Tuesday, June 22, 2010

solat kita, tertunaikah?



بسم الله الرحمن الرحيم

Saya perasan sekarang ni dah jarang dapat update macam selalu. Masa saya di manipal dulu. Nak kata tiada idea, tak juga. Nak kata tiada masa, kadang-kadang ada je masa untuk menghadap blog, tapi tak terkeluar apa yang hendak ditulis. Namun, saya masih harapkan blog ini terus hidup, walaupun terpaksa bersawang sekali-sekala.

Dua minggu lepas, saya sempat jadi fasi untuk satu kem ibadah yang dibuat di Botanical Garden, Melaka. Masa tu pelajar sains tingkatan 5 ni sedang bercuti sekolah. Alhamdulillah, walaupun bersama mereka untuk dua hari cuma, namun sangat berbekas di hati.

Melihat betapa innocentnya mereka ini. Penekanan pada solat adalah tentatif utama pada kem itu. Setiap pelajar akan dibahagikan mengikut group dan seorang fasi akan handle group tersebut dan ajar amali solat. Especially solat bagi makmum muafiq, masbuk, solat jamak qasar, dan solat jenazah.

Belajar teori memang mudah, boleh dihafal dan dijawab atas kertas peperiksaan. Namun, pada amalinya, kita hanya akan faham bila timbulnya masalah dan bila kita berada dalam situasi tersebut. Bila persoalan-persoalan timbul, baru kita dapat kenal pasti sama ada kita benar-benar faham tak teori yang kita belajar tu.

Melihat wajah mereka satu persatu, alangkah bahagianya andai mereka benar-benar faham, apa tujuan sebenar solat, bukan semata-mata solat kerana ianya wajib, tapi tahu inipati sebenar perintah solat itu.

Kita solat setiap hari, namun adakah kita benar faham apa yang kita lafazkan dibibir dan menghadikannya dengan hati. Adakah ayat-ayat yang kita baca, hanya sekadar lafaz yang dah biasa kita ungkap tapi tidak memahaminya, malah ia menjadi suatu rutin? Sebab itu, kita solat, namun tidak mengubah kita untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Saya teringat yang ust pahrol pernah katakan dalam bukunya,walaupun kita ini dah hidup berpuluh tahun, tapi masih tak faham intipati dalam solat, tidak cuba berusaha untuk memahami maknanya, tidak berusaha untuk khusyuk ketika solat, kerana kita tidak merasa pentingnya Allah dalam kehidupan kita.

Sekiranya duit kita hilang, rumah terbakar dan kereta rosak, kita akan sangat risau dan sedih. Kita akan mengeluh, tidak sabar. Sedangkan itu semua dunia. Dan kita merasakan bahawa semua itu penting dalam hidup kita.

Bagaimana pula dengan Allah? Terasakah Allah itu penting dalam hidup?

Terhantuk pada diri sendiri.

Para sahabat menangis bila dibacakan ayat-ayat Allah. Mencabut anak panah yang tertikam di badan juga tidak sakit bila ditarik ketika solat. Ya Rabb, betapa khusyuknya mereka menghadap Allah dan memahami makna yang dibaca ketika solat.

Nak dibandingkan dengan diri sendiri, jauh sekali. Ketika nak betulkan jari yang dislocate dulu pun, merayu pada doktor untuk letak ubat bius.




Teringat masa kecil-kecil dahulu, masa darjah 3, 4, solat tu buat sebab mak suruh. Kalau tak buat, takut mak marah. Kadang-kadang tu, solat tapi tak tahu pun apa yang dibaca. Baca surah yang sama sahaja. Bila mak tanya, at least boleh jawab, "dah solat mak! yes! tak kena marah!" Solat pun acuh tak acuh.

Naik darjah 5 dan 6, dah faham sikit. Kena buat solat wajib awal waktu, dan amalkan solat sunat macam qiamullail. Masa tu buat supaya Allah bagi mudah untuk jawab peperiksaan. Biar jadi pandai dan mudah belajar. Kalau tak buat, Allah tak suka tambah-tambah kalau solat lewat waktu. Tapi, the main niat is supaya boleh excel dalam pelajaran.

Bila habis upsr, masih amalkan solat sunat juga, tapi doa supaya pemeriksa mudah bagi markah dan dapat 5A. Bukannya sebab kita betul-betul sayang kat Allah dan harapkan keredhaanNya.


Sekarang ni bila dah besar, alhamdulillah, Allah Maha Pengasih, memberi hidayahNya pada hambaNya yang banyak lupa ni. Rasa macam teruknya zaman dulu, solat pun niat tak betul. Baca Quran pun sama, niat nak khatam cepat supaya lebih awal dari kawan-kawan yang lain, dan dapat makan pulut kuning.

Mungkin selama ni kita rasa kita dah tunaikan solat, tapi sejauh mana solat itu kita tunaikan.

Tekadkan dalam diri untuk lebih bersungguh-sungguh dalam solat. Ikhlas kan hati seboleh mungkin. Cuba untuk khusyuk dalam solat. Sesungguhnya , Allah akan sentiasa membantu hambaNya yang ingin kan perubahan. Yuk kita sama-sama rasai kemanisan dalam solat! [bestnya jumpa Allah!]

wallahualam.












No comments: