Friday, May 21, 2010

hidup di bawah bayangan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup di bawah bayangan Al-Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.

Itulah perenggan pertama dari muqaddimah tafsir fi zilal yang dikarang oleh as-syahid syed Qutb,yang dihukum gantung kerana menegakkan agama Allah ini.

Mataku menyorot lagi ke perenggan kedua,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni'matan hidup di bawah bayangan Al-Quran selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.

oh, betapa Syed Qutb benar-benar merasai nikmatnya hidup dengan mukjizat paling agung itu, yang pasti dirasai dengan seluruh genap jiwa dan raganya. Aku yang selama ini telah lama membaca dan bersama dengan Al-Quran, adakah akhlakku dan amalku, mengikut Al-Quran sepenuhnya? Adakah aku telah benar-benar merasai hidupku ini di bawah bayangan dan naungan Al-Quran?

Tulisan syed qutb aku baca lagi...

Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap denganku dengan Al-Quran ini..ya, Dia bercakap kepadaku sebagai seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang yang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?

Ya Allah, satu persatu persoalan itu menyentak nuraniku. Ya, benar sekali. Tiada yang lebih tinggi dan lebih mulia dari penghormatan Allah kepada hambaNya dengan Al-Quran, mukjizat paling agung! Yang sepatutnya kita bisa melemahkan orang kafir, bisa melembutkan hati-hati yang keras. Bukan sekadar di buat hiasan di rak buku, atau hantaran kahwin semata-mata.

Teringat satu ketika murabbiku pernah menceritakan,

Andainya kita demam atau sakit, kita akan jumpa dengan doktor. Dan bila kita jumpa doktor tu, doktor akan check dan kemudian bagi ubat. Hatta panadol pun, kita akan makan ubat tu sebab kita tahu kalau nak baik, kene makan ubat. Cuba bayangkan andai ada seseorang ni, dia baca je prescription panadol tu, tanpa makan sedikit pun panadol tu, maka dia x sembuh lah dari demam dia tu. [or maybe kene tunggu lama sikit nak baik].

Analogi mudah ni, boleh kita simpulkan, kalau nak baik, maka kita kene praktikkan, iaitu dengan ambil ubat dan makan. Bukan sekadar membacanya sahaja, iaitu sebut je nama panadol banyak2 kali, tapi tak makan langsung ubat tu.

Sama lah juga macam Al-Quran. Kita baca Al-Fatihah setiap hari, dan kita tahu apa yang Al-Fatihah tu nak ape, maka kita faham kan isi nya, dan kita praktikkan dalam kehidupan. Begitu juga dengan surah-surah yang lain.

"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.." (Ar-ra'd:11)

Lihat sendiri bagaimana ayat ini telah mengubah para sahabat untuk terus maju ke hadapan, menyebarkan islam ke merata tempat.

Lihat sendiri bagaimana Singapore, dalam masa 30 tahun, boleh lebih maju dari Malaysia. Mesti ada sesuatu yang menyebabkan mereka boleh majukan negara mereka.Jadi, kita kene ubah mind set kita. Kita kene ada 'something' yang boleh ubah diri kita. Iaitu Al-Quran. Mukjizat teragung yang Rasulullah telah tinggalkan untuk kita. Maju di dunia, dan kejar akhirat.

Al-Quran sangat pemurah. Dia akan beri apa yang nak. Tapi akhirnya, kita tak minta benda yang sepatutnya kita minta. Kalau kita minta benda yang kecil, maka yang kecillah kita dapat. Sebenarnya, Al-Quran nak beri kita sesuatu yang lebih besar lagi. Bila kita membaca dan mentadabbur ayat2Nya selalu, kita fahamkan apa isi kandunganNya, ia akan dapat mengubah pandangan kita terhadap sesuatu perkara.

Banyaknya yang Quran boleh ajar pada kita. Cuma kita nak atau tidak sahaja. Moga kita sentiasa bersama dengan Al-Quran, mengamalkan isi kandungannya. InsyaAllah.~

~~jzkk qumfaanzir sebab sharing semangat hari ini.^_^ Jum kita berusaha dengan dahsyat!
~~Ya Rabb, permudahkan lah urusanku.ameen.






No comments: