Tuesday, October 27, 2009

naqib borek, anak usrah rintik

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt.

Realiti masa kini

Lihat saja saudara kita di bumi Al-Quds, berhabis -habisan berjuang demi agama. Kita hanya mampu melihat dari jauh, dari kaca tv, youtube.. Terasa kasihan dan ingin membantu. Kita bisa saja mengungkap 'kasihannya mereka' dikala melihat orang lain turut bersedih dan mengeluarkan kata tidak puas hati pada yahudi yang tak berhati perut itu.Namun, segalanya hanya sekadar impian yang menjadi angan-angan.

Sedikit-sedikit kita lupa pada saudara disana.

Dibayangi kesenangan dan kelapangan hidup di bumi yang alhamdulillah aman tanpa serangan senjata. Hidup dalam kelompok sendiri, merasa tidak punya masalah selain masalah peribadi.

Bosan-bosan, melepak di shopping complex,

Jalan2 makan angin tanpa arah tuju.
Membazir wang untuk ke salon,

Membeli kasut lagi, untuk different occasion katanya,

Mengisi perut dengan makanan yang mahal-mahal tiap hari, katanya sudah bosan dengan makanan biasa.

Handbag apatah lagi, kalau boleh, mesti sama colour dengan warna baju.

Waktu cuti, masanya lapang terisi dengan movie dan rancangan drama di tv.


Andainya ini terjadi di kalangan yang belum menerima tarbiyah, dikira logik.

Realitinya,

Hal ini terjadi juga di kalangan kita yang telah terjebak dalam tarbiyah dan dakwah.

Terjadi pada para naqib dan naqibah.

Masakan boleh lahir mutarabbi yang sensitif terhadap agama seandainya 'naqib dan naqibah sendiri tidak menunjukkan qudwah yang terbaik?

Kita ingin membina mutarabbi yang mantap, yang mempunyai ciri2 10 individu muslim yang cemerlang..

tertanya-tanya tak kenapa sampai sekarang mutarabbi kita masih mahu 'merangkak' walaupun sudah masuk dalam usrah bertahun-tahun lamanya. Mereka seolah tidak mahu 'berjalan', apatah lagi untuk berlari. Malah, tak berubah pun!

Di mana silapnya?

Tiadanya ukhuwah.

Pentingnya ukhuwah dalam institusi usrah. Naqib wa naqibah ibarat ibu atau ayah. Bagaimana rapatnya dan kasihnya anak pada ibu dan bapa mereka, macam itu lah juga yang harus kita titipkan dalam hati mutarabbi kita. Murabbi/ah dan Naqib/ah adalah ibarat ibu atau ayah seakidah mereka. dan kadangkala ikatan itu boleh jadi lebih hebat dari ikatan darah!

Usrah itu hidup andainya ada 'ruh'. Setiap mutarabbi pasti merindukan pertemuan yang seterusnya dengan naqib/ah mereka. Rindu melihat wajah2 ahli usrah mereka.Ruh yang mengalir dalam diri mereka adalah ruh dan semangat dakwah. Ikatan kasih antara mereka, yang hidup berteraskan payung rahmat Allah, mencari redha dan cinta Allah semata.

Institusi usrah yang berjaya bisa melahirkan 'harimau-harimau' penggerak yang bisa menggegarkan dunia islam. Yang sedar kepentingan dakwah itu adalah tanggungjawab individu walaupun ianya fardhu kifayah.

Yang tidak cemburu akan apa yang dunia ada, tapi sangat kisah kan akhirat mereka.

Saya teringat pepatah, 'bapa borek, anak rintik'.
Anak akan mengikut jejak langkah bapa. Andai bagus bapanya, maka eloklah anaknya.
Saya pun tidak pasti sejauh mana kesahihan pepatah ini.

'Naqib/ah borek, anak usrah rintik'

Orang yang menggerakkan harus punya tujuan yang jelas dalam dakwah ini, sentiasa bersiap sedia dalam menjadi contoh yang terbaik buat mutarabbi, dan harus sentiasa bersemangat dan tidak putus asa dalam mentarbiyah manusia.

Usrah bukan setakat pertemuan saja-saja, duduk selama sejam,membincangkan isu agama semata-mata. Tapi, usrah itu bermula dengan berakhirnya tasbih kifarah dan tamat bila bermulanya al-fatihah. Semasa pertemuan seminggu sekali itulah, hati dan iman kita ditambah upgradekan setelah 6 hari sibuk dengan aktiviti harian.

Apa yang disampaikan dengan hati yang ikhlas, hati yang bersih, insyaAllah..akan sampai pada orang yang didakwahkan. Dari hati, menuju hati.

InsyaAllah, apa yang diperoleh dalam usrah atau 'keluarga' itu mampu menjadikan kita individu muslim yang terbaik!

Usah ada perasaan tidak baik pada orang lain, ataupun menyampaikan dakwah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, maka zerolah hasilnya.

Muhasabah:---> Hati kena bersih

Kata-kata dari kakak naqibah saya, hati itu lah yang harus dijaga sebaiknya.
Kalau ianya putih bersih, mesti kita rasa sangat gembira bila tiba masanya untuk dipulangkan kepada Allah kelak. Andainya hati ini hitam, macam mana agaknya kita nak pulangkan pada Dia nanti? Nak menyesal pun sudah tidak berguna.



~kerna ukhuwah itu indah~















1 comment: