Monday, April 27, 2009

selamat berjuang, sahabat




malam siang berlalu
gerhana kesayuan
tiada berkesudahan

detik masa berlalu
tiada berhenti
oh syahdunya

sejenak ku terkenang
hakikat perjuangan
penuh onak dan cabaran
bersama teman2 harungi kehidupan
oh indahnya

berat rasanya didalam jiwa
untuk melangkah meninggalkan semua
kasih dan cinta yang terbina
ia kan selamanya

selamat berjuang sahabatku
semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu

berjuanglah hingga keakhirnya
dan ingatlah semua ikrar kita

hati ini sayu mengenangkan
sengsara didalam perjuangan
jiwa ku merana dan meronta
mengharapkan kedamaian dan juga ketenangan

tetapi ku akur pada hakikat
suka dan duka dalam perjuangan
perlu ketabahan dan kekuatan
keteguhan hati berlandaskan iman


saya tujukan lagu ini khas buat sahabat-sahabat seperjuangan. Rasa rindu yang amat pada kalian. 
Yang jauh di mata, bila lagi dapat bersua ya. Teringat segala kenangan bersama ketika berjumpa suatu masa dulu. Terpahat indah sentiasa di sini. Akan ku semat sebaiknya segala nasihat dan bimbingan dari mu sahabat. Aku sedar kau jua punya tanggungjawab berat yang harus kau laksanakan. Namun, kau tidak pernah mengabaikan aku. Dikala susahku, senangku.Kau sentiasa ada bersama. Walaupun di hati cuma, bersama untaian doa. Sungguh besar kuasa Allah Yang Maha Pengasih mempertemukan kita di alam mimpi indah dikala kerinduan mencengkam jiwa. Dikala hati meruntun minta perhatian darimu, dan kau tahu aku amat memerlukanmu, kau mengajakku bangun malam bersama. Kerna kau yakin Dia menyaksikan segalanya. Dan hatiku terubat jua.Terima kasih atas segala doa yang tidak putus-putus untukku.  Maha Kasih Allah pada hambaNya.

sekalipun wajahku tidak dapat menatap wajahmu lagi, namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirna,aku tidak akan berhenti memujimu dari kejauhan bersama untaian doa,jiwaku akan selalu merindukanmu, bersua bersama penuh ketulusan dan cinta, jiwaku adalah jiwamu, jiwamu adalah jiwaku. Hasratmu adalah hasratku, hasratku adalah hasratmu.

Aku yakin pada caturan Allah. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi.
Sungguh! aku amat merinduimu...

buat yang berada disekelilingku..dekat di mata, mungkin hanya sejengkal, sehasta, sedepa, paling tidak pun beberapa langkah menapak sahaja. Tapi, susah sekali untuk bertemu. Masing-masing punya komitmen sendiri. Namun,aku merasakan kalian sentiasa di sisi, membantuku disini sepenuh hati, dan aku amat amat menghargai. Tanpa kalian, tidak mungkin aku dapat teguh berdiri seperti hari ini. Cuma kadangkala kesibukan mencemburui persahabatan kita. Seakan mahu meragut tali yang telah tersimpul sekian lama. Tetapi, tidak semudah itukan, sahabatku? Kerana kau akan sentiasa menghantar deruan angin menyampaikan salam rindu. Dan tika itu, aku tidak mampu menahan air mata. Maafkan aku jua sahabat, sekiranya diri ini tidak menunaikan hakmu yang sepatutnya. Usah diragui, kau akan sentiasa mempunyai aku disisimu. Janji kita satu, mengharap redha dari Pemberi Cinta. Bersama menyemai benih benih yang cintakan tarbiyah yang bakal subur disini.

nikmat paling manis, apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian,namun, tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati. Ya Allah, peliharalah sahabat-sahabat yang amat aku sayangi dan peliharalah ukhuwah kami.

sahabat tersayang, aku mencintai kalian kerana Allah. Tanpa Dia, semua ini tidak pernah akan terjadi. Jika aku terlupa, ingatkanlah aku. Jika aku terleka,pimpinlah aku. Semoga ukhuwah ini terasa manisnya sampai bila-bila.Bersama memperjuang agama Allah hingga akhirnya.Berdoalah agar rahmatNya membawa kita kesyurga sana.

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,kecuali mereka yang bertaqwa" 
[az-zukhruf:67]

Sunday, April 26, 2009

peka

Bismillahirrahmanirrahim

hati ingin melangkah jauh,
punya keinginan dan harapan yang tinggi,
namun tiada siapa yang datang memberi bimbingan,
takut semangat pudar sebelum tiba kedatangan,
sedangkan risalah Allah harus disebarkan..

terkadang jiwa keliru,
mana satu arah yang ingin dituju,
ya! aku ingin bergerak kencang,
mencipta taufan,
tapi,aku sendiri buntu jalan yang harus kutuju..

dimana harus aku cari pedoman,
dikala yang lain sibuk berjuang,
di medan peperangan,
jihad atau kekalahan,
ya Allah, bimbinglah aku!

Bersyukur atas nikmat iman dan islam yang telah kita kecap sekian lama.Alhamdulillah, kita telah dipilih oleh Allah untuk berada dijalanNya.Kita sama-sama berganding bahu menjunjung risalah Allah SWT. Bahagia bersama sahabat yang sefikrah yang pastinya. Kita gembira, ya, alangkah  bersyukurnya kita.

Namun, jangan kita lupa, di sebelah kita, di kiri dan kanan, hadapan atau belakang, masih ramai lagi yang perlukan tumpuan.Acapkali kita lupa pada mereka-mereka yang menagih perhatian, yang sering kita abaikan. Kita fikir kita sudah cukup bekerja dan berusaha dalam berdakwah, sampaikan suatu masa rupanya orang terdekat dengan kita merajuk merasa ditinggalkan. Sedangkan dalam hatinya sangat menginginkan pengisian rohani dan penghayatan.

Seperti kita yang sentiasa dahagakan pengisian rohani, begitu juga mereka. Cuma mereka tidak berpeluang. Mereka mahukannya, tapi buntu dalam mencarinya. Maka, inilah peranan kita untuk mengajak mereka merasai sama perasaan kenikmatan dan kecintaan dalam Islam ini. Beruntunglah kita kerana Allah telah memilih kita untuk terlebih dahulu mengenal erti dakwah dan tarbiyah, dan disitulah bermulanya tugas kita untuk mengajak sahabat-sahabat kita. Kadang mereka malu untuk meminta-minta, dan kita sebagai daie harus peka dan jangan sekali-kali memilih dalam usaha mentarbiyah manusia.

Sebagaimana contoh terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, berdakwah di mana sahaja, kepada sesiapa sahaja, walau dalam apa keadaan sekalipun. Dimanakah sensitiviti kita sebagai daie yang cintakan agama? Prospektif haruslah meluas..selain mad'u-mad'u yang dilihat berpotensi, jangan dilupakan proses pentarbiyahan juga pada keluarga, saudara mara,dan jiran tetangga.Peluang yang dibuka oleh Allah terbentang di depan mata dan gunakanlah ia sebaiknya. .
''you are the best ummah'' [al-imran:11]

"Patuhilah seruan Tuhanmu sebelum datang dari Allah suatu hari yang tidak dapat ditolak, Pada hari itu, kamu tidak memperoleh tempat berlindung dan tidak pula dapat mengingkari(dosa-dosamu)  [asy-syura:47]

bangkitlah wahai daie,demi masa depan Islam  tercinta!


 

Thursday, April 23, 2009

hanya kerana

Dalam kita bermujahadah untuk melaksanakan dakwah, banyak perkara yang diambil remeh atau terlepas pandang yang mungkin akan mempengaruhi dakwah gred apa yang akan kita wariskan kepada generasi seterusnya. Penulis buku Al Awaiq, Muhammad Ar Rasyid berkata, “Setiap orang akan bertindak dan memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan. Ada yang memiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya.”
Hayati mengemas pakaiannya ke dalam “back-pack”nya, sementara menunggu laptopnya “turn-off”. Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam “back-pack”nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.
“Awak tak tido umah malam ni ke?” tanya Zuraida. Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.


“Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study,” Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas.

“Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah.” Zuraida mencebik.

“Awak tido rumah sape pulak malam ni?”

“Rumah, err.. rumah.. Huda.”

Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi “Down Under” ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya. “Awak nak ikut, Zuraida?” Hayati cuba menghangatkan suasana. Muka Zuraida terus berubah ceria, “Boleh juga!”
Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat “supportive”, dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut “duty roster” rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

“Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!” kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya. Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas. Zuraida melihat jadual bas, “Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m” Hayati mengangguk, “Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang” Zuraida sengih lagi.

“Awak tau tak…” Zuraida memulakan bicara. “Tak tau, hehe” Hayati berlawak. “Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu..” Zuraida terus merajuk. “Alah, awak ni.. Saya gurau je..” Hayati cuba memujuk.
Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.

“Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya…..” belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.

“Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?” Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah “pull-over” kereta kecilnya yang berwarna merah. “Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni” “Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?” tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

“Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne.” Kata Sufiah.
Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, “Yati, ni lagu untuk awak.” Hayati senyum, “Terima Kasih”. Sufiah pula mencelah, “Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?”. Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

“Ku biarkan pena menulis Meluahkan hasrat di hati Moga terubat segala Keresahan di jiwa Tak pernah ku ingini”

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.
Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.
Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, “Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau”
Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya. Benarlah seperti nasihat Kak Elin, “sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita.”
Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.
Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata. Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.
“Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ,” getus Zuraidah dalam hati. Hayati melihat “rear-view mirror”, ternampak muka Zuraida yang serius. Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar “handphone”nya. Hayati menaip sms, “Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe.” Sufiah membuat “announcement”, “Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya.”

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, “Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands.” Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat. “Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak “outing” berdua,” Hayati mengajak Zuraida. Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, “Jom dok kat tepi jeti tu..”

Hayati mula bicara, “Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan….” Zuraida tersenyum sahaja. Hayati bicara lagi, “Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih….”

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

“Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak,” kata Zuraida, matanya berkaca-kaca. Hayati mengangguk, “Cakaplah..” “Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya.” Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.
Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.

Maksud sepotong ayat Al Quran, ” Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. ” Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.
“Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ,” Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya. Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

“Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan,” Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, “Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah..” Hayati menyambung, “Betul? Kosong-kosong!” Zuraidah pula berkatai, “Kosong-kosong!”

“Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!” Hayati mula meng”list-out” perjanjian di antara mereka.
“Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita “fastabiqul khairat”, mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe..” Zuraida menyambung.

“Lillahi ta’ala!” Zuraida dan Hayati menyebut kalimah “kerana Allah ta’ala” serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

“Jom makan aiskrim ni dah cair!!” Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati. “Hehe..” Hayati tergelak kecil. “Er… kita nak tido mana ye malam ni?” Zuraida bertanya. “Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah” jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang “sporting” dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.


sumber:dakwah.info

p/s:untuk sahabat tersayang,

Manisnya sebuah perhubungan akan terpancar dari manisnya iman.Bukan kerana aliran darah tapi di pateri oleh Allah.Mampu memaafkan atas ketelanjuran dan bersabar dengan karenah insan.Menegur dengan penuh kasihan kerana tidak mahu terpisah di hari pembalasan.Berdoalah pada Allah agar mengikat tali ini seeratnya.Moga ukhuwah yang terjalin kekal sampai syurga, insyaAllah~


social phobia

Bismillahirrahmanirrahim

social phobia

en.wiki kata social anxiety ni seperti emotional discomfort, fear, apprehension or worry, regarding social situations, interaction with other and being evaluated  or scruntinized by other people.
kalau bahasa orang kampung, maksud dia lebih kurang macam takut dengan persepsi orang lain ke atas diri sendiri dan merasakan orang pandang rendah dan berfikiran negatif  pada kita.

minggu lepas, posting psychology class. kami menemui seorang patient ni.Dia mengalami social phobia. serba sikit mengenai sejarah dia ni,

dulu, dia pernah beri ucapan di  khalayak ramai. Tapi entah macam mana, dia tersilap baca teks. Dan dia tersangat lah malu, malu yang teramat yang menyebabkan dia mula menjauhkan diri dari orang lain. Dia sedar bahawa lama kelamaan dia semakin menjauhkan diri dari orang sekeliling.Dia merasakan orang sekeliling mentertawakannya di atas kesilapan kecilnya salah baca teks tu. Mula-mula, jauhkan diri dari kawan-kawan dia sahaja. Keadaan menjadi semakin parah pabila dia mula menjauhkan diri dari ahli keluarganya pula. Dia lebih suka untuk bersendirian. Apa yang dia fikirkan ialah orang lain sentiasa memandang rendah ke atas dirinya. Akhirnya, dia berhenti dari belajar di kolej dan lari dari rumah. Dan dia bekerja sebagai pemandu lori. Dan kini dia sedang menjalani rawatan di hospital di bawah penyeliaan doktor.

Rupanya ada orang seperti ini kan? bila difikirkan balik, sebenarnya setiap orang ada perasaan macam tu.Maksud saya kadang-kadang kita akan terfikir juga apa pandangan orang lain pada kita.Pernah saya bertanya pada seorang sahabat, apakah perkara yang paling menakutkan dalam hidupnya. Dan dia menjawab, dia sangat takut pada evaluation orang lain terhadap dirinya. Ya, perasaan itu wujud tapi kita masih mampu mengawalnya. Masih dalam parameter yang tidak berbahaya. Jika tidak dikawal, maka keadaan kita pun akan sama seperti orang di atas tu.Ikut logik, kalau setakat tersilap baca teks di khalayak ramai, memang malu, tapi tidak lah sampai terbawa-bawa dalam jangka masa yang lama. Lama-kelamaan orang lain pun akan lupa, betul tak? Ia sepatutnya tidaklah menjadi isu yang besar. Normal lah kadangkala kita buat silap..

Cuba kita letakkan situasi kita ditempat dia. Saya akui, ya, kita akan merasa amat malu.Tambah-tambah jika kita adalah orang yang dihormati dan disanjung tinggi oleh orang sekeliling. Namun, jika hati ini kuat, kita akan mengambil ia dari sudut yang positif. Di lain kali, mungkin kita akan lebih berhati-hati dalam memberikan ucapan. Di sinilah pentingnya kita untuk berusaha mengawal emosi dan perasaan. Islam telah menggariskan panduan sebagai pedoman hidup..Manusia punya akal. Tetapi manusia tidak mampu untuk mencari pengisian roh dan jiwanya semata-mata dengan akal. Manusia perlukan bimbingan dan wahyu untuk mengisi kekosongan rohaninya. dan menghajati hidayah bagi santapan rohaninya. Pabila rohani dan jiwa sudah kuat, dia akan berupaya untuk mengawal emosi dan perasaan dengan baik. Apa yang harus ditekankan adalah berfikiran positif. Setiap yang berlaku punya hikmah yang kita sendiri tidak menyangka betapa ia memberi impak yang sangat mendalam dalam hidup kita.



senyum selalu! tapi berpada-padalah ye..takut di anggap mental disorder pula nanti^_~

Samalah juga dalam kehidupan seharian. Apa yang kita lakukan bukanlah mengharapkan pandangan dari orang lain. Bila timbul rasa riak atau rasa ingin menunjuk-nunjuk bahawa kita ini bagus, cepat-cepatlah beristigfar. Semaikan dalam hati bahawa Allah Maha Tahu apa yang kita rasa, apa yang kita fikir, luar dan dalam sedar, malah segala-galanya! Tiada kepentingan untuk kita merasa bangga atas kelebihan yang kita miliki sedangkan itu semua hak mutlak Allah Taala. Sedangkan kita ini manusia, semua sama. Yang membezakan adalah amalan soleh dan taqwa kepadaNya. Persediaan menuju ke akhirat adalah yang lebih utama. 

"wahai anakku!sungguh, jika ada suatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di Bumi.nescaya Allah akan memberinya balasan.Sungguh, Allah Maha Halus dan Maha Teliti" [Luqman:16]

Allah akan mengangkat darjat orang beriman di antaramu dan org berilmu beberapa darjat” [al-Mujadilah:11]

p/s: apa kata jadi social seeker..Ajak kawan-kawan merasai nikmatnya hidup dalam dakwah dan tarbiyah.^_^

antara bidadari dan penghuni syurga

Tuesday, April 21, 2009

langkah tercipta

Bismillahirrahmanirrahim

saya meneruskan langkah hari ini menitip sisa-sisa hidup yang entah bila akan berakhir.
apa yang sudah lakukan hari ini. Pagi, ke kelas menghadiri kuliah, seminar, petang pula visit ke manipal life centre,malam melawat sahabat tersayang,shida di hospital.tidak sempat untuk call mak ayah seperti hari2 sebelum ini, mesej tazkirah untuk adik-adik hari ini juga saya hampir terlupa,melihat nota yang tidak lengkap, saya mula mengerut dahi,namun,dakwah untuk hari ini? sibuk sangatkah saya? maafkan akak adik-adik atas hak yang tidak sempat akak tunaikan hari ini..mesej2 yang tidak dibalas bukan sengaja, namun, kadangkala merasakan jari jemari ini begitu lemah untuk menuturkan kalam bicara.insyaAllah, moga esok masih ada untuk saya tebus semua yang tidak dapat ditunaikan hari ini.

saya hitung kembali,24 jam yang Allah berikan ini..sudah cukup tersusunkah masa yang diagihkan..patutkah saya mengatakan tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada,ataupun sebenarnya saya hanya mencipta alasan..

namun, kata-kata ini menguatkan kembali..

sibuk untuk agama! sibukkan dirimu untuk agama, jika tidak kau akan tetap sibuk tapi bukan untuk agama..

gunakan waktumu untuk agama,jika tidak waktumu akan tetap habis tapi bukan untuk agama

gunakan hartamu untuk agama, jika tidak hartamu akan tetap habis  tapi bukan untuk agama

matilah kamu untuk agama,jika tidak kaupun akan tetap mati tapi bukan untuk agama

[maulana innamul hassan]

10 muwasafat tarbiyah yang saya tampal di hadapan meja study, yang saya tatap hari-hari, adakah ia betul2 saya aplikasi. Proses muhasabah diri harus diulang berkali-kali.Sudah cukup sejahterakah akidahku.Sudah cukup sahihkah ibadahku. Akhlakku, bagaimana pula. Sudah cukup luaskah pengetahuanku dalam mendalami ilmu-ilmu Allah. Sihatkah tubuh badanku supaya aku dapat bertahan dalam melakukan kerja dakwah. Mampu untuk berdikari? Nafsuku, enta bagaimana hari ini? masaku, cukup effectivekah..mengikut priority? kalau effective, maka akan tersusunlah urusanku. Dan hari ini, adakah mendatangkan manfaat pada orang lain?

sekali menapak di jalan ini, tidak boleh berpatah kembali. Perjuangan Rasulullah dan para sahabat harus diteruskan.Walaupun kusedar, bukan calang-calang cabaran yang bakal ditempuh dalam mengharung fasa pembentukan jiwa dan rohani insan. Namun, janji Allah itukan pasti. Kesusahan hari ini untuk agama adalah kesenangan yang tiada tara di hari esok[akhirat]. Aku harus sentiasa ingat yang itu..

"Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara Ad-Din"  [al-haj:78]


'Bila ada di atas perjalanan, panjangnya masa ibarat musuh yang paling dibenci. Bila sudah sampai ke akhirnya, cepat ibarat teman yang mengkhianati'

terus istiqamah, insyaAllah



 

Sunday, April 12, 2009

saa-irun

Bismillahirrahmanirrahim

Mawlaya Ya Mawlay
Mawlaya Ya Mawlay
Mawlaya Ya Mawlaya
Mawlaya Ya Mawlaya
Mawlay

Mawlaya Inni Sairun
Lid Dini Hatman Sairun
Fal Qudsu Sohat Ghadirun
Adma Fuadit Thohiru

Wa Nida'ul Aqsa Bkani
Fajra Wijdani
Wa Dhomirul Ummati Ya Rabbi
Mata Bila Jani

Mujrimun Qolu Li Anni
Arfudhuz Dzullal Kabir
Arfudhul 'Isya Bisumtin
Dhommahul Qahrul Marir

Falyaqulu Ma Yaqulu
Anta Man Arju Ridhoh
Anta Man Ta'lamu Anni
Laka Arkhastul Hayah

Ya Man Ruwait, Bi Dimaika Asyjaral 'Izzati Wal Intisar
In Yasriquka Min Tarikhina, Lan Yanzi'uka Min Sudurina
Ya Syahid Ya Syahid Ya Syahid

moga sentiasa di dalam perlindunganMU ya Rabb, teguhkan aku di jalan ini...

Sunday, April 5, 2009

orang biasa & orang beragama

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum wbt
 
mesej yang saya terima..  

'ish..org yg beragama pun buat maksiat, tapi pandai2 nak tegur org lain jgn buat'  

hurm..sedih saya membacanya..
org beragama buat maksiat? 
org biasa buat maksiat? 
ada beza ke org beragama ni dengan org biasa? 
siapa org beragama dan siapa org biasa?  
orang beragama yg digelar oleh org biasa.. 
bagai tafsiran kita boleh rungkaikan.. ia boleh jadi orang yang selalu bagi ceramah, orang yang selalu bagi nasihat sana sini, orang yang tampak alim dan bagus penampilannya, atau orang yang punya ilmu agama yang mendalam..mencantikkan lagi betapa indahnya Islam dgn bawaan orang2 ini..  

namun, bila timbul isu ini... org biasa akan kata..'kalau dia boleh buat, aku pon boleh.." 
betapa besarnya pengaruh org beragama ini terhadap masyarakat sekeliling..  
dan ada juga org biasa akan kata,' eleh..pandai nak nasihat org, dia buat boleh plak..sama je.." 
memalukan org islam sendiri..membunuh lagi persepsi masyarakat terhadap org yg bertudung labuh, berjubah dan berkopiah.. 
kadangkala kita tak sedar kita ada buat salah..[yes, indeed we can say..semua manusia x perfect, ada buat salah dan silap] tapi orang yang beragama ini dipandang masyarakat, menjadi contoh buat orang sekeliling..[yg penting, dimana sifat malu kita dgn Allah]  

kita melarang org lain berdating, tapi kita pun dating mungkin juga ada yg tak dating, 
tapi masih ada ym dan handphone.. maka, ym dan messages dari pagi sampai ke malam..tak salah?
berbincang ke arah sesuatu yg tidak berkepentingan...dan mengundang kerinduan satu sama lain..dan dari kerinduan itu membawa kepada untaian2 noda yang membusukkan hati mukmin itu sendiri..dan adakah itu masih dikira halal di sisi islam?
di mana kewibawaan sebenar org yg dikatakan beragama ini.. 
teringat kata seorang ustaz..org beragama ni once dia buat salah, lagi teruk dari orang biasa..kerana sebelum ini nafsunya itu ditahan-tahan..dan kini..bila dah meletup, maka jadi lebih teruk.. 
kita lihat sendiri, berapa ramai org yg dikatakan beragama ini lalai dan leka dgn cinta dunia.. macam yang kita biasa sangat dengar, cinta ana dan enti, saya & awk..boleh jadi i & u, kau & aku, tak pun kita & kamu.. 

terus terang, saya tidak berniat menuding jari ke arah sesiapa kerana saya sendiri tidak tahu
siapa..tapi apabila ramai orang yang mengadu akan hal ini,tidakkah kita patut rasa malu tambah2 lagi wahai orang2 yang beragama?  

di sini,saya copy & paste 1 article dari www.ekuealhafiz.blogspot.com yg menarik untuk dikongsi bersama..  

Taaruf  

Kelihatan ‘1 missed call’ pada telefon. ‘new number’ terpapar di skrin. Mesej dihantar untuk bertanya siapa. Mesej dibalas serta merta. Pada mulanya tak ingin dilayan sangat dek kerana kenal dengan siapa ber‘sms’, namun diri yang tak seberapa kebal akhirnya lumpuh diserang ayat manis pujukan. Bermulalah ‘langkah pertama’ iaitu sesi ‘Taaruf’. Hanyut dibuai perkenalan yang bertujuan mengenali secara lebih dekat. Lebih merapatkan ukhuwah konon-kononnya.  

Sekarang awak tengah buat apa?  

Setiap tindakan dan tingkah laku mesti dilaporkan kepada ‘si dia’ hatta pergi ke kedai untuk membeli keperluan rumah, pulang dari kelas dan bermacam-macam lagi mesti diberitahu. Kini lebih canggih, teknologi mula disalahgunakan, mula bertukar alamat emel dan mula ‘add as friend’ di laman Friendster. Melalui bantuan Friendster juga gambar wajah masing-masing dapat dilihat. Hati semakin ghairah untuk mengenali dengan lebih dekat. Seharian suntuk telefon di tangan, berenggang cuma semasa solat. Itupun selepas selesai solat terus bersama di alam Y.M (Yahoo Messenger) melalui bantuan ‘Slick’ di telefon. Apa yang dibincang hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. Katanya bincang pasal pelajaran…  

Saling memberi nasihat 

Konon-kononnya ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar’ menjadi tema dalam perhubungan yang mula dihiasi bunga-bunga cinta ini namun prinsip ini dieksploitasi oleh mereka ini. Maklumlah mereka seorang tahu agama. Tahu hukum tetapi seolah-olah macam tidak tahu. Ibarat seperti keldai membawa barangan di belakang. Abang…rindulah Inilah antara ayat-ayat yang cukup meloyakan. Tidak kira samada melalui SMS, chatting dan lebih-lebih lagi dalam perbualan telefon. Selebihnya tidak perlu dinyatakan di sini kerana kita sendiri sudah maklum mengenai ayat-ayat mereka yang dimabukkan dengan cinta. Kata mereka macam ini baru romantik. Romantik konon…sekali kena jentik hidung baru tahu macam mana romantik. 

Peringatan dan doa untuk mereka 

Hadis Rasulullah yang bermaksud: “ Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu cegahlah dengan lisan dan sekiranya tidak mampu cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman” Firman Allah “ Dan janganlah kamu menghampiri zina”. Dalam sebuah hadis yang lain nabi bersabda: “takutlah kamu kepada dunia dan takutlah kamu kepada wanita, sesungguhnya fitnah pertama Bani Israil adalah pada wanita”. Semoga mereka dibuka pintu hidayah oleh Allah s.w.t bagi mengelakkan terus dibelenggu oleh dosa dan noda agar Allah mempercepatkan bagi mereka perhubungan yang halal iaitu ‘Perkahwinan’.  


"wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? itu amatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan" [as-saff:2-3]

tepuk dada, tanya iman..
bersama kita perbaharui iman, tingkatkan taqwa, tazkiyah jiwa..insyaAllah.