Friday, December 5, 2008

seharum kuntuman rabitah [part 1]


ifah membuka handphonenya..

'new message received'
from:zahra

ifah,balik rumah cepat,ada hal penting ni!

ifah mengerutkan keningnya..baru sahaja dia sampai di library, sudah diminta pulang?
hal penting? hurm..jarinya menekan butang handphone membalas message zahra

to:zahra
hal apa yang penting sangat sampai kene balik sekarang?

ifah meneruskan langkah duduk di  meja discussion di library..dia membelek-belek bukunya..namun, fikirannya tidak begitu tenang memikirkan message dari zahra. tak lama selepas itu, hp nya berbunyi lagi.zahra meminta nya untuk pulang.namun tidak mengapa jika dia  tidak mahu pulang sekarang..ifah jadi bingung...'ada-ada sahaja zahra ni' bisik ifah dalam hati..

2 jam setengah berlalu, jam sudah menunjukkan jam sebelas malam..tiba masa untuk ifah pulang ke rumah..ifah pulang bersama amiza dan wana..malam-malam begini bahaya jika pulang bersendirian..

pabila pintu rumah dibuka, ahli bait ifah masing-masing menunjukkan wajah ceria..semuanya menyengeh tak tentu hala..ifah bertambah bingung..
tiba-tiba, matanya tertumpu pada jambangan bunga-bunga di atas meja study miliknya.. bukan satu, malah enam jambangan bunga dari pelbagai jenis! wow! siapa yang baik hati sangat bagi bunga banyak-banyak ni?

ifah tertangkap pada kad yang disertakan bersama bunga-bunga tersebut..tertulis di bawahnya dari umar al-mujahid..
'eh ni macam dalam novel tautan hati je' ifah bermonolog sendirian..
zahra, dayah dan rozie...masing-masing mengucapkan ucapan gembira buat ifah..

"siapalah agaknya umar al-mujahid tu ye,ifah?" tanya dayah.

"entahlah, ifah pun x tau.." jawab ifah selamba..

pada mulanya, ifah agak curious juga siapakah gerangan si umar..
namun, fikirannya cepat-cepat dialihkan ke arah perkara-perkara yang lebih utama untuk disiapkan.
ifah malas  untuk melayan semua ini..

keesokannya harinya, bunga bertandang lagi..yang lebih mengejutkan bersama sepucuk surat..
dengan tangan terketar-ketar, ifah membuka..

assalamualaykum,

kehadapan ukhti nurul ifah, semoga hari ini yang gembira buat anti.. semoga dengan kehadiran warkah ini tidak menganggu ketenteraman dan ketenangan anti. maafkan ana atas kehadiran bunga-bunga dan warkah ini..jujur ana katakan ,pemberian ana ikhlas dan ana tidak berharap utk anti membalas.
di sini,ana ingin memohon seribu kemaafan atas ketidak adilan,ana menggelar diri sebagai umar al-mujahid, sedangkan ana cukup mengenali anti..tidak layak rasanya utk ana gelar diri ini sebagai umar, sedangkan ana tahu dirimu wahai serikandi punyai hati yang teguh untuk semua ini.

ana sedar cinta anti untuk dakwah dan tarbiyah,namun maafkan ana..perasaan ini fitrah dan ana tak mampu untuk menolaknya..sudah lama ana pendamkan dan ana tidak tahu bagaimana caranya untuk meluahkan..malu sangat rasanya..ana faham jika anti menolak ana kerana ana sedar siapalah ana ini..tambah-tambah lagi ana ini banyak kekurangannya.

namun ,jika ditakdirkan,izinkan ana menumpang satu ruang di sudut hati anti, sebagai seorang suami..itupun jika memang ianya sudah ditetapkan di Luh Mahfuz..ana redha dengan ketentuanNya,sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang..

buatmu ukhti, sekali lagi ana ingin memohon maaf sekiranya apa yang ana lakukan menganggu hati kecilmu.ana sedar, hati seorang mukmin itu amatlah sensitif...asif jiddan ya ukhti.
ana akan stop selepas ini,cukuplah ana meleraikan sudah apa yang terbuku di hati..untuk ana memperkenalkan diri, doakanlah moga suatu hari nanti.sempena hari kelahiran ini, ana doakan segalanya yang terbaik buatmu serikandi.semoga dirimu terus mekar menjadi inspirasi buat bunga-bunga yang layu di taman islami.pabila ana sudah cukup bersedia dan Allah mengizinkan,segalanya moga dipermudahkan..insyaAllah..

'yang dicari,walau bukan puteri raja,biarlah puteri agama, yg diimpi biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat,yg dtg tak perlu rijal yang gemilang,kerana ana pahlawan dgn sinar yang kelam,yg dinanti bukanlah lamaran dgn permata,cukuplah akad dan janji setia, dan yg akan terjadi, andai x sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi.'

sekian, salam dari umar al-mujahid.


surat dilipat kembali.

ifah terkedu seketika...

otaknya ligat berfikir...

bunga, surat, umar, argh!! ape ni??

'pap!'zahra menepuk dari belakang.ifah tersedar kembali..ifah menunjukkan surat itu kepada zahra..

"zahra, ayat last tu macam pernah jumpa dalam novel je"ifah mula bersuara..
zahra mengangguk..mereka berdua memang minat baca novel berunsur islami..

"ifah, zahra, dayah dan rozie nak cari lah sape umar ni"

"ish, x payahlah, biarlah dia.ifah pun tak berminat nak tahu siapa..lagipun, kan dia dah tulis tu, dia akan stop lepas ni.."

"xpe,kalau kitorang jumpa, kitorang tak bagi tahu kat ifah, saje je nak tahu..heheh"

"ikut suka korang lah, ifah tak nak ambil kisah"

ifah membiarkan bunga dan surat itu di atas meja..



***********************************************************************************

muaz merenung siling biliknya..matanya asik berkedip-kedip dari tadi.susah benar untuk lelap..
sejak akhir-akhir ini, ada sesuatu yang merunsingkan fikiran dan jiwanya..
teringat akan bunga-bunga dan warkah yang dihantar kepada serikandi hatinya, nurul ifah ibrahim..

dia menimbang-nimbang tindakannya..penuh rasa bersalah di sebalik rasa gembira.
ya, dia gembira kerana akhirnya perasaan yang dipendam selama ni telah terluah..
namun, apakah ifah mudah menerima? kerana dia pasti dan tahu bahawa gadis itu bukanlah seperti gadis-gadis lain di luar sana..bagi muaz, ifahlah sahaja yang layak menjadi suri di hatinya dan menjadi penyambung zuriat anak-anaknya..ifahlah penerus dakwah dan tarbiyah buat keluarganya..ifahlah pendukung di saat resah gelisah hatinya..

muaz sedar semua itu salah..salah baginya untuk bertindak terlalu awal..jika belum bersedia untuk memperkenalkan diri, mengapa dia harus menyiksa jiwa ifah? mungkinkah ifah tertanya-tanya? atau ifah terus memandang rendah akan tindakannya? atau pun ifah mungkin tidak suka dengan bunga? adakah warkah itu jelas menyatakan hasrat isi hatinya?
macam-macam yang membelenggu fikiran muaz..neuron-neuron di otaknya kelihatan seperti berbelit-belit, mencari penyelesaian pada jawapan yang dia sendiri tidak tahu..

"muaz, menung apa tu..." iqbal, rakan sebilik muaz yang baru pulang dari keluar makan..

"eh, dah balik pun kau..kenapa lah balik awal sangat, x dapat aku nak layan jiwang..hehe" muaz menyengih..

"sejak bila pulak ustaz muaz pandai layan jiwang ni...? ooo..ke kau ada sesuatu yang kau sembunyikan dari aku ni?" iqbal cuba mengorek.

"ish, xde lah.aku main-main jela..dah la jom tido, esok leh bangun awal, solat tahajud.." selimutya mula ditarik..

iqbal hanya menurut.dia menghormati rakan sebiliknya itu..'bagus aku dapat roomate cam muaz ni, kalau tak entah-entah setahun sekali baru aku buat tahajud.' 
iqbal tersenyum sendiri.

****************************************************************************************

nantikan sambungan nya di lain entry.
^_^

6 comments:

alonq_exe said...

Aiseh. Bersambung le pulak. Baru nak rehat2 dari baca buku.

maisarah mohd isa said...

hehehe..iyer la.. takkan kak long kamu nak tulih smua skali gus..biar ade suspen skit..hehe..^_^
nurani..zahra tu..cilok namer zuyyin eh??kihkihkih...

siti nurani abdullah said...

betul kate kak ngah tuh..
hehe..zuyyin?? adeh..kamu mengingatkan saya pada dia pula.. chronic2..

alonq_exe said...

cakap pasal bersambung, rasanya kak maisarah pun tak sambung2 cerita dia..

izzah said...

"jika belum bersedia untuk memperkenalkan diri, mengapa dia harus menyiksa jiwa ifah?"

betul part ni..pandai muaz fikir.tapi kenapa dia buat jugak?

kene tunggu next entryla gamaknya..

maisarah mohd isa said...

hohoho..idea tu bkn nye dtg skali gus..it takes time la adeq..takper2 nnt ade la kesinambungannya..but it might be a bit different..ade edit skit