Thursday, December 4, 2008

wanita di bawah cahaya al-Quran dan sunnah [part 2]

bismillahirrahmanirrahim

~jom baca part 2^_^~

(2) Sentiasa melazimi rumah dan tidak berhias-hias (tabarruj)

Sekian banyak dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa melazimi rumah itu adalah lebih baik bagi seorang wanita. Setiap apa yang disebut sebagai 'baik' oleh Allah dan Rasul  maka tiadalah sesuatu pun yang lebih baik dari perkara itu. 

Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah kepada isteri-isteri Nabi yang bermaksud : 
"Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu…"[al-Ahzab : 34]

Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat ini : 
"Adab-adab ini telah Allah perintahkan kepada isteri-isteri Nabi SAW dan wanita umat ini (untuk mereka mengikuti ummahat al-mukminin)…(ayat ini bermaksud) iaitu tetaplah kalian dan janganlah keluar tanpa sebarang hajat dan antara hajat yang dibenarkan syara' ialah solat di masjid dengan syarat yang telah ditetapkan [ Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azhim]"

Manakala al-Qurtubi pula berkata :
 "Ayat ini menunjukkan perintah untuk tetap di rumah, walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri NabiSAW, tetapi dari segi makna, ia juga merangkumi wanita-wanita lain, bagaimana tidak, sedangkan banyak perintah syara' yang menyuruh wanita tetap di rumah dan tidak keluar kecuali darurat" [Al-Qurtubi, al-Jami'  li Ahkam al-Quran].

Dalam suatu hadis, Nabi SAW berkata yang bermaksud : 
"solat wanita di (bahagian dalam) rumahnya lebih baik dari solatnya di ruangan luar rumahnya [Al-hujrat : Kawasan lapang di dalam rumah].
dan solatnya di dalam rumah kecilnya (makhda'[Rumah kecil yang ada dalam rumah besar; tempat menyimpan barang-barang yang berharga]) lebih baik dari solatnya di dalam bahagian dalam rumahnya(tadi)"[riwayat Abu Daud]. 

Walaubagaimana pun, wanita dibenarkan untuk solat di masjid, tetapi solat mereka di rumah itu adalah lebih baik seperti yang dikatakan oleh Nabi  yang bermaksud : "Janganlah kamu halang isteri-isteri kamu (bersolat) di masjid, (akan tetapi) rumah-rumah mereka  itu lebih baik bagi mereka"[Abu Daud dan al-Baihaqi].

               
Dalam syarah hadis ini disebutkan : '
"Solat wanita di rumah itu lebih baik bagi wanita daripada solat mereka di masjid sekiranya mereka mengetahui, tetapi mereka tidak mengetahuinya lantas meminta izin untuk ke masjid dan menganggap bahawa pahala mereka bersolat di masjid itu lebih banyak. Solat mereka di rumah itu lebih baik kerana ia lebih aman dari fitnah, lebih-lebih lagi setelah berlakunya tabarruj dan berhias-hias di kalangan wanita…[al-'Ahzim abadi]'. 

Perintah ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Nabi  yang bermaksud :
"Wanita itu aurat, jika dia keluar maka syaitan akan memandangnya, dan seorang wanita itu paling hampir dengan Tuhannya sekiranya dia berada tetap di dalam rumahnya"[At-Tirmizi].

 Perkataan 'istasyrafa' dalam hadis di atas membawa maksud syaitan akan mencantikkan wanita itu di mata lelaki, dan ada pendapat yang mengatakan bahawa maksud hadis ini ialah syaitan akan memandang wanita itu untuk menyesatkannya dan orang lain akan menjadi sesat disebabkan olehnya [al-Mubarakfuri, Muhammad Abdul Rahman bin Abdul Rahim, Tuhfat al-Ahzawi bi Syarh Jami' al-tirmizi]

k, kita sambung di next entry..happy reading^_^
[al-ahkam.net]

No comments: