Wednesday, October 7, 2009

pecut


Bismillah walhamdulillah

Baru sahaja pulang berjumpa sisters..
tak tahu nak gambarkan macam mana...
gembira sangat!!!

walaupun baru je jumpa, tapi rasa dekat sangat. Mungkin itulah kuasa ukhwah fillah.
Tiada pengisian specific hari ini, hanyalah taaruf dan duduk bersama membincangkan masalah ummah.

Walaupun masih bergelar junior di kampus melaka ni, melihat kakak2 yang baru sahaja habis final exam mereka siang tadi, terus sahaja mencari peluang duduk sekali dengan mereka.

Tak sabar nak jumpa lagi.

Seronok sangat bila kita tahu yang kita tidak seorang dalam jalan ini. Dan punya sisters yang menyokong penuh memberi semangat!!

alhamdulillah!

souls are like constripted soldiers,
those whom they recognize,they get along with,
and those whom they do not recognize,
they will not get along with.



Teringin pula untuk saya kongsikan satu kisah menarik mengenai Abu Dahdah.

******************************************************************************
Pecut...

Saya ceritakan satu kisah yang amat menyentuh hati ini di hari-hari terakhir Ramadhan. Satu kisah yang diceritakan oleh seorang akak semasa Sister's Talk baru-baru ini.

Pernah di zaman Rasulullah SAW, ada seorang anak yatim yang ingin membina sebuah tembok di kawasan kebunnya. Namun proses pembinaan kebun ini tidak dapat nak diteruskan kerana ada sebatang pokok yang menghalangnya. Maka anak kecil ini pergi meminta pada empunya pokok agar memberikan pokok tersebut padanya.

Empunya pokok tidak mahu. Berkali-kali anak kecil ini merayu tetapi jawapan pemilik pokok tersebut tetap adalah tidak. Lantas anak kecil ini membawa hal ini kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW merayu kepada pemilik tersebut agar memberikan pokok tersebut terhadap anak kecil yang kematian ayah itu. Kata pemilik pokok tersebut, itu adalah haknya. Berkali-kali rayuan dibuat, jawapannya tetap adalah tidak.

Akhirnya anak kecil ini mula menitiskan air matanya. Dan Rasulullah SAW berkata andainya dia memberi pokok tersebut, Allah akan menggantikannya dengan pokok di syurga. Mungkin kerana marah dan bengang hal sebegitu dibawa kepada Rasulullah SAW, pemilik pokok tersebut menolak tawaran tersebut. Apatah lagi yang membawa isu tersebut adalah seorang anak kecil. Kemarahannya membuatkan dia pergi.

Di kalangan yang hadir mendengar isu tersebut ada seorang sahabat. Dan nama sahabat ini adalah Abu Dahdah. Abu Dahdah bertanya Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, andainya aku membeli pokok tersebut dan memberikannya pada anak kecil ini, adakah aku akan beroleh hal yang sama?” Rasulullah berkata,“Ya”. Lantas Abu Dahdah bergegas bertemu dengan pemilik pohon tersebut. “Tahukah kamu mengenai kebunku?” Kebun Abu Dahdah adalah kebun yang subur. Ada 600 pokok di dalamnya. Kebunnya adalah kebun yang terbaik. Rumahnya juga di dalam kebunnya. Tiada siapa yang tidak mengenali kebun Abu Dahdah.

Lantas pemilik pokok tersebut berkata, “Ya”. “Mahukah kau kebun tersebut untuk digantikan dengan pokok yang satu itu?” Terkejut pemilik pokok tersebut. Adakah Abu Dahdah sudah gila? 600 pokok untuk 1 pokok? Abu Dahdah meminta orang sekeliling menjadi saksi akad jual beli itu. Terjadilah perjanjian itu.

Dengan tersenyum Abu Dahdah melihat anak yatim tersebut, “Ambillah pokok itu”. Anak kecil itu begitu gembira. Abu Dahdah kembali ke kebunnya yang telah dijual itu. Abu Dahdah menunggu di luar sambil memanggil isterinya.

“Ummu Dahdah! Ummu Dahdah! Cepat keluar dari kebun ini! Aku sudah meminjamkan kebun ini kepada Allah!”

Cuba bayangkan kalau kita adalah Ummu Dahdah. Suami kita telah menjual segalanya. Kosong dan tiada apa lagi untuk kita. Apa perasaannya? Tapi Ummu Dahdah tahu bahawa suaminya melakukan jual beli yang terlalu agung dengan Allah SWT. Segala harta itu untuk sepohon pokok di syurga.

Lantas Ummu Dahdah berkata, “Engkau tidak rugi, suamiku, engkau beruntung, engkau sungguh beruntung!” Masya Allah betapa mulianya kata-kata yang keluar dari mulut Ummu Dahdah. Saat itu juga di tangan anak Abu Dahdah ada sebutir kurma. Abu Dahdah membuka tangan anaknya dan mencampakkan kembali kurma itu ke kebun. “Ayahmu sudah meminjamkan kebun ini kepada Allah.” Masya Allah. Ibnu Mas'ud menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, “Berapa banyak pohon sarat buah yang kulihat di surga atas nama Abu Dahdah.”

Ertinya, Allah memberi Abu Dahdah pohon-pohon yang berbuah lebat di surga sebagai ganti atas pemberiannya kepada-Nya di dunia. Bila Rasulullah SAW mengungkapkan kata-kata ini? Di saat dia melihat mayat Abu Dahdah yang syahid di dalam peperangan Uhud. Subhanallah. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW melihat dunia dari jendela akhirat. Berebut-rebut mengejar pahala. Tinggal dua hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Ayuh pecut selajunya untuk mengejar kebaikan di akhir waktu ini. Sesungguhnya pintu syurga di buka di bulan ini.

******************************************************************

Ini semasa bulan Ramadhan. Sekarang dah masuk syawal. Namun, bulan bukanlah penghalang untuk terus istiqamah buat benda baik kan?

Bulan2 inilah masanya kita diuji sama ada latihan masa bulan ramadhan tu effective atau tidak.

jom ramai-ramai kita pecuttttttttttttttttttt!
pecut laju-laju demi tarbiyah!

p/s: jzkk pd sahabat2 seangkatan, yang tidak pernah meninggalkan.^_^

No comments: