semalam saya sibuk, hari ni pun saya sibuk, esok saya sibuk juga..
nak dikatakan, sepanjang bulan ni saya sibuk..letih juga bila sibuk tiap2 hari..
teringin nak terlena lama sedikit, teringin nak cuti yang panjang, teringin nak merasai masa rehat yang panjang..
tapi, bila saya fikir balik, ada apa dengan masa lapang? akan bermanfaatkah masa lapang jika saya diberi banyak masa lapang..
entah-entah, masa lapang akan dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah macam menonton movie, berbual-bual perkara lagha, paling biasa pun mengadap laptop 24 jam..natijahnya tiada apa pun yang saya dapat..dan masa lapang itu akan berlalu, bagaikan angin yang bertandang sekejap cuma..saya akan melupai masa lapang itu, dan apa impaknya pada diri saya?
masa sibuk lah saya dapat bekerja, belajar, berdakwah, beribadat , berjumpa kawan-kawan dan macam-macam lagi..semuanya saya dapat lakukan jika saya sibuk. Dengan masa sibuk inilah saya lupa pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya saya fikirkan..masa terisi sepenuhnya menyebabkan saya rasa perjalanan hidup ini singkat cuma..tup tup saya dah nak habis tahun 2..
namun, masih banyak yang saya tinggalkan terkapai di belakang..dan urusan yang kehadapan, moga Allah mudahkan segalanya..
manusia..
kalau nak ikutkan..akan jadi sangat berguna dan proaktif, mantap , cemerlang, gemilang dan terbilang jika masa digunakan dengan sebaiknya..
nikmat tubuh badan yang sihat dan waktu lapang yang ada digunakan semaksimum mungkin ila mardhatillah..tapi manusia sering lupa..sering tertipu... dengan nikmat ini..waktu sihat, suka melakukan perkara yang tidak penting, pabila dah sakit baru menyesal..
manusia bila waktu lapang, suka main-main, malas belajar, pabila masa dah suntuk dan sempit, baru nak terduduk, meratapi masa yang dah hilang, baru nak belajar sungguh-sungguh, baru nak buat amal ibadat banyak-banyak..
sedangkan nikmat yang kita dapat hari ini...itulah kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk kita membuat kebaikan..pada diri sendiri, kawan-kawan, keluarga dan masyarkat..
habis tu, manusia ni kan pelupa..
sebab itu kita harus sentiasa diingatkan..kalau ingatkan hari ni, esok lupa..
kita ingatkan lagi, lusa lupa, ingatkan lagi..tulat lupa..ingatkan lagi..sampai bila-bila..
malah ingat mengingatkan ni bagi faedah dan pahala buat org yang mengingat dan di ingatkan..sama-sama perbaiki diri ke arah kebaikan..
tambahan pula,syaitan tu ada di mana-dimana...because they know jika nikmat sihat dan masa lapang manusia gunakan sepenuhnya, maka mereka kene berhenti kerjalah jawabnya..
kebulur lah anak-anak buah mereka tiada kerja..mereka tekad nak kacau jiwa manusia, supaya manusia ni rasa tertipu bahawa masa tu kita dah gunakan sebaiknya..kita rasa tiada masalah kalau buat itu dan buat ini..sedangkan, pabila cek balik, kemana perginya masa yang berlalu sehari-hari?
barangkali, sudah berjuta kali kita diingatkan dengan ayat ini:
' demi masa ! sesungguhnya manusia dalam kerugian.kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dgn kebenaran dan berpesan-pesan dgn kesabaran'
[al-'asr]
mungkin ada yang sudah jemu..namun cubalah sekali selami intipatinya..titipkan dalam hati dalam-dalam agar ianya bertaut erat-erat..bila nak melakukan sesuatu, berfikir sebelum bertindak, jika perkara yang hendak dilakukan tidak mendatangkan manfaat, maka jauhilah..
kalau dulu, mungkin kita suka menonton rancangan yang lagha, sekarang beralihlah..tonton rncgn yang membina semangat jihad, yang memberi impak pada hati sebagai seorang muslim khalifah di muka bumi..kalau dulu kita suka melepak, sekarang kurangkanlah..
buanglah sifat kemalas-malasan..jangan samakan kita dengan orang lain, biarkan mereka gembira dengan hidup dilimpahi nikmat duniawi, jika mereka tidak mahu turut serta dalam perjuangan kita ini..doakanlah hidayah buat mereka yang mungkin belum nampak apa yang kita dah rasa..
ummah harus dibela..
" setelah selesai perhitungan amal, syaitan berkata," sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu tetapi aku memungkiri janjiku itu padamu. Aku tidak punya sebarang kuasa mempengaruhi kamu melainkan aku telah mengajak kamu lalu kamu mematuhi ajakanku itu.Maka, janganlah kamu mencerca aku, malah cercalah diri sendiri.Aku tidak dpt menolong kamu dan kamu juga tidak dapat menolong aku. Sesungguhnya sejak dahulu lagi aku sememangnya tidak membenarkan perbuatan kamu mempersekutukan aku dengan Allah." sesungguhnya org yg zalim[meletakkan sesuatu bukn pd tempatnya] beroleh azab yang pedih."
[surah ibrahim:22]
pilihlah..manusia diberi hak untuk memilih..jalan yang lurus atau yang bengkok..sama juga macam poem 'the road not taken'..jalan yang selalu dilalui orang tidak semestinya jalan yang betul, jalan yang semak dan kurang dilalui, tidak semestinya jalan yang salah..
sungguh, saya berharap agar saya sentiasa sibuk..
peringatan buat diri yang alpa,
peringatan buat diri yang alpa,
jazakumullah khairan kathira
1 comment:
good!
Post a Comment