Tuesday, October 6, 2009

iron princess


Bismillah walhamdulillah

Saya masih ingat,

Tika saya sangat sedih, mengenangkan sahabat yang paling saya sayang, melangsungkan pertunangannya. Bertunang saja, sudah cukup buat hati ini memendam rasa. Mungkin kerna terlalu sayangkan dia, saya jadi risau andainya hubungan kami tidak dapat rapat macam dulu lagi. Usah kira betapa banyak air mata yang ditumpahkan kerna saya hanya inginkan yang terbaik buat dirinya. Saya ingin memegang tangannya mengharung jalan dakwah ini bersamanya. Tarbiyah ini tidak akan ditinggalkan walau sekejap cuma.

Di kala itulah, sahabat saya yang jauh nun di bumi mekah, sedang mengerjakan umrah.. Memberi kata-kata semangat berharga. Maha Hebat kuasa Allah, seolah-olah saya dapat merasai bersama perjalanan sahabat saya di bumi barakah itu. Terasa dekat sangat. walau hakikatnya sangat jauh. Apa lagi yang dapat saya ungkapkan hanya ucapan alhamdulillah.. Rindu pada Baitullah amat2 menggamit jiwa. Rasa macam mahu saja terbang ke sana, melakukan tawaf dan bermunajat bersungguhnya di depan Kaabah. Alangkah bahagianya!

Ia kekal dalam mimpi. 2 hari saya bermimpi melakukan ibadah di sana. Terima kasih sahabatku yang senantiasa tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat diri yang hina ini. Mesejnya yang saya masih tidak lupa dan insyaAllah akan sama-sama dipegang..

bermujadah..demi cita-cita..'bidadari besi hafizah seteguh rabi'ah al- adawiyah!'

seperti bidadarikah saya? oh,tidak sama sekali. banyak lagi kekurangan diri ini yang harus diperbaiki.
Tapi tak salah kalau impian tu tinggi kan? bak kata kak sumayyah, himmah kene 'aliyah! Apa yang penting, menjadi insan yang terbaik disisi Allah.

Besi?
biarlah cerita di sebalik 'besi' ini menjadi rahsia antara saya dan Allah sahaja.

hafizah..

that words strike me most.

jauhnya perjalanan..'saya hanya dapat tertunduk. Malu dengan Allah.
Banyaknya janji yang saya tidak tunaikan.
Kalam suci peneman setia. Saya sedar dia juga punya matlamat yang sama. Dan sungguh kesedaran itu tidak cukup andainya tidak berusaha. Dengan persekitaran yang sangat tidak membantu, ujian dunia yang bersepah dimana-mana, memang menguji amat. Mungkin, itulah peluang yang Allah berikan untuk terus bermujahadah. ya Allah!! banyaknya dosaku!

teringat kata sahabat baik saya di mesir,
'tenang sangat tengok sheikh yang kitorang pergi talaqqi tu, doktor perubatan pulak tu. Hafiz, bagus sangattt. ana kene tegur je masa baca depan dia. Bila dia tanya soalan medic, asik tersekat-sekat nak jawab. teruk betullah! "

'bila la kita nak jadi bagus macam tu ye...' saya berbunyi dari corong telefon

'kene mujahadah lebih sikit lah' dia menjawab

Setuju. Orang yang hebat akan diuji dengan ujian yang hebat juga. Namun, orang yang hebat tidak akan pernah mengeluh ke atas ujian yang menimpanya. Berbekalkan kecintaan yang sangat mendalam kepada Allah, ujian setinggi manapun dianggap kecil sahaja. Kerna nikmat yang telah Allah kurniakan buatnya melebihi dari segala-galanya.

Al quran itu bukan setakat untuk dihafal, tapi biarlah dihafaz juga. Ramai yang mengaku menghafaz alquran, tetapi peribadi nya tidak pun menunjukkan ciri-ciri yang disebut dalam Quran. Biarlah apa yang dibaca, ditadabbur, dan dihafaz itu meresap ke dalam hati dan ruh kita.
Ya Allah, peliharalah diri ini sebaiknya. Diriku ini banyak sangat cacat cela!

seteguh rabi'ah al-adawiyah..

mari saya kisahkan sedikit cerita tentang dia.

Rabi'ah binti Ismail al-adawiyah dilahirkan awal kurun ke2 H berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Diljah menggunakan sampan.

Ketika hidup masyarakat Islam waktu itu telah berubah menjadi 'jahiliah', pergaulan semakin bebas, dan orang ramai berlumba-lumba cari kekayaan. Menyanyi,menari, berhibur diagung-agungkan. Namun, pada masa itu, muncul gerakan baru yang dinamakan tasawuf Islam yang dipimpin Hassan Al-Basri. Mereka menghabiskan masa dan tenaga mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri pada Allah.

Ayah rabiah juga seorang yang amat menitikberatkan pendidikan Quran buat anaknya. Natijahnya, rabi'ah sendiri gemar membaca dan menghayati isi Al-Quran sehingga berjaya menghafal kandungannya. Sejak kecil lagi, Rabi'ah berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi dan keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaanya, kehidupannya serba sempit. Dan rabi'ah juga tidak terkecuali dari ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman.

Munajat Rabi'ah sewaktu kesunyian di tengah malam menghadap Tuhannya,,

"ya Allah ya Tuhanku.Aku berlindung diri kepada Engkau dari segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripadaMu, dari segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!..

Tuhanku, bintang2 telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telh menutup pintunya dan inilah dudukku dihadapanMu.

Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir,tiada siulan burung yang menyanyi,tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati itu semua menjadi bukti keEsaanMu dan tiada sesuatu yang menyamaiMu.

Sekalian manusia telah tidur nyenyak, yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan dihadapanMu. Maka,moga2 Engkau berikan satu pandangan kepadanya yang akan menahannya dari tidur supaya dia boleh berkhidmat padaMu.

Tuhanku!Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagunganMu. "

Setiap malam, begitulah Rabi'ah. Pabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus bermunajat,

"Ya Allah, malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. wahai malangnya diri! apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia atau Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliannMu, jika Engkau menghalauku dari pintu2MU itu, nescaya aku tidak akan bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sudah sangat cinta kepadaMu."

Satu perkara yang menarik tentang Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan,

"perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Ada pun aku tidak mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintahNya. Aku tidak punya apa-apa."

Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu, dia terus menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak punya tujuan lain kecuali untuk mendapatkan redha Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, permikirannya, perasaanya hanya pada akhirat semata-mata. Selama 30 tahun, dia mengulang kata-kata ini dalam solatnya,

"Ya Tuhanku! Tenggelamkan aku dalam kecintaanMu supaya tiada satu pun yang dapat memalingkan aku dariMu"

ada satu syairnya yang berbunyi,

"kekasihku tiada menyamai kekasih yang lain biar bagaimana pun, tiada selain Dia dalam hatiku, kekasihku ghaib dari penglihatanku dan peribadiku, tetapi DIa tidak pernah ghaib dalam hatiku walau sedetik pun."

Rabi'ah telah membentuk satu cara luar biasa dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwanya..

"jika aku menyembahMu kerana takut dari api nerakaMu, maka bakarlah aku di dalamnya! Jika aku menyembahMu kerna tamak pada syurgaMu, maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi, jika aku menyembahMu kerna kecintaanku kepadaMu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."

Begitulah kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan padaNya...

Refleksi..

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata bagi Allah orang yang sabar"
[ali-imran:142]

jom sahabat, kita koreksi diri, tingkatkan amal dan taqwa..Nak masuk syurga, yuk masuk sama-sama^_^ insyaAllah..


[mode: himmah 'aliyah]
next entry kita cerita panjang lagi k.

p/s: pecut!!!!
p/p/s: missing sisters in manipal so much =(

No comments: