assalamualaikum wrt..
entah apa yang harus dicatat pada hari ini..keadaan di sini masih seperti biasa, tenang, aman walaupun beberapa bulan yang lepas pernah dikejutkan dengan kejadian bom di mumbai dan khabar yang mengatakan serangan udara akan dilancarkan..sehinggakan pusat tumpuan pelajar di manipal ini,nak dikirakan bangunan terbesar dan tercantik di pekan kecil manipal ini pun mengadakan latihan kebakaran[mahe building and manipal library]..pada mulanya agak terpinga-pinga pabila kedengaran loceng dibunyikan, kemudian, pelajar diasak keluar beramai-ramai dan nasiblah siapa yang terkena simbah dengan air pancut..basah kuyup jugaklah..
namun, alhamdulillah..nampaknya keadaan agak lega sekarang, buat masa ini kami merasakan masih selamat untuk tinggal di bumi kecil ini..
perjalanan kehidupan berlangsung seperti sedia kala,
kalau hendak dilistkan antara perkara yang boleh saya katakan, beruntungnya bermukim sekejap di bumi manipal ini, yang mungkin saya akan merindui sekembalinya pulang ke malaysia kelak..
tidak sempat masak tambah-tambah dlm fatrah imtihan, boleh order food dari pelbagai jenis dan pelbagai kedai yang menyajikan masakan yang enak dan pelbagai[walaupun kadangkala bosan juga--berbagai ragam adunan rempah ratus, diolah oleh tuan kedai sehingga namanya pabila didengar menyerlahkan betapa exclusivenya food tu]
tapi alhamdulillah..kita tak perlu susah ke kedai, just order dan mereka akan hantar sampai depan pintu rumah..termasuklah barangan runcit, barangan dapur, barangan keperluan harian..just call and they will send secepat yang mungkin..[terutama bagi yang malas keluar rumah, aktiviti sebegini acapkali diaplikasikan]
bukan sekadar itu, mereka ini sangat percaya pada pelanggan..saya tak pasti sama ada ianya diaplikasi pada semua rakyat jelatanya juga, tetapi pada student malaysia khususnya, kami merasai sungguh dihargailah..kalau tidak cukup duit nak bayar, pakcik kedai akan kata. it s ok, you can pay later..[ini menggalakkan untuk berhutang dan kami jarang aplikasikan yang ini]
walaupun satu rupee..percaya benar pakcik ni pada kami..
isu talian komunikasi..mostly pakai line airtel disini..
yang membahagiakan adalah message adalah free..tak dikenakan tolakan kredit, ini hanya untuk talian india ke india sahaja..luar negara dan calling still dikenakan tolakan kredit seperti biasa..dan untuk telefon ke luar negara esp malaysia sangatlah murah[menggunakan std calling card]--mungkin sebab itu saya call rumah hampir setiap hari^_^
kemudahan demi kemudahan diperoleh..walaupun terdapat juga kekurangan yang jika hendak dibandingkan dengan msia, jauh beza..namun, itulah yang menyebabkan diri ini untuk lebih 'sedar diri'
disebalik semua ini, jika saya masih tidak mensyukuri, maka saya lebih teruk dari org yang jahil, sedangkan saudara seislam di palestin tidak punya apa-apa, jika tika ini saya bersenang-lenang mencoretkan sesuatu di laptop..dibalik sinar lampu dan kipas yang berpusing dari tadi[memandangkan sekarang india hampir ke musim 'high summer'] , saudara di palestin entah apa yang mereka buat sekarang..berpanas..di medan tempur menghadap tentera israel yang tidak berhati perut!
benarlah seperti yang disebut dalam Al-Quran,
"dan ingatlah ketika kamu berkata,:wahai Musa! Kami tak tahan hanya[makan] dgn satu mcm makanan sahaja, maka mohonkanlah pada TuhanMu untuk kami,agar Dia memberikan apa yg tumbuh di Bumi,seperti sayur mayur,mentimun, bwg putih, kacang adas, dan bwg merah."
Musa menjawab: "apakah kamu meminta sesuatu yg buruk sebagai ganti sesuatu yang baik? pergilah ke suatu kota, pasti kamu akan memperoleh apa yg kamu minta."
kemudian, mereka ditimpa kemiskinan dan kenistaan, dan mereka[kembali] mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu terjadi kerana mengingkari ayat2 Allah dan membunuh para nabi tanpa hak. yg demikian kerana mereka durhaka dan melampaui batas.
[al-baqarah:61]
sungguh, mereka tidak pernah puas dan merasa cukup..ada sahaja alasan dan propaganda yang digunakan bagi menjatuhkan Islam..dari sehari ke sehari, bilangan penduduk palestin yang syahid semakin ramai..semalam sahaja telah melebihi 800 orang..dari hari ke hari, angka itu makin bertambah..yang cedera apatah lagi..hampir mencecah 3400 org..bagaimana agaknya keadaan di hospital yang penuh sarat dgn beribu rakyat palestin...saya terfikir bagaimana agaknya doktor2 yang merawat dengan facilities yang tidak mencukupi, termasuk ubat-ubatan dan lain2 lagi..
terharu dengan keprihatinan sahabat2 semua yang sama2 sensitif dengan isu ini..tak cukup dengan boikot dan derma, malah ada yang menjual jacket dan mafla untuk disumbangkan kepada rakyat palestin, di bumi mesir pula, aktif dengan pendermaan darah dan barang-barang pakaian yang boleh disumbangkan..alhamdulillah..
semoga kita terus sensitif dengan apa yg terjadi di bumi palestin..teruskanlah berdoa..
Islam pasti akan bangkit kembali..janji Allah itu pasti..
sekian,
jazakumullah khairan kathira
No comments:
Post a Comment