Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt
Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi peluang untukku menyambut ramadhan pada tahun ini. Ramadhan kali ini harapnya dapat memberi impak yang lebih menyengat lagi buat diri. Pada masa yang sama, moga azam kali ini tercapai walaupun kadangkala perancangan kita terbatal dan tertangguh. Tidak mengapalah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
Mungkin sahaja aku menginginkan sesuatu, sangkaanku ia adalah yang terbaik dan dapat mentarbiyah diri ini untuk lebih baik, namun kali ini hanya mampu duduk di rumah menyambut ramadhan bersama keluarga. Pelbagai halangan datang bertimpa-timpa, menguji ruhi sedalam-dalamnya.
Inilah peluang untukku bermujahadah. Melawan nafsu sendiri ketika dibayangi masa lapang di rumah. Oh, rindunya waktu suntuk. Rindunya jaulah. Rindunya akhawat dan ahli usrah. Tidak sabar rasanya untuk kembali ke 'sekolah'.
Manusia itu akan didatangi cabaran demi cabaran.Selepas selesai dia melalui satu cabaran, maka cabaran lain pula akan tiba kepadanya. Sehinggalah dia dijemput ajalnya.
Jadikan ramadhan kali ini sebagai medan tarbiyah. Perkukuh apa yang telah diamal, perbaharui apa yang kurang dan tingkatkan amalan. Kini, sudah terkeluar dari zon selesa. Andai sewaktu di asrama atau di kolej, kita punya sahabat yang sentiasa mengingatkan. Biah solehah menyebabkan kita tidak sempat pun untuk membiarkan virus-virus futur menular dan menewaskan iman dalam diri.
Segalanya berbeza bila kita keseorangan. Persekitaran yang berlainan. Dan inilah masanya untuk kita uji sejauh mana ketegaran kita melawan nafsu dan keimanan kita pada Allah. Alhamdulillah kini bulan puasa, hanya tinggal nafsu sahaja yang harus dikawal. Andai kita mensia-siakan peluang yang ada,adalah sangat-sangat rugi!
Moga tak lembam cuti2 macam ni.
Mission ramadhan kali ini : MUMTAZ
'Islam itu tinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi darinya'
salam ramadhan buat semua~
No comments:
Post a Comment