong2 diri yang harus dibaiki, mengambil segala iktibar dari apa yang telah dilalui.

Bila kita betul2 faham, yang kitalah yang harus terus bergerak dan bekerja untuk agama Allah ni, kita harus bersedia apa sahaja dengan segala mehnah yang akan kita tempuhi. Kita kena sedar, dalam fikiran bahawa kitalah Qaedah Sulbah yang harus sedaya upaya menggerakkan dakwah di tempat sendiri. [kan kak sumayyah?]

Ujian akan bertandang, masalah pembinaan diri sendiri, pembinaan mad'-mad'u, masalah hati, kewangan,kekangan masa dan macam2 lagi. Semuanya akan dirasai. Itulah gula dan garam, pelengkap dalam jalan yang kita ambil ni.

Sebab itulah,

Kejayaan yang sangat berharga diperoleh melalui usaha yang keras, mengeluarkan keringat, air mata dan darah. Kejayaan yang diperoleh dengan susah payah dan pengorbanan, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Thayyib,

"seandainya tidak ada halangan, maka semua manusia boleh menjadi pemimpin. Orang dermawan boleh jadi fakir, orang yang berani boleh jadi pembunuh"

Kejayaan yang paling indah, ialah kejayaan sesudah melalui pelbagai rintangan dan pengorbanan untuk merealisasikanya.

Dunai ini adalah medan pertarungan. Dan hidup ini adalah seperti pertarungan. Jangan pernah berhenti, kerna malaikat sentiasa mencatat setiap amalan kita. Umur makin berkurang, kematian pasti akan datang.

Apa lagi yang lebih berharga dari dicintai Allah dan rasulNya?
Apa lagi yang lebih indah dari mencintai dakwah dan bekerja keras untuknya?
Apa lagi yang lebih manis,dari merasai nikmatnya bercinta hanya kerana Allah SWT.. merasai indahnya ukhwah fillah abadan abada.

Rasa besssttt sgt bila ada org yang dalam dirinya hanya untuk dakwah.

Dan dakwahlah yang menjadi nadi hidup kita.Berdenyut selagi mana dakwah ini masih kita pegang sampai akhir hayat hidup kita.

Bak kata adik yang seorang ni, Tarbiyah itu nyawa, dakwah itu jiwa. Matilah manusia tanpa kedua-duanya.^_^

Bersegeralah..bersegeralah..
Sebelum habis umurmu, dan selesai penulisan amal! Tidak tersisa lagi malam mahupun siang.

Monday, November 30, 2009

dakwah dan daie

Bismillah walhamdulillah

"Tenang, tetapi lebih kuat dari angin taufan. Tawadhuk, tetapi lebih tinggi dari gunung. Sempit, tetapi lebih luas dari dari batas-batas teritorial bumi seluruhnya. Bersih dari fenomena kepalsuan dan kebohongan yang menawan, tetapi penuh dengan keagungan, kebenaran dan keindahan wahyu serta perlindungan Allah. Bersih dari keinginan hawa nafsu dan tuntutan kepentingan peribadi. Dakwah ini mewariskan kepada orang-orang mukmin dan orang yang jujur ketika beramal di dalamnya, sebuah kepimpinan di dunia dan syurga di akhirat"

[Imam Hassan al-Banna]

Islam hanya akan jadi dakwah yang benar apabila dibawa oleh seorang daie yang faham dan berakhlak mulia.

Masih adakah perbuatan yang lebih mulia dari dakwah? Sedangkan ia adalah kemuliaan yang diperoleh oleh para daie. Kerana dari dakwah itulah, mereka dapat memetik 'buah ' dari jihad mereka.

"barangsiapa mengajak kepada petunjuk, ia berhak memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa mengajak pada kesesatan, ia mendapat dosanya seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikitpun dari dosa mereka."
[HR. Muslim, Malik, Abu Daud, dan Tirmidzi]

Dakwah bukanlah urusan yang mudah, tetapi ia adalah amanah agung yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung. Merasa semua menolak untuk memikulnya dan merasa takut, kemudian manusia memberanikan diri menerimanya.

Kerna itu, dakwah ini perlukan para daie yang mukhlis, dinamik, aktif..kerna mereka lah pembangun generasi dan pendidik ummat ini.

Kerana itulah, menjadi kewajipan seorang daie untuk tahu dengan jelas apa sebenarnya yang kita perlukan, kelengkapan apakah yang kita butuhkan. Dari situlah, kita boleh tentukan apa yang kita nak cari dalam dakwah ni.

Kekurangan kita bukan pada manhaj, tapi pada keperibadian, kualiti akhlak dan jati diri.



Berusahalah menjadi yang terbaik!

::muhasabah in action::


Friday, November 13, 2009

belajar demi kelangsungan dakwah!

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt

Seperti saya yang masih lagi belajar, pastinya tiap2 hari wajib untuk buka buku dan baca. Revise atau buat nota. Tapi, kadang-kadang, perasaan malas tu muncul juga.[rasa macam selalu je]hehe.

Pernah suatu ketika, saya takde mood sangat nak baca buku. Maksud saya menelaah pelajaran yang dah dipelajari di kelas. Lepas kelas, sibuk dengan usrah, urusan adik-adik , DF dan macam2 lagi.Semangat dakwah yang terlalu berkobar-kobar ni amik masa saya yang banyak jugaklah.
Gembira nya rasa bila dapat memberi dan berkongsi apa yang kita rasa nih dengan orang lain. Bestnye feeling dia bila dapat bina lagi 'batu-bata' dan eratkan lagi ukhwah yang ada.

Dan bila sudah tiba waktunya untuk saya study, sy pernah merasakan,'kan best kalau tak perlu study, buat kerja dakwah je'
Waktu yang sama, ada seorang kakak yang jauh di NZ sana, kami tidak pernah bersua muka, namun kerana jalan yang diambil ini sama, hati kami sangat mudah terikat walau sekadar bertemu di ym cuma.

Dia mengingatkan saya,

bahwa belajar itu sangatttt penting! walaupun kita tahu dakwah itu lah segalanya dalam hidup kita!

kita pasangkan niat supaya kita belajar ni demi kelangsungan dakwah!

Perlu nya saya untuk study rajin2 dan jangan sesekali rasa terbeban dengan ilmu..sebab dengan ilmu itulah kita boleh tunjuk pada orang bukan islam bahawa mukmin itu mestilah mumtaz dalam setiap perkara hatta dalam pelajaran sekalipun!

Pentingnya saya untuk excel dalam bidang saya ni, supaya Islam itu orang dapat lihat bukan dari akhlaknya sahaja, tapi ilmunya juga.

Sebab dengan ilmulah, kita boleh bergerak lebih maju lagi kehadapan. Dengan ilmu lah, orang akan lebih hormat kita dan perjalanan dakwah kita dengan orang lain akan lebih meluas.

Dan dari itu, saya harus lebih tegas dengan jadual harian. Diakui bidang yang saya ambil ni, banyak sangat komitmen yang harus ditumpahkan. So, jadual kene renew selalu dan ikut betul2. Susun masa dengan teratur. Supaya tak lah nanti, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran' .

Apepun, dakwah tetap no 1, study tu sebagai pemangkin kita untuk terus bergerak lebih maju.

Sebab tu seorang daie kene teratur masanya! kan itu salah satu dari ciri muwasafat tarbiyah.

Dan bila dah macam ni, usahlah terlalu fikirkan kepentingan diri sendiri. Indeed, jadual kita tak kan macam orang lain, tapi dengan jalan yang kita pilih nilah kita akan jumpa kepuasan yang sebenarnya. Sekalipun badan penat, tapi bila hati kita rasa tenang, itu lagi bermakna, kan? ^_^

And for sure Allah akan tolong kita dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Kita tolong agama Allah dengan ikhlas, insyaAllah, Dia akan bantu kita termasuklah dalam pelajaran.Masa sikit, tapi bila baca buku, mudah masuk dan mudah faham.
Yang paling penting, kita kene yakinnnnn sangattttt sangatttt dengan pertolongan Allah!

Izzah

Berasa mulia atau bangga dengan Islam kadangkala diistilahkan sebagai izzah. Bila kita berasa mulia dengan Islam, secara tak langsung hidup kita akan lebih terarah. Kita akan pastikan segala tindak tanduk kita ni berdasarkan amar makruf dan pada masa yang sama jauhi mugkar.

"Dan yang demikianlah, Kami telah menjadikan kamu umat wasatha agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan Rasul menjadi saksi atas perbuatanmu"
[al-baqarah:143]

Wasatha kat sini bermaksud yang terbaik. So, kita kene menghiaskan diri kita dengan ciri-ciri yang terbaik berteraskan agama. Tak kesahlah dalam apa jua yang kita buat pun!

Ada satu kajian yang dilakukan oleh Dr.Harold G.Koeing, Pengarah centre for the Study of Religion/Spirituality and Health, dia kata, mereka yang berpegang teguh pada agama ni mempunyai hormone interleukin-6 yang tinggi dalam darah. Hormon ni fungsinya tingkatkan sistem daya tahan individu. Dan sistem nilah yang terdapat dalam badan kita nih. Apabila sistem ni dapat fungsi dengan baik, ia mampu cegah serangan kuman dalam badan.

Haa..menarik kan? Makin kuat kita berpegang dan yakin dengan Allah, insyaAllah, evrything will be fine=)


k, kita layan satu lagu ni. A reminder from 'my sister' this morning. Seseorang yang banyak memberi tunjuk ajar walaupun selalunya dia tak perasan pun.=P jzkk sis!!


open your eyes



Friday, November 6, 2009

Mentari hidup


Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Allah masih memberi jasad ini untuk terus bernafas saat ini. Fikiran yang agak terganggu sejak akhir2 ini kembali tenang, mugkin berlaku sedikit 'adjustment phase' dengan perasaan sendiri.

Kadangkala, kita rasa macam nak menangis tanpa sebab, orang kata, bila tiba 'musim' nya, mood pun tak ok. ye ke?? huhu..mungkin barangkali. Tapi, andainya kita selongkar balik di celah-celah kesedihan, pasti punya sebab kenapa kita nak menangis. Rasa down, rasa tak disayangi, rasa macam terukkkkkkkk sangat!

undefined?

Masa ini lah kita gunakan sebaiknya untuk muhasabah. Sebab kita sering terlupa nak muhasabah dosa-dosa yang kita buat tiap-tiap hari kan?

Cuba kira dalam setiap hari..5 kali kita solat yang wajib, entah berapa kali agaknya kita hayati solat sedalam-dalamnya. Boleh bilang entah berapa kali kita menangis di depan Rabbul Izzati atas dosa-dosa kita.

Entah berapa kali agaknya kita mengucapkan terima kasih kat Allah. Time ada masalah yang bertimbun-timbun, baru kita ingat nak doa sungguh-sungguh, kan?

Itu pun andai kita ditimpa masalah..Andai kita happy dan riang je, doa pun pendek-pendek dan baca doa arab yang kita dah hafal tanpa faham pun maksudnya apa. Kalau boleh, nak cepat-cepat dan buat benda lain.

Sebab tu bila Allah turunkan dugaan pada kita, tak kisahlah macam mana pun caranya. [termasuklah undefined feeling tadi] , automatically kita akan lebih ingat Allah. Baru rasa nak baca surah panjang-panjang skit, doa sungguh-sungguh, tambah kan kuantiti baca Quran, tambah solat sunat dan macam-macam lagi.
Masa tu lah, kita rasa tenang dan best sgttt!

Sebab kita rasa hanya Allah je yang sangattttt faham perasaan kita. Dan memang pun hanya Allah je yang faham hati kita sedalam-dalamnya. Kita sendiri pun kadang tak faham dengan hati kita kan? lemahnya kita ni...

Bila ingat Allah, semua jadi tenang.

Kan best kalau kita macam tu setiap masa? bukan masa kita ada masalah je. Kalau boleh, dan kita kene usahakan, supaya kita rasa perasaan tu setiap kali kita solat. Rasa Allah tu dekat sangat dengan kita setiap masa. Kita nangis tiap kali lepas solat, kita rasa malu sangat dengan Allah atas dosa kita tiap hari. Kita rasa lemahnya kita as hamba Allah yang takde pape pun ni.

InsyaAllah, hati kita akan tenang setiap masa. Walaupun banyak masalah, kita tetap mampu senyum kat orang lain, masih mampu 'memberi' walaupun hati kita dilanda banyak masalah. Orang lain tak tahu masalah kita pun takpe. Sebab kita tahu Allah lah tempat segala2nya buat kita. Takde point pun tunjuk-tunjuk kat orang yang kita ada masalah. Lagi orang lain takut nak dekat dengan kita adalah.

Cinta kepada Allah adalah keperluan asas.

Keperluan asas yang melebihi nilainya dari pakaian, makanan, tempat tinggal dsb.

"katakanlah, jika kamu [benar-benar] mencintai Allah,maka ikutilah aku nescaya Allah mencintai kamu"
[Ali Imran:31]



MENTARI HIDUP

by:haikal

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali


Sebutir debu cinta Allah kepada hambaNya lebih baik dari cinta hamba pada Allah. Cinta kita pada Allah memang baik dan terpuji. Namun, cinta Allah kepada kita lebih tinggi nilainya.

wallahualam

Sunday, November 1, 2009

tarbiyah itu petrol

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt.


Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan.

Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene,

ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV.

Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api.

Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98.

Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan

enjin seterusnya menggerakkan kereta.

Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98

Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin,

petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu.

Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting.

Maka, untuk setiap perjalanan,tangki petrol perlu sentiasa diisi.


Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak selagi mana petrol cukup.

Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan

kerja lantas membantutkan perjalanan.

Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati.

Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki.

Ia tidak semudah memulas punat kunci.

Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke dalam enjin.

Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.

Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan.

Lebih jauh dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan.

Bekalan perlu sentiasa cukup.

Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki.

Bekalan yang baru akan menampung perjalanan seterusnya.


Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat.

Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosak lah kereta.

Perjalanan terus terhenti.

Kena singgah bengkel untuk baiki enjin.

Kereta Kancil tersadai 2-3 hari.

Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.

Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah

Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang.

Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini.

Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi.

Demikian kaitannya dengan petrol RON 98.

Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah.

Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya.

Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi.

Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong.

Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.


Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang

bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol.

Ia akan terhenti.

Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol

ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.


Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat.

Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya.

Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa

proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama.

Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.


Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin

dakwah ini.

Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.


Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?

Wallaahua’lam.

sumber: sini