Showing posts with label ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwah. Show all posts

Monday, February 15, 2010

menangislah di bahuku

Menangislah Di Bahuku - Watch more Videos at Vodpod.

Menangislah Dibahuku

Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)


kadangkala sukar menyembunyikan perasaan dan apa yang melanda di jiwa, ianya jelas apa yang terlihat di mata walaupun hakikatnya hati cuba menahan rasa.

Dia mencuba untuk tersenyum gembira walaupun hatinya luka kepedihan. Kerna dia mahukan sahabatnya tersenyum gembira juga. Namun, seorang sahabat yang baik itu pasti faham dan dapat meneka sesuatu yang tidak kena akan sahabatnya itu.

ukhwah lillahitaala..hatta jauh beribu batu, pasti disana dapat merasainya.

aku rindu..pada sebuah ukhwah yang pasti tidak boleh dibeli dimana-mana.


`boleh saya tumpang nangis di bahu awak?`



Tuesday, December 15, 2009

terus melangkah

Bismillah walhamdulillah

Mungkin antum masih ingat saat mula-mula antum bertemu dengan tarbiyah.

Saat mula2 hati itu terdetik untuk bersama dalam halaqah.

Saat mula2 mengenal erti sebenar diri dan kawan2.

Saat kita mula koreksi dan muhasabah hati yang penuh jahil ni.

Saat kita berkumpul, dengan rela dan penuh semangat demi mendapatkan jernih2 permata iman.

Saat kita bangun di pagi hari menunaikan qiam bersama, walaupun kadangkala terpaksa menahan mata yang mengantuk dan tidur yang tak cukup.

Saat kita punya banyak masa lapang, yang bila2 masa sahaja boleh atur schedule untuk berjumpa selalu.

Saat hati kita diketuk bertalu-talu untuk terus kekal dalam jalan yang kita pilih ni.

Saat kita rasa manisnyaaa hidup dalam tarbiyah ni. Rasa nak lagi dan nak lagi.

Saat kita rasa yang kita perlu untuk tafahum, dan menunjukkan bahawa kitalah yang bertanggungjawab menunjukkan islam itu pada semua.

Saat kita rasa kita ini bertuah dipilih oleh Allah, untuk bergelar 'akhawat' dan duduk dalam dalam halaqah iman.

Saat kita rasa kita nak sangaaattt berubah!

Dan buang semua kisah silam dan buang jahiliah.

Dan perbaiki diri untuk jadi muslimah yang lebih baik dan insan terbaik di sisi Allah.

Masih ingat pernah ada masanya kita down, rasa lelah dengan ujian, rasa perlu sangat sahabat2 bantu dan hulurkan bantuan nasihat dan kata2 perangsang.

Saat kita rasa perlu sangat kebergantungan pada Allah 100%. Dikala hati taktahan menangis , menempuh ujian dunia yang semakin rancak mendatang.

Saat kita rasa Allah itu sangat2 dekat!


Keadaan semakin sibuk. Homework, study, pressure dari lecturer, rasa tak cukup masa. Masing-masing punya priority sendiri.

Namun, kita tetap tak kan terpisah!

Kerna hati kita sudah terikat dengan ikatan aqidah. Walau apa pun yang terjadi, kita pasti akan terus bersama.

Kan sahabat? antum juga akan tetap bersamaku dikala susah dan senang..

Cuma satu yang ana ingin ingatkan,

Ujian dunia memang akan selalu datang, jahiliah tetap akan bergelumang,
cukup menarik yang bisa sahaja menggoyahkan iman.

Yang pasti, kita telah mengikat janji, untuk tidak akan berpatah balik dari jalan ini.

Kita dah janji untuk simpan rahsia kita sama-sama.

Kita dah janji untuk terus berpimpin tangan, bersedia berhadapan dengan apa sahaja.

Walau apa pun yang terjadi, usah sekali-kali lupa pada apa yang kita telah dapat, nikmat memperoleh hidayah dan taufiq dari Allah.

Moga rasa itu tetap subur dalam jiwa kita. Tak kira di mana Allah campakkan kita kelak, ukhuwah ini tak kan putus sampai bila-bila. InsyaAllah, sampai syurga.

Ana sayangkan antum. Lebih dari diri ana sendiri.


"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa"
[az-zukhruf:67]


Wednesday, December 9, 2009

di atas nama cinta

Bismillah walhamdulillah

Maaf pada pembaca kerna meninggalkan blog ini berhabuk tidak berupdate. Kadangkala, di kala idea mencurah-curah, time tu lah dikala kita di tahap maksimum sibuknya. Bila dah tiba lapang sket, idea pun hilang entah kemana.

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi diri ini untuk terus bernaung di bawah limpahan rahmat dan cahayaNYa. Berkumpul dari serata dunia, di 'taman-taman syurga' yang indah. Walaupun saya amat tahu, saya amat jauh untuk menggapai mereka, melihat wajah mereka face to face, apatah lagi memeluk mereka semahunya, saya tetap bersyukur pada Dia yang menemukan kami di jalan yang penuh cinta ini.

Tiada lagi perasaan yang dapat diungkap pabila semangat mereka seakan terasa turut membasahi hati ini, seakan akan mereka berada dekat sangatttt dengan saya tika itu. Walaupun jauhnya kami beribu2 batu.

Indahnya perasaan itu pabila kita tahu, yang kita tidak keseorangan dalam mencari gerak kerja susah payah di jalan ini. Pabila kita tahu yang mereka juga turut sama2 merasai apa yg kita rasa, walaupun tak pernah diungkap terus terang.

Semangat menyinga kembali. Merasai bahawa banyak lagi yang belum ku lakukan demi agama Allah ini. Merasai banyak lagi lompong2 diri yang harus dibaiki, mengambil segala iktibar dari apa yang telah dilalui.

Bila kita betul2 faham, yang kitalah yang harus terus bergerak dan bekerja untuk agama Allah ni, kita harus bersedia apa sahaja dengan segala mehnah yang akan kita tempuhi. Kita kena sedar, dalam fikiran bahawa kitalah Qaedah Sulbah yang harus sedaya upaya menggerakkan dakwah di tempat sendiri. [kan kak sumayyah?]

Ujian akan bertandang, masalah pembinaan diri sendiri, pembinaan mad'-mad'u, masalah hati, kewangan,kekangan masa dan macam2 lagi. Semuanya akan dirasai. Itulah gula dan garam, pelengkap dalam jalan yang kita ambil ni.

Sebab itulah,

Kejayaan yang sangat berharga diperoleh melalui usaha yang keras, mengeluarkan keringat, air mata dan darah. Kejayaan yang diperoleh dengan susah payah dan pengorbanan, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Thayyib,

"seandainya tidak ada halangan, maka semua manusia boleh menjadi pemimpin. Orang dermawan boleh jadi fakir, orang yang berani boleh jadi pembunuh"

Kejayaan yang paling indah, ialah kejayaan sesudah melalui pelbagai rintangan dan pengorbanan untuk merealisasikanya.

Dunai ini adalah medan pertarungan. Dan hidup ini adalah seperti pertarungan. Jangan pernah berhenti, kerna malaikat sentiasa mencatat setiap amalan kita. Umur makin berkurang, kematian pasti akan datang.

Apa lagi yang lebih berharga dari dicintai Allah dan rasulNya?
Apa lagi yang lebih indah dari mencintai dakwah dan bekerja keras untuknya?
Apa lagi yang lebih manis,dari merasai nikmatnya bercinta hanya kerana Allah SWT.. merasai indahnya ukhwah fillah abadan abada.

Rasa besssttt sgt bila ada org yang dalam dirinya hanya untuk dakwah.

Dan dakwahlah yang menjadi nadi hidup kita.Berdenyut selagi mana dakwah ini masih kita pegang sampai akhir hayat hidup kita.

Bak kata adik yang seorang ni, Tarbiyah itu nyawa, dakwah itu jiwa. Matilah manusia tanpa kedua-duanya.^_^

Bersegeralah..bersegeralah..
Sebelum habis umurmu, dan selesai penulisan amal! Tidak tersisa lagi malam mahupun siang.

Tuesday, October 27, 2009

naqib borek, anak usrah rintik

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt.

Realiti masa kini

Lihat saja saudara kita di bumi Al-Quds, berhabis -habisan berjuang demi agama. Kita hanya mampu melihat dari jauh, dari kaca tv, youtube.. Terasa kasihan dan ingin membantu. Kita bisa saja mengungkap 'kasihannya mereka' dikala melihat orang lain turut bersedih dan mengeluarkan kata tidak puas hati pada yahudi yang tak berhati perut itu.Namun, segalanya hanya sekadar impian yang menjadi angan-angan.

Sedikit-sedikit kita lupa pada saudara disana.

Dibayangi kesenangan dan kelapangan hidup di bumi yang alhamdulillah aman tanpa serangan senjata. Hidup dalam kelompok sendiri, merasa tidak punya masalah selain masalah peribadi.

Bosan-bosan, melepak di shopping complex,

Jalan2 makan angin tanpa arah tuju.
Membazir wang untuk ke salon,

Membeli kasut lagi, untuk different occasion katanya,

Mengisi perut dengan makanan yang mahal-mahal tiap hari, katanya sudah bosan dengan makanan biasa.

Handbag apatah lagi, kalau boleh, mesti sama colour dengan warna baju.

Waktu cuti, masanya lapang terisi dengan movie dan rancangan drama di tv.


Andainya ini terjadi di kalangan yang belum menerima tarbiyah, dikira logik.

Realitinya,

Hal ini terjadi juga di kalangan kita yang telah terjebak dalam tarbiyah dan dakwah.

Terjadi pada para naqib dan naqibah.

Masakan boleh lahir mutarabbi yang sensitif terhadap agama seandainya 'naqib dan naqibah sendiri tidak menunjukkan qudwah yang terbaik?

Kita ingin membina mutarabbi yang mantap, yang mempunyai ciri2 10 individu muslim yang cemerlang..

tertanya-tanya tak kenapa sampai sekarang mutarabbi kita masih mahu 'merangkak' walaupun sudah masuk dalam usrah bertahun-tahun lamanya. Mereka seolah tidak mahu 'berjalan', apatah lagi untuk berlari. Malah, tak berubah pun!

Di mana silapnya?

Tiadanya ukhuwah.

Pentingnya ukhuwah dalam institusi usrah. Naqib wa naqibah ibarat ibu atau ayah. Bagaimana rapatnya dan kasihnya anak pada ibu dan bapa mereka, macam itu lah juga yang harus kita titipkan dalam hati mutarabbi kita. Murabbi/ah dan Naqib/ah adalah ibarat ibu atau ayah seakidah mereka. dan kadangkala ikatan itu boleh jadi lebih hebat dari ikatan darah!

Usrah itu hidup andainya ada 'ruh'. Setiap mutarabbi pasti merindukan pertemuan yang seterusnya dengan naqib/ah mereka. Rindu melihat wajah2 ahli usrah mereka.Ruh yang mengalir dalam diri mereka adalah ruh dan semangat dakwah. Ikatan kasih antara mereka, yang hidup berteraskan payung rahmat Allah, mencari redha dan cinta Allah semata.

Institusi usrah yang berjaya bisa melahirkan 'harimau-harimau' penggerak yang bisa menggegarkan dunia islam. Yang sedar kepentingan dakwah itu adalah tanggungjawab individu walaupun ianya fardhu kifayah.

Yang tidak cemburu akan apa yang dunia ada, tapi sangat kisah kan akhirat mereka.

Saya teringat pepatah, 'bapa borek, anak rintik'.
Anak akan mengikut jejak langkah bapa. Andai bagus bapanya, maka eloklah anaknya.
Saya pun tidak pasti sejauh mana kesahihan pepatah ini.

'Naqib/ah borek, anak usrah rintik'

Orang yang menggerakkan harus punya tujuan yang jelas dalam dakwah ini, sentiasa bersiap sedia dalam menjadi contoh yang terbaik buat mutarabbi, dan harus sentiasa bersemangat dan tidak putus asa dalam mentarbiyah manusia.

Usrah bukan setakat pertemuan saja-saja, duduk selama sejam,membincangkan isu agama semata-mata. Tapi, usrah itu bermula dengan berakhirnya tasbih kifarah dan tamat bila bermulanya al-fatihah. Semasa pertemuan seminggu sekali itulah, hati dan iman kita ditambah upgradekan setelah 6 hari sibuk dengan aktiviti harian.

Apa yang disampaikan dengan hati yang ikhlas, hati yang bersih, insyaAllah..akan sampai pada orang yang didakwahkan. Dari hati, menuju hati.

InsyaAllah, apa yang diperoleh dalam usrah atau 'keluarga' itu mampu menjadikan kita individu muslim yang terbaik!

Usah ada perasaan tidak baik pada orang lain, ataupun menyampaikan dakwah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, maka zerolah hasilnya.

Muhasabah:---> Hati kena bersih

Kata-kata dari kakak naqibah saya, hati itu lah yang harus dijaga sebaiknya.
Kalau ianya putih bersih, mesti kita rasa sangat gembira bila tiba masanya untuk dipulangkan kepada Allah kelak. Andainya hati ini hitam, macam mana agaknya kita nak pulangkan pada Dia nanti? Nak menyesal pun sudah tidak berguna.



~kerna ukhuwah itu indah~















Saturday, October 17, 2009

kerna mr.D telah lebih dahulu melamar...

Bismillah walhamdulillah

Jalan ini memang sukar, semakin kita nak ke hadapan, semakin rancak lah halangan dan dugaan yang ditimpakan.

Mainan perasaan yang bisa sahaja menggoyah keimanan, dugaan luar yang menggetarkan prinsip dan pegangan.

Saya belajar sesuatu,

Bila kita terlalu sayangkan seseorang, sudah tentu kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri dia. Terutama dalam dakwah ini, kita tidak akan sesekali meninggalkan dia..kita akan cuba jugak buat sampai dia faham deen ini sepenuhnya.Kerna kita mahu dia pun bersama-sama dengan kita.

Kita tak akan pernah meminta balasan, kerna niat kita hanya satu, untuk membawa dia melayari bahtera dakwah ini dengan redha dan rahmat Allah sentiasa.

Walaupun kadang-kadang dia sukar memahami niat kita sebenarnya, namun, kita tetap tak putus-putus memberikan komitmen pada dia, memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, mentarbiyah selagi mampu..semuanya kerna kita sayang sangat pada dia.

Kita nak dia dengan kita, sebab tu kita 'pegang' tangan dia kuat-kuat.

Kita mahukan dia juga rasa betapa bahagianya hidup sebagai daie yang sebenarnya. Betapa nikmatnya hidup ini sebagai hambaNya yang benar2 faham istilah 'muslim' di hatinya.

Kadangkala, dia tersasar dan berbuat salah, hati kita rasa sedih sangat. Kita cuba tarik dia kembali ke jalan yang benar. Kita nasihatkan dia dengan penuh kasih sayang, seperti seorang ibu yang menasihati anaknya.

Kita tahu mungkin kadangkala dia rasa berat nak laksanakan apa yang kita cakap, tapi kita tahu, kita kene bantu dia hadapi semua dugaan bersama.

Kadangkala, dalam pada sibuk dengan dia, kita juga punya masalah kita sendiri, berdepan dengan pelbagai masalah orang lain lagi, itu dan ini..

Tapi, kita telah lama sedar, itulah hakikatnya bila sudah ada di jalan ini, kudrat kita untuk kesenangan orang lain dan seringkali terpaksa korbankan hak diri sendiri.

Saban malam, tak dapat lelapkan mata kerna memikirkan masalah dia,
kadang, sampai nak makan pun terlupa..

Kita cepat pick symptoms bila dia ada masalah. Yang bestnya, Allah bantu kita bila Dia selalu bagi hint kat kita yang dia ada masalah. Sebab apa? Sebab kita dah sayang sangat kat dia. [ada connection heart to heart].Dalam doa pun, kita akan sebut nama dia. Mohon yang terbaik untuk diri dia.

Kita tak kisah walaupun dia tak mengerti apa yang kita rasa. Jatuh bangun, perit rasa di jiwa, walaupun dugaan tu datang bagai jatuh ditimpa tangga, kita tetap tersenyum bila dengan dia. Sebab kita tak nak dia tahu kita punya masalah, dan nak senangkan hati dia.

Kita tak kisah walaupun dia tak tahu yang saban hari kita risau dan susah hati tentang dia. Kita tak kisah pun andainya kita harus berkorban harta,poket selalu kosong,malahan nyawa pun sanggup kita korbankan,asalkan dia bahagia di jalan yang diredhai oleh Allah.

senang cerita, kita menyayangi dia melebihi diri kita sendiri.


14 Feb 08 'Pouring my heart out' by safari.photogirl.

terlalu sayang sampaikan air mata ini seringkali tumpah kerana dia di hadapanNYA.

kerna kita cuma nak kan yang terbaik untuk diri dia, dunia dan akhirat.

Kita nak akhirat itu menjadi matlamat hidup dia.

oh, sayangnya kita pada dia. Orang lain tentu tak faham apa yang kita rasa nih.

Selalu, orang sekeliling tidak faham, kenapa kita sanggup habiskan masa untuk dia, kurang masa enjoy untuk diri sendiri. Tapi, itulah kita. Sudah tersemat dalam hati, bahawa dia adalah priority kita dalam membantu dia mencari cinta Allah ini.

Kita tahu, kita bakal jumpa dengan Dia di sana nanti.

Dan kita mahukan dia dapat kuat dan bertahan andainya kita pergi dulu bertemu dengan Dia. Manalah tahu secebis kasih yang ditumpahkan ini bisa menguatkan dirinya seandainya kita tiada lagi.

Semua itu milik Allah, dan pada Dialah juga kita kembali.

Tidak mengapa andai diri ini tidak bahagia, asalkan melihat dia bahagia sudah cukup buat kita merasa indah tak terkata. Hebatnya kuasa Allah!

Bila segalanya disandarkan kepadaNya, kita sedar, hidup ini, roh dan jasad ini hanyalah milikNya semata. Sekadar pinjaman untuk kita di dunia, gunakanlah sebaiknya.


[mr.D]Dakwah ini telah lebih dahulu melamar saya. InsyaAllah, saya bersedia menerima dan akan setia dengannya sampai akhir hayat saya.

Walau apa yang terjadi, saya nak dia tahu, yang saya sungguh menyayangi dia sepenuh hati saya.


Apa yang saya harapkan,

Agar dia faham erti hidup seorang hamba, tanggungjawab pada Pemilik Cinta.

Semua yang terjadi adalah kehendakNya.

dan dia yang saya maksudkan, adalah 'kekasih-kekasih hati' saya. Anda tahu anda siapa.

p/s: setuju dengan kak aisyah,bahawa jalan ini berat dan mahal maharnya..






Tuesday, October 13, 2009

uhibbukifillah

Bismillah walhamdulillah.

Assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah, sahabat baik saya telah selamat bergelar Madam Widatul Nadiah pada hari sabtu lepas. Gembira, sedih , bercampur baur semuanya. Saya dan maisarah bergerak ke rumah widat di shah alam selepas kelas hari jumaat menaiki bas. Seronok juga jadi tukang bagi telur masa hari perkahwinan widat dan menyebabkan gambar saya lah yang paling sedikit sekali hari tu. Maklumlah, sibuk di luar, kawan2 lain dah amik gambar dulu=P. takpelah, yang penting,dapat tolong sedaya mungkin masa hari bahagia yang seorang nih.^_^

Widat satu posting dengan saya, dan kami dalam satu group kecil. Nampaknya, wedding of the year ni, the first and only wedding tahun ini.Mabruk wid dan badzli! Semoga berkekalan sampai syurga, insyaAllah!
next, sape plak yea? esp kawan2 yang dah 'ada' tu, cepat2 sikit =P

************************************************************

malam tadi, seperti biasa, saya menemani sahabat baik saya di biliknya [banyak sangat la plak sahabat baik eh? heheh.sebab mereka semua buah hati saya.^_^]
Sudah menjadi rutin, saya akan tunggu sampai sahabat saya yang seorang ni tidur, baru saya pulang ke bilik saya. Tak ambil masa yang lama, sebab dia ni senang tidur. Usap-usap kepala sikit, sambil saya bacakan surah al-insyirah di ubun-ubunnya, tidur lah.

Tiba-tiba, dia tanya saya,
"awak doakan yang terbaik ye untuk saya."

saya senyum sahaja. menandakan 'ya'

"andai saya 'pergi' dulu bertemu dengan Dia, takpekan?"

"takpe...andai itu yang terbaik untuk awak dan untuk saya." mata mula bergenang tapi sengaja di tahan.

entahlah, tak mampu nak tuturkan apa-apa. Biasanya saya akan banyak cakap sedikit,tapi malam tadi seperti nak diam lebih dan biarkan dia berfikir sendiri.

"awak, saya sayang awak tau" tepat dia memandang saya.

"tau, saya sayang awak lebih"

"wa ana kaman!![sayang awak lebih lagi!]"

"saya sayang awak lebih lagi..awak tentu tahu yang saya sayang awak lebih lebih lagi" kuntuman senyuman saya hadiahkan buatnya.

dia angguk. matanya cuba dilelapkan. saya tahu dia risau kalau selagi dia tak tidur, saya tak kan pulang ke bilik saya.

saya tak sedar yang saya tertidur di sisinya, duduk di tepi katil sambil tangan ini memegang tangannya.
tengok2 jam, dah 1 jam berlalu..saya pulang ke bilik saya selepas tu.Biliknya saya kunci dari luar.

Sampai sahaja di bilik, mata susah nak lelap. Saya terpandang 'kekasih' saya nan satu di atas rak.. Rindu pula pada dia, padahal sebelum isya tadi dah jumpa. Saya ambil wudhu dan membacanya. Teringat saya pada ayat ni..dari seorang hafizah yang sangat hebat orangnya.

"Walau sesibuk mana pun kita, al Quran tidak boleh kita kesampingkan. Kalau kita usaha untuk cemerlang al Quran, insya Allah, yang lain-lain pun akan cemerlang jugak...tapi kalau kita belakangkan al Quran, yang lain-lain pun akan terkebelakang jugak..."

oh, kerdilnya diri ini.

Mengimbau kembali hari2 yang dilalui, cemerlangkah saya dalam hidup saya. Atau sekadar berpuas hati dengan apa yang ada? Sedangkan seorang mukmin itu harus cemerlang semua perkara, kerana itulah tanggungjwab kita, menunjukkan yang mukmin itu adalah yang terbaik!

muhasabah...muhasabah..

Saya pernah beritahu sahabat saya tadi,

"kalau awak nak ukhuwah kita ni berkekalan, jagalah hubungan kita dengan Allah. Kerna kita berkasih sayang kerna Dia, kerna ikatan akidah. Semakin erat hubungan ini, semakin rancak jugalah syaitan akan datang untuk merosakkan hubungan atas dasar kerana Allah ni. Kalau awak sayang saya, dekatkan lagi hubungan dengan Dia, serahkan jiwa dan raga untukNya, insyaAllah, kita akan tetap bersama. insyaAllah, sampai ke syurga. Itu impian kita kan? "

"andai saya pula yang pergi dulu, jangan tangisi pemergian saya. Saya cuma nak awak tahu, awak tetap di hati saya sampai bila-bila. Kita mungkin akan berpisah sementara, insyaAllah saya nak jumpa awak lagi kat 'sana' "

maaf..entry kali ini tidak punya input apa-apa. hanya sekadar berkongsi rasa. Saya juga ingin anda merasai betapa manisnya ikatan ukhwah kerana Allah. kerna saya sayang anda juga!

~bila kerana Allah, semuanya indah belaka~^_~








Wednesday, October 7, 2009

pecut


Bismillah walhamdulillah

Baru sahaja pulang berjumpa sisters..
tak tahu nak gambarkan macam mana...
gembira sangat!!!

walaupun baru je jumpa, tapi rasa dekat sangat. Mungkin itulah kuasa ukhwah fillah.
Tiada pengisian specific hari ini, hanyalah taaruf dan duduk bersama membincangkan masalah ummah.

Walaupun masih bergelar junior di kampus melaka ni, melihat kakak2 yang baru sahaja habis final exam mereka siang tadi, terus sahaja mencari peluang duduk sekali dengan mereka.

Tak sabar nak jumpa lagi.

Seronok sangat bila kita tahu yang kita tidak seorang dalam jalan ini. Dan punya sisters yang menyokong penuh memberi semangat!!

alhamdulillah!

souls are like constripted soldiers,
those whom they recognize,they get along with,
and those whom they do not recognize,
they will not get along with.



Teringin pula untuk saya kongsikan satu kisah menarik mengenai Abu Dahdah.

******************************************************************************
Pecut...

Saya ceritakan satu kisah yang amat menyentuh hati ini di hari-hari terakhir Ramadhan. Satu kisah yang diceritakan oleh seorang akak semasa Sister's Talk baru-baru ini.

Pernah di zaman Rasulullah SAW, ada seorang anak yatim yang ingin membina sebuah tembok di kawasan kebunnya. Namun proses pembinaan kebun ini tidak dapat nak diteruskan kerana ada sebatang pokok yang menghalangnya. Maka anak kecil ini pergi meminta pada empunya pokok agar memberikan pokok tersebut padanya.

Empunya pokok tidak mahu. Berkali-kali anak kecil ini merayu tetapi jawapan pemilik pokok tersebut tetap adalah tidak. Lantas anak kecil ini membawa hal ini kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW merayu kepada pemilik tersebut agar memberikan pokok tersebut terhadap anak kecil yang kematian ayah itu. Kata pemilik pokok tersebut, itu adalah haknya. Berkali-kali rayuan dibuat, jawapannya tetap adalah tidak.

Akhirnya anak kecil ini mula menitiskan air matanya. Dan Rasulullah SAW berkata andainya dia memberi pokok tersebut, Allah akan menggantikannya dengan pokok di syurga. Mungkin kerana marah dan bengang hal sebegitu dibawa kepada Rasulullah SAW, pemilik pokok tersebut menolak tawaran tersebut. Apatah lagi yang membawa isu tersebut adalah seorang anak kecil. Kemarahannya membuatkan dia pergi.

Di kalangan yang hadir mendengar isu tersebut ada seorang sahabat. Dan nama sahabat ini adalah Abu Dahdah. Abu Dahdah bertanya Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, andainya aku membeli pokok tersebut dan memberikannya pada anak kecil ini, adakah aku akan beroleh hal yang sama?” Rasulullah berkata,“Ya”. Lantas Abu Dahdah bergegas bertemu dengan pemilik pohon tersebut. “Tahukah kamu mengenai kebunku?” Kebun Abu Dahdah adalah kebun yang subur. Ada 600 pokok di dalamnya. Kebunnya adalah kebun yang terbaik. Rumahnya juga di dalam kebunnya. Tiada siapa yang tidak mengenali kebun Abu Dahdah.

Lantas pemilik pokok tersebut berkata, “Ya”. “Mahukah kau kebun tersebut untuk digantikan dengan pokok yang satu itu?” Terkejut pemilik pokok tersebut. Adakah Abu Dahdah sudah gila? 600 pokok untuk 1 pokok? Abu Dahdah meminta orang sekeliling menjadi saksi akad jual beli itu. Terjadilah perjanjian itu.

Dengan tersenyum Abu Dahdah melihat anak yatim tersebut, “Ambillah pokok itu”. Anak kecil itu begitu gembira. Abu Dahdah kembali ke kebunnya yang telah dijual itu. Abu Dahdah menunggu di luar sambil memanggil isterinya.

“Ummu Dahdah! Ummu Dahdah! Cepat keluar dari kebun ini! Aku sudah meminjamkan kebun ini kepada Allah!”

Cuba bayangkan kalau kita adalah Ummu Dahdah. Suami kita telah menjual segalanya. Kosong dan tiada apa lagi untuk kita. Apa perasaannya? Tapi Ummu Dahdah tahu bahawa suaminya melakukan jual beli yang terlalu agung dengan Allah SWT. Segala harta itu untuk sepohon pokok di syurga.

Lantas Ummu Dahdah berkata, “Engkau tidak rugi, suamiku, engkau beruntung, engkau sungguh beruntung!” Masya Allah betapa mulianya kata-kata yang keluar dari mulut Ummu Dahdah. Saat itu juga di tangan anak Abu Dahdah ada sebutir kurma. Abu Dahdah membuka tangan anaknya dan mencampakkan kembali kurma itu ke kebun. “Ayahmu sudah meminjamkan kebun ini kepada Allah.” Masya Allah. Ibnu Mas'ud menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, “Berapa banyak pohon sarat buah yang kulihat di surga atas nama Abu Dahdah.”

Ertinya, Allah memberi Abu Dahdah pohon-pohon yang berbuah lebat di surga sebagai ganti atas pemberiannya kepada-Nya di dunia. Bila Rasulullah SAW mengungkapkan kata-kata ini? Di saat dia melihat mayat Abu Dahdah yang syahid di dalam peperangan Uhud. Subhanallah. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW melihat dunia dari jendela akhirat. Berebut-rebut mengejar pahala. Tinggal dua hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Ayuh pecut selajunya untuk mengejar kebaikan di akhir waktu ini. Sesungguhnya pintu syurga di buka di bulan ini.

******************************************************************

Ini semasa bulan Ramadhan. Sekarang dah masuk syawal. Namun, bulan bukanlah penghalang untuk terus istiqamah buat benda baik kan?

Bulan2 inilah masanya kita diuji sama ada latihan masa bulan ramadhan tu effective atau tidak.

jom ramai-ramai kita pecuttttttttttttttttttt!
pecut laju-laju demi tarbiyah!

p/s: jzkk pd sahabat2 seangkatan, yang tidak pernah meninggalkan.^_^