Sunday, January 25, 2009

fitrah cinta


FITRAH YANG MENJADI FITNAH
Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.
Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja.Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak.Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.
Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang aka menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?
Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya.Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.
Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat diatas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kpd cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya"
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tnpa kerlingan dan senyuman?
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
Wallahu'alam.
By : Mohd Yusuf Nasirudin


Saturday, January 17, 2009

kepala babi dalam rumah Allah


Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.

Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.

“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.

“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.

Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.

http://mahasiswakini.com

Thursday, January 15, 2009

singkatnya masa

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..

alhamdulillah, hari ini Allah masih memberi peluang pada kita untuk membuka mata dan menghirup udara setenang-tenangnya..dimulai dengan membaca doa bangun dari tidur, diikuti dengan membersihkan diri, kemudian solat sunat 2 rakaat sebelum subuh, ataupun melakukan qiamullail, masih diberi peluang untuk berdoa dan memohon keampunan dari Allah atas segala dosa-dosa yang kita lakukan malam tadi, semalam, kelmarin, minggu lepas dan sebelumnya..
alhamdulillah, hari ini kita mampu untuk bangun, bekerja dan belajar, dikurniakan fizikal yang sihat dan paling menguntungkan jika hati, emosi dan rohani juga di tahap yang paling optimum..
setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Rabb yang Maha Berkuasa..

mulakan segala tindakan dengan bismillah..barakah dan rahmat akan sentiasa bersama-sama mengiringi perjalanan tindak tanduk insan bergelar manusia..

sedar tak sedar, study break selama 21 hari telah bermula..imtihan block 4 telah pun berakhir semalam..rasa nya macam baru sahaja masuk 2nd year, tapi rupanya dah hampir ke final..segala yang dilalui sepanjang tahun 2 dirasakan sekejap cuma..entah saya ingat atau tidak apa yang saya lakukan sebelum2 ini melainkan sibuk dengan study, study dan study..sememangnya 2nd year ini memerlukan lebih penumpuan memandangkan silibus yang banyak, tidak boleh berlengah seperti di tahun pertama..

kadangkala,berbincang dengan housemates..'rasa macam baru sahaja sampai india,  tup tup nak dah hampir ke penghujung 2nd year..' tidak siapa menafikan bahawa dalam masa yang dirasakan singkat ini, banyak perkara pahit manis suka duka yang berlaku dalam kehidupan mencorak peribadi kami di sini..teringat satu hadis,

Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".                                                                                    [hr at-tirmidzi]


Ternyata masa berlalu begitu pantas..dirasakan masih banyak yang belum dilangsaikan, kadangkala tercari-cari di manakah masa yang telah hilang? Kita seakan-akan sentiasa sibuk, tetapi tidak faham dengan apa yang disibukkan..kadangkala, kita diburu masa yang cepat sangat berlalu, tidak punya ruang waktu yang cukup dan ia berlalu dengan zero! semua kerja masih tidak habis..singkatnya masa!

orang selalu kata, masa mencemburui kita..padahal kita yang ketinggalan kerana tidak sentiasa bersama masa.. masa yang ada, kita buang..kita tidak menggangap masa itu sahabat baik kita, malah kita jadikan dia musuh.. masakan masa hendak membantu kita? 

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Dan ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

berikutan dengan itu, gunakan masa yang ada sebaiknya..atur jadual mengikut prioriti dan yang penting hendaklah istiqamah dengan jadual yang telah dibuat..janganlah hangat-hangat tahi ayam sahaja..

~say no to berborak perkara tidak berfaedah aka bergosip ~ say no to menonton movie yang lebih banyak mengenepikan iman dan mengutamakan nafsu ~ say no to berfoya-foya di shopping complex ~ say no to main games [bukan riadah ya]~ say no to makan berlebihan [lead to badan yang letih dan tidur yang banyak] ~say no to berangan yang berlebih-lebihan yang mendatangkan kemudaratan                                                          

dan banyak lagi list SAY NO TO yang pada amatan saya..tepuk dada, tanya iman..masing-masing lebih faham    diri sendiri, kan? ^_^

ingat! masa tidak akan pernah menunggu kita. bersama tingkatkan amalan, membina sahsiah insan cemerlang, gemilang dan terbilang di sisi Allah SWT.

Jelaskan fikrah, Sucikan hati, Mantapkan iman, Fokuskan minda dan fikiran..


Tuesday, January 13, 2009

laman nurani

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..

dari hanya gerhana berpindah ke permata yang dicari, kemudian bertukar lagi ke when the brain starts f[x]ing..dan yang terbaru dan terkini laman nurani..
sepanjang berlangsungnya blog ini dari tahun lepas, sudah 4 kali bertukar tajuk..
mungkin sebelum ini saya masih tidak berpuas hati ataupun mencari-cari nama yang sesuai untuk blog ini..dan akhirnya setelah berfikir-fikir..kemudian, tiba-tiba kakcik[maisarah] memberi idea yang sama[tidak sangka ya kita punya daya magnet yang kuat ~_^] 
akhirnya saya tekad untuk menukar nama blog ini kepada laman nurani..

bukanlah untuk mempopularitikan nama sendiri..
mungkin kerana kebanyakan entry yang saya post dibawah file "lamannurani"
mungkin sebab nurani itu sendiri membawa maksud
~kamus bahasa arab iqra:inner self
~kamus umum bahasa indonesia: perasaan yang dalam, atau batin
~kamus dewan malaysia:hati yang mendapat cahaya dari Tuhan
~wikipedia: perkampungan brahmin di kerala, india

erm, yang keempat tu tidak berkaitan ya, terkejut juga bila mula-mula find out ada nama tempat nama nurani di kerala..^_^

namun, semua itu tidak penting..
semoga segala perkongsian dalam blog ini dapat mengisi sesuatu dalam hati nurani para pembaca..sesungguhnya blog ini tidaklah sehebat blog org lain yang pada fikiran saya jauh lebih hebat dan banyak memberi manfaat..
moga laman nurani ini dapat mengingatkan diri saya sendiri tentang kehidupan, perjuangan,
naik turun keimanan, peringkat bertambahnya kredibiliti insan-insan di sekeliling, pengalaman perjalanan hidup yang sentiasa punya putaran masa atas dan bawah,serta segala rencana yang telah diatur oleh Allah sebelum berakhirnya nyawa kembali kepada Pencipta..

It is reported that the Prophet (peace be upon him) said: "On the Day of Resurrection, you will be called by your names and by your fathers' names, so give yourselves good names." (Hadith Abu Dawud)
maka, panggillah sahabat-sahabat kita dengan nama yang elok-elok ya..


.:music:.

Bismillahirrahmanirrahim

by Kamal El Mekki
May 15, 2008

O Muslim, lawful things have good attributes
Where is the good in singing, dancing and listening to flutes?
Can we compare the words of singers and sounds of Musicians
To the Glorious Quran, its lessons, wisdoms and admonitions?

How many singer do you know and give admiration,
And how many do you know of the companions and the following generation?

How much do you spend on singers from your dollars?
Compared to how many you know of Islamic Scholars?

Do you see how much is memorized of Music songs?
While you ignore the book to which memorization belongs?

How much do you memorize of these incantations?
And swayed back and forth in intoxication?

Have you not seen those who follow the misguided?
And increase the loudness of the Music, when they should hide it?

And who writes their songs? Thinkers, or men of academia?
Or maybe scholars, like Ahmad, Malik or maybe ibn Taymiyah.

O you who listen to music…
Don’t you see that all the songs of the world and all the lyrics you’ve seen
Wouldn’t compare in reward to Alif Laam Meem.

Monday, January 12, 2009

hidup ini cuma...

Bismillahirrahmanirrrahim

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: 
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
 
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
 
Esok ~ Hari yang belum pasti.
 

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
 
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
 

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:  
Nafas Naik.
 
Nafas Turun.
 

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
 
adalah pemberian ALlah secara percuma dan
 
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
 

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
 
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
 
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
 

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : 
Hidup dalam keredhaan ALlah.
 
Hidup dalam kemurkaan ALlah.
 

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : 
Kekal di dalam neraka.
 
Kekal di dalam syurga.
 

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
 
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
 
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
 
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
 

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
 
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
 
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
 
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
 
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
 
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
 
tetapi tidak mempunyai boarding pass.
 

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
 
umpama mengeposkan sepucuk
surat tanpa melekatkan setem ... 
apabila ditanya bagaimana
surat itu akan sampai 
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
 
setemnya akan dihantar kemudian.
 

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : 
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
 

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
 
atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita ...
 
Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara
 
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
 
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
 
kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
 
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
 
kita redha dan ALlah meredhai.
 

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
 ... di dunia jua di akhirat kelak serta 
di dalam rahmat Allah s.w.t.

jazakumullah khairan kathira

air mata palestin





                                                          shoot me if u dare

                          

Sunday, January 11, 2009

manipal-palestin

Bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wrt..

entah apa yang harus dicatat pada hari ini..keadaan di sini masih seperti biasa, tenang, aman walaupun beberapa bulan yang lepas pernah dikejutkan dengan kejadian bom di mumbai dan khabar yang mengatakan serangan udara akan dilancarkan..sehinggakan pusat tumpuan pelajar di manipal ini,nak dikirakan bangunan terbesar dan tercantik di pekan kecil manipal ini pun mengadakan latihan kebakaran[mahe building and manipal library]..pada mulanya agak terpinga-pinga pabila kedengaran  loceng dibunyikan, kemudian, pelajar diasak keluar beramai-ramai dan nasiblah siapa yang terkena simbah dengan air pancut..basah kuyup jugaklah..

namun, alhamdulillah..nampaknya keadaan agak lega sekarang, buat masa ini kami merasakan masih selamat untuk tinggal di bumi kecil ini..
perjalanan kehidupan berlangsung seperti sedia kala,
kalau hendak dilistkan antara perkara yang boleh saya katakan, beruntungnya bermukim sekejap di bumi manipal ini, yang mungkin saya akan merindui sekembalinya pulang ke malaysia kelak..

tidak sempat masak tambah-tambah dlm fatrah imtihan, boleh order food dari pelbagai jenis dan pelbagai kedai yang menyajikan masakan yang enak dan pelbagai[walaupun kadangkala bosan juga--berbagai ragam adunan rempah ratus,  diolah oleh tuan kedai sehingga namanya pabila didengar menyerlahkan betapa exclusivenya food tu]

tapi alhamdulillah..kita tak perlu susah ke kedai, just order dan mereka akan hantar sampai depan pintu rumah..termasuklah barangan runcit, barangan dapur, barangan keperluan harian..just call and they will send secepat yang mungkin..[terutama bagi yang malas keluar rumah, aktiviti sebegini acapkali diaplikasikan]
bukan sekadar itu, mereka ini sangat percaya pada pelanggan..saya tak pasti sama ada ianya diaplikasi pada semua rakyat jelatanya juga, tetapi pada student malaysia khususnya, kami merasai sungguh dihargailah..kalau tidak  cukup duit nak bayar, pakcik kedai akan kata. it s ok, you can pay later..[ini menggalakkan untuk berhutang dan kami jarang aplikasikan yang ini]
walaupun satu rupee..percaya benar pakcik ni pada kami..

isu talian komunikasi..mostly pakai line airtel disini..
yang membahagiakan adalah message adalah free..tak dikenakan tolakan kredit, ini hanya untuk talian india ke india sahaja..luar negara dan calling still dikenakan tolakan kredit seperti biasa..dan untuk telefon ke luar negara esp malaysia sangatlah murah[menggunakan std calling card]--mungkin sebab itu saya call rumah hampir setiap hari^_^

kemudahan demi kemudahan diperoleh..walaupun terdapat juga kekurangan yang jika hendak dibandingkan dengan msia, jauh beza..namun, itulah yang menyebabkan diri ini untuk lebih 'sedar diri'

disebalik semua ini, jika saya masih tidak mensyukuri, maka saya lebih teruk dari org yang jahil, sedangkan saudara seislam di palestin tidak punya apa-apa, jika tika ini saya bersenang-lenang mencoretkan sesuatu di laptop..dibalik sinar lampu dan kipas yang berpusing dari tadi[memandangkan sekarang india hampir ke musim 'high summer'] , saudara di palestin entah apa yang mereka buat sekarang..berpanas..di medan tempur menghadap tentera israel yang tidak berhati perut! 

benarlah seperti yang disebut dalam Al-Quran,
"dan ingatlah ketika kamu berkata,:wahai Musa! Kami tak tahan hanya[makan] dgn satu mcm makanan sahaja, maka mohonkanlah pada TuhanMu untuk kami,agar Dia memberikan apa yg tumbuh di Bumi,seperti sayur mayur,mentimun, bwg putih, kacang adas, dan bwg merah."

Musa menjawab: "apakah kamu meminta sesuatu yg buruk sebagai ganti sesuatu yang baik? pergilah ke suatu kota, pasti kamu akan memperoleh apa yg kamu minta."

kemudian, mereka ditimpa kemiskinan dan kenistaan, dan mereka[kembali] mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu terjadi kerana mengingkari ayat2 Allah dan membunuh para nabi tanpa hak. yg demikian kerana mereka durhaka dan melampaui batas.

                                                                                                                                       [al-baqarah:61]

sungguh, mereka tidak pernah puas dan merasa cukup..ada sahaja alasan dan propaganda yang digunakan bagi menjatuhkan Islam..dari sehari ke sehari, bilangan penduduk palestin yang syahid semakin ramai..semalam sahaja telah melebihi 800 orang..dari hari ke hari, angka itu makin bertambah..yang cedera apatah lagi..hampir mencecah 3400 org..bagaimana agaknya keadaan di hospital yang penuh sarat dgn beribu rakyat palestin...saya terfikir bagaimana agaknya doktor2 yang merawat dengan facilities yang tidak mencukupi, termasuk ubat-ubatan dan lain2 lagi..

terharu dengan keprihatinan sahabat2 semua yang sama2 sensitif dengan isu ini..tak cukup dengan boikot dan derma, malah ada yang menjual jacket dan mafla untuk disumbangkan kepada rakyat palestin, di bumi mesir pula, aktif dengan pendermaan darah dan barang-barang pakaian yang boleh disumbangkan..alhamdulillah..

semoga kita terus sensitif dengan apa yg terjadi di bumi palestin..teruskanlah berdoa..
Islam pasti akan bangkit kembali..janji Allah itu pasti..

sekian,
jazakumullah khairan kathira


Thursday, January 8, 2009

sibuk

bismillahirrahmanirrahim

semalam saya sibuk, hari ni pun saya sibuk, esok saya sibuk juga..
nak dikatakan, sepanjang bulan ni saya sibuk..letih juga bila sibuk tiap2 hari..
teringin nak terlena lama sedikit, teringin nak cuti yang panjang, teringin nak merasai masa rehat yang panjang..

tapi, bila saya fikir balik, ada apa dengan masa lapang? akan bermanfaatkah masa lapang jika saya diberi banyak masa lapang..

entah-entah, masa lapang akan dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah macam menonton movie, berbual-bual perkara lagha, paling biasa pun mengadap laptop 24 jam..natijahnya tiada apa pun yang saya dapat..dan masa lapang itu akan berlalu, bagaikan angin yang bertandang sekejap cuma..saya akan melupai masa lapang itu, dan apa impaknya pada diri saya?

masa sibuk lah saya dapat bekerja, belajar, berdakwah, beribadat , berjumpa kawan-kawan dan macam-macam lagi..semuanya saya dapat lakukan jika saya sibuk. Dengan masa sibuk inilah saya lupa pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya saya fikirkan..masa terisi sepenuhnya menyebabkan saya rasa perjalanan hidup ini singkat cuma..tup tup saya dah nak habis tahun 2..
namun, masih banyak yang saya tinggalkan terkapai di belakang..dan urusan yang kehadapan, moga Allah mudahkan segalanya..

manusia..
kalau nak ikutkan..akan jadi sangat berguna dan proaktif, mantap , cemerlang, gemilang dan terbilang jika masa digunakan dengan sebaiknya..
nikmat tubuh badan yang sihat dan waktu lapang yang ada digunakan semaksimum mungkin ila mardhatillah..tapi manusia sering lupa..sering tertipu... dengan nikmat ini..waktu sihat, suka melakukan perkara yang tidak penting, pabila dah sakit baru menyesal..
manusia bila waktu lapang, suka main-main, malas belajar, pabila masa dah suntuk dan sempit, baru nak terduduk, meratapi masa yang dah hilang, baru nak belajar sungguh-sungguh, baru nak buat amal ibadat banyak-banyak..

sedangkan nikmat yang kita dapat hari ini...itulah kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk kita membuat kebaikan..pada diri sendiri, kawan-kawan, keluarga dan masyarkat..

habis tu, manusia ni kan pelupa..

sebab itu kita harus sentiasa diingatkan..kalau ingatkan hari ni, esok lupa..
kita ingatkan lagi, lusa lupa, ingatkan lagi..tulat lupa..ingatkan lagi..sampai bila-bila..
malah ingat mengingatkan ni bagi faedah dan pahala buat org yang mengingat dan di ingatkan..sama-sama perbaiki diri ke arah kebaikan..
tambahan pula,syaitan tu ada di mana-dimana...because they know jika nikmat sihat dan masa lapang manusia gunakan sepenuhnya, maka mereka kene berhenti kerjalah jawabnya..
kebulur lah anak-anak buah mereka tiada kerja..mereka tekad nak kacau jiwa manusia, supaya manusia ni rasa tertipu bahawa masa tu kita dah gunakan sebaiknya..kita rasa tiada masalah kalau buat itu dan buat ini..sedangkan, pabila cek balik, kemana perginya masa yang berlalu sehari-hari?

barangkali, sudah berjuta kali kita diingatkan dengan ayat ini:

' demi masa ! sesungguhnya manusia dalam kerugian.kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dgn kebenaran dan berpesan-pesan dgn kesabaran'
[al-'asr]

mungkin ada yang sudah jemu..namun cubalah sekali selami intipatinya..titipkan dalam hati dalam-dalam agar ianya bertaut erat-erat..bila nak melakukan sesuatu, berfikir sebelum bertindak, jika perkara yang hendak dilakukan tidak mendatangkan manfaat, maka jauhilah..
kalau dulu, mungkin kita suka menonton rancangan yang lagha, sekarang beralihlah..tonton rncgn yang membina semangat jihad, yang memberi impak pada hati sebagai seorang muslim khalifah di muka bumi..kalau dulu kita suka melepak, sekarang kurangkanlah..
buanglah sifat kemalas-malasan..jangan samakan kita dengan orang lain, biarkan mereka gembira dengan hidup dilimpahi nikmat duniawi, jika mereka tidak mahu turut serta dalam perjuangan kita ini..doakanlah hidayah buat mereka yang mungkin belum nampak apa yang kita dah rasa..
ummah harus dibela..

" setelah selesai perhitungan amal, syaitan berkata," sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu tetapi aku memungkiri janjiku itu padamu. Aku tidak punya sebarang kuasa mempengaruhi kamu melainkan aku telah mengajak kamu lalu kamu mematuhi ajakanku itu.Maka, janganlah kamu mencerca aku, malah cercalah diri sendiri.Aku tidak dpt menolong kamu dan kamu juga tidak dapat menolong aku. Sesungguhnya sejak dahulu lagi aku sememangnya tidak membenarkan perbuatan kamu mempersekutukan aku dengan Allah." sesungguhnya org yg zalim[meletakkan sesuatu bukn pd tempatnya] beroleh azab yang pedih."
[surah ibrahim:22]

pilihlah..manusia diberi hak untuk memilih..jalan yang lurus atau yang bengkok..sama juga macam poem 'the road not taken'..jalan yang selalu dilalui orang tidak semestinya jalan yang betul, jalan yang semak dan kurang dilalui, tidak semestinya jalan yang salah..

sungguh, saya berharap agar saya sentiasa sibuk..
peringatan buat diri yang alpa,

Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.” (Hadith Tarmidzi)-Hadis 12 dari Hadis 40

jazakumullah khairan kathira


Saturday, January 3, 2009

tips hidup sihat dari Rasulullah

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..

Al-Quran  ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik

Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.

 Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).

Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.


baby pun pandai sujud


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

&


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tidak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit macam penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.  Ini pun adalah tips hidup sehat Rasullulah SAW . Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau kita ikuti tips Rasullullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. Malahan kita akan dapat pahala kerana menjalankan Sunnah Rasulullah SAW 

* Jangan makan SUSU bersama DAGING *

 Jangan makan DAGING bersama IKAN *

 Jangan makan IKAN bersama SUSU * 

Jangan makan AYAM bersama SUSU *

 Jangan makan IKAN bersama TELUR * 

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD * 

Jangan makan SUSU bersama CUKA *

 Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL *

*CARA MAKAN *-

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

 *JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (mengandungi banyak enzyme yang membantu dalam pencernaan makanan)

those things kita dah biasa dengar, namun kita sering terlupa..

just a reminder for all..moga dapat dipraktikkan dan diamalkan..semoga terus istiqamah..=]

jazakumullah khairan kathira