jam menunjukkan pukul 3 pagi..ifah bangun seperti biasa meneruskan hari-harinya..
waktu-waktu begini adalah waktu paling indah..bertemu Kekasih hati,Rabb Yang Maha Kuasa..solat sunat tahajud di tunaikan, diiringi solat sunat taubat dan hajat.. hanya pada Allah ifah hamparkan segala keresahan,leraikan segala kekusutan, luahkan segala kerinduan..
ifah mengambil naskhah Al-Quran kecilnya..mengulang dan menghafaz menjadi rutin harian hidup ifah..cita-cita nya untuk menjadi humlatul Quran harus diteruskan walaupun dugaan acapkali bertandang..
dia teringat kata-kata sahabat baiknya sewaktu zaman persekolahan dahulu.
'betapa hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan,mampu berkorban dalam tangisan,dan rela imannya diuji keperitan'
berpegang kepada rangkap itulah ifah berjaya melupakan umar al-mujahid..mungkin kadangkala dia pernah melayan sendiri perasaan siapakah umar yang sebenarnya..barangkali kadangkala merasa bertuah kerana ada seseorang di luar sana yang menaruh pada dirinya, namun ifah sedar, dalam pencarian cinta sebenar yang hakiki, semua itu harus ditinggalkan..
ya, benar kata umar, jiwa seorang mukmin itu amatlah sensitif.betapa batinnya terseksa tatkala menerima bunga dan warkah cinta dari seorang lelaki..kerana nuraninya tidak bisa dinodai oleh rasa cinta mencintai pada yang bukan suami..
namun, itulah namanya mujahadah..ifah kira-kira mungkin si umar hanyalah dugaan buat dirinya..hanya pada Allah ifah serah cinta dan rasa, pada dakwah dan tarbiyah ifah serah kudrat dan semangat, pada akhawat ifah serah harapan dan kasih sayang..semua itu sudah mencukupi bagi diri ifah..
************************************************************************************
muaz duduk merehatkan punggung..restoran itu kelihatannya kurang pelanggan hari ini.muaz meletakkan barang-barang yang baru dibeli di sisi..tidak sangka sudah 3 tahun berlalu, muaz berada di bumi ardul kinanah,bumi para anbiya..sudah tiba masanya untuk muaz kembali ke tanah air..kerinduannya pada kampung halaman sudah tidak dapat ditampung lagi..tiket kapal terbang sudah ada di tangan..masih tinggal 3 hari sahaja lagi untuk dia meninggalkan bumi anbiya itu.terasa sayu di dalam hati, kerana disitulah dia lebih mengenal Allahu Rabbi..Di bumi itulah, dia bertekad untuk menceduk segala ilmu dan membersihkan jiwanya yang selama ini bersulam cinta duniawi..
teringat dahulu,
"muaz, confirm kau nak sambung belajar di mesir?" masuk kali ini sudah 3 kali iqbal bertanya soalan yang sama..bukannya lupa, namun iqbal tidak mahu kehilangan sahabat karibnya itu..sejak dia mengenali muaz, sejak itulah solatnya tidak pernah tinggal, sejak itulah dia mengikuti usrah, sejak itulah dia memutuskan perhubungannya dengan humaira, sejak itulah juga dia berubah menjadi seorang yang lebih sabar dan tidak cepat marah..
muaz masih diam, sambil menyuap mee hoon sup ke dalam mulutnya..
"insyaAllah, selasa hadapan aku bertolak.datang hantar aku kat KLIA ye"
"alah muaz, kenapa tak nak sambung di UIA sahaja..."
"entahlah, hati aku memang dah lama berniat untuk menyambung pelajaran di sana, dan sekarang peluang terbuka, aku tak nak lepaskan"
"hurm..xpelah, kalau kau nak pergi juga, aku redha.tapi yang penting, dah kat sana nanti, jangan lupa contact aku"
"macam sedih je bunyinya..sayang juga kau kat aku ye..hehhe"
"dah..kau jangan nak perasan lebih-lebih..makan cepat sikit, hari ni biar aku belanja.." iqbal cuba berdalih..
muaz tersengih..alhamdulillah jimat duit hari ni..semoga Allah murahkan rezekimu, sahabat..
sedang dia asyik mengenangkan kisah lama, tiba-tiba lamunannya tersentak..
matanya digosok-gosok dengan jari..seakan dia mengenali wajah itu, memakai jubah hijau lembut bertudung litup putih bersih..
ya! mana mungkin dia melupai wajah itu!
nurul ifah! muaz seakan tidak percaya..dia sendiri tidak menyangka akan menemui serikandi itu setelah sekian lama..perasaan yang pernah dahulu bertandang seakan menggamit kembali kenangan..sepanjang muaz di mesir, dia menyibukkan dirinya dengan pelajaran dan dakwah..mungkin kerana itu,perasaan itu tertanam sendiri..namun,dia akui, dia tidak pernah melupai janjinya di dalam warkah yang pernah diberi buat nurul ifah..dia masih ingat..
nukleus itu masih di sini..masih di hati muaz..
tiba-tiba, kelihatan seorang kanak-kanak kecil mendekati nurul ifah..ifah mendukungnya dengan penuh kasih sayang..kemudian,muncul seorang lelaki berjubah kelabu cair dari sebuah kedai lalu mendekati mereka berdua..kelihatan mereka bertiga begitu mesra sekali..bergurau senda kelihatan sangat gembira..lama-kelamaan ,kelibat mereka hilang dari pandangan..
otak muaz berputar ligat.
hatinya pedih, sakit, bagai dihiris pedang..
hancur berkecai, bagai ditetak-tetak..
matanya mula bergenang namun dapat ditahan..
adakah benar itu nurul ifah yang aku kenali dulu?
adakah nurul ifah sudah berkahwin?
maka lelaki itu suaminya dan kanak-kanak itu anak mereka?
dan mereka tinggal di mesir aman bahagia?
arghh! apakah ini semua???
muaz bingkas dari kerusi..tertunduk malu sendiri,
terkenang saat-saat dia begitu mendamba,
tidak sedar bahawa diri hanyalah insan hina,
mungkin nurul ifah bukan miliknya.
muaz pulang..
tidak sabar menemui Sang Pencipta,
hanya padaNya meluah rasa....
*************************************************************************************
to be continued..................
No comments:
Post a Comment