Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Friday, May 29, 2009

characteristic isteri aktivis dakwah

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak akhir-akhir ini, ramai pula sahabat-sahabat saya bakal menikah. Disebalik kegembiraan yang terserlah di wajah mereka, timbul juga sedikit kegusaran di dalam hati, al-maklum perkahwinan adalah alam yang berbeza dengan zaman mem'bujang'. Apalah daya saya untuk menjawab soalan-soalan yang diutarakan, hatta diri ini amat cetek pengalaman [bahasa mudah, tiada langsung sebenarnya]. Di sini, saya titipkan satu article menarik yang telah selamat dilayarkan dari sini.Moga sedikit sebanyak memberi pencerahan buat saya dan sahabat-sahabat di luar sana.

selamat membaca^_^

'Seorang aktivis dakwah memerlukan isteri yang ‘tidak biasa’. rinduKenapa? Kerana mereka tidak hanya memerlukan isteri yang pandai merawat, pandai memasak, pandai mengurus rumah, pandai mengelola kewangan, cekap dalam hal-hal berkenaan urusan rumahtangga. Maaf, bukan bermaksud mengecilkan, berbagai kepandaian dan kecekapan itu adalah bekalan ‘standard’ yang memang harus dimiliki oleh seorang isteri, tanpa memandang adakah suaminya seorang aktivis atau bukan. Atau dengan kata lain, seorang perempuan dikatakan siap untuk menikah dan menjadi seorang isteri jika dia memiliki berbagai-bagai bekalan yang standard itu. Namun bagaimana jika sudah jadi isteri, tapi tidak punya bekalan itu? 
Ya, jangan hanya diam, belajarlah. Istilah popularnya ‘learning by doing’.:woooh:

Kembali kepada pokok perbahasan kita. Menjadi isteri aktivis bererti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan ‘di atas standard’. Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh isteri aktivis atau yang ingin menikah dengan aktivis dakwah:

1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah)

Hal paling penting yang harus difahami oleh isteri seorang aktivis dakwah, bahawa suaminya pastinya tidak sama dengan suami pada umumnya. Seorang aktivis dakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih ridha Allah. Mendampingi seorang aktivis adalah mendampingi seorang prajurit Allah. Tak ada yang dicintai seorang aktivis dakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, karena cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad! Ayuh bangun dari lena kalian… 

2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah

Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Yakinlah bahwa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tak perlu takut atau khuwatir melepaskan suami pergi berdakwah ke manapun. Yakinlah bahwa Dialah Sang Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan harta. Dan tetap berwaspada dalam setiap perkara agar tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.

3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (mentaliti)garupale

Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi istri seorang aktivis: kuat, tegar, gigih, kukuh, sabar, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan mandiri. Tidak mengharapkan semuanya diselesaikan oleh suami. Namun ada upaya dari diri sendiri untuk terus mencuba dengan pelbagai alternative.

4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelektualiti)

Ternyata, seorang aktivis tidak hanya memerlukan pendengar setia. Ia perlukan isteri yang boleh untuk diajak bersembang, tukar fikiran, musyawarah, atau perbincangan tentang kesibukan dan minatnya. Kerana itu, banyaklah membaca, rajin mendatangi majlis-majlis ilmu supaya luas tsaqafah.

5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fizikal):inlove:

Minimal sihat, menjaga kebersihan, dan tidak selalu sakit saja. Jika fizikal kita sihat, kita dapat melakukan banyak hal, termasuk mengurus suami yang sibuk berdakwah. Kerana itu, penting bagi kita untuk menjaga kesihatan, membiasakan pola hidup sihat, rajin beriadhah dan lain-lain. Selain itu, jangan lupakan masalah merawat wajah dan tubuh badan. Ingatlah, salah satu ciri isteri solehah adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.

:sigh:Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun soleh dan taqwanya seorang aktivis, tak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tak punya kesalahan. Seorang aktivis dakwah tetaplah manusia biasa yang pastinya dan mungkin untuk melakukan kesalahan. Bukankah tak ada yang ma’sum di dunia ini selain Baginda Rasulullah?

:tsk:p/s: para Ikhwannya juga sama dalam persediaan ini.:okay:


Monday, April 27, 2009

selamat berjuang, sahabat




malam siang berlalu
gerhana kesayuan
tiada berkesudahan

detik masa berlalu
tiada berhenti
oh syahdunya

sejenak ku terkenang
hakikat perjuangan
penuh onak dan cabaran
bersama teman2 harungi kehidupan
oh indahnya

berat rasanya didalam jiwa
untuk melangkah meninggalkan semua
kasih dan cinta yang terbina
ia kan selamanya

selamat berjuang sahabatku
semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu

berjuanglah hingga keakhirnya
dan ingatlah semua ikrar kita

hati ini sayu mengenangkan
sengsara didalam perjuangan
jiwa ku merana dan meronta
mengharapkan kedamaian dan juga ketenangan

tetapi ku akur pada hakikat
suka dan duka dalam perjuangan
perlu ketabahan dan kekuatan
keteguhan hati berlandaskan iman


saya tujukan lagu ini khas buat sahabat-sahabat seperjuangan. Rasa rindu yang amat pada kalian. 
Yang jauh di mata, bila lagi dapat bersua ya. Teringat segala kenangan bersama ketika berjumpa suatu masa dulu. Terpahat indah sentiasa di sini. Akan ku semat sebaiknya segala nasihat dan bimbingan dari mu sahabat. Aku sedar kau jua punya tanggungjawab berat yang harus kau laksanakan. Namun, kau tidak pernah mengabaikan aku. Dikala susahku, senangku.Kau sentiasa ada bersama. Walaupun di hati cuma, bersama untaian doa. Sungguh besar kuasa Allah Yang Maha Pengasih mempertemukan kita di alam mimpi indah dikala kerinduan mencengkam jiwa. Dikala hati meruntun minta perhatian darimu, dan kau tahu aku amat memerlukanmu, kau mengajakku bangun malam bersama. Kerna kau yakin Dia menyaksikan segalanya. Dan hatiku terubat jua.Terima kasih atas segala doa yang tidak putus-putus untukku.  Maha Kasih Allah pada hambaNya.

sekalipun wajahku tidak dapat menatap wajahmu lagi, namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirna,aku tidak akan berhenti memujimu dari kejauhan bersama untaian doa,jiwaku akan selalu merindukanmu, bersua bersama penuh ketulusan dan cinta, jiwaku adalah jiwamu, jiwamu adalah jiwaku. Hasratmu adalah hasratku, hasratku adalah hasratmu.

Aku yakin pada caturan Allah. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi.
Sungguh! aku amat merinduimu...

buat yang berada disekelilingku..dekat di mata, mungkin hanya sejengkal, sehasta, sedepa, paling tidak pun beberapa langkah menapak sahaja. Tapi, susah sekali untuk bertemu. Masing-masing punya komitmen sendiri. Namun,aku merasakan kalian sentiasa di sisi, membantuku disini sepenuh hati, dan aku amat amat menghargai. Tanpa kalian, tidak mungkin aku dapat teguh berdiri seperti hari ini. Cuma kadangkala kesibukan mencemburui persahabatan kita. Seakan mahu meragut tali yang telah tersimpul sekian lama. Tetapi, tidak semudah itukan, sahabatku? Kerana kau akan sentiasa menghantar deruan angin menyampaikan salam rindu. Dan tika itu, aku tidak mampu menahan air mata. Maafkan aku jua sahabat, sekiranya diri ini tidak menunaikan hakmu yang sepatutnya. Usah diragui, kau akan sentiasa mempunyai aku disisimu. Janji kita satu, mengharap redha dari Pemberi Cinta. Bersama menyemai benih benih yang cintakan tarbiyah yang bakal subur disini.

nikmat paling manis, apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian,namun, tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati. Ya Allah, peliharalah sahabat-sahabat yang amat aku sayangi dan peliharalah ukhuwah kami.

sahabat tersayang, aku mencintai kalian kerana Allah. Tanpa Dia, semua ini tidak pernah akan terjadi. Jika aku terlupa, ingatkanlah aku. Jika aku terleka,pimpinlah aku. Semoga ukhuwah ini terasa manisnya sampai bila-bila.Bersama memperjuang agama Allah hingga akhirnya.Berdoalah agar rahmatNya membawa kita kesyurga sana.

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,kecuali mereka yang bertaqwa" 
[az-zukhruf:67]

Friday, February 20, 2009

wanita dan epal

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum wrt..



wanita itu ibarat epal.
epal yang tidak berkualiti amat senang diperoleh kerana ia berguguran di tanah..
tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncaknya..
susah dipetik..
dan susah digapai..
terkadangkala, epal itu risau..
kenapa diriku belum dipetik????

lantas ia merendahkan martabatnya
dan menggugurkan dirinya
menyembah tanah....
sedangkan
ia sebenarnya..
telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya
hingga tak da siapa yg berani memetiknya..
hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja yang mampu memetiknya....

mungkin bukan didunia
tp, di akhirat??
biarlah jodoh bukan di dunia
asalkan cinta Ilahi mengiringi...

susah nak gmbrkan perasaan hati nisa skunk nie... konfius, serabut... guess dat da words dat fit my feelings rite now..
pernah tak anda semua perasan...
lumrahnya, setelah kita meningkat usia remaja, setelah kiter digelar graduan sekolah menengah dan setelah kita menjejakkan kaki kita di alam universiti ataupun kolej, kiter sering dikaitkan dgn istilah bercouple...

seolah2 orang yg bercouple itu adalah seorang yang hebat dan wajar dihebah2kan kpd semua orang dan orang yang x pernah bercouple itu seolah2 seorang yang 'tak laku' n mundur...
kirenyer, cam pelik ar klu seseorang itu x pernah bercouple..
acapkali nisa dikaitkan dgn perkara ini... susah nak elakkan n ubah persepsi masyarakat kita dgn trend ini... seolah2 ia adalah virus yg susah untuk dicari penawar buatnya...

"nisa da ader boyfriend tak?"

oh, tidak.... tidak.... naper tak der org tanyer "nisa da ader husband tak?" ahahhahaa!!! (^_^) melencong da ke maner da nie.. uhuhuh... seriusly, sedih tgk kwn2 yg samer2 ngan kiter turut involve dalam couple2 nie... (dalam masa yg sama, mengingatkan diri ini...)
i don't know wat other people think regarding dis matter... but, for me...
no love b4 marriage... kirenyer, x wujud istilah kapel2 nie sbenarnyer... it is not supposed to be applied in our life...
i'm sori, i'm just giving my opinion..
mybe u hev other opinion, please let me know...



cube tgk baik2 ungkapan di atas.. tentang epal....
perhatikan baik2...
aper yg anda fhm daripada kata2 di atas?...
nisa akui, sedikit sebanyak itulah konflik yg berlaku dalam diri nisa n sumer insan yg digelar wanita... spt yg diperkatakan dalam bait2 kata2 di atas.. tp, tue la..
i believe, dis is wat we can called as mujahadah dgn diri sendiri...
nisa berusaha menjaga hati ini... (ya Allah, bantulah diriku ini untuk menghadapi segala macam ujian dariMu..)

tapi...

sejauh maner orang lain dapat memahami hakikat ini.. hakikat nisa cuber mengelakkan diri nisa dari termasuk dalam golongan yg bercouple... n sejauh maner org lain mempunyai persepsi yg sama seperti kita...
astaghfirullah...
kdg2, nisa juga berasa kecewa dgn sikap sesetgh daripada kita.... yg memahami 'ketidakharusan' perkara ini... ttp, masih juga melakukannya.... (sambil mengingtkan diri ini juga... astaghfirullah.. mudah2an dielakkan... ingtkan diriku andai kuterleka shbt..)


syg2, majuk2 n so on.. i know, it seems so sweet... so romantic.. but... do u agree with me? dat we can tell either we did something wrong or not... kiter bole rase... agree? trust me.. u also can knoe either dat thing is a good thing or not.. trust me..
nisa sendiri, rs x selesa klu kiter wat something yg bertentangn dgn aper yg nisa percaya selama ini...

nisa pelik.... bgimana kita mampu meluahkan perkataan2 yg indah2 dan manis2....
janji2 indah dan memori2 bahagia..
buat insan yg belum pasti menjadi milik kita buat selama2nya??.....

renung2kanlah apa yg nisa perkatakan sebentar tadi....
maafkan andai terlanjur bicara...


kadang2 hati merasa penat mencintai,
jiwa terasa letih menyayangi,
diri terasa malas mengasihi,
perasaan merasa terlalu lama merindui,
telinga merasa sukar memahami,
lidah merasa mahu meluahi..

namun,
adakah insan itu akan memahami??

lantas ku serahkan cintaku kepada yg maha mengerti...

tiada apa yang perlu aku takutkan jika dia milikku...~~


p/s: copy and paste dari blog tokqie

Saturday, January 3, 2009

ana & enti

bismillahirrahmanirrahim..

ANA & ENTI

enti…
bukan ana tidak mahu memandang
wajah enti,

tapi ana berdoa agar wajah ini
menghiasi hari2 nanti..

hari2 yang pasti..

bukan ana tidak mahu melirik
senyuman pd enti,

tp ana selalu tersenyum didalam
hati,

agar senyuman ini ‘mahal’ dihari
cincin di sarungkan di jari,

bukan ana tidak mahu bertanyakan
khabar pd enti,

tetapi ana sering mendoakan agar
satu hari nanti,

ana tak perlu bertanyakanya dan
ana sentiasa merasai..

di hari2 yang pasti…

bukan ana tidak mahu bercakap
dgn enti,

tapi ana ingin menghabiskan
bicara2 ana,

tika mana ana dan enti ‘bukan’ lg
‘ana’ dan ‘enti’..

di hari2 yg pasti…

bukan ana tidak mahu chatting dgn
enti,

tapi ana takut jari2 ini tidak
diizinkan lg untuk membelai rambut enti,

dihari2 yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dgn
enti,

tapi bimbang Allah menarik
kenikmatan ini di hari2 yg pasti,

tika itu mungkin Allah menarik
nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,


bukan ana tidak ingin memandang
wajah enti,

tp,ana bimbang wajah ini tidak
akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,

di hari2 yg pasti…


bukan ana tidak ingin memandang
senyuman enti,

tp ana bimbang senyuman ini pudar
dan layu,

di hari2 yang pasti..


bukan ana tidak ingin membelikan
hadiah untuk harijadi enti,

tp bimbang ana hadiah itu adalah
terakhir dari ana untuk enti..

tidak lagi ,

dihari2 yang pasti..

………………………….

enti yakinlah,
percayalah…

bukan ana tidak ingin mengatakan
rindu pada enti,

tetapi rindu tika ini tidak akan
membawa kepada rindu ana pada ilahi..

kerana ia bukan hari2 yang
pasti…

bukan ana tidak ingin mengatakan
mencintai enti,

tapi ana tahu cinta saat ini tidak
juga membawa kepada cinta ana pada ilahi,

kerana ia bukan hari2 yang pasti..

kerana ia bukan dihari2 yang
pasti,

ana tidak mahu agar hati ana dan
enti mati..

lalu mematikan hubungan ana atau
enti dengan ILAHI..


enti,intailah sebentar hari2 yang
pasti..tika itu,andai ana jatuh enti menghulurkan tgn untuk memberi ana
harapan,tika ana kesedihan enti bersedia untuk tersenyum disisi dn
menggembirakan,tika ana berseorangan entilah teman,tika ana kelalaian entilah
yang mengingatkan..tika itu,ana dan enti..

bukan lah ‘ana dan enti ‘lagi…
kerana..

ia adalah hari2 yang pasti..
berdoalah untuk hari2 yang pasti,

hari2 yang pasti bagi mereka yang
menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..

dan itulah jalan yang telah islam
berikan…

-selamat malam enti-

moga kita dipermukan nanti,dihari2
yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana
hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti..


————————————————
pasti!..yakinlah..Allah sangt2
baik !..moga kita semua dibukakan pintu hati..

untuk anta2 dan enti2 skalian..

[p/s:artikel ini ditemui ketika melayari  internet..sebagai pedoman bersama..ayuh syabab! tingkatkan amal dan  dakwah jihad fi sabilillah..kita masih ada misi penting yang perlu dilangsaikan!]

                      

SYABAB ISLAMIYAH

KEMBALI KEPADA ISLAM YANG SEBENAR




Wednesday, December 10, 2008

perbezaan perempuan dan muslimah

Perempuan
Apabila teruna memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya

Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah

Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya

Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkah


Muslimah
Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan

Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah

Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan

Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana

Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah itu...

Thursday, December 4, 2008

wanita di bawah cahaya al-Quran dan sunnah [part 2]

bismillahirrahmanirrahim

~jom baca part 2^_^~

(2) Sentiasa melazimi rumah dan tidak berhias-hias (tabarruj)

Sekian banyak dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa melazimi rumah itu adalah lebih baik bagi seorang wanita. Setiap apa yang disebut sebagai 'baik' oleh Allah dan Rasul  maka tiadalah sesuatu pun yang lebih baik dari perkara itu. 

Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah kepada isteri-isteri Nabi yang bermaksud : 
"Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu…"[al-Ahzab : 34]

Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat ini : 
"Adab-adab ini telah Allah perintahkan kepada isteri-isteri Nabi SAW dan wanita umat ini (untuk mereka mengikuti ummahat al-mukminin)…(ayat ini bermaksud) iaitu tetaplah kalian dan janganlah keluar tanpa sebarang hajat dan antara hajat yang dibenarkan syara' ialah solat di masjid dengan syarat yang telah ditetapkan [ Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azhim]"

Manakala al-Qurtubi pula berkata :
 "Ayat ini menunjukkan perintah untuk tetap di rumah, walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri NabiSAW, tetapi dari segi makna, ia juga merangkumi wanita-wanita lain, bagaimana tidak, sedangkan banyak perintah syara' yang menyuruh wanita tetap di rumah dan tidak keluar kecuali darurat" [Al-Qurtubi, al-Jami'  li Ahkam al-Quran].

Dalam suatu hadis, Nabi SAW berkata yang bermaksud : 
"solat wanita di (bahagian dalam) rumahnya lebih baik dari solatnya di ruangan luar rumahnya [Al-hujrat : Kawasan lapang di dalam rumah].
dan solatnya di dalam rumah kecilnya (makhda'[Rumah kecil yang ada dalam rumah besar; tempat menyimpan barang-barang yang berharga]) lebih baik dari solatnya di dalam bahagian dalam rumahnya(tadi)"[riwayat Abu Daud]. 

Walaubagaimana pun, wanita dibenarkan untuk solat di masjid, tetapi solat mereka di rumah itu adalah lebih baik seperti yang dikatakan oleh Nabi  yang bermaksud : "Janganlah kamu halang isteri-isteri kamu (bersolat) di masjid, (akan tetapi) rumah-rumah mereka  itu lebih baik bagi mereka"[Abu Daud dan al-Baihaqi].

               
Dalam syarah hadis ini disebutkan : '
"Solat wanita di rumah itu lebih baik bagi wanita daripada solat mereka di masjid sekiranya mereka mengetahui, tetapi mereka tidak mengetahuinya lantas meminta izin untuk ke masjid dan menganggap bahawa pahala mereka bersolat di masjid itu lebih banyak. Solat mereka di rumah itu lebih baik kerana ia lebih aman dari fitnah, lebih-lebih lagi setelah berlakunya tabarruj dan berhias-hias di kalangan wanita…[al-'Ahzim abadi]'. 

Perintah ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Nabi  yang bermaksud :
"Wanita itu aurat, jika dia keluar maka syaitan akan memandangnya, dan seorang wanita itu paling hampir dengan Tuhannya sekiranya dia berada tetap di dalam rumahnya"[At-Tirmizi].

 Perkataan 'istasyrafa' dalam hadis di atas membawa maksud syaitan akan mencantikkan wanita itu di mata lelaki, dan ada pendapat yang mengatakan bahawa maksud hadis ini ialah syaitan akan memandang wanita itu untuk menyesatkannya dan orang lain akan menjadi sesat disebabkan olehnya [al-Mubarakfuri, Muhammad Abdul Rahman bin Abdul Rahim, Tuhfat al-Ahzawi bi Syarh Jami' al-tirmizi]

k, kita sambung di next entry..happy reading^_^
[al-ahkam.net]

wanita di bawah cahaya al-Quran dan sunnah[part 1]


 

bismillahirrahmanirrahim

Pendahuluan

Apakah sifat seorang wanita yang beriman kepada Allah dan RasulNya? 

Bagaimanakah seorang wanita itu seharusnya bertingkahlaku untuk dia digelar wanita yang solehah? 

Dan apakah petunjuk Nabi : kepada kaum wanita dari kalangan umatnya dalam menjalani kehidupannya? Sesungguhnya tidaklah seorang wanita itu mengikut setiap pesanan dan nasihat dari guru sekalian umat ini - melainkan dia digelar wanita yang solehah. Tiada satu pun yang dapat mengukur kebaikan dan kemuliaan seorang wanita itu melainkan dengan kekuatannya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tulisan ini akan menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan di atas berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Wahai kaum wanita, perhatilah dan selamilah petunjuk serta wasiat dari Penciptamu dan Rasulmu serta hadapilah hidup ini dengan hati yang lurus!


Sifat wanita yang beriman

            Sekiranya seorang wanita itu berakhlak dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat berikut, maka bergembiralah dia dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah untuknya.

(1) Keimanan dan taqwa kepada Allah serta kecintaannya kepada Rasul :selawat.

 Seorang wanita itu seharusnya mendahulukan Allah dan Rasul :dalam apa jua perkara serta menjadikan keduanya sebagai kayu ukur dalam setiap gerak-geri dan tingkahlakunya. 

Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud : 

«Tiadalah bagi lelaki yang beriman dan wanita yang beriman (hak) untuk memilih dalam urusan mereka apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan urusan itu. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata» [al-Ahzab : 36]

Dan Nabi telah menjanjikan bahawa mereka yang mendahulukan Allah dan RasulNya dalam setiap perkara maka mereka akan mendapat kemanisan iman. 

Nabi SAW berkata yang membawa maksud : 

«Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka»[sahih bukhari]

Seorang wanita yang beriman itu selalu mengingati Allah dalam keadaan bersendiri mahupun ramai, dan dalam keadaan senang ataupun susah

Hatinya sentiasa terikat dengan Allah dan dia sentiasa memelihara iman di dalam hatinya dengan zikir, ibadah-ibadah sunat, membaca al-Quran serta memerhati tanda-tanda kekuasaan Allah

Kehidupan bagi seorang wanita itu bukanlah emas dan perhiasan, kehidupan juga bukan suami ataupun keluarga; tetapi kehidupan bagi seorang wanita itu ialah iman dan amalan-amalan soleh yang akan dibawa berjumpa Allah kelak

Allah berfirman yang bermaksud :                                                                                                      "Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan" [al-Nahl : 97]. 

Seorang wanita yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai tunggak hidupnya, maka dia akan menjalani kehidupan di dunia ini dengan aman dan bahagia. 

Dari Suhaib al-Rumi, Nabi SAW berkata yang bermaksud :                                                               "sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik, tidaklah perkara ini berlaku kepada seseorang pun melainkan orang mukmin, jika dia mendapat perkara gembira, dia bersyukur, itu adalah baik baginya, dan jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, itu adalah baik baginya"                                                                                                 

 [riwayat muslim]

continue di next entry part 2^_^

[al-ahkam.net]