Wednesday, May 20, 2009

flashback 1

Bismillahirrahmanirrahim

"nah, baca lah buku ni time nura senang-senang nanti" syu mengeluarkan sebuah buku kecil  dari poket jubahnya. Terselit sekali pen milikku yang dia pinjam semalam.

"tq, insyaAllah, nura baca nanti" sekuntum senyuman kulemparkan buat syu.Aku memandang sekilas buku 'muslimah hari esok'  dan terus masukkan dalam baju sejuk. Baju sejuk tu pun ona pinjamkan,kesian kat kawan dia sorang ni yea.Ingatkan datang egypt dah tak sejuk, tapi masih sejuk lagi.Mungkin nak bagi kami dari india yang asik dok berpanas ni rasa musim sejuk juga kut.

Train ke cairo telah tiba di stesen. Salaman dan pelukan terakhir diberikan sebelum bergerak ke cairo. Alhamdulillah, train di egypt bagi kami sudah cukup baik. Aku duduk sebelah sarah. Nampaknya, sarah lebih dahulu terlena disisiku.Penat barangkali. Perjalanan ke cairo akan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sekarang, baru jam 8pm.Hurm, tak tahulah kenapa hati syahdu sangat tinggalkan alexandria.

Aku teringat buku kecil tadi. Helaian demi helaian aku belek. "muslimah hari esok'. Bagi aku, tajuknya sendiri sudah menyentak adrenaline untukku terus membaca dan membaca. 

'Ada segelintir manusia berpegang dengan ungkapan:
"berundinglah dengan wanita dan abaikanlah keputusan rundingan tersebut!"
sedangkan ungkapan itu tidak pernah lahir dari Nabi SAW, kerana Allah telah berfirman,
maksudnya: "Dengan kerelaan dan pemusyawaratan antara keduanya"

Nabi Muhammad sendiri berbincang dengan  isterinya, Ummu Salamah selepas perjanjian hudaibiyah, ketika para sahabat ingkar dari mematuhi arahan baginda supaya bercukur dan memotong rambut untuk bertahallul dari ihram umrah begi membolehkan mereka pulang selepas termeterainya perjanjian tersebut.

Para sahabat merasa keberatan dengan arahan tersebut dan tidak ada seorang pun yang melaksanakannya. Hal ini kerana para sahabat keluar ke Makkah semata-mata dengan niat untuk menunaikan umrah dan ibadat-ibadat lain.

Dalam keadaan tersebut, Nabi saw mengadu kepada Ummu Salamah perihal para sahabat seraya berkata, "Binasalah manusia!" kerana mereka telah mengingkari perintah baginda saw.

Maka Ummu Salamah berkata," Wahai Rasulullah , keluarlah tanpa berbicara dengan sesiapa pun dan suruhlah tukung cukur mencukur rambutmu dihadapan mereka, kemudian bertahalullah dari ihrammu. Jangan engkau lakukan selain dari itu. Lalu Nabi saw keluar dan melaksanakan apa yang disarankan oleh Ummu Salamah. Pada ketika itu, para sahabat seolah-olah baru terjaga dari lena dan berkata: "Adakah patut kita tidak mengerjakan apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah?"

Maka mereka melaksanakannya hasil dari buah fikiran  Ummu Salamah.Jelas terbukti, bahawa wanita berhak mengeluarkan pendapat dan pandangan.

Aku tersenyum sendiri. Sememangnya kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita, namun tidak semua pandangan kaum wanita itu harus ditolak membuta tuli. Bukan semua yang mereka katakan hanya bersandarkan emosi.Aku kagum, terlihat betapa perlunya ada seorang isteri itu sebagai penolong kepada seorang suami.

Kepala pening, mungkin tak biasa membaca dalam train.Aku simpan buku kecil itu kembali. Nampaknya, ada lagi 2 jam untuk kami sampai ke cairo.Lama lagi ni..lantas, Mp3 handphone kupasang, menghayati surah Baqarah dari syeikh mishary rashid..
Tenang............

******************************************************************************************

Sampai di cairo, ustaz ambil kami dari train stesen. Kami menaiki van menuju ke rumah kelantan untuk menumpang bermalam sehingga subuh pagi esok. Kami akan bertolak ke sinai keesokan harinya.

Lebih kurang jam 6.30am, kami pun bertolak menuju ke sinai, ditemani seorang musyrif, ustaz hafizul. Perjalanan akan mengambil masa 3 jam barangkali. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu sangat tentang sinai, sebelum ke mesir, yang aku tahu, aku harus mendaki Mount Sinai. Itu sahaja. Rupanya sepanjang perjalanan itu, punya banyak tempat-tempat bersejarah. Terusan Suez, buat pertama kalinya, aku melihat kapal seolah-olah belayar di atas daratan! Baru ingat apa yang belajar dalam buku sejarah dulu.
Kalau nak diceritakan di sini, memang banyak. Tak cukup page barangkali.^_^


melewati terusan suez

Apa yang boleh aku simpulkan, trip ke sinai adalah trip yang tidak akan pernah dilupakan. Menikmati fitrah kejadian pertukaran malam kepada siang, tenggelamnya bulan dan bersinarnya bintang di malam hari yang dinikmati semasa mendaki mount sinai, dan timbulnya matahari dari ufuk timur sedikit demi sedikit pabila Bumi berputar pada paksinya tatkala subuh menyinsing. Subhanallah! Tiada kata-kata lain yang terucap!


fajar menyinsing

Di puncak itu, aku teringat akan baris-baris ayat dalam buku kecil, 'muslimah hari esok'

Bertitik tolak dari ini, kita ingin kan masa depan muslimah yang sederhana dalam beramal, menunaikan tanggungjawab secara sempurna sebagaimana dia menuntut haknya secara sempurna, bahkan sepatutnya dia melaksanakan kewajipannya terlebih dahulu sebelum dia menuntut haknya.

Gaya pemikiran yang sedang menular pada masa kini ialah sikap menuntut hak dari orang lain sebelum menunaikan tanggungjawab diri. Mereka sering berkata,"Apa yang akan aku perolehi? " Sebelum berkata," Apa yang harus aku lakukan?"

Wanita juga tidak ketinggalan menuntut pelbagai hak; hak untuk belajar, bekerja, mengundi, malah hak menjadi pemimpin tertinggi, sedangkan mereka tidak pernah bertanya, "Apakah kewajipanku?"

Setiap oxygen yang aku hirup, setiap carbon dioxide yang aku hembus, semuanya kerana Allah yang membenarkan.Mengizinkan aku untuk terus hidup, memberi peluang untukku bertaubat di atas segala dosa yang telah aku lakukan. Terngiang-ngiang, apakah kewajipanku? pada Allah,pada diriku, pada keluargaku, pada sahabat2 ku, dan paling penting, pada hak dakwahku? dengan duit biasiswa yang aku ada, untuk tujuan apakah ianya digunakan? Sememangnya aku amat2 bergantung pada biasiswa ini, aku kira tidak mungkin aku akan sampai ke bumi anbiya ini tanpa biasiswa. Tidak mungkin kaki ini dapat melangkah jauh. Namun,semuanya itu adalah rezeki dari Allah yang tidak pernah jemu menumpahkan kasih sayangNya kepada hambaNya yang sering alpa ini.

Saban hari, manusia punya kitaran hidup yang sama.Bangun pagi, makan, tidur , bekerja dan macam2 lagi. Yang membezakan adalah amalan mereka. Setiap yang hidup pasti mati, cuma masanya tidak dketahui. Aku membayangkan andai malaikat izrail mencabut nyawaku sebelum sempat turun dari puncak sinai ini, adakah cukup sudah amalanku? Banyak lagi yang belum aku laksanakan!Pengorbanan Nabi Musa dalam mencari cinta Allah, usahanya untuk bertaqarrub dengan Allah..cukup memberi kesan di hatiku. Sukar untuk aku gambarkan, wahai angin, kirimkan segala resah di dada ini, biarlah ia lari jauh,agar hati ini terubat sendiri. Seolah-olah angin memahami gelombang hati ini,terasa kasih sayangNya yang mencurah-curah...



perjalanan yang masih panjang

to be continued....

1 comment:

norahnor said...

Salam...terasa begitu kerdilnya diri...."Wahai Tuhan kami,ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmatMU kepada kami"