Monday, December 8, 2008

seharum kuntuman rabitah[final]

**************************************

"ifah, jom ikut ayah"

"ke mana ayah?"

"hospital."

"hospital? siapa yang sakit?"

"furqan..accident.kita pergi dengan ustaz hazwan sekali"

"baiklah.ifah bersiap sekejap."

furqan accident..terukkah dia? bagaimana keadaanya?
risau..di sudut hati ifah, dia turut berdebar..
mungkin kerana inilah kali pertama untuk dia bertemu furqan..sejak dia memberi kata putus untuk menerima furqan dalam hidupnya, belum pernah sekali dia menghubungi lelaki itu..entah, seakan dia lupa pernikahannya tidak lama lagi..sibuk dengan halaqah dan aktiviti kebajikan, menyebabkan kadangkala ifah terlupa akan hari besar yang bakal menjelang tak lama lagi..

*********************************************************************************

pintu dikuak..

"assalamualaikum." ayah memulakan bicara.

ifah mengikuti ayahnya dan ustaz hazwan dari belakang..

"muaz?" ifah terkejut...

ayah dan ustaz hazwan saling berpandangan..

wajah ifah kehairanan..

muaz seolah mengerti..

"ya..ana muaz..muaz tu nama timangan ana..nama betul muhammad furqan."
perlahan suaranya..

ifah menganggukkan kepala tanda memahami..dia masih terkejut...sungguh dia tidak menyangka furqan dan muaz adalah orang yang sama..
Maha Suci Allah yang mengatur perjalanan hidupnya..

muaz tahu ifah akan terkejut..muaz sendiri pada mulanya tidak pernah meyangka wanita yang bakal menjadi suri hidupnya nurul ifah ibrahim..namun itu semua aturan Ilahi yang Maha Kuasa..mereka ditemukan dalam halaqah dan jalan dakwah..destinasi yang sama..
ustaz hazwanlah yang menjadi orang tengah...sedangkan muaz hanya mengikut pilihan ustaz..memandangkan bondanya sudah berkali-kali bertanya soalan yang sama..dari situlah dia mengetahui bahawa nurul ifah belum dimiliki, dan lelaki yang pernah dilihat bersama ifah sewaktu di mesir dahulu adalah abang kandung ifah..

setelah lebih kurang 1 jam berada di wad, mereka mengambil keputusan untuk pulang..dan alhamdulillah nampaknya keadaan muaz semakin baik..cuma kakinya yang masih berbalut..
mereka meminta diri..ifah seperti biasa, mengikuti ayahnya dan ustaz hazwan dari belakang..

"ifah.."

ifah berpaling..tiada sepatah perkataan pun yang dituturkan sepanjang dia berada di situ.. mungkin masih dalam keadaan terkejut,atau terlalu malu untuk melontarkan kata-kata..cukuplah dia tahu muaz tidak apa-apa..

"ya"

"harap anti dapat tunggu  sehingga kaki ana sembuh."

"insyaAllah,syafakallah ya" senyuman terukir di bibir ifah..dia mengangukkan kepala..

"syukran.."jawapan yang pendek namun jelas terlihat kelegaan dan kegembiraan di hati muaz..

hati masing-masing seakan berbicara...pada Allah dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran..

ifah berlalu pergi..pintu wad ditutup..

muaz tersenyum sendiri..

'alhamdulillah ,atas kasih sayang Allah aku dan dia dipertemukan..'



3 comments:

maisarah said...

agak2nya..akan jadi mcm tu ke eh?

alonq_exe said...

Dah abis dah rupanya.. Kalau buat betul2 nbi, boleh jadi novel kak!

hehe. tapi nama timangan muaz untuk gantikan furqan tu, jauh sungguh. Takpelah. :)

Keep it up. Saya pun nak tulis cerita la pas abis exam nih.

siti nurani abdullah said...

alonq_exe: aah lah, baru perasan..hehe
sila-sila..^_^