Fizikal lemah, terasa malas dan tidak bermaya, blur, tiada mood.
Jasmani semakin hari semakin lemah. Susahnya untuk istiqamah melakukan ibadah sunat. Malah, yang wajib juga sekadar memenuhi tuntutan kerana dah terbiasa. Padahal hakikatnya ianya tidak memberi kesan kepada rohani. Emosi juga sering tidak stabil. Selalu berburuk sangka dan marah pada orang lain.Kadangkala kita sendiri bingung kenapa sering rasa sedemikian rupa. Nak kata keperluan tak cukup, tidak. Semuanya cukup. Baik dari segi makanan, pakaian, dan lan-lain lagi.
Rupanya another side of us is missing. Pengisian rohani yang bisa menyuburkan hati nurani. Defect yang sudah tentunya harus di ubat secara terus menerus. Jika sakit jasmani kita rela makan ubat dan berhabis duit semata-mata untuk sihat, begitu juga dengan rohani. Kita harus lebih rela untuk mengubatinya sebaik mungkin kerana ialah jantung kepada jasmani, emosi dan fikiran kita. Tandus rohani, tanduslah selainnya.
Disinilah mengambil history taking terhadap diri sendiri harus dilaksanakan.
Nama: Hamba Allah. Kita adalah milikNya semata. Ternyata kita ini bukan siapa-siapa
Umur: Dah berapa lama Allah bagi pinjam umur kita ini. Adakah sepanjang hidup ini matlamat kita kerana Allah atau kita sendiri tak pasti apa yang kita buat dah menjangkau umur 20 ke atas ni.
Jantina: perempuan atau lelaki. Cukup terjagakah kita sebagai penyambung sunnah terbesar Rasulullah dalam menyebarkan dakwah
Tarikh lahir: xx mac/safar 19xx/14xx H
Address: menumpang di atas muka Bumi milik Allah
History.
Chief complaints
hati tidak tenang, sering merasa gelisah dan punya banyak masalah, merasakan diri lebih bagus berbanding orang lain
HOPI[history of present illness]
-pelaksanaan amalan wajib yang tidak bersungguh;bangun subuh lewat, solat zohor dan asar dilambatkan.
-pengurangan amalan sunat yang semakin berkurang dari hari ke hari;alQuran semakin ditinggalkan;tidak membaca mathurat pada pagi dan petang
-malas untuk bangun solat malam
-makin banyak movie atau rancangan yang tidak berfaedah ditonton
-berat hati untuk menghadiri usrah
-menangguh program usrah [selaku naib dan naqibah]
-tidak menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan;pergaulan semakin bebas
-tidak menjaga anggota pinjaman dari Allah sebaiknya;mata selalu meliar melihat perkara yang tidak sepatutnya[tidak menjaga pandangan mata], tangan melakukan maksiat yang kadang tidak disedari, kaki melangkah ke tempat yang tidak baik, etc
-hati, satu-satunya jantung pengawal tingkah laku, sering dicemari dan dikotori.
-sering mendengar lagu yang memberi impak negative pada hati; bacaan Al-quran jarang sekali untuk didengar, tetapi lagu berunsur keduniaan dan melayan perasaan yang menjadi pilihan.
-sering merasa riak atas kelebihan yang Allah berikan
Past history
-segala perkara berkaitan
Birth history
-dilahirkan ke muka Bumi dengan keadaan yang cukup semua sifat
-disambut oleh ibu dan ayah yang sentiasa mengimpikan anak anak yang soleh dan solehah
-telah berjanji dengan Allah bahawa Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah dan akan mengikut apa yang Dia suruh dan meninggalkan apa yang Dia larang.
Immunisation history
-diberi suntikan Islam dan iman sejak dari kecil lagi; mengazankan bayi ketika baru lahir merupakan salah satu contoh betapa Islam telah menitikberatkan tarbiyah sejak kecil lagi
-diajar untuk solat, berpuasa, diperdengarkan dengan selawat nabi dan bacaan ayat suci Al-Quran
Developmental history
-diajar mengaji sejak kecil lagi supaya pandai baca Quran
-dihantar ke sekolah, tidak kiralah kerajaan atau swasta, sekolah agama atau tidak,dengan bertujuan untuk memantapkan individu itu dengan ilmu
-mula belajar tentang dunia; kehidupan dalam zaman teknologi, mewah dengan apa sahaja
-mengenal ramai orang dari serata dunia; kehidupan di sekolah mahupun kenal di alam maya
-bergiat aktif dalam persatuan di universiti
-mengenal konsep usrah;join usrah, dapat tarbiyah
Diet history
-segala perkara berkaitan; makan makanan dari sumber yang halal
Family history
-keluarga senang, bukan seperti zaman dahulu;untuk dapat sesuap nasi pun susah
-bapa: guru, doktor, arkitek, ustaz, kontraktor, akauntan, peneroka, petani, nelayan
-ibu: golongan professional, surirumah
-adik beradik-berjaya dalam bidang masing-masing
history taking di atas adalah contoh sahaja.Tidak berkait dengan sesiapa.Kita boleh check untuk diri sendiri.
Lihat, rata-rata semua yang disenaraikan adalah berkait dengan diri kita.
Dan yang paling penting adalah untuk memberi rawatan secepatnya pada hati-hati yang telah mati. Sama ada kita sedar atau tidak, hati kita akan hitam setiap hari jika tidak dijernihkan.
Maka, bermulalah proses muhasabah.
Bersungguh kah kita tatkala menghadap Allah swt. Cek kembali chief complaint dan HOPI, semuanya itu harus dititikberatkan. Tingkatkan kembali amalan, mutabaah amal jangan diambil sambil lewa. Mungkin tiada siapa yang akan check, tapi Allah akan mengira semuanya diakhirat kelak. Jika merasa lemah, pergilah mendekati sahabat yang soleh, hadiri majlis-majlis ilmu,ikut usrah,jangan biarkan diri keseorangan tanpa panduan, takut nanti syaitan semakin seronok menghayun kita dibuai kesangsian dan ketidaksenangan. Alamatnya, hilang tanpa arah tujuan.
ingatlah firman Allah swt,
'Dan sempurnakanlah pesanan dan perintah Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu merombak[mencabuli] sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya [dengan nama Allah], sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu;sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan' [an-nahl:91]
Orang kata iman kita ini naik dan turun, namun jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk kita mengambil kesempatan dikala iman menurun dengan melakukan banyak benda lagha. Tapi, sedaya upayalah meningkatkan graf keimanan dan ketaqwaan dan bertahanlah supaya tidak jatuh lagi. Untuk terus bertahan, bukan kerja mudah, ia akan dipenuhi dengan pelbagai ujian. Namun, itulah fitrahnya kehidupan. Perlu diingat bahawa kita ini musafir di Bumi Allah, dalam perjalanan yang panjang, merantau dari satu destinasi ke destinasi, dan akan kembali ke destinasi terakhir, akhirat sana. Bekalan harus dibawa secukupnya. Tugas terpenting sebagai seorang khalifah, cukup sedarkah kita akan yang itu?
Binalah jati diri, menjadi mukmin dan mukminah sejati, penerus perjuangan Nabi dan sahabat terdahulu. Mulakan langkah untuk berubah ke arah yang lebih baik demi masa depan Islam yang lebih gemilang.
'Cintailah Allah sepenuh hati'
1 comment:
^_^..kreatif..suker~..good reminder
Post a Comment