assalamualaikum wrt..
cara-cara khusyuk dalam solat
1-sembahyang berjemaah(org yang paling afdhal ialah di masjid)
2-menjaga makanan dan minuman supaya halal dimakan dan diminum,yang didapati dari punca yang halal begitu juga makanan yang syubhat(yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan mengandungi campuran benda-benda yang haram tetapi tidak jelas. Memakan seorang semut mematikan hati selama 40 hari)
3-membanyakkan sedekah kepada fakir miskin
4-jangan solat dengan menahan membuang air besar atau air kecil dan selesaikanlah terlebih dahulu atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat
5-mengambil wudhu' dengan sempurna supaya air mengena semua anggota wajib serta mengingati niat dan berdoa apabila air melalui tiap-tiap anggota .
6-memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan mengadap orang besar.
7-solat di awal waktu. (melainkan jika ada majlis ilmu atau majlis zikir, maka solat isya' boleh dilambatkan sehingga selesai majlis itu)
8-pastikan supaya tidak ada gambar yang boleh menggangu fikiran atau membimbangkan hati ketika di tempat sujud.
9-mengingati mati dan kemungkinan solat itu adalah yang terakhir dalam hidupnya.
10-menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui setiap rahsia hambaNya.
11-memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat setiap gerak geri kita
12-memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat Quran dan zikir
13-sebelum mengangkat takbir, membaca surah an-nas, selawat atas nabi, istigfar dan bacaan lain untuk menjauhkan diri dari gangguan syaitan.
14-memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa solat
15-memusatkan seluruh ingatan kepada solat
16-memanjangkan masa rukuk dan sujud
17-memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita solat
18-jangan memandang kiri dan kanan
19-hendaklah memandang ke tempat sujud
1 comment:
Entri yang baik. Teruskan menulis.
Post a Comment