Tuesday, December 2, 2008

[qanaah]

Bismillahirrahmanirrahim

“Ertinya : Sesunguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cubaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa’ (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat”. [Silsilah Hadits Shahih No. 2276].

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
 (An-nahl 97)

seringkali pabila kita lihat orang yang hidupnya senang, mewah, punya kereta yang mahal-mahal, punya rumah yang besar, punya syarikat yang banyak,punya segala-galanya...we tend to say,'alangkah bahagianya mereka ya..'
acapkali kita lihat org yang berjaya dlm karier,  yang mudah mendapat apa sahaja yang diinginkannya dalam hidup, we tend to say,"bahagianya mereka, nak apa sahaja dapat.."

namun, adakah sangkaan kita itu sentiasa benar dan itulah yang sentiasa mereka rasakan..adakah org yg mewah hidupnya dan berjaya dalam kariernya sentiasa berasa senang dan bahagia..? disebalik semua itu, terselit jua ketakutan, kecemasan, dan kepahitan yang tidak kita ketahui. apakah tawa gembira para pencinta dunia ini adalah untuk menutup segala gundah gelisah dihatinya?..kita sering lihat mereka tersenyum manis tapi hakikatnya hatinya menangis, dan org yang keliahtannya tenang, tapi sebenarnya jiwa dan rohaninya tertekan...pandang sekali lintas memang menyenangkan, sedangkan pada hakikatnya sangat menyayat hati dan memedihkan..kita ibaratkan semua itu adalah madu yang manis lagi berkhasiat, akan tetapi ianya adalah hempedu yang pahit dan memuakkan.. 

sahabat yang dikasihi Allah sekalian,
sejak kita dilahirkan sehinggalah kematian, kita akan cuba untuk menzahirkan kebahagiaan, kita sanggup berkorban waktu,jiwa dan harta bahkan nyawa untuk meraih nilai kebahagiaan ini..namun, cuba kita fahami, sejauh mana pun kita berkorban dan bersusah payah, ianya tak kan pergi jauh mana sekiranya keduniaan yang menjadi tolak ukuran..sifat keduniaan yang sentiasa tidak pernah merasa puas akan menjadi penyebab utama penghalang munculnya  kebahagiaan..

justeru, cara yang tepat utk meraih kebahagiaan ini adalah dengan bersikap Qanaah[bersyukur dengan apa yang ada] dan redha dgn setiap apa yang Allah telah berikan.Orang-orang yang Qanaah,jiwanya akan sentiasa tenang dan tenteram, bersyukur dgn setiap pemberian, dan ianya terucap pada lisan dan perbuatan...di dalam hatinya, tidak menuntut sesuatu yang Allah tidak takdirkan untuknya..dan dia tidak cemburu atau iri hati terhadap orang 'di atasnya' yg dikurniakan oleh Allah lebih dari segi keduniaan..tetapi hatinya sentiasa tersentuh dan melirih pada para hamba Allah yang dikurniakan iman dan Islam dgn terangnya jalan yang mereka lalui..dia mengharap untuk sama-sama merasai nikmat bercinta dgn Allah sebagai kekasih sebagaimana yg dirasai oleh org2 yg bertaqwa..

Untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki ini, tentu ada kenderaan yang menggerakkannya..
jadikanlah keyakinan yang mantap, keimanan yang benar,disertai dengan amal soleh yang diniatkan dgn penuh ikhlas  kerana Allah, Pemilik Kebahagiaan.Orang-orang yang kurang imannya, akan selalu menderita dek rohaninya yang semakin menipis..berbeza dgn org-org yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa merasa bahagia dgn kehidupannya kerana semuanya disandarkan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW..selain itu, segala yang dilakukan dlm hidupnya tertuju kepada kebenaran dan kebaikan yang telah digariskan oleh Allah, dia taat pada Allah sepenuh jiwanya sehingga hakikat diri sbg hamba kepada Allah akan sentiasa terpahat dihatinya..keimannya sentiasa mengharap penambahbaikkan dan niatnya hanya untuk mencari keredhaan Allah.

Ibnu Qayim Aljauziyah berkata” Iman adalah jantung Islam dan intinya, sebagaimana keyakinan merupakan qalbu iman dan isinya, setiap ilmu dan amal yang tidak menambah iman dan keyakinan adalah rosak, dan setiap iman yang tak melahirkan amal perbuatan adalah lapuk”

beliau juga menambah,"diantara ciri-ciri kebahagiaan dan untungnya seseorang itu adalah pabila bertambah ilmunya, maka bertambah pula sifat tawadhu'nya serta kasih sayangnya.setiap kali bertambah amalnya, bertambah pula rasa takut dan kewaspadaanya, dan ketika umurnya bertambah tua maka berkuranglah kerakusannya terhadap dunia."
Semoga Allah menghadirkan sifat qanaah dalam diri kita ..dan melahirkan sifat zuhud,kerendahan hati dan rasa hormat serta kasih sayang terhadap sesama manusia..tanpa kita sedari akan lahirlah dan tertegaklah keyakinan yang mantap,dan keimanan yang sahih sehingga terzahir melalui hati, lisan dan perbuatan..insyaAllah..barakallahufikum.

No comments: