adanya diri kita,
sebagai teman pembawa ingatan,
bukan untuk melalaikan.
adanya diri kita,
sebagai teman penghambur semangat jihad,
bukan penggoyah iman.
namun andai di antara kita,
merasa kedatangannya ibarat embun,
muncul dikala dinihari,
hilang kala terbitnya matahari.
maka, ingatlah kita masih disini,
sentiasa berdoa agar terpelihara sepanjang hari,
walau rembulan jauh menyepi..
ingatlah,
perjalanan kita tersangatlah jauh,
kerana kita adalah insan yang telah Allah muliakan,
dengan iman..
dan ia,
memberi peluang untuk kita terus berjuang.
No comments:
Post a Comment