Saturday, January 3, 2009

ana & enti

bismillahirrahmanirrahim..

ANA & ENTI

enti…
bukan ana tidak mahu memandang
wajah enti,

tapi ana berdoa agar wajah ini
menghiasi hari2 nanti..

hari2 yang pasti..

bukan ana tidak mahu melirik
senyuman pd enti,

tp ana selalu tersenyum didalam
hati,

agar senyuman ini ‘mahal’ dihari
cincin di sarungkan di jari,

bukan ana tidak mahu bertanyakan
khabar pd enti,

tetapi ana sering mendoakan agar
satu hari nanti,

ana tak perlu bertanyakanya dan
ana sentiasa merasai..

di hari2 yang pasti…

bukan ana tidak mahu bercakap
dgn enti,

tapi ana ingin menghabiskan
bicara2 ana,

tika mana ana dan enti ‘bukan’ lg
‘ana’ dan ‘enti’..

di hari2 yg pasti…

bukan ana tidak mahu chatting dgn
enti,

tapi ana takut jari2 ini tidak
diizinkan lg untuk membelai rambut enti,

dihari2 yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dgn
enti,

tapi bimbang Allah menarik
kenikmatan ini di hari2 yg pasti,

tika itu mungkin Allah menarik
nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,


bukan ana tidak ingin memandang
wajah enti,

tp,ana bimbang wajah ini tidak
akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,

di hari2 yg pasti…


bukan ana tidak ingin memandang
senyuman enti,

tp ana bimbang senyuman ini pudar
dan layu,

di hari2 yang pasti..


bukan ana tidak ingin membelikan
hadiah untuk harijadi enti,

tp bimbang ana hadiah itu adalah
terakhir dari ana untuk enti..

tidak lagi ,

dihari2 yang pasti..

………………………….

enti yakinlah,
percayalah…

bukan ana tidak ingin mengatakan
rindu pada enti,

tetapi rindu tika ini tidak akan
membawa kepada rindu ana pada ilahi..

kerana ia bukan hari2 yang
pasti…

bukan ana tidak ingin mengatakan
mencintai enti,

tapi ana tahu cinta saat ini tidak
juga membawa kepada cinta ana pada ilahi,

kerana ia bukan hari2 yang pasti..

kerana ia bukan dihari2 yang
pasti,

ana tidak mahu agar hati ana dan
enti mati..

lalu mematikan hubungan ana atau
enti dengan ILAHI..


enti,intailah sebentar hari2 yang
pasti..tika itu,andai ana jatuh enti menghulurkan tgn untuk memberi ana
harapan,tika ana kesedihan enti bersedia untuk tersenyum disisi dn
menggembirakan,tika ana berseorangan entilah teman,tika ana kelalaian entilah
yang mengingatkan..tika itu,ana dan enti..

bukan lah ‘ana dan enti ‘lagi…
kerana..

ia adalah hari2 yang pasti..
berdoalah untuk hari2 yang pasti,

hari2 yang pasti bagi mereka yang
menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..

dan itulah jalan yang telah islam
berikan…

-selamat malam enti-

moga kita dipermukan nanti,dihari2
yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana
hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti..


————————————————
pasti!..yakinlah..Allah sangt2
baik !..moga kita semua dibukakan pintu hati..

untuk anta2 dan enti2 skalian..

[p/s:artikel ini ditemui ketika melayari  internet..sebagai pedoman bersama..ayuh syabab! tingkatkan amal dan  dakwah jihad fi sabilillah..kita masih ada misi penting yang perlu dilangsaikan!]

                      

SYABAB ISLAMIYAH

KEMBALI KEPADA ISLAM YANG SEBENAR




2 comments:

alonq_exe said...

Assalamualaikum, akak.

Nak copy ek. =)

syabab said...

waalaikumussalam..
sila-sila..