Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Friday, November 13, 2009

belajar demi kelangsungan dakwah!

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum wrt

Seperti saya yang masih lagi belajar, pastinya tiap2 hari wajib untuk buka buku dan baca. Revise atau buat nota. Tapi, kadang-kadang, perasaan malas tu muncul juga.[rasa macam selalu je]hehe.

Pernah suatu ketika, saya takde mood sangat nak baca buku. Maksud saya menelaah pelajaran yang dah dipelajari di kelas. Lepas kelas, sibuk dengan usrah, urusan adik-adik , DF dan macam2 lagi.Semangat dakwah yang terlalu berkobar-kobar ni amik masa saya yang banyak jugaklah.
Gembira nya rasa bila dapat memberi dan berkongsi apa yang kita rasa nih dengan orang lain. Bestnye feeling dia bila dapat bina lagi 'batu-bata' dan eratkan lagi ukhwah yang ada.

Dan bila sudah tiba waktunya untuk saya study, sy pernah merasakan,'kan best kalau tak perlu study, buat kerja dakwah je'
Waktu yang sama, ada seorang kakak yang jauh di NZ sana, kami tidak pernah bersua muka, namun kerana jalan yang diambil ini sama, hati kami sangat mudah terikat walau sekadar bertemu di ym cuma.

Dia mengingatkan saya,

bahwa belajar itu sangatttt penting! walaupun kita tahu dakwah itu lah segalanya dalam hidup kita!

kita pasangkan niat supaya kita belajar ni demi kelangsungan dakwah!

Perlu nya saya untuk study rajin2 dan jangan sesekali rasa terbeban dengan ilmu..sebab dengan ilmu itulah kita boleh tunjuk pada orang bukan islam bahawa mukmin itu mestilah mumtaz dalam setiap perkara hatta dalam pelajaran sekalipun!

Pentingnya saya untuk excel dalam bidang saya ni, supaya Islam itu orang dapat lihat bukan dari akhlaknya sahaja, tapi ilmunya juga.

Sebab dengan ilmulah, kita boleh bergerak lebih maju lagi kehadapan. Dengan ilmu lah, orang akan lebih hormat kita dan perjalanan dakwah kita dengan orang lain akan lebih meluas.

Dan dari itu, saya harus lebih tegas dengan jadual harian. Diakui bidang yang saya ambil ni, banyak sangat komitmen yang harus ditumpahkan. So, jadual kene renew selalu dan ikut betul2. Susun masa dengan teratur. Supaya tak lah nanti, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran' .

Apepun, dakwah tetap no 1, study tu sebagai pemangkin kita untuk terus bergerak lebih maju.

Sebab tu seorang daie kene teratur masanya! kan itu salah satu dari ciri muwasafat tarbiyah.

Dan bila dah macam ni, usahlah terlalu fikirkan kepentingan diri sendiri. Indeed, jadual kita tak kan macam orang lain, tapi dengan jalan yang kita pilih nilah kita akan jumpa kepuasan yang sebenarnya. Sekalipun badan penat, tapi bila hati kita rasa tenang, itu lagi bermakna, kan? ^_^

And for sure Allah akan tolong kita dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Kita tolong agama Allah dengan ikhlas, insyaAllah, Dia akan bantu kita termasuklah dalam pelajaran.Masa sikit, tapi bila baca buku, mudah masuk dan mudah faham.
Yang paling penting, kita kene yakinnnnn sangattttt sangatttt dengan pertolongan Allah!

Izzah

Berasa mulia atau bangga dengan Islam kadangkala diistilahkan sebagai izzah. Bila kita berasa mulia dengan Islam, secara tak langsung hidup kita akan lebih terarah. Kita akan pastikan segala tindak tanduk kita ni berdasarkan amar makruf dan pada masa yang sama jauhi mugkar.

"Dan yang demikianlah, Kami telah menjadikan kamu umat wasatha agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan Rasul menjadi saksi atas perbuatanmu"
[al-baqarah:143]

Wasatha kat sini bermaksud yang terbaik. So, kita kene menghiaskan diri kita dengan ciri-ciri yang terbaik berteraskan agama. Tak kesahlah dalam apa jua yang kita buat pun!

Ada satu kajian yang dilakukan oleh Dr.Harold G.Koeing, Pengarah centre for the Study of Religion/Spirituality and Health, dia kata, mereka yang berpegang teguh pada agama ni mempunyai hormone interleukin-6 yang tinggi dalam darah. Hormon ni fungsinya tingkatkan sistem daya tahan individu. Dan sistem nilah yang terdapat dalam badan kita nih. Apabila sistem ni dapat fungsi dengan baik, ia mampu cegah serangan kuman dalam badan.

Haa..menarik kan? Makin kuat kita berpegang dan yakin dengan Allah, insyaAllah, evrything will be fine=)


k, kita layan satu lagu ni. A reminder from 'my sister' this morning. Seseorang yang banyak memberi tunjuk ajar walaupun selalunya dia tak perasan pun.=P jzkk sis!!


open your eyes



Wednesday, October 7, 2009

pecut


Bismillah walhamdulillah

Baru sahaja pulang berjumpa sisters..
tak tahu nak gambarkan macam mana...
gembira sangat!!!

walaupun baru je jumpa, tapi rasa dekat sangat. Mungkin itulah kuasa ukhwah fillah.
Tiada pengisian specific hari ini, hanyalah taaruf dan duduk bersama membincangkan masalah ummah.

Walaupun masih bergelar junior di kampus melaka ni, melihat kakak2 yang baru sahaja habis final exam mereka siang tadi, terus sahaja mencari peluang duduk sekali dengan mereka.

Tak sabar nak jumpa lagi.

Seronok sangat bila kita tahu yang kita tidak seorang dalam jalan ini. Dan punya sisters yang menyokong penuh memberi semangat!!

alhamdulillah!

souls are like constripted soldiers,
those whom they recognize,they get along with,
and those whom they do not recognize,
they will not get along with.



Teringin pula untuk saya kongsikan satu kisah menarik mengenai Abu Dahdah.

******************************************************************************
Pecut...

Saya ceritakan satu kisah yang amat menyentuh hati ini di hari-hari terakhir Ramadhan. Satu kisah yang diceritakan oleh seorang akak semasa Sister's Talk baru-baru ini.

Pernah di zaman Rasulullah SAW, ada seorang anak yatim yang ingin membina sebuah tembok di kawasan kebunnya. Namun proses pembinaan kebun ini tidak dapat nak diteruskan kerana ada sebatang pokok yang menghalangnya. Maka anak kecil ini pergi meminta pada empunya pokok agar memberikan pokok tersebut padanya.

Empunya pokok tidak mahu. Berkali-kali anak kecil ini merayu tetapi jawapan pemilik pokok tersebut tetap adalah tidak. Lantas anak kecil ini membawa hal ini kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW merayu kepada pemilik tersebut agar memberikan pokok tersebut terhadap anak kecil yang kematian ayah itu. Kata pemilik pokok tersebut, itu adalah haknya. Berkali-kali rayuan dibuat, jawapannya tetap adalah tidak.

Akhirnya anak kecil ini mula menitiskan air matanya. Dan Rasulullah SAW berkata andainya dia memberi pokok tersebut, Allah akan menggantikannya dengan pokok di syurga. Mungkin kerana marah dan bengang hal sebegitu dibawa kepada Rasulullah SAW, pemilik pokok tersebut menolak tawaran tersebut. Apatah lagi yang membawa isu tersebut adalah seorang anak kecil. Kemarahannya membuatkan dia pergi.

Di kalangan yang hadir mendengar isu tersebut ada seorang sahabat. Dan nama sahabat ini adalah Abu Dahdah. Abu Dahdah bertanya Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, andainya aku membeli pokok tersebut dan memberikannya pada anak kecil ini, adakah aku akan beroleh hal yang sama?” Rasulullah berkata,“Ya”. Lantas Abu Dahdah bergegas bertemu dengan pemilik pohon tersebut. “Tahukah kamu mengenai kebunku?” Kebun Abu Dahdah adalah kebun yang subur. Ada 600 pokok di dalamnya. Kebunnya adalah kebun yang terbaik. Rumahnya juga di dalam kebunnya. Tiada siapa yang tidak mengenali kebun Abu Dahdah.

Lantas pemilik pokok tersebut berkata, “Ya”. “Mahukah kau kebun tersebut untuk digantikan dengan pokok yang satu itu?” Terkejut pemilik pokok tersebut. Adakah Abu Dahdah sudah gila? 600 pokok untuk 1 pokok? Abu Dahdah meminta orang sekeliling menjadi saksi akad jual beli itu. Terjadilah perjanjian itu.

Dengan tersenyum Abu Dahdah melihat anak yatim tersebut, “Ambillah pokok itu”. Anak kecil itu begitu gembira. Abu Dahdah kembali ke kebunnya yang telah dijual itu. Abu Dahdah menunggu di luar sambil memanggil isterinya.

“Ummu Dahdah! Ummu Dahdah! Cepat keluar dari kebun ini! Aku sudah meminjamkan kebun ini kepada Allah!”

Cuba bayangkan kalau kita adalah Ummu Dahdah. Suami kita telah menjual segalanya. Kosong dan tiada apa lagi untuk kita. Apa perasaannya? Tapi Ummu Dahdah tahu bahawa suaminya melakukan jual beli yang terlalu agung dengan Allah SWT. Segala harta itu untuk sepohon pokok di syurga.

Lantas Ummu Dahdah berkata, “Engkau tidak rugi, suamiku, engkau beruntung, engkau sungguh beruntung!” Masya Allah betapa mulianya kata-kata yang keluar dari mulut Ummu Dahdah. Saat itu juga di tangan anak Abu Dahdah ada sebutir kurma. Abu Dahdah membuka tangan anaknya dan mencampakkan kembali kurma itu ke kebun. “Ayahmu sudah meminjamkan kebun ini kepada Allah.” Masya Allah. Ibnu Mas'ud menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, “Berapa banyak pohon sarat buah yang kulihat di surga atas nama Abu Dahdah.”

Ertinya, Allah memberi Abu Dahdah pohon-pohon yang berbuah lebat di surga sebagai ganti atas pemberiannya kepada-Nya di dunia. Bila Rasulullah SAW mengungkapkan kata-kata ini? Di saat dia melihat mayat Abu Dahdah yang syahid di dalam peperangan Uhud. Subhanallah. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW melihat dunia dari jendela akhirat. Berebut-rebut mengejar pahala. Tinggal dua hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Ayuh pecut selajunya untuk mengejar kebaikan di akhir waktu ini. Sesungguhnya pintu syurga di buka di bulan ini.

******************************************************************

Ini semasa bulan Ramadhan. Sekarang dah masuk syawal. Namun, bulan bukanlah penghalang untuk terus istiqamah buat benda baik kan?

Bulan2 inilah masanya kita diuji sama ada latihan masa bulan ramadhan tu effective atau tidak.

jom ramai-ramai kita pecuttttttttttttttttttt!
pecut laju-laju demi tarbiyah!

p/s: jzkk pd sahabat2 seangkatan, yang tidak pernah meninggalkan.^_^