Friday, June 4, 2010

marathon runner



Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk kita hidup dan bernafas atas bumi ini. Tanpa rasa takut, cemas, malah dalam keadaan yang kita masih boleh duduk di rumah, hostel, pergi kelas, kerja tanpa rasa diancam. Paling bersyukur sekali, bila Allah masih memilih kita untuk berada dalam nikmat nya dalam iman dan islam.

Dalam surah Qaf, Allah ada sebut,

Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahu apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Qaf:16)

Allah yang cipta hati kita. Dia lebih tahu apa yang kita rasa kat dalam hati ni. Kadang-kadang, kita sendiri sukar nak faham apa yang kita rasa. Dia lebih tahu kawasan mana hati yang tengah sakit, kawasan mana yang ada dengki, kawasan mana yang rasa riak, walau sekelumit pun.

Kalaulah kita sentiasa rasa Allah tu sangat-sangat dekat dengan kita, Dia yang tahu setiap langkah dan apa yang kita fikirkan, tak tertinggal walau sesaat pun, pasti kita akan rasa nak buat baik je. Nak fikir dan buat benda buruk pun takut kan?

Tapi, selalunya kita lupa. Lupa yang Allah tu Maha Mengetahui segala-segalanya. Lupa yang setiap benda yang kita buat di dunia ini akan dihisab di akhirat kelak. Lupa yang kita sebenarnya ada tanggungjawab yang sangat besar atas muka bumi ni.

Kadang-kadang, kita rasa susahnya nak apply islam tu dalam hidup kita sehari-hari. Macam mana ye nak rasa makan tu untuk islam, kerja tu untuk islam, belajar tu pun untuk islam, pergi shopping untuk islam. Bila kita dekat dengan Allah, barulah kita akan rasa semua benda tu untuk islam.

Pernah orang tanya, tapi macam mana nak rasa dekat dengan Allah tu?

Sebab tu, kita kene selalu ingat Allah. Niat kita, mind set kita, hati kita sentiasa kene attach dengan Allah. Kan kita faham yang Allah tu lebih dekat dari urat leher kita. [tak terbayangkan? Ya Rabb, dekat nya Kau pada ku]

Sayangnya Allah kat kita. Kan best kan bila ada orang yang sayang kita, bagi kita macam-macam, kita buat jahat pada dia pun, tapi dia tetap buat baik dan layan kita dengan sangat baik. Macam tu juga Allah. Malah, kasih sayang Allah tu tersangatlah tinggi dan tak terjangkau dengan apa yang kita fikir pun.

Fuh, untungnya kita! Ada yang sayang bagai nak ape. Tak de dah yang leh sayang kita sampai macam tu sekali. Dia bagi kita segalanya. Tambah lagi, kita boleh minta apa sahaja, dan Dia akan bagi. Walaupun, kita banyak buat dosa pada Allah. Tapi, Allah Maha Pengampun.

Sedangkan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. [kepada mereka dikatakan], inilah nikmat yang dijanjikan kepada setiap hamba yang sentiasa bertaubat [kepada Allah] dan memelihara [semua peraturanNya] (Qaf:31-32)


Yuk kita berlumba!

Kalau dulu kita jaguh lumba lari, sekarang kita akan berlumba juga, tapi berlumba dalam kebaikan.[fastabiqul khairat]

Dan kita kene yakin, yang kita akan menang dalam setiap perlumbaan.

Lahu fil kulli amrin subqotun wa sabiqotun wa sabaqun (dia menang dalam segala hal).


Rasulullah s.a.w pun selalu tiupkan semangat untuk saling berlumba di kalangan sahabat. Boleh kurangkan sifat malas dalam diri ni. Tentu kita masih satu kisah...

Ketika Rasulullah bertanya pada para sahabat," Siapakah antara kamu yang berpuasa hari ini?"

Abu Bakar menjawab, " Saya."

Baginda tanya lagi, "Siapakah antara kamu semua yang hari ini tekah menghantar jenazah?"

Abu Bakar menjawab," Saya."

Baginda tanya lagi, "Siapakah antara kamu yang telah mengunjungi orang sakit? "

Abu Bakar menjawab," Saya"

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,

'Jika amalan-amalan itu ada dalam diri seseorang, pasti dia akan masuk syurga'
[HR Muslim]

Bagaimana agaknya reaksi para sahabat bila pulang ke rumah setelah dengar berita gembira yang Rasulullah cakap ni ye?

Semestinya mereka pulang dengan semangat baru, dan berusaha untuk buat macam yang Abu Bakar buat. Pertanyaan Rasulullah yang berkat itu merupakan permulaan untuk mengecapi akhirat dengan segera.

Sebab, sikap perlahan-lahan baik dalam hal yang lain, kecuali dalam hal-hal akhirat. [HR Abu Daud]

Sama juga macam kita, deen ini perlukan muharrik [orang-orang yang bergerak]. Bergerak untuk menyebarkan islam ini pada orang yang tidak faham. Kita akan berdosa sekiranya kita tak sampaikan apa yang kita faham pada mereka yang tak faham.

Sebenarnya, ramai je orang yang mencari untuk nak faham deen ini, cumanya mereka tak tahu mana nak cari. Malah, mereka tak tahu pun yang sebenarnya kene faham islam ini.

Dan tugas kita, untuk bawa mereka juga faham dan merasai nikmatnya islam yang kita hidup dengannya sejak dari kecil lagi. Ayah kita paling atas sekali adalah islam. Selagi mana seseorang itu adalah muslim, maka mereka adalah adik beradik kita. Sebab itu, mukmin itu bersaudara. [ramai kan adik beradik kita?? Dan kita patut rasa happy bila jumpa mereka]

Lihat sahaja sekeliling kita,

Ramainya manusia yang perlukan tarbiyah.

Dan semua itu tergalas di bahu kita, bawa adik beradik kita untuk faham macam apa yang kita faham.

Bila semua orang dah faham, barulah bestkan!

Dan semua itu akan mengambil masa kita, mengambil tenaga dan harta kita. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menjual dirinya dengan Allah. Yang semua tu, milik Allah jua.

wallahualam.













2 comments:

shaarehan za said...

nura...best entri ini...alhamdulillah...moga Allah pelihara hati kita daripada sisa2 insani yang tak baik...:)moga ukhuwwah keranaNya ini dipelihara olehNya sentiasa...uhibhukhifillah :) miss u nura...

nurani said...

salam shaarehan^_^
jzkk..insyaAllah, moga ukhuwah fillah ini diberkati oleh Dia!=)
miss u too dear=)