Bismillahirrahmanirrahim
social phobia
en.wiki kata social anxiety ni seperti emotional discomfort, fear, apprehension or worry, regarding social situations, interaction with other and being evaluated or scruntinized by other people.
kalau bahasa orang kampung, maksud dia lebih kurang macam takut dengan persepsi orang lain ke atas diri sendiri dan merasakan orang pandang rendah dan berfikiran negatif pada kita.
minggu lepas, posting psychology class. kami menemui seorang patient ni.Dia mengalami social phobia. serba sikit mengenai sejarah dia ni,
dulu, dia pernah beri ucapan di khalayak ramai. Tapi entah macam mana, dia tersilap baca teks. Dan dia tersangat lah malu, malu yang teramat yang menyebabkan dia mula menjauhkan diri dari orang lain. Dia sedar bahawa lama kelamaan dia semakin menjauhkan diri dari orang sekeliling.Dia merasakan orang sekeliling mentertawakannya di atas kesilapan kecilnya salah baca teks tu. Mula-mula, jauhkan diri dari kawan-kawan dia sahaja. Keadaan menjadi semakin parah pabila dia mula menjauhkan diri dari ahli keluarganya pula. Dia lebih suka untuk bersendirian. Apa yang dia fikirkan ialah orang lain sentiasa memandang rendah ke atas dirinya. Akhirnya, dia berhenti dari belajar di kolej dan lari dari rumah. Dan dia bekerja sebagai pemandu lori. Dan kini dia sedang menjalani rawatan di hospital di bawah penyeliaan doktor.
Rupanya ada orang seperti ini kan? bila difikirkan balik, sebenarnya setiap orang ada perasaan macam tu.Maksud saya kadang-kadang kita akan terfikir juga apa pandangan orang lain pada kita.Pernah saya bertanya pada seorang sahabat, apakah perkara yang paling menakutkan dalam hidupnya. Dan dia menjawab, dia sangat takut pada evaluation orang lain terhadap dirinya. Ya, perasaan itu wujud tapi kita masih mampu mengawalnya. Masih dalam parameter yang tidak berbahaya. Jika tidak dikawal, maka keadaan kita pun akan sama seperti orang di atas tu.Ikut logik, kalau setakat tersilap baca teks di khalayak ramai, memang malu, tapi tidak lah sampai terbawa-bawa dalam jangka masa yang lama. Lama-kelamaan orang lain pun akan lupa, betul tak? Ia sepatutnya tidaklah menjadi isu yang besar. Normal lah kadangkala kita buat silap..
Cuba kita letakkan situasi kita ditempat dia. Saya akui, ya, kita akan merasa amat malu.Tambah-tambah jika kita adalah orang yang dihormati dan disanjung tinggi oleh orang sekeliling. Namun, jika hati ini kuat, kita akan mengambil ia dari sudut yang positif. Di lain kali, mungkin kita akan lebih berhati-hati dalam memberikan ucapan. Di sinilah pentingnya kita untuk berusaha mengawal emosi dan perasaan. Islam telah menggariskan panduan sebagai pedoman hidup..Manusia punya akal. Tetapi manusia tidak mampu untuk mencari pengisian roh dan jiwanya semata-mata dengan akal. Manusia perlukan bimbingan dan wahyu untuk mengisi kekosongan rohaninya. dan menghajati hidayah bagi santapan rohaninya. Pabila rohani dan jiwa sudah kuat, dia akan berupaya untuk mengawal emosi dan perasaan dengan baik. Apa yang harus ditekankan adalah berfikiran positif. Setiap yang berlaku punya hikmah yang kita sendiri tidak menyangka betapa ia memberi impak yang sangat mendalam dalam hidup kita.
senyum selalu! tapi berpada-padalah ye..takut di anggap mental disorder pula nanti^_~
Samalah juga dalam kehidupan seharian. Apa yang kita lakukan bukanlah mengharapkan pandangan dari orang lain. Bila timbul rasa riak atau rasa ingin menunjuk-nunjuk bahawa kita ini bagus, cepat-cepatlah beristigfar. Semaikan dalam hati bahawa Allah Maha Tahu apa yang kita rasa, apa yang kita fikir, luar dan dalam sedar, malah segala-galanya! Tiada kepentingan untuk kita merasa bangga atas kelebihan yang kita miliki sedangkan itu semua hak mutlak Allah Taala. Sedangkan kita ini manusia, semua sama. Yang membezakan adalah amalan soleh dan taqwa kepadaNya. Persediaan menuju ke akhirat adalah yang lebih utama.
"wahai anakku!sungguh, jika ada suatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di Bumi.nescaya Allah akan memberinya balasan.Sungguh, Allah Maha Halus dan Maha Teliti" [Luqman:16]
“Allah akan mengangkat darjat orang beriman di antaramu dan org berilmu beberapa darjat” [al-Mujadilah:11]
p/s: apa kata jadi social seeker..Ajak kawan-kawan merasai nikmatnya hidup dalam dakwah dan tarbiyah.^_^
2 comments:
pd sya persiapkan diri sebelum mypaikan ucpan dikhalayak ramai..mungkin mampu mengelakkan dri drp kesilapan........
setuju~~
Post a Comment