Monday, April 27, 2009

selamat berjuang, sahabat




malam siang berlalu
gerhana kesayuan
tiada berkesudahan

detik masa berlalu
tiada berhenti
oh syahdunya

sejenak ku terkenang
hakikat perjuangan
penuh onak dan cabaran
bersama teman2 harungi kehidupan
oh indahnya

berat rasanya didalam jiwa
untuk melangkah meninggalkan semua
kasih dan cinta yang terbina
ia kan selamanya

selamat berjuang sahabatku
semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu

berjuanglah hingga keakhirnya
dan ingatlah semua ikrar kita

hati ini sayu mengenangkan
sengsara didalam perjuangan
jiwa ku merana dan meronta
mengharapkan kedamaian dan juga ketenangan

tetapi ku akur pada hakikat
suka dan duka dalam perjuangan
perlu ketabahan dan kekuatan
keteguhan hati berlandaskan iman


saya tujukan lagu ini khas buat sahabat-sahabat seperjuangan. Rasa rindu yang amat pada kalian. 
Yang jauh di mata, bila lagi dapat bersua ya. Teringat segala kenangan bersama ketika berjumpa suatu masa dulu. Terpahat indah sentiasa di sini. Akan ku semat sebaiknya segala nasihat dan bimbingan dari mu sahabat. Aku sedar kau jua punya tanggungjawab berat yang harus kau laksanakan. Namun, kau tidak pernah mengabaikan aku. Dikala susahku, senangku.Kau sentiasa ada bersama. Walaupun di hati cuma, bersama untaian doa. Sungguh besar kuasa Allah Yang Maha Pengasih mempertemukan kita di alam mimpi indah dikala kerinduan mencengkam jiwa. Dikala hati meruntun minta perhatian darimu, dan kau tahu aku amat memerlukanmu, kau mengajakku bangun malam bersama. Kerna kau yakin Dia menyaksikan segalanya. Dan hatiku terubat jua.Terima kasih atas segala doa yang tidak putus-putus untukku.  Maha Kasih Allah pada hambaNya.

sekalipun wajahku tidak dapat menatap wajahmu lagi, namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirna,aku tidak akan berhenti memujimu dari kejauhan bersama untaian doa,jiwaku akan selalu merindukanmu, bersua bersama penuh ketulusan dan cinta, jiwaku adalah jiwamu, jiwamu adalah jiwaku. Hasratmu adalah hasratku, hasratku adalah hasratmu.

Aku yakin pada caturan Allah. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi.
Sungguh! aku amat merinduimu...

buat yang berada disekelilingku..dekat di mata, mungkin hanya sejengkal, sehasta, sedepa, paling tidak pun beberapa langkah menapak sahaja. Tapi, susah sekali untuk bertemu. Masing-masing punya komitmen sendiri. Namun,aku merasakan kalian sentiasa di sisi, membantuku disini sepenuh hati, dan aku amat amat menghargai. Tanpa kalian, tidak mungkin aku dapat teguh berdiri seperti hari ini. Cuma kadangkala kesibukan mencemburui persahabatan kita. Seakan mahu meragut tali yang telah tersimpul sekian lama. Tetapi, tidak semudah itukan, sahabatku? Kerana kau akan sentiasa menghantar deruan angin menyampaikan salam rindu. Dan tika itu, aku tidak mampu menahan air mata. Maafkan aku jua sahabat, sekiranya diri ini tidak menunaikan hakmu yang sepatutnya. Usah diragui, kau akan sentiasa mempunyai aku disisimu. Janji kita satu, mengharap redha dari Pemberi Cinta. Bersama menyemai benih benih yang cintakan tarbiyah yang bakal subur disini.

nikmat paling manis, apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian,namun, tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati. Ya Allah, peliharalah sahabat-sahabat yang amat aku sayangi dan peliharalah ukhuwah kami.

sahabat tersayang, aku mencintai kalian kerana Allah. Tanpa Dia, semua ini tidak pernah akan terjadi. Jika aku terlupa, ingatkanlah aku. Jika aku terleka,pimpinlah aku. Semoga ukhuwah ini terasa manisnya sampai bila-bila.Bersama memperjuang agama Allah hingga akhirnya.Berdoalah agar rahmatNya membawa kita kesyurga sana.

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,kecuali mereka yang bertaqwa" 
[az-zukhruf:67]

No comments: